teks ucapan yb dato’ seri haji mohd shafie bin haji … · 1 teks ucapan yb dato’ seri haji...
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN
YB DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
AMANAT TAHUN BARU 2014
13 JANUARI 2014, HOTEL PRIMERA, KUALA LUMPUR
---------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikumwarohmatullahiwabarokatuh, Salam
Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Terima kasih saudara/saudari Pengerusi Majlis,
Yang BerhormatDato’ Alexander NantaLinggi
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Yang BerhormatDato’ ZainalAbidin bin Osman
Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah
2
Yang Berbahagia Dato’ Ibrahim bin Muhammad
Ketua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Yang BerbahagiaDato’ Ahmad Zubir bin Abdul Ghani
Yang BerbahagiaDato’ Nursiahbinti Arshad
Timbalan-timbalan KSU, Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah
Yang Berbahagia Ketua Pengarah-Ketua Pengarah
Agensi-agensi KKLW
Yang BerusahaPuanHajjah Zainon binti Md Nasir
Setiausaha Bahagian Kanan Khidmat Pengurusan, KKLW
Yang Berusaha Setiausaha-setiausaha Bahagian
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
3
Para media/tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
sekalian,
1. Perhimpunan yang diadakan secara tahunan ini bukan
sahaja menghimpunkan satu keluarga besar yang
menggalas amanah membangunkan kawasan luar bandar
khususnya, bahkan perhimpunan ini membolehkan kita
melihat dan menilai kembali prestasi masing-masing
selaku anggota KKLW dan juga agensi-agensi di
bawahnya sepanjang tahun 2013, supaya boleh diperbaiki
untuk tahun ini.
2. Beberapa minggu yang lalu, Yang
AmatBerhormatPerdanaMenteri, Dato’ Seri
NajibTunRazakmengumumkan 11 langkah penjimatan
dalam usaha mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
3. Selaku barisan pimpinan saya sedar dan tahu bahawa
tekanan terhadap kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat
terutama sekali di kawasan bandar ini sedikit sebanyak
memberi kesan terhadap prestasi kerja mungkin
4
sebilangan kecil daripada kakitangan awam secara amnya
dan anggota KKLW secara khususnya.
4. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anggota
kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah dan juga agensi-agensi di bawahnya untuk
mengekalkan budaya kerja prestasi tinggi kerana anda
adalah agen transformasi paling hadapan dan juga
bertindak sebagai perantara antara rakyat dan kerajaan
dalam menterjemah wawasan negara.
NKRA (2010-2013)
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
5. Pencapaianpembangunanprojek-projekluarbandar yang
berimpaktinggipadatahun 2013 dilihat telah berjaya
dilaksanakan walaupun ada sesetengahnya yang
mengalami kesukaran di peringkat perlaksanaan dan
lambat siap daripada jadual yang ditetapkan.
5
6. Sepertimana pencapaian cemerlang pada tahun 2012,
tahun 2013 juga menunjukkan prestasi baik untuk kesemua
7 bidang/program yang diterajui oleh Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Untuk jalan luar
bandar misalnya, sasaran yang ditetapkan sepanjang tahun
2013 adalah 441 km, tetapi KKLW berjaya menyiapkan
jalan luar bandar sepanjang 694.65 km yang mana
daripada jumlah ini, 195.75 km adalah di Sabah dan 178.31
km di Sarawak.
7. Bagi bekalan air luar bandar pula, sebanyak 29,336 buah
rumah telah mendapat bekalan dengan 11,131 buah rumah
di Sabah dan Sarawak pula sebanyak 8,924 buah rumah.
8. Sasaran untuk Program Bantuan Rumah (PBR) pada
tahun 2013 adalah sebanyak 7,212 buah rumah sahaja
tetapi sebaliknya kita berjaya menyiapkan sebanyak
10,818 buah. Sebahagian besar daripada penerima rumah
di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) adalah di Sabah
iaitu 2,056 buah di Sabah dan 2,620 buah rumah di
6
Sarawak, manakala selebihnya iaitu 2,936 buah rumah di
Semenanjung Malaysia.
9. Dalampadaitu, bagi Program BekalanEletrikLuar Bandar
(BELB) pula, sebanyak 6,138 buah rumah di Sabah dan
9,087 buah rumah di Sarawak
telahmendapatbekalaneletrik.
10. Program SelenggaraJalanLuar Bandar
telahmenunjukknprestasicemerlangdenganpencapaian
sebanyak 154.08% sepanjang tahun 2013 dengan sasaran
yang diberikan adalah sepanjang 730 km yang
perludisiapkan, sebaliknya KKLW
berjayamenyelenggarajalanluarbandarsepanjang 1,124.76
km. Daripada jumlah ini, 237.97 km adalah di Sabah dan
244.02 km di Sarawak.
11. 2 lagi program yang baru dilaksanakan bermula pada
akhir tahun 2012 iaitu Program Desa Lestari dan Ladang
Berskala Besar di bawah Projek Kampung Abad ke-21.
Bagi Program Desa Lestari kementerian sedang
7
dantelahpun melaksanakanprojek-
projekberimpaktinggimelaluikoperasikampung-kampungdi
seluruh Malaysia.
12. Antara yang menjadi perhatian adalah Projek Madu
Kelulut yang pasarannya bukan hanya tertumpu di dalam
negara, malahan permintaan ke pasaran luar negara amat
menggalakkan. Secara tidak langsung, permintaan yang
tinggi di pasaran membolehkan pendapatan masyarakat
kampung melalui koperasi yang terlibat meningkat antara
RM 500 hingga RM 2000 sebulan.
RURAL BUSINESS CHALLENGE (RBC)
Tuan-tuan dan Puan-puan,
13. Kementeriantelah Berjaya melaksankanpertandingan
Rural Business Challenge (RBC) ini sejak dari tahun 2012
lagi. Pada tahun lepas, sebanyak RM17.65 juta telah
dimenangi oleh 20 peserta yang masing-masing menerima
geran sehingga RM2 juta untuk 5 orang peserta
cemerlang, RM750 ribu untuk 7 orang bagi kategori RBC
8
Jaya dan RM300 ribu untuk 8 orang pemenang bagi
kategori RBC Harapan.
14. Saya berharap pertandingan ini akan terus
dilaksanakan untuk merealisasikan impian belia
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan dalam
masa yang sama berjaya membina peluang kerjaya di
kawasan luar bandar.
15. Secara tidak langsung, saya percaya migrasi belia dari
luar bandar ke bandar dapat dikurangkan kerana mereka
boleh bergantung kepada peluang-peluang pekerjaan yang
diwujudkan oleh inisiatif dan juga program-program yang
pihak kementerian jalankan. 1 juta belia luar bandar yang
tidak mempunyai pekerjaan berdasarkan kepada rekod
pada tahun lalu akan dapat dikurangkan dan seterusnya
dihapuskan pada masa akan datang.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
9
16. Di bawah Program TranformasiKerajaan (GTP 2.0),
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentangkan
sebanyak 3 kali setahun. Bagi memastikan perkara ini
dilaksanakan, pihak Jabatan Audit Negara telah
memperkenalkan empat (4) inisiatif iaitu:
i) Aksespantas LKAN
ii) Online Dashboard untuk paparan maklumat LKAN
kepada orang awam
iii) Jawatankuasa Tindakan, dan
iv) PutrajayaInquistion yang dipengerusikanoleh Yang
AmatBerhormatPerdana Menteri bagi menyelesaikan isu-
isu LKAN yang melibatkan dasar.
17. Teguran dan juga nasihat daripada Unit Audit Dalam
(UAD) kementerian perlu diberi perhatian serius dan
tegas. Pemantauan perlu dijalankan secara berterusan bagi
memastikan kementerian sentiasa berada di tahap yang
cemerlang dan bebas daripada isu-isu pembaziran,
pemborosan dan juga penyelewengan.
10
18. Dengan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) di dalam agensi-agensi kementerian
seperti KESEDAR, RISDA, MARA, FELCRA dan
KETENGAH pada tahun
laludiharapdapatmenjadisandarankepadaintregitisetiapangg
otakementeriandan juga agensi-agensi untuk menggalas
tanggungjawab dengan lebih amanah.
PENAMBAHBAIKAN SISTEM PERKHIDMATAN
Hadirin dan hadirat sekalian,
19. Pada akhir tahun 2013 yang lepas, kerajaan telah
mengambil keputusan untuk melaksana penambahbaikan 81
skim perkhidmatan seperti yang diumumkanoleh YAB Dato’
Seri Mohd NajibTunRazaksemasaPembentangan Bajet
2014 iaitu;
i) Penggubalansatu (1) Skim Perkhidmatan
ii) Penambahbaikan 73 Skim Perkhidmatan
iii) Penjumudan 7 Skim Perkhidmatan
iv) Kelayakan minima PMR untuk lima (5) Skim
Perkhidmatan
11
v) Kenaikan taraf perkhidmatan dari Gred 1 hingga Gred
10 ke Gred 11. Perubahan ke Gred 11 ini memberi peluang
kenaikan pangkat kepada pegawai secara time-based ke
gred yang lebih tinggi.
20. Inilah kesungguhan kerajaan untuk memberi peluang
terbaik kepada penjawat awam menikmati gaji maksimum
yang lebih tinggi dengan faedah persaraan yang lebih baik.
21. Saya berharap kementerian ini akan terus
melaksanakan kajian semula perjawatan dari semasa ke
semasa bagi memastikan perjawatan tersebut relevan dan
memberi peluang warga KKLW dan agensi-agensi
menikmati kenaikan pangkat pada masa akan datang.
TERBARU DI KEMENTERIAN
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
(i) Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang
22. Pada tahun ini, kementerian buat julung kalinya akan
mengadakan Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang
12
(PPC) iaitu anugerah pingat yang bertujuan untuk memberi
pengiktirafan kepada individu yang mempunyai rekod
cemerlang dan luar biasa di dalam melaksanakan tugas
yang telah diamanahkan.
23. Pingat iniseperti yang
dimaklumkanadalahdizahirkanoleh Seri PadukaBaginda
Yang diPertuanAgongmelalui Status Pingat Perkhidmatan
Cemerlang dan diiktiraf seperti pingat-pingat yang lain
dan boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri majlis
rasmi kerajaan.
24. Kementerian menganugerahkan pingat ini kepada
seramai 10 pegawai kementerian yang telah menunjukkan
komitmen tugas yang tinggi di dalam menggalas
tanggungjawab yang diamanahkan. Insentif bagi penerima
PPC ini adalah;
i) SatuPingatPerkhidmatan Cemerlang
ii) Sijil Perkhidmatan Cemerlang
iii) Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000
13
25. Syabas dan tahniah saya ucapkan dan berharap
anugerah ini menjadi pendorong kepada warga kerja
kementerian yang lain untuk terus bekerja gigih dengan
memberi komitmen luar biasa dalam kerja-kerja hakiki
dan kerja-kerja sosial di luar waktu pejabat.
ii) Transformasi KEMAS
26. Sehingga kini KEMAS telah memiliki sebanyak 385
buah kelas Taska PERMATA KEMAS dan seramai 7,510
orang anak-anak yang mendapat manfaat daripadanya.
Sebanyak 50 buah kelas akan dibuka pada tahun 2014 dan
50 buah lagi pada tahun 2015.
27. Setiap kanak-kanak merupakan asset yang paling
bernilai kepada masyarakat, khususnya negara kerana
kanak-kanak inilah bakal menjadi pewaris bangsa kita,
bangsa Malaysia. Pada pengumuman Bajet 2014 yang
telahdibentangpadatahunlalu,
kerajaantelahmemperuntukkan sebanyak RM530 juta bagi
tujuan pendidikan pra-sekolah keseluruhannya.
14
28. Bagi kanak-kanak dari keluarga termiskin dan miskin
pula, pembelian pakaian seragam, pakaian sukan, beg
sekolah diperuntukkan untuk kanak-kanak Tabika,
manakala peralatan mandi, tuala dan selimut diberikan
untuk kanak-kanak Taska.
29. Pemberian ini adalah percuma yang tidak lain tidak
bukan bertujuan meningkatkan bilangan anak-anak dari
keluarga yang kurang mampu untuk mendapat pendidikan
pra-sekolah dengan tidak menambahkan bebanan
perbelanjaan keluarga.
30. Dalam masa yang sama, kementerian akan terus
mempertingkatkan kualiti program pendidikan formal dan
non-formal KEMAS terutamanya;
i) Program Persijilandan Diploma KEMAS
ii) Program Awal Pendidikan Kanak-kanak
iii) Kualiti Premis dan Kemudahan Pembelajaran
iv) Bantuan Makanan Tambahan
15
v) Bantuan Geran Per Kapita (GPK) dan
vi) Peningkatan Kelayakan Akademik Guru-Guru Tabika
KEMAS
iii) Transformasi Orang Asli
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
31. Kementerian melalui JabatanKemajuan Orang Asli
(JAKOA) berperananmeningkatanpembangunanminda,
meningkatkankemahiran, menanam keyakinan dan nilai-
nilai positif di dalam diri masyarakat orang asli.
32. Pelbagai program dianjurkan khususnya program
latihan kemahiran dan kerjaya bagi mencetuskan anjakan
paradigm masyarakat orang asli seiring dengan
perkembangan arus perdana negara.
33. Kementerian telah menetapkan bahawa bagi tahun
2014 kadar keciciran pelajar orang asli dari darjah 6 ke
tingkatan 1 dikurangkan kepada 23% berbanding 25% pada
tahun 2013.
16
34. Manakala bagi Program Kelas Dewasa Asli
(KEDAP)akanditeruskan pada tahun 2014 dengan
peruntukan sebanyak RM6.4 juta. Ia akan melibatkan
kesemua masyarakat orang asli yang buta huruf di semua
perkampungan orang asli di seluruh Malaysia.
35. Bagi Program Pengajian Tinggi pula, kementerian
mengekalkan sasaran jumlah pelajar Orang Asli
melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara dan juga
Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara.
* luar negara = 10 orang pelajar
* dalam negara = 305 orang pelajar
36. Pada tahun 2013, JAKOA berjaya mencapai sasaran
dengan menghantar 10 orang pelajar Orang Asli ke luar
Negara seperti di United Kingdom, India dan juga
Australia. Pada tahun 2014, seramai 10 lagi pelajar dari
kalangan Orang Asli akan kita hantar untuk melanjutkan
17
pelajaran ke luar negara, dengan bantuan dan juga
sokongan yang sepatutnya.
37. Selain daripada itu, pelajar Orang Asli yang menuntu di
IPTA dalamnegaraturutmendapat perhatian dengan
pewujudan Majlis Perwakilan Mahasiswa Intelek Orang
Asli (MPMIOA).
38. Majlis perwakilan ini turut bertujuan untuk
membincangkan isu-isu berkaitan pelajar Orang Asli di
IPTA seluruh Malaysia
sertamengenalpastikaedahpenyelesaiannya. Dalam masa
yang sama, ia juga dapat merapatkan hubungan
silaturrahim Antara pelajar dan pihak jabatan. Secara tidak
langsung inidapatmeningkatkanbilanganbeliadanbeliawanis
Orang Aslimenceburibidangpekerjaan apabila tamat
pengajian kelak.
39. Padatahun 2014, JAKOA mensasarkanseramai 200
beliadanbeliawanis Orang Aslimengikuti Program Latih
Kemahiran dan Kerja (PLKK) dengan anggaran kos
peruntukan daripada kementerian sebanyak RM2 juta.
18
Saya harap agar PLKK ini tidak hanya
tertumpudengankementeriandanjugaagensidibawahnya,
malahkembangkanlagidan jalinkan kerjasama dengan
kementerian-kementerian lain yang difikirkan sesuai serta
penglibatan bersama sektor swasta dan GLC.
40. Di samping itu, Program Pengukuhan Modal Insan akan
terus dilaksanakan pada tahun 2014 yang bertujuan
memberi kesedaran
danjugapendedahankepadabeliadanbeliawanissertamerekat
entangkepentinganmeningkatkanekonomikeluargasekaligus
mengurangkankadarkemiskinan di kalangan Orang Asli.
41. Program ini diharap dapat membuka minda masyarakat
Orang Asli agar dapat menerima pembaharuan dan juga
perubahan dalam hidup mereka. Bagi mengurangkan
jurang kemajuan yang mula dinikmati oleh penduduk luar
bandar dengan masyarakat Orang Asli, kementerian akan
memastikan 853 buah perkampungan Orang Asli
dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas seperti
jalan raya, bekalan air bersihdanjugabekalaneletrik 24 jam.
19
42. Keutamaan akan diberikan kepada pembinaan jalan
perhubungan utama dan desa di perkampungan Orang Asli
bagi meningkatkan keupayaan mobiliti dan memudahkan
program pembangunan yang lain sampai kepada
masyarakat Orang Asli, terutamanya di pedalaman.
TRANSFORMASI MARA
Dasar Keusahawanan Nasional (National Entrepreneurship
Policy) Sebagai Pengganti Dasar Ekonomi Baru (DEB)
43. Sebagai sebuah socioeconomic engineering agency,
MARA telah dan sedang melaksana tanggung jawab
membangunkan modal insan Bumiputera seperti kumpulan
usahawan dan pemimpin korporat, golongan profesional,
serta pekerja teknologi mahir, bahkan melalui sistem
pendidikannya MARA juga telah membangunkan program
pelajar cemerlang kepada negara.
20
44.Kedudukan MARA selakuagensi di bawah Kementerian
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sememangnya amat
strategiksebagai “jambatan” penghubung pembangunan luar
bandar dan bandar yang mapan.
45. Selaras untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju, Dasar Keusahawanan Nasional adalah
diperlukan dengan memberi fokus kepada pembangunan
usahawan (entrepreneurial development), penciptaan
peluang pekerjaan (job creation) dan peluang perniagaan
(business opportunities) yang seterusnya akan mencipta
kekayaan (wealth creation) untuk rakyat dan negara.
46. Dengan physical infrastructure sedia ada disokong oleh
intellectual infrastructure, sudah pasti MARA berkeupayaan
untuk menerajui pelaksanaan Dasar Keusahawanan
Nasional ini.
47. Dasar ini adalah bermatlamat ke arah perpaduan
nasional dengan strategi penyusunan semula masyarakat di
21
samping melonjakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang
perdagangan dan perindustrian (beyond affirmative action).
Merealisasikan hasrat ini, MARA perlu fokus dalam usaha
membantu Bumiputera untukmenjadiusahawankorporat,
usahawanperuncitan, teknousahawan,
usahawanpembuatan, kontraktorberwibawa dan lain-
lain.Untuk menjadi usahawan global (global player), maka
MARA perlu melengkapkan mereka dengan ilmu
pengetahuan yang tinggi, penguasaan teknologi dan
memiliki kemahiran keusahawanan.
48. Kerana itu, kita perlu membangunkan entrepreneurial
people atau golongan usahawan, entrepreneurial companies
and organizations di kalangan syarikat/ organisasi
Bumiputera, dan akhirnya menjadikan kaum Bumiputera
sebagai entrepreneurial society.
49. Dengan pendekatan ini, kita yakin bahawa Malaysia
akan menjadi sebuah negara maju yang dipanggil sebagai
The Entrepreneurial Nation. Kita juga berhasrat untuk
22
menyepadukan antara program pendidikan dan
keusahawanan untuk melahirkan sekurang-kurangnya
seorang graduan dalam sebuah keluarga yang
seterusnya menjadi usahawan berjaya dalam masyarakat
(a graduate in the family, an entrepreneur in the society).
50. Sekarang ini, kita mempunyai 4.2 juta isi rumah
Bumiputera. Kalaulah kita dapat melaksanakan dasar ini,
makakitamampuuntukmerubahlanskapsosioekonomidanpem
ikiranBumiputeradaripadahanyabercita-catamenjadipekerja
(job seekers) kepada pencipta peluang pekerjaan (job
creators) atau usahawan yang mampu mencipta kekayaan
untuk dirinya, masyarakat dan bangsa.Kita mahu
keusahawanan bukan lagi hanya bidang kerjaya pilihan
Bumiputera tetapi mahu keusahawanan ini menjadi budaya
(culture) kaum Bumiputera.
Education Business Park (edubizpark)
52. Sebagai langkah permulaan, bagi melaksanakan
dasar ini, kita bersetuju untuk MARA membangunkan
Education Business Park (edubizpark) di tigabuah lokasi
23
yang telah dikenal pasti iaitu di Subang, Taman Teknologi
Malaysia, Bukit Jalildan di Senawang, Seremban.
53.
KonsepedubizparkiniakanmenempatkansebuahInstitusiPendi
dikan MARA sebagai pencetus atau catalyst kepada
penciptaan peluang perniagaan dengan pewujudan retail
outlets untuk dimanfaatkan oleh usahawan Bumiputera. Ini
sekali gus memberi peluang kepada para pelajar di
institusi ini mendapat pendedahan awal berkenaan bidang
keusahawanan yang menjanjikan pulangan yang lumayan
kepada mereka.
54. Konsepedubizparkiniturutberpotensiuntukdikembang
kanke institusi pendidikan lain yang mempunyai tapak dan
keluasan tanah yang bersesuaian bagi pembinaan retail
outlets dan lain-lain kemudahan berkaitan. Melalui kaedah
ini, kita bukan sahaja sekadar memberi peluang kepada
para pelajar untuk mendapatkan pendidikan, tetapi turut
mendedahkan mereka kepada peluang dan pengalaman
keusahawanan secara hands on.
24
55. Pembentukana new entrepeneurship ecosystem yang
diwujudkanmelaluiedubizparkinidapatmerealisasikandasarm
enjadikan bidang keusahawanan sebagai senjata utama
pembangunan bangsa dan negara.
Pendidikan
56. Kita juga perlu melabur dalam bidang pendidikan
untuk membangunkan karakter, kapasiti dan keupayaan
(character, capacity and capability building) di kalangan
Bumiputera sejak mereka di bangku persekolahan lagi.
57. Seperti mana pengumuman YAB PerdanaMenteri,
kerajaantelahbersetujumewujudkanendownment
fundberkonsepkanwakaf di bawah MARA dengan konsep
bagi setiap “RM 1 yang disumbangkan atau dikumpul oleh
MARA dan rakyat, maka kerajaan akan menyumbangkan
RM 1 ke dalam tabung ini” (dollar to dollar) yang akan
dimulakan pada tahun 2014 ini.
25
58. Sebagai permulaan, MARA akan menyediakan dana
sebanyak RM 500 juta, dan kerajaan akan menyalurkan
peruntukan sebanyak RM 500 juta lagi secara berperingkat
yang menjadikan jumlah keseluruhan dana permulaan ini
sebanyak RM 1 bilion. Endownment Fund
iniakandiurusakanolehPelaburan MARA Berhad (PMB)
yang mana ia secara langsung turut menambah nilai
pengurusan dana yang diuruskan oleh PMB pada tahun ini.
59. Kita berharapendownment
fundiniturutmendapatsambutandaripada usahawan
Bumiputera yang telah berjaya serta para profesional
Bumiputera terutamanya komuniti MARA sama ada
usahawan, bekas pelajar dan bekas tajaan MARA yang
telah mendapat faedah (beneficiaries) MARA yang kini
berjumlah lebih 2 juta orang. Jika komuniti MARA dan
kaum Bumiputera turut menyumbang, kita yakin jumlahnya
akan meningkat dan ia dapat disalurkan untuk
pembangunan pendidikan dan keusahawanan Bumiputera
secara berterusan.
26
iv) KOPERASI LUAR BANDAR
60. Alhamdulillah, pihakSuruhanjayaKoperasiMalaysi
(SKM) telahbersetujudanmeluluskan penubuhan Koperasi
KKLW dengan nama Koperasi Luar Bandar Berhad atau
singkatannya KOOP Luar Bandar pada 16 Oktober 2013
yang lalu.
61. Fungsi utama koperasi ini adalah pembiayaan kredit.
Aktiviti awal perniagaan adalah menjalankan aktiviti jimat
cermat dan pinjaman, ternakan madu kelulut dan retail
centre produk luar bandar.Koperasi ini turut dibenarkan
untuk menjalankan operasi di seluruh Malaysia dan
terbuka kepada semua warga KKLW dan keluarga.
62. Penubuhan
koperasiinijugadapatmewujudkanbudayaentreprenurship di
dalamdirisemuawarga KKLW seterusnya menjana
pendapatan tambahan bagi setiap ahli.
CABARAN DAN CADANGAN
27
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
63. Walaupun secara keseluruhannya, kementerian dan
agensi-agensi berjaya melaksanakan semua projek-projek
yang disasarkan dengan baik, namun saya tafsirkan
terdapat beberapa faktor yang boleh kita perbaiki dalam
usaha kita untuk memastikan setiap kerja yang bakal kita
lakukan pada masa akan datang lebih sempurna.Secara
tidak langsung, banyak penjimatan yang dapat kita lakukan
dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
64. Pertama sekali, kita perlu lihat kembali kepada asas
penubuhan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah ini iaitu berperanan untuk membasmi kemiskinan
tegar luar bandar dan juga meningkatkan infrastruktur asas
luar bandar. Sejak kementerian ini ditubuhkan pada tahun
1959 (walaupun pada asalnya nama lain digunakan), tetapi
objektifnya penubuhannya tetap sama, membela nasib
masyarakat luar bandar di seluruh Malaysia, termasuk
Sabah dan Sarawak.
28
65. Oleh sebab itu, untuk tahun 2014 ini, saya harap
perancangan dari peringkat awal untuk setiap program dan
juga perlaksanaan pembangunan sama ada infrastruktur
ataupun dari segi modal insan perlulah diteliti dan
dilakukan lebih awal dan secara menyeluruh.
66. Perancangan yang
sayamaksudkantermasuklahjugapergerakkanpegawai-
pegawaidanjugakakitangan yang perlu hadir mesyuarat,
lawatan tapak dan juga ketika membuat pemantauan.
Aktiviti ini boleh dilakukan secara kolektif di antara
bahagian-bahagian yang berkaitan supaya kos
perbelanjaan lawatan dapat dikawal dan dikurangkan.
67. Sebagai permulaan, lawatan ke luar negara contohnya,
kekerapan dan jumlah pegawai mungkin boleh kita
kurangkan dan keperluan lawatan itu sendiri mungkin
boleh kita kaji dan nilai semula supaya objektif benar-
benar tercapai kerana masyarakat dan juga rakyat pada
masa ini akan menilai setiap sen wang yang dibelanjakan
oleh kerajaan supaya ianya mendatangkan manfaat kepada
negara amnya.
29
68. Mungkin tidak banyak yang dapat kita kurangkan,
tetapi ia memadai sebagai langkah permulaan kerana
perkara ini perlukan masa dan juga kerjasama yang baik
dari semua pihak.
69. Harapan saya, kementerian dan juga agensi perlu
mengambil langkah proaktif dan positif terhadap langkah
penjimatan sektor awam ini dengan menyusun langkah
strategik bagi memastikan ia dapat dilaksanakan.
70. Selain daripada itu, kementerian, jabatan dan agensi
boleh memikirkan langkah-langkah penjimatan lain
seperti;
i) Penggunaanmentoljenis diod pemancar cahaya (LED)
ii) Penggunaan teknologi lampu pintar – padam secara
automatik apabila pintu ditutup
iii) Penguatkuasaan pengurangan suhu hawa dingin di
semua premis pejabat KKLW/jabatan/agensi
30
71. Aspek-aspek yang melibatkan proses teknikal dan
prosedur birokrasi perlu diuruskan dengan sistematik dan
berkesan agar proses pelaksanaan pembangunan fizikal
dapat disegerakan bagi mematuhi KPI yang telah
ditetapkan kepada kementerian.
72. Saya percaya sekiranya perkasa asas ini dapat
kitalakukandansempurnakandenganjayanya,
InsyaAllahtiadamasalahuntukkita teruskan agenda lain
yang lebih besar kesannya dan mempunyai impak yang
tinggi kepadamasyarakatluarbandar.
73. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar
diberikan kesihatan yang baik supaya segala amanah dan
juga usaha yang akan kita lakukan sepanjang tahun
inidiberkatidandipermudahkanoleh Allah
Subhanahuwata’ala.Bersamakitaberiltizammencorakpemba
ngunandanjugakemajuan negara.
Sekian, terima kasih