teks perutusan amanat tahun baru 2016 ketua …...teks perutusan amanat tahun baru 2016 ... 26...
TRANSCRIPT
1
TEKS PERUTUSAN AMANAT
TAHUN BARU 2016
KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
Oleh
YBHG DATUK SR AHMAD FAUZI BIN NORDIN
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
26 Januari 2016
2
Terima kasih Pengacara Majlis
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
YBhg. Dato’ Hasan Bin Jamil Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan I YBhg. Dato’ Mohd Noor Bin Isa Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan II
Y. Berusaha Tuan Haji Che Roslan Bin Che Daud Setiausaha Bahagian (Tanah, Ukur dan Pemetaan) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian
Pengarah-Pengarah Ukur Negeri
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai Kader
Pengerusi dan Ahli-Ahli MBJ
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,dan Salam Sejahtera
3
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah
kurniaNYA kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Amanat tahun
2016.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua yang datang dari jauh dan dekat untuk hadir ke majlis ini. Juga, saya
rasa tak terlalu lewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua
warga JUPEM; semoga permulaan tahun 2016 ini akan memberi keazaman dan
semangat yang lebih kental kepada kita semua.
Sehubungan itu sama-sama lah kita berdoa supaya sepanjang tahun 2016
ini kita diberkati dengan kekuatan mental dan fizikal serta kebijaksanaan untuk
mencapai visi dan misi kita. Dan semoga kita sama-sama dapat bergerak
dengan penuh iltizam untuk mencorak dan memajukan JUPEM demi
kesejahteraan negara.
KENANGAN TAHUN 2015
Kejayaan Jabatan
Hadirin sekalian,
Walaupun kita sudah tinggalkan tahun 2015; tapi ada baiknya juga kita
imbau kembali pencapaian2 dan kejayaan2 yang telah dicatatkan oleh
JUPEM sepanjang tahun 2015, yang boleh dibanggakan oleh semua
warga JUPEM.
4
Dalam hal ini setelah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Hari Inovasi
1NRE bagi tahun 2014; pada tahun lepas JUPEM telah sekali lagi
memenangi Juara Keseluruhan Hari Inovasi 1NRE bagi tahun 2015.
Jadi, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat.
Secara lebih terperinci kemenangan2 yang diraih oleh JUPEM adalah:
i. Pertamanya, Johan Pertandingan Logo Transformasi 1NRE.
ii. Kedua, Johan Pertandingan Filem Pendek
iii. Ketiga, Johan Pertandingan Simfoni Seni 1NRE – oleh Kumpulan
JUPEM Performing Art Group
iv. Keempat, Johan Pertandingan Inovasi 1NRE, yang dimenangi oleh
Kumpulan Mutiara Millenium daripada JUPEM Pulau Pinang.
v. Kemenangan Kelima, Johan KIK Kategori Teknikal, yang
dimenangi oleh Kumpulan Geliga, JUPEM Terengganu.
vi. Seterusnya, Naib Johan KIK Kategori Pengurusan, yang dimenangi
oleh Kumpulan Arco Iris, Bahagian Pemetaan Utiliti.
Justeru kesemua kemenangan ini telah menjadikan JUPEM sebagai Juara
Keseluruhan dengan jumlah hadiah kemenangan sebanyak RM21,000.00.
Selain itu, satu lagi bentuk kejayaan yang dicapai adalah daripada segi
anugerah atau pengiktirafan yang diterima. Dalam hal ini kita turut
berbangga dan berbesar hati dengan beberapa pencapaian lain, iaitu:
i. Pertama JUPEM telah memenangi anugerah global dalam kategori
Special Achievement in GIS Awards. Anugerah antarabangsa ini
diperolehi sebagai pengiktirafan terhadap usaha JUPEM yang
menggalakan penggunaan maklumat geospatial melalui projek GDAS
5
nya. Saya difahamkan bahawa pemilihan JUPEM ini dibuat daripada
lebih 400,000 organisasi di sektor komersial dan awam di seluruh
dunia.
ii. Pencapaian Ke-2.. adalah penerimaan Anugerah Emas, kepada
kumpulan AKRAB JUPEM , yang menjadi pemenang Amalan Terbaik
Akrab, sempena Konvensyen AKRAB Kebangsaan kali ke-6;
iii. Ketiga, pencapaian oleh JUPEM Kedah,yang menerima Anugerah
Emas, sempena Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara, di
Pulau Langkawi, Kedah;
iv. Keempat, ‘Anugerah AKRAB Gemilang’, yang diterima oleh AKRAB
JUPEM, sempena seminar AKRAB Kementerian NRE;
v. Kelima , Anugerah Emas ,yang diterima oleh JUPEM Pahang,
sempena Konvensyen KIK dan Hari Inovasi, Peringkat Negeri Pahang
kali ke-31;
vi. Keenam,. Anugerah Emas Tiga Bintang, yang diterima oleh JUPEM
Kedah, dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan,
bersempena dengan Annual Productivity and Innovation Conference
and Exhibition 2015;
vii. Pencapaian ke-7, adalah tempat ke-3, yang diperolehi oleh JUPEM
Pulau Pinang dalam acara “Cabaran Inovasi Inklusif Peringkat
Kebangsaan Tahun 2015”, yang dianjurkan oleh MOSTI.
6
viii. Dan akhir sekali, pencapaian2 khusus oleh Bahagian Pemetaan
Topografi Sabah. Ini meliputi penerimaan beberapa anugerah yang
dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, iaitu:
Anugerah Sijil Naziran Cemerlang 2015, kepada Bahagian
Pemetaan Topografi Sabah.
Anugerah Sijil Kecemerlangan Naziran Bersih , kepada Pejabat
Topografi Wilayah Sandakan, dan
Anugerah Sijil Kecemerlangan Naziran dalam Kategori
Sederhana 2015, kepada Pejabat Topografi Wilayah Tawau
Pendek kata mengikut rekod ini adalah penganugerahan terbanyak dan
terbesar yang pernah diterima oleh JUPEM. Jadi, sekali lagi, saya ingin ucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat. Semoga
kejayaan sebegini akan menjadi pendorong kepada kita semua bagi mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang.
Hadirin sekalian,
Yang saya sebutkan tadi adalah kejayaan berbentuk anugerah dan
pengiktirafan, yang kita telah terima daripada pelbagai pihak luar. Pun
begitu, terdapat juga kejayaan-kejayaan lain yang pada hemat saya turut
bermakna kepada Jabatan. Kejayaan ini adalah dari segi pencapaian2 kita
dalam ikhtiar kita beralih ke landasan baru menuju ke tahap kegemilangan.
7
Seperti yang telah saya sebutkan dalam amanat tahun lalu, kita
mempunyai masalah untuk memenuhi kehendak dasar ulangkaji peta kita.
Dalam hal ini, kita masih belum dapat mencapai sasaran2 yang kita
tetapkan melalui polisi tersebut walaupun selepas satu setengah dekad
polisi ini diwujudkan. Dan kegagalan menghasilkan data pemetaan yang
kemaskini bukan sahaja menjejaskan imej Jabatan bahkan telah
menimbulkan ketidakpuasan kepada pengguna2 data dan produk kita.
Jadi, dengan sebab itu lah maka saya telah bertekad untuk gunakan
strategi2 baru bagi mengatasi masalah data2 pemetaan kita yang tidak
kemaskini itu. Dan strategi2 yang dirangka ini telah turut ambil kira
pengalaman dan amalan international best practise.
Justeru itu, bagi saya salah satu kejayaan kita adalah dalam memulakan
halatuju baru dalam mengendalikan pemetaan topografi bagi negara kita.
Dalam hal ini kita telahpun atur dan laksanakan beberapa strategi kearah
memperbaiki pendekatan urusan kerja pemetaan kita. Salah satunya
adalah untuk turut melibatkan sektor swasta untuk jalankan kerja ini.
Jadi apa yang telah kita buat adalah dengan mengkontrakkan sebahagian
kerja pemetaan topografi ini kepada pihak luar. Ini telah kita mulakan
pada tahun lepas dengan pengkontrakkan pemetaan pekan dan bandar,
dalam peringkat awal inisiatif ini.
8
Alhamdulillah usaha ini telah membuahkan hasil yang baik. Umumnya, ia
telah berjaya memendekkan masa sebahagian proses pemetaan dengan
begitu ketara sekali. Dan sehubungan itu, seperti yang telah saya
sebutkan dalam perhimpunan tahun lepas kita akan teruskan lagi strategi
ini untuk tempoh lima tahun lagi di bawah RMK-11, iaitu di bawah projek e-
pemetaan 2.0.
Saya harap dalam jangkamasa yang panjang pendekatan ini akan jadi
“entrenched”, akan berakar umbi dan menjadi sebahagian daripada
amalan pemetaan di negara kita. Dan dalam jangkamasa yang panjang
juga apabila pihak swasta telah mempunyai kompetensi yang lebih tinggi,
kita dapat mengkontrakkan keseluruhan proses pemetaan, daripada
penggambaran udara sehinggalah ke penyediaan data yang berintegriti
untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data topografi kita.
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY
Hadirin sekalian
Salah satu lagi strategi atau inisiatif bagi meningkatkan prestasi pemetaan,
yang telah kita ikhtiarkan adalah untuk berkerjasama dengan Pihak
Berkuasa Tempatan. Seperti perancangan yang saya maklumkan pada
tahun lepas ini telahpun kita lakukan di bawah strategi lautan biru atau
National Blue Ocean Strategy.
Dalam hal ini saya percaya semua sedar bahawa pembangunan berlaku di
kawasan-kawasan yang berada di bawah kuasa pihak berkuasa tertentu
sebahagian besarnya di bawah Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. Jadi,
mereka inilah yang menjadi punca kepada perubahan fizikal kerana
merekalah yang meluluskan cadangan pembangunan fizikal di tempat
9
masing2. Dengan itu, wajarlah kita berkerjasama dengan mereka untuk
dapatkan maklumat kelulusan pembangunan dan dalam keadaan tertentu,
juga sepatutnya kita boleh dapatkan data as-built.
Ini seterusnya dapat kita gunakan untuk membuat perancangan kerja
updating kita. Dan dalam keadaan kita memperolehi data as-built daripada
mereka, boleh kita guna terus di dalam mengemaskini pangkalan data
pemetaan di Jabatan. Pada masa yang sama mereka juga boleh dapat
manfaat daripada data pemetaan yang terkini yang boleh kita berikan
kepada mereka dalam perkongsian strategik ini. Jadi, sekiranya ini dapat
dijayakan bererti kita dapat kelak melaksanakan kerja-kerja map updating
kita secara lebih cost effective, secara lebih berkesan.
Jadi, sebagai langkah permulaan JUPEM telahpun mengadakan beberapa
siri lawatan teknikal dan perbincangan dengan Kementerian KPKT dan
Perbadanan Putrajaya, juga Majlis Perbandaran Seremban. Susulan itu,
kita telah sediakan secara bersama deraf Memorandum Persefahaman
dengan Perbadanan Putrajaya dan MoU ini dijangka akan dapat
ditandatangani dalam masa yang terdekat.
Kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya ini sebenarnya merupakan
inisiatif, yang mempunyai lebih daripada satu tujuan. Pertamanya, kita
akan dapat manfaat daripada maklumat mereka untuk kemaskini peta kita
secara berterusan. Kedua, kita sudah mempunyai beneficary utama, iaitu
Perbadanan Putrajaya untuk projek Smart Kadaster Jabatan. Dan ini akan
membolehkan kita menghasilkan outcome yang berbaloi daripada
pelaksanaan projek Smart Kadaster, yang telahpun menelan belanja yang
sangat besar melebehi RM 24 juta.
10
Walaupun begitu, perlu juga saya ingatkan bahawa yang kita usahakan
dengan Perbadanan Putrajaya ini cuma merupakan satu showcase
sahaja. Jadi, untuk lebih berkesan kita sewajarnyalah turut perluaskan
kerjasama dengan PBT-PBT yang lain. Juga, kita perlu pandang lebih jauh
dan seperti yang telah saya minta sebelum ini diharapkan kertas kerja
dasar yang bersesuaian disediakan supaya kerjasama ini diadakan pada
skala yang lebih besar meliputi semua PBT di seluruh negara.
Hadirin sekalian
Satu lagi strategi untuk tingkatkan prestasi pemetaan yang turut saya
sebutkan pada tahun lepas adalah untuk libatkan JUPEM Negeri bagi turut
sama melaksanakan kerja2 pemetaan topografi di mana bersesuaian.
Dalam hal ini pastinya JUPEM negeri perlulah bersedia dengan
meningkatkan keupayaan masing2 bagi melaksanakan tugas ini.
Sehubungan itu, melalui RMK11, JUPEM negeri akan dilengkapkan
dengan infrastruktur yang bersesuaian, termasuklah perkakasan ICT bagi
menampung keperluan melaksanakan aktiviti tersebut. Penglibatan
JUPEM Negeri khususnya dalam aktiviti mengemaskini peta topografi ini
tentunya akan dapat membantu jabatan dalam mempercepatkan
penghasilan peta topografi yang terkini. Dalam pada itu perlu juga saya
ingatkan bahawa inisiatif ini hanya boleh diambil tanpa membelakangi
keutamaan pertama JUPEM negeri iaitu kepada pelaksanaan kerja2 ukur
hakmilik tanah.
11
PUSAT KHIDMAT PELANGGAN JUPEM
Hadirin yang dihormati sekalian
Kita patutnya sedar bahawa, wujudnya Jabatan kita ini adalah kerana
adanya pelanggan. Kita tentunya akan jadi tidak relevan dan boleh jadi
jumud, sekiranya tidak ada pelanggan kepada khidmat yang kita berikan
dan produk yang kita hasilkan. Dan sekarang ini terdapat bermacam
ancaman dan cabaran kepada apa yang menjadi core business kita, baik
dari luar negara, mahupun dalam negara. Ini perkara asas yang kita
sentiasa perlu beringat dan perlu berikan perhatian yang berat.
Dalam konteks yang lebih sempit kita semua tahu bahawa ekspektasi
pelanggan terhadap sistem penyampaian kita pada hari ini adalah jauh
lebih tinggi berbanding sebelum ini. Pelanggan sekarang ini mahukan
perkhidmatan yang berkualiti, yang cepat dan juga tepat.
Mereka juga mahukan, persekitaran perkhidmatan yang kondusif, yang
membolehkan mereka berurusan dengan kita, dengan mudah. Jadi, kita
perlulah sentiasa adakan usaha-usaha untuk menyediakan perkhidmatan,
yang boleh memenuhi kehendak mereka. Kearah itu, kita kena lah
tingkatkan komitmen kita untuk berikan khidmat yang lebih baik kepada
mereka dan kita perlu usahakan untuk keluarkan lebih banyak khidmat dan
produk supaya kita ini lebih berguna kepada lebih ramai orang.
12
Dalam hal ini kita sebenarnya, sudahpun lakukan beberapa inisiatif yang
berikan penekanan kepada manfaat untuk klien dan orang ramai. Antara
yang terkini termasuklah usaha di bawah projek image library ini berupa
kemudahan akses yang diberikan kepada pengguna kepada imej foto
udara JUPEM untuk digunakan sebagai alternatif kepada imej google.
Juga, kemudahan penggunaan portal JUPEM untuk membuat peta
pelbagai guna oleh pengguna2.
Hadirin sekalian
Di samping itu, kita juga telah bangunkan Pusat Khidmat Pelanggan di
Wisma JUPEM untuk berikan khidmat jualan produk dan khidmat
konsultansi kita. Di situ akan adalah showroom untuk kita pamirkan
produk2 yang kita keluarkan, juga bilik konsultansi yang boleh digunakan
untuk berbincang. Jadi premis ini bukan sahaja akan memudahkan
perhubungan kita dengan klien kita tetapi juga akan memudahkan
pemasaran produk-produk Jabatan.
Pusat Khidmat Pelanggan ini kita rancang untuk dirasmikan oleh YB
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam masa terdekat ini. Setelah
beroperasi nanti saya haraplah supaya kakitangan kita di Pusat Khidmat
Pelanggan ini akan menunjukkan sikap yang baik dan komitmen yang
tinggi, yang customer driven dan yang sentiasa ingin membantu
pelanggan.
13
Hadirin yang dihormati sekalian
Walaupun sudah ada inisiatif2 yang saya sebutkan tadi, tapi kita tak
bolehlah berpuas hati dengan usaha2 tersebut. Kita perlu adakan usaha-
usaha secara berterusan supaya data2 yang kita kutip dan senggara ini,
diolah untuk meliputi lebih banyak aplikasi dan juga digunakan oleh lebih
ramai pengguna. Dengan itu, baru berbaloi perbelanjaan berjuta-juta
ringgit yang dikeluarkan setiap tahun untuk mengutip dan menyenggara
data ukur dan pemetaan yang kita lakukan sepanjang masa.
Prestasi Perbelanjaan Tahun 2015
Hadirin sekalian,
Selain pencapaian2 yang saya sebutkan tadi, saya juga ingin sentuh
tentang prestasi pengurusan kewangan tahun 2015. Dalam hal ini, untuk tahun
lepas, JUPEM telah pada mulanya diperuntukkan Belanja Mengurus sebanyak
RM 280.2 juta. Walaupun begitu, disebabkan kedudukan kewangan kerajaan
yang terjejas kemudiannya waran sekatan berjumlah RM 11.5 juta telah
dikenakan terhadap Jabatan. Ini akhirnya menyebabkan peruntukan Jabatan
sehingga hujung tahun lepas menjadi berkurangan ke tahap RM268.4 juta
sahaja. Apapun, kita telah membelanjakan 99.9% daripada peruntukan tersebut.
Bagi Peruntukan Pembangunan pula untuk tahun 2015, JUPEM telah
diluluskan sejumlah RM 102.7 juta. Daripada jumlah ini, Jabatan telah berjaya
membelanjakan sebanyak RM 102.5 juta, iaitu pencapaian prestasi perbelanjaan
sebanyak 99.8%. Jadi, syabas dan tahniahlah kepada semua yang terlibat di
atas kejayaan pelaksanaan projek2 dan perbelanjaan yang melebihi 99.0% ini.
Ini jelas merupakan suatu pencapaian yang cemerlang berdasarkan prestasi
perbelanjaan yang berjaya dibuat.
14
BAJET TAHUN 2016
Hadirin sekalian,
Untuk tahun 2016 ini, Peruntukan Belanja Mengurus yang diluluskan
kepada jabatan adalah sebanyak RM 264.2 juta; jumlah ini 6% kurang daripada
tahun 2015. Dalam pada itu, kebelakangan ini saya difahamkan bahawa akan
berlaku pemotongan sebanyak 7% lagi keatas peruntukan yang telah kita terima
sebelum ini.
Pengurangan peruntukan ini berpunca daripada terjejasnya hasil Kerajaan
Persekutuan akibat faktor2 tertentu. Antaranya adalah disebabkan penguncupan
kutipan cukai langsung dari sektor korporat; juga disebabkan kejatuhan
harga minyak yang ketara. Harga minyak pada awal tahun 2015 adalah pada
kadar 100 US Dollar se-tong. Bagaimanapun, sehingga penghujung Disember
tahun lepas ianya telah jatuh ketahap 38 US Dollar se-tong dan dalam minggu
yang lalu telah jatuh lagi, ketahap antara 28 hingga 30 US Dolar se-tong.
Kejatuhan harga minyak ini menyebabkan penguncupan hasil minyak dari
RM66 bilion kepada RM31 bilion, iaitu pengurangan hampir 53%.Jadi, selaras
dengan pengurangan hasil Kerajaan Persekutuan ini maka Kementerian
Kewangan telah mengurangkan peruntukan belanja mengurus Kementerian NRE
untuk tahun 2016; pengurangannya adalah sebanyak 93 juta Ringgit, iaitu
sebanyak 8.5% jika dibandingkan dengan tahun 2015. Sehubungan itu, Jabatan
telah diarahkan untuk semak semula keperluan perbelanjaan serta mengadakan
kawalan ketat keatas perbelanjaan ini.
15
Dalam hal ini, Kementerian NRE telah memutuskan supaya semua
Jabatan melaksanakan perbelanjaan yang berhemat. Dan ini perlu dibuat melalui
pelaksanaan langkah2 tertentu. Antara langkah2 tersebut, termasuklah dalam
aspek2 seperti:
i. Pertamanya, Penganjuran Majlis, mestilah diadakan di premis
kerajaan; dengan perbelanjaan hiasan yang sederhana, serta
jamuan makan dan minum yang minimum,harap2 majlis ini
dahpun ikut arahan ini.
ii. Ke-2:, Tempahan makanan untuk penganjuran Mesyuarat ,
hendaklah pada kadar yang minimum.
iii. Ke-3, Penganjuran Latihan hendaklah dibuat, di premis kerajaan,
atau Institut Latihan Awam.
iv. Ke-4, Perjalanan ke Luar Negara, hanyalah untuk mesyuarat2
yang wajib, dan berkala sahaja.
v. Ke-5, Penjimatan hendaklah dibuat, keatas penggunaan utiliti, ini
termasuklah letrik, air dll.
vi. Ke-6, Pengurangan Kerja Lebih Masa, juga, Kerja di Luar Waktu
Berkerja Biasa,.
vii. Dan ke-7, Menghadkan bilangan pegawai, yang bertugas rasmi
di Luar Pejabat
Hadirin sekalian,
Seperti yang saya sebutkan tadi, kita telah dikenakan waran sekatan
berjumlah RM 6.5 juta pada hujung tahun 2015. Ini menyebabkan amaun
bayaran yang besar yang perlu kita buat bagi perbelanjaan tahun lepas dengan
menggunakan peruntukan tahun ini; atau dengan lain perkataan pembayaran di
bawah AP58(a). Ditambah pula dengan pengurangan belanja mengurus bagi
tahun 2016 ini, sudah pastinya keadaan ini akan memberikan kesan yang sangat
16
besar terhadap pelaksanaan aktiviti2 utama Jabatan terutamanya kerja ukur
hakmilik tanah di kesemua JUPEM Negeri.
Berdasarkan perkiraan peruntukan semasa operasi kerja ukur hakmilik
tanah di JUPEM negeri hanya boleh dilaksanakan untuk tempoh kurang dari 7
bulan sahaja. Jadi saya ingin mengingatkan lah supaya Bahagian Kadaster dan
JUPEM Negeri ambil langkah2 yang bersesuaian untuk kawal perbelanjaan baik
di semua Pejabat Ukur Daerah mahupun di Ibu Pejabat JUPEM Negeri.
Begitu jugalah dengan semua Bahagian di Ibu Pejabat JUPEM, perlulah
laksanakan langkah2 penyesuaian dan penjajaran semula perbelanjaan
mengurus, supaya mengikut keutamaan dan keperluan mendesak sahaja.
Sebagai panduan mengenai langkah2 yang perlu diambil NRE telahpun
menerbitkan panduan yang mereka panggil “Cadangan Inisiatif Pelaksanaan
Perbelanjaan Optimum”, kepada semua agensi di bawah NRE. Saya harap
panduan ini telahpun diedarkan kepada semua Pengarah di Ibu Pejabat dan juga
JUPEM negeri.
KEKANGAN PERJAWATAN
Dato2, tuan2 dan puan2 yg dihormati sekalian,
Selain daripada masalah pengurangan bajet kita juga hadapi isu kekangan
perjawatan dan sumber manusia. Constraint yang kita hadapi ini adalah kesan
daripada pelaksanaan dasar, penggunaan sumber manusia secara optimum,
yang ditetapkan oleh JPA. Akibat pelaksanaan dasar ini sebanyak 163 jawatan
kosong di Jabatan kita terpaksa dimasukkan ke dalam bank perjawatan di bawah
NRE. Dan ada kemungkinan perjawatan2 ini kelak dijumudkan.
17
Selain itu, dari segi pengisian perjawatan pula sehingga hujung tahun
lepas keseluruhan pengisian perjawatan di Jabatan kita adalah sebanyak 92%.
Kadar pengisian yang melebehi 90% ini mengikut pendirian JPA adalah kadar
pengisian yang tinggi dan baik. Dengan itu, buat masa ini mereka tidak lagi
membenarkan pengisian dibuat walaupun wujud kekosongan yang banyak dari
segi bilangannya.
Jadi, pendirian JPA ini menimbulkan masalah kepada kita. Walaupun
kekosongan perjawatan kita ini cuma 8% sahaja tapi daripada sejumlah 4,884
perjawatan yang diluluskan kepada Jabatan ini bermakna kita ada 358 jawatan
kosong yang tidak dapat diisi. Jelas, ini jumlah yang signifikan kalau kita
translate kepada pasukan ukur kita boleh wujudkan tak kurang daripada 60
pasukan ukur tambahan.
Pendirian JPA ini bukan sahaja menimbulkan kesukaran kepada kita, tapi
juga Jabatan2 lain spt JKR, MacGDI, JMG dll, yang perlu kita bekalkan pegawai
kader kita kepada mereka, Dan mereka sekarang ini sudah pun mula mengadu
kepada kita. Apapun,kita akan berterusan membuat permohonan dan rayuan,
kepada pihak JPA, bagi mengisi kekosongan2 yang wujud di Jabatan.
Hadirin sekalian,
Selain daripada apa yang saya sebutkan tadi kekangan perjawatan kita
juga turut berpunca daripada persaraan2 yang berlaku baik melalui persaraan
paksa mahupun persaraan pilihan, yang mana telah meningkat pada tahun
2015. Dalam tahun tersebut sehingga ke Januari 2016 sejumlah 162 orang telah
bersara; separuh secara persaraan paksa dan separuh lagi secara persaraan
18
pilihan. Dengan mengambil kira kesannya kepada jabatan dan demi kepentingan
perkhidmatan mungkin pada tahun ini Jabatan akan terpaksa menolak
permohonan2 persaraan pilihan yang tidak betul2 kritikal.
RANCANGAN MALAYSIA KE 11 (RMK-11)
Hadirin yang dihormati sekalian,
Tahun ini, merupakan tahun permulaan kepada pelaksanaan, Rancangan
Malaysia Ke-11. Di bawah RMK-11 ini JUPEM telahpun diluluskan 9 projek
utama dengan jumlah siling peruntukan untuk 5 tahun (2016 - 2020) sebanyak
RM 721.6 juta.
Projek- projek ,yg diluluskan adalah:
i. Projek E-Pemetaan 2.0;
ii. Projek Menaiktaraf Perkakasan perisian dan Aplikasi eKadaster;
iii. Pembangunan SmartKadaster Fasa II yang meliputi Kawasan
Lembah Kelang sehingga Seremban (termasuk Greater KL);
iv. Kajian Pembangunan Pangkalan Data 3D Kadaster dan Land
Administration Domain (LADM) Secara Open Source;
v. Menaiktaraf 48,846 lot Lot-lot Yang Masih Dalam Kategori Sub-
standard (Demarkasi Dan Kelas Tiga) Secara Pengkontrakkan;
vi. National Sub-Surface Utility Mapping (NaSUM);
vii. Projek Marine Geodetic Infrastructure (MAGIC) In Malaysia Waters ;
viii. Memperkasa ICT Enterprise Integrated System (IEIS); dan
ix. Perolehan Data Synthetic Aperture Radar (InSAR) Bagi Seluruh
Daratan dan Pulau-pulau di Malaysia.
19
Untuk tahun ini, peruntukan pembangunan yang telah diluluskan, adalah
sebanyak RM117.15 juta. Sehubungan itu, saya minta kerjasama lah daripada
semua Bahagian yang terlibat untuk ambil tindakan secara proaktif di dalam
melaksanakan projek2 yang telah diluluskan itu.
Saya juga ingin ingatkan supaya Bahagian2 yang menguruskan projek2
membuat semakan semula keatas jadual pembayaran bagi mempastikan
bayaran akhir projek dijadualkan dalam kontrak paling lewat dalam bulan
November 2016. Ini berdasarkan keputusan terkini NRE untuk elakkan masalah
yg biasa berlaku bila ditetapkan dalam bulan Disember.
Juga, saya berharap J/kuasa Pemantauan Projek Pembangunan JUPEM, akan
adakan mesyuarat yang lebih kerap untuk memantau kemajuan projek,Dan
untuk pastikan pelaksanaan projek mengikut jadual yang ditetapkan, juga untuk
bantu tangani masalah2 pelaksanaan yang mungin berbangkit dari semasa ke
semasa.
INTEGRITI & KECERMELANGAN PENJAWAT AWAM
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebelum saya akhiri amanat saya pada pagi ini saya nak sentuh sikit
mengenai etika dan integriti kita sebagai penjawat awam. Saya percaya kita
semua sedia maklum bahawa penjawat awam sentiasa berdepan dengan
pelbagai bentuk ancaman sama ada dari dalam mahupun daripada luar
persekitaran organisasi. Lazimnya, ancaman ini berhubungkait dengan isu, etika
20
dan integriti seseorang pegawai. Jika diabaikan prinsip etika dan integriti, ia akan
membuka ruang untuk berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku dan salah
guna kuasa dalam sesebuah organisasi.
Mengikut kata Tan Sri Ketua Setiausaha Negara integriti bukan saja
sekadar menghindari diri dari perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, yang
melibatkan wang ringgit. Tapi, integriti juga perlu diterjemahkan dalam bentuk
lain iaitu dalam bentuk pengurusan masa dalam memberikan perkhidmatan
terbaik dalam menyampaikan maklumat; juga integriti dalam komunikasi dengan
ketua jabatan, rakan sekerja dan pelanggan.
Sehubungan itu, selaras dengan pembentukan Pelan Integriti NRE maka
saya akan melancarkan Pelan Integriti bagi JUPEM sebentar lagi. Pelan ini
mengandungi 5 strategi pelaksanaan juga program2 tertentu bagi setiap strategi
tersebut. Jadi, program-program yang dirancang ini akan dipantau
pelaksanaannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelan Integriti
Organisasi atau JPPIO, di peringkat ibu pejabat, juga di peringkat negeri. Ini
bagi memastikan setiap objektif, untuk terapkan budaya integriti dalam
perkhidmatan itu mampu tercapai.
Selain dari itu, saya juga ingin ingatkan semua bahawa YAB Perdana
Menteri telahpun menggariskan prinsip-prinsip berkaitan, yang perlu diikuti oleh
penjawat awam. Prinsip-prinsip ini jika kita amalkan akan dapat meningkatkan
lagi prestasi kita dalam meningkatkan produktiviti dan sumbangan kita kepada
pembangunan negara.
21
Terdapat 8 prinsip kesemuanya yang perlu kita ikuti, iaitu secara ringkasnya,
Prinsip Berilmu
Prinsip Membudaya Amalan Kerja Terbaik
Prinsip Semangat.
Prinsip Budaya keberhasilan, berteraskan outcome based.
Prinsip Budaya Kreativiti dan Inovasi .
Prinsip Nilai Tambah dan Kompetensi
Prinsip Pemuafakatan Kerja, dan terakhir,
Prinsip Kebolehpercayaan – yang meliputi sifat amanah dan integriti.
Jadi, prinsip2 ini, perlulah kita semua berikan perhatian, kita hayati, dan kita
amalkan, kearah kita memperbaiki diri ,juga memperbaiki organisasi kita.
PENUTUP
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir kata, saya ingin sekali lagi melahirkan rasa gembira dan syukur ke
hadrat Allah SWT di atas segala kejayaan dan pencapaian kita sepanjang tahun
2015. Saya juga ingin ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua warga JUPEM di semua peringkat daripada peringkat pengurusan
tertinggi sehinggalah ke peringkat kumpulan sokongan di atas segala kerjasama
serta tanggungjawab yang telah ditunaikan, yang menyumbang kepada
kecemerlangan JUPEM.
22
Saya juga ingin menyeru kepada semua warga JUPEM supaya dapat
meneruskan kecemerlangan Jabatan dengan semangat yang kental di dalam
menghadapi segala rintangan pada tahun 2016 ini. Kepada semua pegawai ukur
dan geospatial, yang berkhidmat secara kader di NRE, MaCGDI, INSTUN, JKR,
MKN, dan KPKT, saya berharap tuan2 dan puan2 akan memberi perkhidmatan
yang terbaik demi menjaga nama baik JUPEM.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urus setia serta
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Amanat tahun ini. Semoga
setiap langkah yang kita ambil adalah langkah ke arah kejayaan dan
kecemerlangan. Dan semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan
perkhidmatan khususnya dalam bidang ukur dan pemetaan ini diberkati Allah
SWT dan mencapai matlamat dengan jayanya.
Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah wassallamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh.
Terima kasih.