teks ucapan yb datuk seri rina mohd … yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan akan...
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN
YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
SEMPENA
MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA
(PERDA-TECH) KE-10
DEWAN UTAMA PERDA-TECH NIBONG TEBAL, PULAU PINANG 20 MAC 2019 (RABU) / 9.30 PAGI
2
Terima kasih Tuan / Puan Pengacara Majlis. Bismillahirrahmanirrahim, Salam Bahagian, Dan Salam Luar Bandar Sejahtera,
(SALUTASI LENGKAP AKAN DISEDIAKAN ATAS ROSTRUM)
3
KATA-KATA ALUAN
1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama
meraikan para graduan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-
TECH) yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan
akan dianugerahkan sijil dan diploma pada hari ini.
2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung ucapan
tahniah kepada 389 graduan di atas kejayaan mengikuti pengajian
di PERDA-TECH dengan cemerlang. Tahniah juga kepada semua
4
ibu-bapa dan waris pelajar yang turut berada di dewan bagi
meraikan kejayaan anak masing-masing pada hari ini.
3. Berkat usaha semua pihak, hasil yang kita harapkan telah
menunjukkan kejayaan. Saya mengharapkan kejayaan hari ini
akan menjadi titik permulaan dan pencetus semangat kepada
semua graduan untuk meningkatkan kecemerlangan masing-
masing sama ada di dalam kerjaya ataupun meneruskan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi demi masa depan yang lebih
gemilang.
5
Yang Berbahagia Datuk dan para hadirin sekalian,
4. Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA-TECH, telah
memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu belia
lepasan sekolah terutama belia-belia di kawasan luar Bandar bagi
mendapatkan latihan kemahiran yang diiktiraf oleh badan-badan
akademik dan profesional serta juga pihak industri.
5. Saya bangga dengan pencapaian PERDA-TECH sehingga
kini apatah lagi kini LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU
6
PINANG atau PERDA telah kembali ke pangkuan Kementerian
Pembangunan Luar Bandar.
6. Untuk makluman para hadirin sekalian pada tahun ini juga
merupakan Ulang Tahun ke-30 penubuhan PERDA-TECH yang
sebelum ini lebih dikenali sebagai Pusat Latihan PERDA (PLP).
Selamat Ulangtahun ke-30 PERDA-TECH dan syabas dan tahniah
saya ucapkan!
7. Sejak penubuhan PERDA-TECH dalam menyebarluaskan
pelaksanaan pendidikan kemahiran juga secara tidak langsung
7
membantu memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak
mendapat tempat di mana-mana IPT di dalam Negara.
8. Peluang yang ditawarkan oleh PERDA-TECH ini secara tidak
langsung membantu pelajar-pelajar ini untuk menimba ilmu dan
seterusnya membantu mereka meningkatkan taraf sosial ekonomi
masyarakat khususnya yang berada di kawasan luar bandar.
9. Program-program pengajian yang ditawarkan oleh PERDA-
TECH ini juga mempunyai kesan langsung kepada mobility sosial,
kumpulan sasar dan sewajar diteruskan.
8
10. Saya juga berpendapat sebagai salah sebuah institusi
pembangunan modal insan, PERDA-TECH berperanan membantu
kerajaan dalam pembangunan negara melalui penyediaan tenaga
mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan industri.
Peranan ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk
mengarusperdanakan dan memperluaskan akses kepada
pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET).
11. Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta
pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan
berkaitan TVET. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu
9
meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara
berperingkat daripada 175,000 orang pada tahun 2017 kepada
231,000 orang pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 24.2%
yang pada akhirnya akan membantu negara untuk mengharungi
era Revolusi Industri 4.0 yang telah bermula secara global.
12. Ironinya, negara masih kekurangan dalam aspek ini di mana
80% tenaga kerja di negara ini berkelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan hanya 25 peratus sahaja tenaga kerja di
negara ini memiliki kemahiran tinggi. Oleh itu, di bawah RMK-11
kerajaan mensasarkan peningkatan modal insan berkemahiran
tinggi kepada 35% menjelang 2020.
10
13. TVET akan memberi peluang kepada pelajar untuk
meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran sehingga ke
peringkat tertinggi iaitu di peringkat universiti dan seterusnya ini
akan membantu usaha kerajaan ke arah menjadikan Malaysia
sebagai salah sebuah Negara yang berpendapatan tinggi dan maju
di dunia.
14. Dalam konteks ke arah memperkasakan pendidikan TVET,
landasan yang disediakan oleh PERDA-TECH ini adalah
bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan TVET
11
sebagai bidang keutamaan dengan menyediakan institusi-institusi
pengajian latihan TVET kepada pelajar-pelajar untuk mereka
mengikuti latihan dalam bidang vokasional dan teknikal.
15. Institusi Pendidikan Kemahiran seperti PERDA-TECH
berperanan besar dalam membantu ke arah pembangunan, baik
kepada Negara, kepada masyarakat dan juga kepada individu.
16. Institusi kemahiran seperti ini adalah perumpamaan nukleus
yang melahirkan dan melatih tenaga mahir berpengetahuan yang
semakin diperlukan dalam ekonomi yang lebih berpaksikan ilmu
dan kemahiran tinggi.
12
Yang Berbahagia Datuk dan para hadirin sekalian.
17. Pengiktirafan-pengiktirafan yang telah diperolehi daripada
Malaysian Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK), CISCO Academy, COMPTIA, Suruhanjaya
Tenaga (ST), The Welding Institute (TWI) dan sebagainya telah
membuktikan PERDA-TECH telah diiktiraf sebagai salah sebuah
institut pengajian kemahiran yang boleh menjadi destinasi untuk
mendapatkan pendidikan kemahiran tinggi khususnya kepada belia
13
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) demi peluang kerjaya yang
lebih baik.
18. Dari sudut akademik dan kebolehpasaran graduan pula, saya
juga ingin menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian outcome
yang telah dihasilkan melalui kaji selidik yang telah dibuat ke atas
graduan PERDA-TECH yang bergraduat pada tahun 2017 yang
mana didapati sebanyak 88% telah mendapat pekerjaan atau
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
19. Saya turut dimaklumkan bahawa kumpulan pertama graduan
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Produk Design telah diiktiraf
14
oleh MQA dan semua graduan telah diserap terus bekerja selepas
menjalankan sesi Latihan Industri di lapangan berkaitan.
Tahniah dan syabas saya ucapkan!
Yang Berbahagia Datuk dan para hadirin sekalian,
20. Bagi memastikan kejayaan demi kejayaan pelajar dapat
direalisasikan, aspek pembangunan dan prasarana fizikal kampus
juga perlu sentiasa di beri perhatian.
15
21. Suka saya nyatakan di sini, berdasarkan Lawatan Kerja
Timbalan Perdana Menteri bersama saya ke PERDA-TECH pada
24 September 2018 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk
meningkatkan lagi prasarana pembelajaran di institusi ini, dengan
membangunkan Bengkel Teknologi Automotif dan Bengkel
Kejuruteraan Pertanian yang baru untuk tahun 2019 ini.
22. Dengan pembinaan bengkel yang kondusif ini, insya-Allah
diharapkan dapat memberi keselesaan dan kemudahan
pembelajaran yang terbaik kepada pelajar dan bakal pelajar nanti.
16
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,
23. Saya percaya dan yakin, PERDA-TECH akan terus maju
dalam menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti dengan
syarat semua warga PERDA-TECH perlu sentiasa peka dan
responsif dengan tuntutan semasa industri.
24. Bakal graduan PERDA-TECH perlu dibekalkan dengan
pendidikan dan latihan yang sentiasa relevan dengan keperluan
industri semasa di samping mengimbangi kemahiran minda dan
17
sikap bagi menghadapi cabaran baru ekonomi negara pada masa
akan datang.
25. Oleh itu, seluruh warga PERDA-TECH khususnya tenaga
akademik perlu sentiasa membudayakan inovasi dan kreativiti
dalam menghasilkan kaedah dan pendekatan yang berkesan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan.
26. Sekaligus ianya dapat membantu dalam mencapai hasrat dan
cita-cita PERDA khususnya dan negara Malaysia amnya bagi
melahirkan modal insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran
tinggi, seimbang jasmani dan rohaninya serta berwawasan.
18
27. Kejayaan sesebuah institusi pengajian tinggi atau institusi
pembangunan modal insan turut juga bergantung kepada
keupayaan institusi-institusi tersebut melahirkan graduan yang
berinovasi dan kreatif untuk mencipta pekerjaan, dan bukan
semata-mata melahirkan graduan yang apabila sudah tamat
pengajian hanya berusaha untuk mencari pekerjaan.
28. Akhir kata, saya mewakili Pengurusan PERDA-TECH dengan
sukacitanya menyerahkan kembali pelajar-pelajar ini ke pangkuan
ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat setelah selesai
19
membekalkan mereka dengan ilmu dan secara rasminya para
graduan pelajar ini akan didaftarkan sebagai ALUMNI PERDA-
TECH.
29. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan
para graduan agar sentiasa ingat akan jasa tenaga pengajar
PERDA-TECH yang telah membimbing dan memberi ilmu kepada
anda selama berada di sini.
30. Juga ingat akan pengorbanan kedua ibu bapa, penjaga dan
keluarga anda yang sentiasa mendoakan akan kejayaan anda.
20
Jadilah graduan yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai
sahsiah diri yang tinggi.
31. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
pengurusan PERDA dan PERDA-TECH serta ahli-ahli
jawatankuasa majlis konvokesyen pada ini yang telah bertungkus
lumus bagi memastikan majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.
32. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini
merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Tinggi PERDA
(PERDA-TECH) Kali Ke 10 Tahun 2019.
21
Sekian, terima kasih.
WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.
YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 20 MAC 2019