teks ucapan perasmianangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/mac/mesy.-agung... ·...
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 30
TAHUN 2018
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.
YBrs. Encik Musa Bin Mohd Walid
Guru Besar SK Sri Kelana
4
Yang Dihormati En. Mohd Haizam Bin
Isha YDP PIBG
Yang Dihormati Barisan AJK PIBG
Sesi 2017/2018
Yang Dihormati Barisan Pentadbir
Sekolah
5
Yang Dihormati Ibu Bapa dan
Barisan Guru SK Sri Kelana
____________________________________
1. Alhamdulillah, bersyukur
kehadrat Allah SWT kerana dengan
izin-Nya dapat kita berkumpul dalam
6
Majlis penting pagi ini untuk bersama-
sama menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG SK Sri Kelana Kali ke-30.
2. Setinggi-tinggi terima kasih
diucapkan kepada semua ibu bapa
dan guru-guru yang hadir
7
meluangkan masa menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Kelana
pagi ini.
Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
8
3. Tugas dan tanggungjawab kita
sebagai ibu bapa & guru semakin
hari semakin berat di zaman yang
kian mencabar ini. Ianya bukan
seperti zaman ibu dan ayah kita
mendidik kita dahulu. Untuk
membolehkan kita mengamalkan
9
corak didikan ibu bapa kita dan guru
masa lalu bukanlah perkara mudah
terutama di tahun yang mendatang
ini. Di mana titik perubahan yang
menjadikan tugas ibu bapa semakin
sukar.
10
4. Adakah kerana zaman yang
berubah atau kerana sistem
pendidikan ataupun sememangnya
kerana kesilapan ibu bapa masakini
dalam mendidik, mengajar dan
mengasuh anak-anak? Begitu juga
dalam bab disiplin anak-anak kita,
11
dari zaman pra-sekolah, sekolah
rendah dan kini menempuhi alam
remaja. Jika tanpa bimbingan yang
sempurna bermula dari institusi
keluarga dan disokong oleh sistem
pendidikan dan pembangunan
akhlak anak kita di sekolah, sudah
12
tentu lagi cepat anak-anak kita
terjerumus ke arah yang tidak elok.
Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
5. Oleh kerana itulah, hubungan
13
dan kerjasama antara institusi
keluarga dan institusi sekolah,
hubungan antara ibu bapa dan
guru-guru perlu dipereratkan dan
diambil berat.
6. Terleka atau terlalai salah satu
14
pihak, akan menyebabkan
ketidakseimbangan sistem
kehidupan atau pembesaran anak-
anak kita. Dan jika wujud
ketidakseimbangan ini, maka kita
dengan mudah boleh
mengenalpasti dimanakah punca
15
kelemahan atau kesilapannya. Di
kedua-dua institusi inilah wujudnya
kasih sayang, tanggung jawab,
pendidikan dan amanah.
7. Ada ibu bapa yang terlalu
kurang memberi kasih sayang dan
16
mengabaikan tanggung jawab
mengasuh. Dalam erti kata lain,
terlalai dalam kesibukan kerja
hinggga terabai amanah sebagai
ibu bapa. Tidak kurang yang terlalu
memberi kasih sayang yang
melimpah ruah, mereka menutup
17
kelemahan mereka dengan
memberi sepenuh kemewahan yang
berlebih-lebihan kepada anak-anak.
8. Kesannya, anak-anak kita tidak
mahu bersusah payah dan mahu
semuanya tersedia di depan mata.
18
Dan ketika mereka mulai dewasa,
sebahagiannya sudah mulai
memijak kepala ibu bapa dan guru-
guru. Disiplin anak-anak kita menjadi
kacau bilau. Yang rosak mungkin
seorang dua, tetapi tahap
pergaulan luas dan tanpa
19
bimbingan sempurna, akan
menjadikan ramai rakan-rakan lain
yang turut terjerumus sama.
Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
20
9. Marilah kita renung dan fikirkan
bersama. Janganlah kita alpa.
Kerana cabaran anak-anak kita di
masa hadapan pastinya lebih
mencabar. Kalau tidak, kita yang
bekalkan mereka dengan ilmu /
didikan / disiplin yang sempurna,
21
nescaya kita akan saksikan mereka
tersasar jauh dari landasan satu hari
nanti.
10. Guru-guru di SK Sri Kelana
mempunyai tanggung jawab besar
mengajar ilmu kepada anak-anak
22
tuan / puan. Tetapi ianya tidak
mengurangkan atau melepaskan
amanah dan tanggung jawab kita
sebagai ibu bapa dalam mengasuh
dan mendidik mereka menjadi anak
yang soleh / solehah menjadi orang
yang berguna dunia / akhirat.
23
Marilah kita bimbing mereka
bersama-sama. Tidak kira mereka itu
anak dia atau anak siapa pun.
11. Oleh yang demikian, ibu
bapa mestilah sama-sama
berperanan memperelokkan
24
gabungan kedua-dua institusi ini
dalam PIBG SK Sri Kelana. Semoga
Allah s.w.t merahmati dan
memberkati usaha dan kemampuan
kita semua ibu bapa dan juga semua
guru SK Sri Kelana dalam mendidik
25
anak-anak kita cemerlang dunia dan
cemerlang di Akhirat.
12. Sebelum saya
mengundurkan diri, saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih
kepada pihak PIBG kerana sudi
26
menjemput saya ke Majlis Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-30 sekalung
penghargaan kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG dan pihak
urusetia yang menjayakan majlis ini.
27
13. Akhir sekali dengan lafaz
lafaz bismilllahirahmanirahim saya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-30 Sekolah Kebangsaan Sri
Kelana pada tahun 2018 .
Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah