teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda...
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016
OLEH
YB. DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN PENGERUSI RISDA
AUDITORIUM SULTAN AHMAD SHAH,
IBU PEJABAT RISDA
26 Mei 2016 (Khamis) Bersamaan 19 Syaaban1437 H
9.00 PAGI
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat pagi, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia. Terima kasih Pengerusi Majlis; Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohamat bin Muda Ketua Pengarah RISDA Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Najib bin A. Samad Timbalan Ketua Pengarah ( Pembangunan ) Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ihwan bin Sudim@Hj. Basri Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan Korporat) Yang Berusaha Tuan Haji Ghazali bin Abd. Majid Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn. Bhd. Yang Berusaha Encik Nasarudin bin Malek Pengarah Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan
3
Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA
Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,
kita dapat bersama-sama hadir dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan pada hari ini. Saya berasa amat gembira dapat bersama
dengan warga RISDA pada hari ini kerana melalui perhimpunan
seperti ini, kita dapat berinteraksi sesama kita dan saya juga
berpeluang untuk menyampaikan isu-isu semasa kerajaan dan
juga RISDA kepada hadirin sekalian.
Perhimpunan Bulanan RISDA kali ini dihoskan oleh Bahagian
Tanam Semula & Perladangan. Bahagian ini mempunyai
4
peranan dan tanggungjawab yang amat penting dalam organisasi
RISDA khususnya dalam program pembangunan RISDA. Sebagai
mana yang kita sedia maklum, Tanam Semula merupakan core
business RISDA yang memainkan peranan utama dalam
pengwujudan RISDA bermula dari tahun 1973 sehingga kini.
Saya sedar bahawa isu penyesuaian semula sebahagian
peruntukan di bawah program-program tanam semula khususnya
pada awal tahun ini merupakan isu hangat diperkatakan sama ada
diperingkat kakitangan mahupun pekebun kecil. Namun saya
bersyukur isu ini dapat ditangani dengan baik oleh kita semua.
Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,
5
Dalam keaadaan ekonomi negara yang tidak menentu,
kerajaan perlu membuat penyesuaian semula bajet yang telah
diluluskan, agar program yang telah dirancang dapat memenuhi
keperluan sebenar rakyat melalui perbelanjaan yang optimum.
Pada awal tahun 2016 peruntukan yang disalurkan di bawah
program Tanam Semula adalah berjumlah RM427,828,500.00
namun penyesuaian semula telah dilakukan kepada
RM 287,549,639.00. Penyesuaian semula ini adalah perlu bagi
membolehkan lain-lain program yang turut sama pentingnya
dilaksanakan.
6
Kerajaan sentiasa mengambil berat keperluan pekebun kecil
dan penilaian untuk menambah peruntukan di bawah program
Tanam Semula akan sentiasa dipertimbangkan bagi memastikan
nasib pekebun kecil terbela.
Sebagai wakil kerajaan, kita harus lebih prihatin dan berusaha
dengan lebih gigih bagi memastikan projek-projek pembangunan
dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan
akhirnya memberi impak ataupun ‘outcome’ yang diharapkan oleh
masyarakat. Kelewatan dalam melaksanakan projek
pembangunan sudah tentunya akan melibatkan pertambahan kos
yang lebih besar dan mengakibatkan pembaziran serta akan
mengecewakan harapan rakyat.
7
Amanah yang diberikan kepada kita sebagai penjawat awam
hendaklah dilaksanakan dengan segera dan tidak berlengah.
Kesempurnaan adalah aspek yang penting dan perlu
dititikberatkan dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Kita hendaklah memastikan perkhidmatan yang diberikan
adalah sempurna dan elak melaksanakan kerja secara sambil
lewa dan acuh tak acuh sahaja. Walaupun pada ketika ini
kerajaan telah menstruktur semula peruntukan yang telah diagih
kepada RISDA, ini tidak bermakna qualiti hasil kerja menurun
seperti mana menurunnya peruntukan tersebut.
Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,
8
Mengatur kerja dengan bijak adalah antara perkara penting
yang perlu dilakukan oleh kita semua. Kadang kala kita
merasakan seperti tidak pernah cukup waktu dalam satu hari,
adakalanya terasa tertinggal banyak tugas sehingga kita jadi
cemas, seterusnya stress yang akhirnya akan mengundang
penyakit seperti gastrik, darah tinggi, jantung dan sebagainya.
Oleh itu saya menyeru agar kita semua mengatur waktu dengan
lebih efektif. Tanyakan diri kita bagaimana kita menghabiskan
waktu. Sebab itu pengurusan RISDA menekankan agar kita
semua bekerja secara bersungguh-sungguh dan bijak (work hard
and smart).
‘Hard work is just completing any task without applying much of any ideas, no thinking out of the box concept unlike where in smart
9
work we will think out of the box, add some creativity, innovativeness to it’. Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,
Kerja keras atau bersungguh-sungguh (working hard)
sudah pasti adalah jambatan untuk kejayaan. Namun, apabila kita
mempunyai 24 jam dalam satu hari seperti orang lain, maka kita
perlu mengatur kerja kita secara bijak (work smart) untuk
memperoleh nilai hasil yang lebih baik daripada usaha yang telah
dilakukan.
Saya ingi berkongsi beberapa tips yang boleh kita lakukan
untuk bekerja secara bijak (work smart) supaya kita boleh
10
menguruskan diri kita sendiri, meningkatkan produktiviti
seterusnya menggembirakan orang lain antaranya:
a. Perancangan
Rancang masa dan rancang kerja anda. Merancang
masa dengan baik memberikan anda laluan untuk fokus
kepada tugasan yang penting dan bukan hanya yang segera.
Kenalpasti objektif dan cipta visi. Jadikan objektif sebagai
tanda arah dan visi sebagai destinasi anda, dengan ini
memudahkan anda untuk mengatur strategi. Pelbagai cara
antaranya menggunakan kalendar atau day planner.
Keseimbangan hidup (life balance) adalah
merangkumi bagaimana kita merancang masa bersama
keluarga, teman-teman disamping menyelesaikan tugasan
11
yang diamanahkan.
b. Kongsi urusan mengikut keutamaan (share priorities)
Apabila kita bekerja dalam satu pasukan, kita perlu
kongsi bersama ahli kumpulan kita apa keutamaan tugas
yang perlu diselesaikan. Orang lain tidak akan tahu
melainkan kita kongsi bersama mereka. Sebagai contoh diri
saya sendiri, saya kongsi jadual kerja saya dengan ahli
pengurusan RISDA yang lain. Jadi ini memudahkan kita
merancang kerja agar seiring.
12
c. Delegasikan tugas
Aturkan tugas yang boleh diserahkan kepada ahli
kumpulan untuk diselesaikan di bawah pemantauan anda.
Catat tugasan dan nama individu yang anda delegasikan
tugas itu tadi. Kerana pemantauan tetap perlu ada. Jadi
banyak kerja boleh diselesaikan berbanding jika kita lakukan
secara sendirian. Outsoursce jika perlu sekiranya tugasan
itu bukan di bawah kemahiran kita.
d. Kreatif dalam menyelesaikan tugas.
Jangan tetap pada satu langkah yang diamalkan
secara turun temurun jika kita boleh laksanakan dengan
13
lebih cepat dan efektif melalui konsep kerja yang baharu.
Berfikir di luar kotak, belajar daripada orang lain dan
membuat perancangan kerja.
‘With both hard work and smart work we can achieve our results,
but hard work is that which consumes more effort and time to
reach a goal. Where smart work is a brain work that which reaches
its goal in a short period’.
Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,
14
TRANSFORMASI RISDA
Bahagian Tanam Semula dan Perladangan telah melakukan
beberapa transformasi dalam tugasan harian antaranya:
a. Memendekkan ansuran bayaran tanam semula daripada 6
ansuran kepada 5 ansuran;
b. Aplikasi sistem TS online telah memudahkan dan
mempercepatkan lagi proses permohonan tanam semula ;
c. Pembangunan sistem e-Khairat PK yang telah membantu dan
memudahkan proses semakan, kemaskini dan tuntutan
Tabung Khairat Kematian Pekebun Kecil RISDA (TKKPR);
15
d. Mengemaskini semua Arahan Ketua Pengarah (AKP) di
bawah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan dan
menyusun semula standard operating procedure (SOP) sedia
ada agar ianya bersesuaian dengan keadaan semasa dan;
e. Pihak RISDA juga telah memulakan langkah proaktif dengan
membangunkan sebuah Sistem Pembangunan RISDA yang
menyeluruh bagi menggantikan sistem tanam semula sedia
ada iaitu SMB serta lain-lain program yang difikirkan sesuai.
Sistem ini juga nanti akan menjadi sebagai monitoring system
bukan lagi reporting system dan dijangka akan digunakan
mulaia tahun 2018.
16
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Dalam memenuhi matlamat tag line Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Membandarkan Luar
Bandar, ianya tidak hanya melihat kepada pembangunan
prasarana sahaja, malah ia lebih menyeluruh merangkumi aspek
sosial dan ekonomi.
Dalam konteks ini adalah menjadi tanggungjawab
Kementerian dan RISDA khususnya untuk memastikan
masyarakat kampung, usahawan-usahawan kampung dan desa
diberi pendedahan dengan perkembangan-perkembangan yang
berlaku khususnya dalam sektor ekonomi negara. Mereka perlu
bersungguh-sungguh merebut sebarang peluang yang ditawarkan
17
menerusi maklumat yang diperolehi daripada perkembangan yang
didedahkan.
Dalam bidang perladangan sebagai contoh, core business
bagi sesuatu aktiviti perladangan yang telah dilaksanakan sejak
bertahun lamanya perlu diperkemaskan. Sekiranya sebelum ini
bidang perladangan hanya tertumpu kepada pelaksanaan kerja-
kerja pertanian dan pembekalan input pertanian, maka kita harus
mengorak langkah yang lebih berani dengan mempelbagaikan
fungsi dan peranan perladangan itu sendiri menerusi R&D
(Research and Development).
Kedua, menyediakan struktur pemasaran untuk produk-
produk perladangan di samping menyediakan pelan promosi dan
18
pemasaran di peringkat dalaman dan global.
Ketiga, kesediaan individu yang terlibat untuk mencari ilmu
pengetahuan, menghadiri siri-siri latihan yang berkaitan dan tidak
segan untuk bergaul dengan ahli-ahli korporat yang telah berjaya.
Kita mesti mempunyai fikiran yang terbuka.
Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,
Dalam bidang perniagaan pula, RISDA perlu bergerak secara
aktif agar pekebun kecil di kampung-kampung khususnya diberi
peluang dan harapan untuk membangunkan ekonomi mereka
sendiri. Kita perlu bekalkan mereka dengan kemahiran merancang
supaya mereka dapat memperbaiki kehidupan mereka. Pekebun
19
kecil perlu diterapkan konsep berfikir secara lebih luas daripada
batasan-batasan yang terhad dan RISDA bertanggungjawab
membuka ruang bagaimana hendak melaksanakan projek-projek
yang boleh memberi sumber baru kepada pendapatan mereka di
luar bandar.
Pembangunan yang perlu kita lonjakkan untuk masyarakat
luar bandar iaitu pekebun kecil bukan hanya dengan menyediakan
prasarana, jalanraya,rumah atau bantuan tanam semula semata-
mata tetapi mindset masyarakat yang perlu diubah. Dan yang
akan mengubahnya adalah kita dan untuk melengkapkannya
adalah dengan membantu masyarakat ini supaya kehidupan
masyarakat ini dapat ditingkatkan.
20
Dengan pengalaman hidup sebagai anak kampung dahulu,
kita juga ingin melihat anak-anak kampung pada hari ini juga
menikmati kemudahan-kemudahan yang ada dibandar dapat
diperluaskan kepada masayarakat pekebun kecil di kampung
yang ada pada hari ini. Kita tidak ingin melihat anak-anak
kampung kita jauh ketinggalan dalam pelbagai segi dan sudut.
Oleh itu, saya berharap Dato’-dato’, tuan-tuan dan puan-puan
sekalian dalam Perkhidmatan Awam di peringkat RISDA ini dapat
menterjemahkan perubahan minda yang dimaksudkan dan
mengutamakan konteks ekonomi, rangkaian dan pemasaran
bertaraf global. Perubahan mindset sedemikianlah yang perlu kita
perluas dan perkembangkan.
21
Apa yang penting pada masa ini adalah menyesuaikan industri
kampung yang menepati keadaan dan permintaan semasa.
Banyak negara sedang membangun seperti negara Thailand,
Indonesia dan Filipina malah negara-negara maju seperti Jepun
telah menjadikan kegiatan di kampung-kampung sebagai salah
satu kegiatan ekonomi yang utama dan penting.
Perkara-perkara yang dinyatakan adalah antara mengapa
perlunya anjakan minda atau perubahan pemikiran (change in
mindset) dilakukan. Kita tidak boleh membelenggukan minda
dengan pemikiran bahawa ‘tiada apa yang boleh dibuat di
kampung’ dan ‘kampung hanya untuk orang pencen sahaja’. Kita
mesti lihat jauh ke hadapan dengan berfikiran secara global.
22
Selain daripada memajukan ekonomi luar bandar, saya juga
ingin menyeru supaya pembangunan sosial di kalangan anak
muda generasi pekebun kecil di kampung-kampung turut diberikan
perhatian. Gejala sosial yang semakin meningkat sejak
kebelakangan ini menuntut perhatian serius daripada kita semua
memandangkan kebanyakkan golongan yang terbabit adalah di
kalangan anak muda. Sedangkan mereka ini adalah harapan
masa depan bangsa dan negara kita. Sekiranya generasi ini
kecundang, negara bakal menjadi kucar kacir. Maka itu, peranan
membimbing golongan muda ini merupakan tanggungjawab kita
semua. Program pengembangan RISDA khususnya hendaklah
merangkumi semua perkara yang saya sampaikan tadi.
23
Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengubah keadaan
kehidupan pekebun kecil untuk membolehkan masyarakat di
peringkat luar bandar ini turut menikmati kehidupan yang
sempurna sebagaimana masyarakat di bandar. Namun saya tidak
mampu melakukan ini tanpa sokongan, dorongan dan bantuan
daripada tuan-tuan dan puan-puan.
24
PENUTUP
Yang Berbahagia Dato’-dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
Akhir kata saya menyeru agar kita semua sentiasa
menanamkan semangat kerja berpasukan dan elakkan diri dari
perbuatan fitnah kerana dengan kerjasama semua kakitangan di
semua peringkat serta sentiasa berfikiran positif mampu
menjadikan RISDA agensi terbaik dalam membela nasib pekebun
kecil.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah
kepada semua yang terlibat dalam persiapan perhimpunan ini dan
25
juga yang telah hadir ke perhimpunan pagi ini. Semoga kita
memperoleh manfaat serta pengetahuan yang sangat berguna
melalui perhimpunan pada hari ini dan mudah-mudahan kita dapat
bertemu lagi pada perhimpunan akan datang. Insya Allah.
Sekian,
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu„Alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.