teks lafaz sakinah

3
LAFAZ SAKINAH SUAMI “Adalah saya …………………………………………………., suami ………………………………… yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM ………….. tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara.” ISTERI “ Adalah saya …………………………………., isteri kepada ……………………………………… dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadamu. Dan saya mengharapkan kepada abang agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita.” AYAH Anakku, ……..… Hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan Ayah dan Ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah dan ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadi seorang anak yang solehah. Hari ini, kami mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat kami selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah. Nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikan khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan, budi pekerti dan tingkah lakumu terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Dan janganlah sesekali kamu melupakan akan kedua ibubapamu. Semoga Allah

Upload: mohd-fahmi-ahmad

Post on 25-Nov-2015

383 views

Category:

Documents


34 download

DESCRIPTION

untuk perkahwinan

TRANSCRIPT

LAFAZ SAKINAHSUAMI

Adalah saya ., suami yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM .. tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara.

ISTERI Adalah saya ., isteri kepada dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadamu. Dan saya mengharapkan kepada abang agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita.

AYAHAnakku, ..

Hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan Ayah dan Ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah dan ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadi seorang anak yang solehah. Hari ini, kami mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat kami selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah. Nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikan khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan, budi pekerti dan tingkah lakumu terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Dan janganlah sesekali kamu melupakan akan kedua ibubapamu. Semoga Allah memberi ketabahan,keafiatan serta ketenangan,kebahagiaan kepada kamu. Ayah dan Ibu juga menghalalkan segala makan minum dan jasa bakti yang telah kami beri kepadamu. Maafkan kami bagi segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu.ANAK,

Ayah dan IbuBudi dan jasamu selama ini tidak dapat ku balas, hari ini saya akan berpindah dari naungan Ayah dan Ibu ke satu alam yang baru yang belum saya ketahui. Saya mohon doa dan restu mak abah agar dapat menghadapi cabaran rumah tangga dengan sabar. Saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan kasih sayang yang tidak ternilai. Ampunkan segala dosa dan kesilapan saya semasa bersama Ayah dan Ibu. Terima kasih untuk semuanya.

AYAHAdalah saya .. bapa kepada .. dari saat ini menyerahkan tanggungjawab, nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang, dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu, Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang membawa tanggungjawab kamu dan zuriat kamu.

SUAMI

Dengan ini saya..Suami yang sah kepada .Bersyukur kepada Allah s.w.t di atas anugerah nikmat iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya Dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut:

1.Memberi nafkah zahir dan batin

2. Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna

3. keselamatan yang terjamin

4. memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama kedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya.

Sekian.terima kasih.