teks ucapan aluan majlis perasmian kejohanan...
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN ALUAN
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN
PETANQUE ANGKASA PERINGKAT
NEGERI SELANGOR 2018
26 JULAI 2018 (KHAMIS)
12.00 TENGAHARI
2
ARENA PETANQUE, MAJLIS DAERAH
KUALA SELANGOR, SELANGOR
____________________________________
Alhamdulillah kerana dapat
bersama-sama untuk memeriahkan
kejohanan petanque ANGKASA
3
peringkat Negeri Selangor pada
tahun ini.
Difahamkan penyertaan amat
menggalakkan dengan hampir 1000
peserta mengambil bahagian yang
mewakili pasukan daripada koperasi
4
sekolah dan dewasa di seluruh
Negeri Selangor.
Sokongan mantap dari semua pihak
terhadap sukan petanque ini amat
diperlukan sebagai usaha
menjadikan sukan ini dapat ditonjol
5
sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi.
ANGKASA menganggap petanque
sebagai sukan komuniti yang bukan
saja bertepatan dengan prinsip
koperasi yang ke-6 iaitu kerjasama
6
antara koperasi malah boleh
menjulang nama baik koperasi yang
berjaya terpilih untuk mewakili
daerah, negeri dan seterusnya ke
peringkat kebangsaan.
7
Saya juga mengharapkan semua
yang terlibat dalam sukan ini dapat
melihat petanque ini boleh dijadikan
sebagai kerjaya kerana apa juga
bidang sukan pasti mempunyai masa
depan yang cerah kerana selepas ia
melepasi tahap permainan di
8
peringkat kebangsaan umpamanya
seseorang itu boleh diangkat
sebagai jurulatih.
Para hadirin sekalian.
9
Kerajaan juga sama ada peringkat
negeri mahupun persekutuan amat
mengambil berat tentang kebajikan
ahli sukan dengan memberi
pelbagai insentif apabila berjaya
mengharumkan nama negeri atau
10
negara terutama di persada
antarabangsa.
Contohnya atlit sukan yang berjaya
telah banyak kita lihat sehingga
mampu menjamin masa depan
11
mereka hasil dari semangat dan
kesungguhan mereka.
ANGKASA setakat ini berkeupayaan
untuk membuktikan sukan petanque
boleh berada sebaris dengan sukan
lain di peringkat antarabangsa.
12
Kejohanan seperti yang dianjurkan
oleh ANGKASA ini dapat dijadikan
sebagai platform untuk mencungkil
bakat baru sukan tersebut. Usaha
murni ini perlu disokong oleh
pelbagai pihak berdasarkan kepada
sambutan yang diterima oleh
13
anggota koperasi ke arah
menjadikan sukan ini dikenali ramai.
Berkait rapat dengan institusi
koperasi yang mementingkan motto
“bekerja bersama-sama demi
manfaat bersama” maka falsafah ini
14
adalah sejajar dengan konsep
permainan petanque yang juga
mementingkan kerjasama
berpasukan antara anggota untuk
mencapai kejayaan.
15
Mutu permainan juga semakin
meningkat pada setiap kali
penganjuran kejohanan ini dibuat
dan tidak hairanlah ada kalangan
yang pernah menjuarai kejohanan ini
menjadi pemain negeri mewakili
16
negara dan seterusnya di peringkat
antarabangsa.
Bagi pihak ANGKASA, saya ucapkan
terima kasih kepada Jabatan
Pelajaran Negeri yang memberikan
kerjasama bagi memertabatkan dan
17
mengiktiraf sukan petanque di
peringkat sekolah.
Bagi meningkatkan penglibatan di
peringkat sekolah disarankan
seharusnya setiap sekolah sekurang-
18
kurangnya mempunyai gelanggang
petanque sendiri.
Gelanggang ini tidaklah memerlukan
penggunaan kawasan yang luas.
Masih ada kalangan sekolah yang
menghantar pasukan ini pun tidak
19
mempunyai gelanggang petanque
dan ini menyukarkan mereka untuk
meningkatkan kemahiran bermain.
ANGKASA secara berterusan akan
mengadakan program seperti
bengkel petanque bagi membantu
20
koperator sekolah meningkatkan
kemahiran permainan ini.
Akhir kata, saya menyeru agar
semua pemain sama-sama
meningkatkan mutu permainan di
21
samping mengamalkan disiplin selain
daya saing yang sihat.
Sekian.