teks ucapan pengetua tadarus al-quran

4
TEKS UCAPAN PENGETUA Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, - Yang Dihormati, Ustaz Hj.Mohd Razif bin Shahid, Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam Melaka, (sebagai wakil kepada Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam) - Yang dihormati, Ustaz Hj.Hassan bin Md.Said, Penolong PPD (Bahagian Pendidikan Islam) di Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah - Yang dihormati, YDP PIBG SMK Bukit Rambai, Tn.Hj.Jaafar bin Seman - Yang Berusaha, barisan pentadbir SMK Bukit Rambai, - Pengetua-pengetua Sekolah Kawasan Tanjung, - Wakil-wakil pengetua yang hadir - Ahli-ahli jawatankuasa bagi Majlis Tadarus Al- Quran Peringkat Kawasan Tanjung, - Para guru dan Guru-guru pengiring - Peserta-peserta yang bertanding - serta hadirin dan hadirat sekalian Alhamdulillah. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tadarus al Quran Peringkat Kawasan Tanjung bagi tahun 2015.

Upload: mnasir78

Post on 30-Sep-2015

445 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

smkbukit rambai 2015

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PENGETUAAssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, Yang Dihormati, Ustaz Hj.Mohd Razif bin Shahid, Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam Melaka, (sebagai wakil kepada Tuan Ketua Sektor Pendidikan Islam) Yang dihormati, Ustaz Hj.Hassan bin Md.Said, Penolong PPD (Bahagian Pendidikan Islam) di Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah Yang dihormati, YDP PIBG SMK Bukit Rambai, Tn.Hj.Jaafar bin Seman

Yang Berusaha, barisan pentadbir SMK Bukit Rambai, Pengetua-pengetua Sekolah Kawasan Tanjung,

Wakil-wakil pengetua yang hadir Ahli-ahli jawatankuasa bagi Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kawasan Tanjung,

Para guru dan Guru-guru pengiring

Peserta-peserta yang bertanding

serta hadirin dan hadirat sekalian

Alhamdulillah. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tadarus al Quran Peringkat Kawasan Tanjung bagi tahun 2015. Syukur juga kepada Allah s.w.t kerana MTQSS (Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah) kawasan Tanjung pada kali ni telah berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah ini dan Alhamdulillah, ianya berjalan sebagaimana yang telah dirancang.Para hadirin sekalian,

Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Melaka khususnya Ketua Sektor Pendidikan Islam kerana memilih SMK Bukit Rambai sebagai pengelola MTQSS pada tahun ini. Terima Kasih juga kepada Ustaz Hassan bin Md.Said dari PPD Melaka Tengah kerana banyak membantu kami dalam menjayakan Majlis Tadarus ini. Serta semua yang terlibat menjayakan majlis ini diperingkat Jabatan, PPD dan sekolah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.Kepada barisan Para Hakim yang arif lagi bijaksana, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir untuk menghakimi pertandingan MTQSS di sekolah ini. Tanpa penghakiman yang telus dan adil, nescaya majlis kita tidak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Saya juga, mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan syabas kepada semua sekolah yang berjaya menghantar peserta bagi setiap acara yang dipertandingkan. (Tilawah al-Quran, Hafazan dan Syarahan Agama)Bagi pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas, kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah anda dan seterusnya membanggakan ibu bapa dirumah. Pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan ini akan mewakili kawasan tanjung ke peringkat negeri. Saya berdoa agar wakil daripada kawasan Tanjung ini mendapat tempat di peringkat negeri nanti dan seterusnya berjaya mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan. Sama-samalah kita berdoa agar matlamat kita itu tercapai.Manakala, pelajar-pelajar yang tidak berjaya pada kali ini, diharapkan jangan berputus asa. Tingkatkan usaha, insya Allah pada masa akan datang anda juga boleh berjaya. Para Hadirin sekalian,Antara objektif MTQSS diadakan ialah:

1. Mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang Tilawah, Hafazan dan Syarahan.2. Membentuk pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani dan Rohani serta mempunyai akhlak yang terpuji.

4. Melatih pelajar supaya berani untuk menonjolkan bakat masing-masing ke arah yang positif dan bermanafaat.Saya percaya, matlamat MTQSS yang murni ini tidak akan tercapai, sekiranya tidak mendapat kerjasama yang padu daripada pelajar-pelajar, guru-guru, pentadbir-pentadbir sekolah serta pihak di Jabatan serta PPD.

Semoga usaha-usaha kita ini mendapat ganjaran terbaik daripada Allah s.w.t dan menjadikan kita semua agar istiqamah dalam mendidik anak-anak bangsa kita.Sebelum mengundur diri saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran pada tahun ini.

Sekiranya terdapat kekurangan dalam pengelolaan pertandingan pada kali ini, saya bagi pihak warga SMKBR memohon kemaafan diatas kekurangan tersebut. Insya Allah kami bersedia untuk memperbaikinya ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan.

Akhir Kalam, wabillahit taufiq wal hidayah, Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.