teks ucapan ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. … ucapan/text_ucapan_kp__utm.pdf · dimbau kembali...
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR
SEMPENA LAWATAN PROFESOR TAMU
Ke Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 19 Disember 2013 (Khamis) Masa : 2.15 petang Tempat : Fakulti Alam Bina, UTM
1
Bismillahirrahmanirrahim
Yang. Berusaha Dr Norsiah Binti Abdul Aziz Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Fakulti Alam Bina (FAB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pensyarah-pensyarah dan staf akademi, JPBW, FAB, UTM.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan warga UTM yang dihormati sekalian
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada
Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya,
dapat kita berjumpa pada hari ini. 2. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Yang
Berusaha Dr Norsiah Binti Abdul Aziz, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, di atas persiapan untuk
lawatan saya pada hari ini.
3. Seperti yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum,
lawatan saya pada kali ini adalah merupakan lawatan yang
terakhir saya sebagai Profesor Tamu kepada UTM. Jika
dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai
Profesor Tamu sejak 1 Januari 2008, kini telah hampir 5
tahun saya berkhidmat sebagai Profesor Tamu kepada UTM.
2
4. Pada 26 Februari 2014 nanti, hampir genaplah 9 tahun saya
berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JPBD dan 35 tahun
dalam perkhidmatan awam bersama JPBD. Satu
pengalaman yang sungguh panjang untuk menimba ilmu,
bekerja, melebar luas perkhidmatan perancangan bandar
daripada kurang dikenali sehingga diberi pengiktirafan ke
tahap pada masa kini.
5. Pada hari ini, saya tidak berniat untuk memberi ceramah
pada tajuk tertentu sepertimana lawatan saya pada tahun-
tahun sebelumnya kerana saya berpandangan bahawa
lawatan pada kali ini saya ingin memberi perhatian kepada
perkongsian pengalaman yang telah saya tempuhi selama
lebih kurang 9 tahun memegang jawatan sebagai Ketua
Pengarah JPBD SM sekaligus sebagai ketua perkhidmatan
perancangan bandar untuk dikongsikan dan dijadikan
panduan dalam bidang pendidikan perancangan bandar
(urban planning education).
6. Namun begitu, saya akan cuba mengaitkan beberapa
perkara yang berkait rapat dengan bidang pendidikan
perancangan bandar khususnya yang melibatkan kertas
kerja Internationalization of Urban Planning Education. Untuk
makluman, kertas kerja ini telah disediakan sebagai
sebahagian daripada pelaksanaan Inisiatif 4 : Accreditation
of Tertiary Education Programs for Urban Planning To be
based On International Standard.
3
CABARAN DAN PENCAPAIAN BAGI TEMPOH 2005 – 2013 23. Jika diimbau kembali sejak hari pertama memegang jawatan
sebagai Ketua Pengarah JPBD pada 4 Mac 2005, saya
dapat melihat pelbagai cabaran dalam bidang perancangan
bandar dan setahun demi setahun JPBD telah mengorak
langkah dalam memperkukuhkan peranan sebagai peneraju
utama dalam bidang perancangan bandar dan desa. Antara
pencapaian yang boleh dibanggakan adalah seperti:
Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) 24. Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah ditubuhkan
pada tahun 2003 di bawah peruntukan Subseksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Pindaan) 2001, (Akta A1129) sebagai usaha untuk menangani
masalah pasaran dalam sektor hartanah yang berpunca
daripada ketidakseimbangan kuasa di antara kerajaan pusat
dengan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dalam hal
ehwal perancangan bandar dan desa.
25. Majlis ini merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab
ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung
Malaysia. MPFN yang dibantu oleh 3 Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kerja MPFN, Jawatankuasa Teknikal dan
juga Jawatankuasa Kawal Selia.
4
26. Pengarah Negeri dalam hal ini berperanan sebagai
setiausaha kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri yang
mengangkat dan memperakukan kertas-kertas yang perlu
dirujuk ke MPFN.
27. Sehingga kini (Disember 2013) sebanyak 18 mesyuarat telah
bersidang sejak tahun 2003. Daripada 18 Mesyuarat MPFN,
saya telah menjadi Setiausaha MPFN sebanyak 15 MPFN
iaitu semenjak tahun 2005 hingga 2013 dan sebanyak 102
kertas kerja telah dibentangkan yang merangkumi :
i. Perkara-perkara dasar berkaitan perancangan bandar
dan desa,
ii. Perkara berkaitan Rancangan Fizikal Negara
iii. Perkara berkaitan Rancangan Struktur Negeri,
iv. Perkara berhubung dengan Perancangan Wilayah,
v. Perkara yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri, Subsek. 22
(2A), Akta 172,
vi. Perkara yang dikemukakan oleh Jawatankuasa-
Jawatankuasa Teknikal dan Pasukan Petugas,
vii. Perkara yang berkaitan dengan Akta 172,
viii. Garis panduan, piawaian dan peraturan perancangan;
dan
ix. Perkara yang diarah oleh pengerusi / Majlis.
5
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Dalam Bidang Hartanah (Prosedur dan Proses Cadangan Pemajuan serta Pelaksaan Pusat Setempat)
28. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
melalui Jabatan Perancangan bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia telah mengambil inisitif untuk
membuat perekayasaan (re-engineering) ke atas sistem,
prosedur dan proses kelulusan cadangan pemajuan yang
dilaksanakan melalui Pusat Setempat (OSC).
Penambahbaikan ini merupakan salah satu inisitif yang telah
ditetapkan semasa Persidangan Mempertingkatkan Sistem
Penyampaian Perkhidmatan Awam yang telah dilancarkan
oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad
Badawi pada 13 April 2007.
29. Penambahbaikan ini telah memperkenalkan satu halacara
baru iaitu sistem memproses secara serentak bagi
permohonan-permohonan cadangan pemajuan. Halacara
baru memproses secara serentak bagi projek-projek di
bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), projek-projek
impak tinggi, pelaburan asing dan projek kerajaan diluluskan
dalam tempoh 4 bulan. Manakala permohonan secara
serentak bagi projek-projek di bawah Konsep Jual Kemudian
Bina (JKB) diluluskan dalam tempoh tidak lebih dari 6 bulan.
6
30. Lanjutan daripada penambahbaikan tersebut, OSC telah
ditubuhkan di setiap PBT dan mula berkuatkuasa pada 13
Jun 2007. Jawatankuasa Pusat Setempat telah diwujudkan
bagi menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan
Pembangunan dalam memproses cadangan-cadangan
pemajuan.
31. JPBD telah mengambil langkah menempatkan pegawai-
pegawai JPBD di PBT Semenanjung Malaysia. Seramai 180
penjawat awam dari perkhidmatan perancangan bandar dan
desa telah ditempatkan di OSC daripada jumlah perjawatan
keseluruhan iaitu 566 orang.
32. Doing Business 2014 oleh World Bank telah meletakkan
Malaysia pada kedudukan ke-6 daripada 189 negara.
Kedudukan ke-6 (kedudukan ke 8 pada tahun sebelumnya)
ini dicapai melalui peningkatan dalam bidang Dealing With
Construction Permits yang mencatatkan peningkatan yang
paling ketara iaitu dari kedudukan 99 ke kedudukan 43
(peningkatan 56 tangga).
33. Menurut PEMUDAH, salah satu punca kepada peningkatan
ini adalah penambaikan yang dibuat kepada Pusat Setempat
(OSC) dalam menyelia pembangunan hartanah. Kita maklum
bahawa OSC ini ditunjangi oleh pegawai-pegawai kita yang
berkhidmat di semua pihak berkuasa tempatan diseluruh
Semenanjung Malaysia.
7
Rancangan Tempatan
34. Rancangan Tempatan merupakan hierarki rancangan
pemajuan di peringkat ketiga. Ia merupakan Pelan Terperinci
yang menterjemah polisi-polisi dan cadangan am
Rancangan Struktur di peringkat Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan.
35. Fungsi Rancangan Tempatan:
i. Menterjemah dasar RS;
ii. Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan
PBPT berkaitan melalui Peta Cadangan Gunatanah;
iii. Menyediakan garis panduan bagi kawalan perancangan;
iv. Mengenalpasti projek utama daerah; dan
v. Menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan
36. Sehingga Disember 2013, sebanyak 84 daripada 91 RT
(92%) telah diwartakan, manakala 7 RT (8%) masih belum
diwartakan. RT yang belum diwartakan adalah:
i. RT Daerah Bandar Baharu;
ii. RT MP Pulau Pinang;
iii. RT Daerah Seberang Perai Utara;
iv. RT Daerah Seberang Perai Tengah;
v. RT Daerah Seberang Perai Selatan;
vi. RT Daerah Kota Tinggi; dan
vii. RT Kuala Lumpur.
8
Rancangan Tempatan sebagai Pemudahcara melalui Program Kolaborasi Perancangan dan Pelaksanaan Ke atas Cadangan Pembangunan Projek-Projek RMKe-10 dengan Kementerian dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri
37. Program ini adalah bagi membantu memudahcara jabatan
dan agensi terlibat dalam mengenalpasti cadangan tapak
projek pembangunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh
pelaksanaan RMKe-10. Ini adalah selaras dengan kerangka
penyediaan program dan projek RMKe-10, di mana bagi
semua cadangan projek fizikal, Kementerian yang berkaitan
hendaklah membuat perancangan program dan projek
secara bersepadu ngan mengambil kira dokumen RFN, RS
dan RT yang disediakan oleh Jabatan. Ianya adalah selaras
dengan Garis Panduan Kedua RMKe-10, Penyediaan Palan
Pelaburan Sektor Awam, 2011-2012 yang telah dikeluarkan
pada 17 November 2009.
38. Program ini melibatkan pengumpulan data dan
maklumatcadangan pembangunan mengikut sektor terpilih
daripada semua RT yang telah disediakan. Antara sektor
yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Kemudahan landskap dan rekreasi;
ii. Kemudahan Bomba dan Penyelamat;
iii. Kemudahan pelupusan sampah dan sisa pepejal;
iv. Kemudahan pendidikan;
v. Kemudahan kesihatan;
9
vi. Cadangan pembangunan kampung tradisi;
vii. Kemudahan keselamatan (kemudahan balai polis);
viii. Program perumahan rakyat dan perumahan kos
rendah;
ix. Pelancongan;
x. Rangkaian jalan raya; dan
xi. Perindustrian.
39. Program ini telah dibentangkan di Mesyuarat Ketua
Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada 9
Disember 2009 sebagai makluman kepada semua jabatan
dan agensi peringkat persekutuan mengenai memudahcara
pembangunan berdasarkan kajian-kajian RT yang telah
disediakan oleh JPBD.
Garis Panduan Perancangan
40. Semenjak 1997 jumlah garis panduan yang disediakan ialah
sebanyak 41 GP. Semakan semula garis panduan dilakukan
bermula 2008 bagi mengemaskini garis panduan dengan
keperluan-keperluan baru seperti dasar/polisi baru, isu
semasa, piawaian agensi yang terkini dan sebagainya.
41. Ini adalah penting bagi memastikan suatu pembangunan
dapat disediakan secara teratur, terkawal dan terancang
dalam memastikan kepentingan semua pihak terpelihara.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan akan dapat
10
menyokong pembangunan yang dicadangkan serta dapat
memandu dan mendisiplinkan semua pihak yang terlibat
dalam bidang tersebut.
42. Sebanyak 41 garis panduan yang telah dikaji semula
digabungkan menjadi 17 garis panduan sahaja iaitu:
i. GPP Masjid dan Surau
ii. GPP Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara
iii. GPP Taman Tema
iv. GPP Taman Atas Bumbung
v. GPP Reka Bentuk Sejagat (Universal Design)
vi. GPP Pembangunan Pulau-Pulau dan Taman Laut
vii. GPP Laluan Kemudahan Utiliti
viii. GPP Kemudahan Masyarakat
ix. GPP Tanah Perkuburan dan Krematorium
x. GPP Perumahan
xi. GPP Perdagangan
xii. GPP Tempat Letak Kereta
xiii. GPP Perindustrian
xiv. GPP Tanah Lapang dan Rekreasi
xv. GPP Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar
xvi. GPP Tapak Utiliti dan Infrastruktur
xvii. GPP Padang Golf
43. Selain itu, terdapat juga garis panduan baru yang telah disediakan antaranya:
11
i. Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar;
ii. Garis Panduan Perancangan `Gated Community and
Guarded Neighbourhood’;
iii. Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi
Pembangunan Semula Kawasan `Brownfield’;
iv. Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan
Berat;
v. Garis Panduan Perancangan Lorong Belakang;
vi. Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau;
vii. Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska
44. Garis panduan baru yang sedang dalam penyediaan pula
adalah seperti berikut :
i. Draf Garis Panduan Perancangan Chalet Atas Air;
ii. Draf Garis Panduan Perancangan Ubiquitous City (U-
City);
iii. Draf Garis Panduan Perancangan Bandar Padat
Berdaya Huni;
iv. Draf Garis Panduan Perancangan Untuk Warga Emas;
v. Panduan Pelaksanaan 5 Inisiatif Kejiranan Hijau
45. Kesemua garis ini adalah penting terutamanya dalam
dijadikan panduan untuk meluluskan dan mengawal
pembangunan oleh pihak berkuasa perancang tempatan
(PBPT) supaya pembangunan yang terhasil adalah bersifat
seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah.
12
Perundangan dan Kawal Selia Perancangan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
46. Selepas 37 tahun (sejak 1976), Akta 172 telah dipinda
sebanyak 4 kali.
i. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1993 [Akta
A866] - mengambil kira peruntukan Akta Perkhidmatan
Pembentungan 1993 [Akta 508]
ii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1995 [Akta
A933] - lanjutan dari kejadian highland tower;
mengukuhkan aspek pemeliharaan alam sekeliling dan
penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
iii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2001 [Akta A1129] - lanjutan dari isu property overhang;
mewujudkan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN),
Jawatankuasa Perancang Wilayah, penyediaan
Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan
Struktur yang merangkumi seluruh Negeri.
iv. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2007 [Akta
A1313] -mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].
53. Akta 172 sekali lagi akan dipinda. Status pindaan kali ke 5
ini adalah di peringkat penyediaan Memorandum Daripada
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : Rang
Undang-Undang Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan)
13
2012 di mana memorandum ini telah diedarkan kepada 6
Kementerian/Agensi terlibat untuk mendapatkan ulasan
Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan
54. Penyediaan Draf Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan yang
melibatkan mesyuarat/bengkel/perbincangan telah
dimulakan semenjak tahun 2004.
55. Pada Ogos 2006 Kertas Kerja Kaedah-Kaedah Caj
Pemajuan telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan & Pembangunan (JPP) KPKT
untuk pandangan dan ulasan. Kertas kerja ini juga telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Akta 172.
56. Kertas Kerja ini juga telah dibentangkan kepada Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (MMKN) untuk
mendapatkan pandangan dan persetujuan.
57. Berdasarkan rekod, Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan ini telah
diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor pada tahun
2010.
14
Draf Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit) 2007
58. Tujuan penyediaan Draf Kaedah-Kaedah Tanah Tinggi dan
Lereng Bukit ini adalah untuk mengukuhkan prosedur bagi
proses kebenaran merancang dan menambah baik kawalan
perancangan di kawasan-kawasan tanah tinggi dan lereng
bukit.
59. Jabatan telah menyediakan Draf Kaedah-Kaedah
Pengawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Tinggi dan
Lereng Bukit) di bawah kuasa subseksyen 58(1A) pada
tahun 2007 dan telah dkemukakan kepada PUU KPKT untuk
semakan pada 9 April 2009.
60. Walau bagaimanapun, Draf Kaedah-Kaedah 2009 tersebut
telah ditarik balik dan digantikan dengan Draf Kaedah-
Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Tinggi dan
Lereng Bukit) 2010 yang telah digubal di bawah
kuasa subseksyen 58(1) iaitu di bawah kuasa mutlak Pihab
Berkuasa Negeri (PBN). Penglibatan JPBDSM adalah untuk
menasihati JPBD Negeri dan untuk memastikan keselarasan
dari segi perundangan dan pentadbiran.
61. Draf Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan
Tanah Tinggi dan Lereng Bukit) telah dihantar kepada 11
JPBD Negeri pada 18 Oktober 2010. Didapati dua negeri
15
iaitu JPBD Negeri Kelantan dan Pahang telah
membentang draf kaedah-kaedah ini kepada Jawatankuasa
Perancang Negeri (JPN) masing-masing untuk mendapatkan
kelulusan.
62. Maklum balas dari sesetengah JPBD Negeri berkaitan Draf
Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah
Tinggi dan Lereng Bukit) 2010 adalah tiada keperluan untuk
menerima pakai kaedah-kaedah tersebut, memandangkan
prosedur kawalan perancangan semasa adalah memadai
terutamanya negeri-negeri yang telah menerima pakai Garis
Panduan Perancangan Tanah Tinggi, RFZPPN, RKK
Kawasan Warisan dll.
Penubuhan Lembaga Rayuan
63. Semua Negeri telah menubuhkan Lembaga Rayuan kecuali
Negeri Perlis sedang dalam proses penubuhan iaitu di
peringkat kelulusan Menteri Besar bagi pelantikan Pengerusi
Lembaga Rayuan Perlis. Penubuhan Lembaga Rayuan
mengikut Negeri adalah seperti berikut:
Bil. NEGERI TAHUN DITUBUHKAN
1. Pulau Pinang 1989
2. Perak 1996
3. Selangor 1999
16
Bil. NEGERI TAHUN DITUBUHKAN
4. Kedah 2001
5. Melaka 2004
6. Pahang 2004
7. Negeri Sembilan 2005
8. Kelantan 2005
9. Terengganu 2008
10. . Johor 2008
11. . Perlis 2013 - MMKN
64. Sehingga Jun 2013, sebanyak 492 kes telah didaftarkan di Pulau Pinang, 95 kes di Perak, 320 kes di Selangor, 52 kes
di Kedah, 1 kes di Melaka, 1 kes di Pahang, 6 kes di Negeri
Sembilan, 24 kes di Kelantan, 12 kes di Terengganu dan 23
kes di Johor.
65. Mesyuarat bagi Pendaftar Lembaga Rayuan pertama kali
diadakan pada tahun 2004 diikuti pada tahun 2007. Walau
bagaimanapun, sejak tahun 2010 Mesyuarat Pendaftar
Lembaga Rayuan telah diadakan secara tahunan dan
sehingga tahun 2013 sebanyak 4 kali mesyuarat telah
diadakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengetahui
perkembangan dan kemajuan Lembaga Rayuan setiap
Negeri di samping menyediakan platform bagi pendaftar-
pendaftar untuk membincangkan hal ehwal isu dan masalah
Lembaga Rayuan.
17
66. Draf Panduan Pelaksanaan Akta (PPA) 172 : Lembaga
Rayuan pada masa kini dalam semakan akhir untuk cetakan.
Draf PPA ini disediakan bagi membantu dalam
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Lembaga Rayuan
termasuk dari segi pentadbiran Lembaga Rayuan di sebelas
negeri di Semenanjung Malaysia.
Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan Pemajuan
67. Tujuan penyediaan Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan
adalah sebagai panduan kepada PBPT untuk menubuhkan
sesuatu perbadanan bagi memajukan sesuatu kawasan khas
yang telah diisytiharkan sebagai kawasan pemajuan di
bawah subseksyen 38(1) Akta 172. Penyediaan kaedah-
kaedah ini mengambil kira keperluan perundangan seperti
Akta 172, Akta Pengambilan Tanah 1960, Kanun Tanah
Negara 1965, Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan dan
struktur organisasi 4 perbadanan terpilih iaitu Johor
Corporation (JCorp), Perbadanan Putrajaya, Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Kemajuan
Johor Tenggara (KEJORA).
68. Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah dibentang
dan diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan
Pembangunan (JPP) JPBD Bil. 4/2010 pada 14 Disember
2010.
18
69. Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diserahkan
kepada PUU KPKT pada 23 Disember 2010 untuk
mendapatkan nasihat dan semakan.
70. Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diedarkan
kepada 11 JPBD Negeri untuk penerimapakaian pada 13
Januari 2011.
71. Walau bagaimanapun, PUU 2 KPKT berpandangan melalui
sesi perbincangan yang telah diadakan pada 29 Jun 2011
bahawa JPBD boleh menyediakan satu panduan
pelaksanaan yang mengandungi proses dan tatacara
pelaksanaan menurut Bahagian VIII Akta 172. Panduan
tersebut adalah Panduan Pelaksanaan Akta Perancangan
Bandar dan Desa1976 [Akta 172] : Kawasan Pemajuan.
72. Hasil perbincangan tersebut, JPBD telah menghantar surat
mengenai penangguhan penerimapakaian Draf Kaedah-
Kaedah Kawasan Pemajuan kepada semua JPBD Negeri
pada 13 Julai 2011.
73. Pada masa kini, Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan
Pemajuan telah siap disediakan dan telah diedarkan kepada
Bahagian-Bahagian (Ibu Pejabat), pejabat projek zon-zon,
JPBD Negeri dan pihak berkuasa tempatan sebagai
panduan.
19
74. Sehingga kini, taklimat berkenaan Panduan Pelaksanaan
Akta 172 : Kawasan Pemajuan telah diadakan kepada JPBD
Negeri Melaka pada 29 Oktober 2013 untuk
penerimapakaian.
Rancangan Fizikal Negara (RFN)
75. Kajian Rancangan Fizikal Negara telah bermula pada tahun
2000. Pada tahun 2001, Laporan Awal RFN telah disediakan
dan diedarkan kepada pelbagai Kementerian,
Jabatan/Agensi Kerajaan, IPT, Agensi bukan kerajaan dan
agensi-agensi lain yang berkaitan untuk pandangan dan
ulasan.
76. Sepanjang tahun 2005, aktiviti RFN melibatkan mesyuarat
pelaksanaan dan penyelarasan RFN dengan RSN, RT yang
dibuat di peringkat wilayah. Selain itu, taklimat dan
perbincangan RFN semasa perundingan di peringkat
persekutuan dan kerajaan negeri juga dilaksanakan sebelum
RFN dimukatamadkan.
77. RFN mengandungi 8 Tema, 36 Dasar dan 194 langkah.
RFN diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2005 dan Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.
20
78. Pada 25 Julai 2005, RFN telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’
Seri Lokman Hakim b. Mohd. Jasan, KSU KPKT dalam satu
majlis bersempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan
Perancang Bandar dan Desa Kali ke-19 dan program
pemahaman RFN telah diadakan melibatkan semua
peringkat iaitu Persekutuan, negeri dan tempatan.
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2)
79. RFN Ke-2 telah disediakan pada tahun 2010. Ia merupakan
Kajian Semula ke atas RFN pertama yang disediakan pada
tahun 2005. RFN Ke-2 diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 10 Ogos 2010 dan Majlis Perancang Fizikal
Negara pada 13 Ogos 2010.
80. Dasar-dasar RFN Ke-2 mencakupi dimensi yang luas ke
arah menuju Wawasan 2020 mencapai negara maju dan
berpendapatan tinggi. Terdapat 8 tema yang masih
dikekalkan kerana masih relevan dalam keadaan semasa.
81. Selain itu, RFN Ke-2 mengandungi 41 dasar dan 7
daripadanya adalah dasar baru. Selebihnya merupakan
dasar sediada yang diperkukuhkan dan ditambahbaik dari
segi pernyataan dasar itu sendiri supaya lebih jelas. Selain
itu, langkah-langkah dalam dasar berkenaan juga
ditambahbaik.
21
Dasar Perbandaran Negara (DPN)
83. Penggubalan DPN adalah bertujuan untuk memandu dan
menyelaras perancangan dan pembangunan bandar ke arah
yang lebih efisien dan bersistematik. Kajian DPN telah
bermula pada akhir 2005 dan penyediaannya, sebahagian
besar adalah di sepanjang tahun 2005.
84. DPN mengandungi 6 Teras, 30 dasar dan 201 Langkah-
langkah. DPN telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2006 dan MPFN pada 8 Ogos 2006. Dua (2)
ketetapan telah diputuskan iaitu:
i. DPN dijadikan rangka kerja asas dalam aktiviti
perancangan dan pembangunan bandar; dan
ii. DPN dilaksanakan di pelbagai Kementerin, jabatan dan
agensi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
85. DPN telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Ong Ka Ting,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 9
November 2006 bersempena Sambutan Hari Perancangan
Bandar Sedunia 2006.
86. Scera peribadi, saya merasakan bahawa DPN dan RFN ini
sesuai dijadikan sebagai asas utama kepada pembelajaran
khususnya dalam bidang perancangan bandar dan wilayah
terutamanya dalam topik perancangan makro kerana ia
melibatkan dasar-dasar utama di peringkat negara dan
antarabangsa.
22
Kajian Profil Bandar 87. Kajian Profil Bandar (KPB) ini disediakan susulan dari DPN2,
Langkah III iaitu “Mewujudkan Sistem Maklumat Bandar
Melalui Kajian Profil Bandar”. Kajian Profil Bandar meliputi 2
Fasa iaitu KPB Fasa 1 (Tahun 2009) melibatkan 150 buah
bandar manakala KPB2 (Tahun 2013) melibatkan 99 buah
bandar.Keseluruhan Kajian KPB Fasa 1 dan KPB2
memprofilkan 249 bandar di Semenanjung Malaysia.
88. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan sempadan
bandar bagi setiap bandar serta mewujudkan sistem
maklumat mengenai profil bandar tersebut. Sempadan
bandar ini adalah penting untuk mendapatkan keseragaman
khususnya dari segi data-data perbandaran yang digunakan
oleh semua agensi diseluruh negara. Pada masa kini definisi
dan sempadan bandar yang digunakan adalah berbeza-beza
mengikut agensi.
NKRA Mengurangkan Jenayah- Program Bandar Selamat
89. Di bawah GTP 1.0, NKRA Mengurangkan Jenayah bermula
dari tahun 2010 sehingga 2012, JPBD di bawah KPKT
bertanggungjawab melaksanakan 2 daripada 55 inisiatif
yang disyorkan oleh Lab GTP 1.0 iaitu:
23
i. NKPI 1.2.1 : Mengaktifkan semula dan memperluaskan
Program Bandar Selamat di 151 PBT seluruh negara,
dan
ii. NKPI 1.1.4 : Mempertingkatkan kemudahan
keselamatan rumah melalui Crime Prevention Through
Environmental Design (CPTED)
89. Pelaksanaan NKRA Mengurangkan Jenayah Bandar
Selamat adalah satu-satu program JPBD KPKT yang
dilaksanakan secara kolobrasi dan smart partnership
terutamanya KDN, PDRM dan PBT dengan menumpukan
kepada pencegahan jenayah jalanan di kawasan hotspot
90. Pada tahun 2010, Pelaksanaan langkah Program Bandar
Selamat hanya bertumpu di 12 PBT hotspots (DB Kuala
Lumpur, MB Shah Alam, MB Petaling Jaya, MP Klang, MP
Selayang, MP Subang Jaya, MP Ampang Jaya, MB Johor
Bahru, MP Johor Bahru Tengah, MP Pasir Gudang, MP
Pulau Pinang dan MP Seberang Perai).
91. 12 PBT hotspots telah menyumbangkan sebanyak 70%
daripada keseluruhan jenayah jalanan di negara ini pada
tahun 2009, dan tindakan ini akan memberi impak “big result fast” .
24
92. Dari tahun 2011 sehingga 2012 pelaksanaan langkah PBS
diperluaskan kepada semua 151 PBT di seluruh negara
termasuk 24 PBT di Sabah dan 26 PBT di Sarawak. PDRM
membantu mengenal pasti semua kawasan hotspot di
semua PBT terlibat.
93. Sehingga akhir 2012, langkah PBS telah dilaksanakan di
semua PBT iaitu:-
i. 18,102 unit lampu telah dinaik taraf dan dipasang baru,
ii. 2,460 unit cermin keselamatan
iii. 280.7 KM tonggak jalan atau rel penghadang
(panjangnya sejauh dari Kuala Lumpur hingga Ipoh)
iv. 3 unit Penggera keselamatan
v. 1,165 unit papan tanda talian kecemasan PDRM
vi. 34,813 unit tempat letak motosikal berkunci telah
disediakan,
vii. sebanyak 35 PBT dan 216 daripada 764 balai polis di
seluruh negara mempunyai Sistem Pemantauan Bandar
Selamat (SPBS) termasuk peningkatan kapasiti talian
internet di balai polis terlibat.
viii. 496 CCTV (Fasa 1: 496 CCTV telah dipasang di 25 PBT di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan – RM70 juta)
25
Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) atau Pemetaan GIS bagi Jenayah dan Program Bandar Selamat
94. SPBS dibangunkan semenjak 2010 di atas persetujuan
PDRM KDN untuk membuka Sistem Pelaporan Polis (PRS)
supaya maklumat dan data jenayah dapat dikongsi dengan
JPBD KPKT dan PBT.
95. Matlamat ini dapat dicapai melalui pengintegrasian elemen
penandaan kejadian jenayah di atas peta GIS dalam Sistem
Pelaporan Polis (PRS) di balai polis. Tujuan:
i. Memantau keberkesanan PBS
ii. Mengenal pasti kawasan hotspots jenayah sedia ada
dan berpotensi, corak jenayah mengikut masa (aoristic)
dan corak jenayah yang berulang;
iii. Menyediakan maklumat untuk penguatkuasaan langkah
pencegahan jenayah oleh PDRM dan PBT
96. Sehingga tahun 2013, SPBS telah dibangunkan di 127 PBT
daripada 151 PBT atau meliputi 84% , 414 daripada 764
balai polis (54.2%) di seluruh negara. Dijangka sehingga
2015 SPBS dapat dibangunkan di semua PBT dan balai
polis yang mempunyai PRS. SPBS ditadbirkan oleh Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa, SM KKBPKT. Satu unit baru
disyorkan untuk diwujudkan di JPBD bagi mentadbir sistem
ini secara berterusan dan tanpa gangguan.
26
GTP 2.0 (2013-2015) NKRA Mengurangkan Jenayah
97. GTP 2.0 (2013-2015) NKRA Mengurangkan Jenayah
mempunyai 35 inisiatif dengan sasaran :-
i. Penurunan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 5 %
setiap tahun
ii. Penurunan indeks jenayah pecah rumah sebanyak 5%
setiap tahun
iii. Peningkatan persepsi rasa selamat orang awam
sebanyak 5% setiap tahun
98. JPBD telah dipertanggungjawabkan melaksanakan 2 daripada 35 inisiatif iaitu:-
i. Inisiatif Pemutihan Black Spot merupakan projek
iconic GTP 2.0 NKRA Jenayah untuk mengurangkan perasaan takut menjadi mangsa jenayah (fear of
becoming victim of crime);
ii. Meningkatkan ciri-ciri keselamatan rumah melalui
CPTED untuk mengurangkan indeks jenayah pecah
rumah
27
Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS)
99. Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) diperkenalkan untuk
mengubah kaedah penyampaian perkhidmatan kepada
rakyat dengan melaksanakan projek-projek luar biasa untuk
menangani isu-isu yang menyentuh hati rakyat dengan cepat
(1 hingga 5 bulan), murah serta berimpak tinggi.
100. Sumber-sumber sedia ada yang terdapat di pelbagai
kementerian, jabatan, agensi serta swasta peringkat
persekutuan, negeri dan tempatan diguna pakai secara
maksimum dan bersepadu.
101. Melibatkan tidak kurang 32 jentera kerajaan iaitu 12 Kementerian (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Pertanian, Kewangan, Dagangan Dalam Negeri
dan Koperasi, Sumber Manusia, Pembangunan Wanita dan
Komuniti, KKBPKT, Dalam Negeri, Kesihatan, Pertahanan,
Pelancongan, dan Pendidikan Tinggi) serta 10 jabatan dan agensi kerajaan (MAMPU, Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), PDRM, JPA, EPU, Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS), National Strategic Cordination Unit (NSCU) dan
1M4U).
28
102. Pelaksanaan NBOS dipantau oleh Ketua Setiausaha Negara setiap minggu dalam Mesyuarat Pre Summit NBOS, setiap bulan oleh Penasihat NBOS (Prof. W. Chan Kim) dalam Mesyuarat Summit NBOS, dan setiap 6 bulan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Mesyuarat Summit NBOS bersama YAB Perdana Menteri akan diadakan 18 Jun 2013.
103. Semua KSU dan Ketua Jabatan yang terlibat adalah ahli
Mesyuarat Pre dan Summit NBOS. Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia ditugaskan
sebagai Urusetia Induk NBOS KPKT.
Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)
104. Ditubuhkan dibawah peruntukan subseksyen 6(A) Akta 172,
Memperuntukkan bahawa selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri yang berkenaan, MPFN boleh menubuhkan
Jawatankuasa Perancang Wilayah yang terdiri daripada
sesuatu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau
lebih.
105. Penubuhan JPW bagi Kawasan Bersempadanan antara
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah diluluskan oleh
Mesyuarat MPFN pada 27 Julai 2012.
29
Kajian Central Forest Spine (CFS) : Pelan Induk Rangkaian Ekologi 106. Central Forest Spine (CFS) seperti yang diterjemahkan di
dalam RFN merupakan tulang belakang bagi rangkaian
Persekitaran Kawasan Sensitif dalam Semenanjung
Malaysia, yang terdiri daripada empat (4) kelompok hutan
iaitu:
i. Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran
Nakawan;
ii. Taman Negara-Banjaran Timur;
iii. Pahang Tenggara, Chini dan kawasan berpaya Bera;
iv. Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar
Kluang.
107. Pelan Induk ini telah menyediakan rangka kerja untuk:
i. Strategi rangkaian untuk mewujudkan kesinambungan di
antara kompleks-kompleks hutan atau kelompok-
kelompok hutan utama di mana rangkaian utama dan
rangkaian sekunder dikenalpasti;
ii. Cadangan pencegahan, inisiatif dan tindakan yang
diperlukan dalam Strategi Rangkaian yang telah
dicadangkan; dan
iii. Mekanisme pelaksanaan bagi melaksanakan
kesinambungan koridor.
30
108. Keseluruhannya, sebanyak 37 rangkaian telah dikenalpasti
yang melibatkan rangkaian utama dan 20 rangkaian
sekunder. Kombinasi kesemua rangkaian ini akan dapat
mewujudkan kesinambungan dalam CFS dan
menterjemahkan polisi RFN 19.
Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek-Projek Jabatan Kerja Raya 109. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membangkitkan isu
mengenai kelewatan kelulusan kebenaran merancang dari
pihak berkuasa tempatan (PBT) semasa Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) pada 30 April
2009. JKR antara lain turut mencadangkan supaya pihak
JKR dan pihak-pihak yang diberi kuasa boleh
mengemukakan pemberitahuan pembangunan sahaja
kepada PBT dan tidak perlu mengemukakan permohonan
kebenaran merancang.
110. Bagi mengatasi masalah tersebut, KPKT telah
mencadangkan supaya pendekatan rundingan dijadikan
sebagai kaedah bagi mempercepat proses permohonan bagi
projek-projek Kerajaan.
111. Pada 8 Julai 2009, Memorandum Penambahbaikan Urusan
Rundingan Bagi Projek-Projek Jabatan Kerja Raya telah di
31
bentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Tujuan
memorandum ini adalah untuk mendapat persetujuan
Jemaah Menteri berkenaan cadangan Penambahbaikan
Urusan Rundingan Bagi Semua Projek Jabatan Kerja Raya.
112. Sehubungan itu, JPBD melalui KPKT telah mengeluarkan
Pekeliling KSU yang bertujuan memberi penjelasan dan
panduan supaya semua projek-projek Kerajaan yang
dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) hendaklah
berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri
sepertimana peruntukan seksyen 20A, Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), untuk pertimbangan
pengecualian kebenaran merancang sebelum dilaksanakan.
Pekeliling ini telah diedarkan kepada Ketua Setiausaha
Kementerian Kerja Raya, Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan
Negeri dan Semua Pihak Berkuasa Tempatan.
MURNInets
113. MURNInet adalah merupakan singkatan kepada Jaringan
Penunjuk-Penunjuk Bandar Malaysia (Malaysian Urban
Indicators Network). Ia adalah merupakan satu pendekatan
yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah
bandar serta kawasan gabungannya melalui
penggunaan Penunjuk-Penunjuk Bandar.
32
114. Objektif asal MURNInet adalah untuk :
i. Menentukan tahap kemampanan setiap bandar dalam
negara berdasarkan Penunjuk Bandar Malaysia;
ii. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap bandar
mengikut penunjuk;
iii. Mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan
bagi mencapai tahap mampan; dan
iv. Menjadikan MURNInet sebagai alat mengukur bagi
pelbagai peranan termasuk pentadbiran, teknikal,
penglibatan awam dan pemantauan pelaksanaan
pelan tindakan.
115. MURNInets ini merangkumi set penunjuk di bawah 6 dimensi
dan 21 tema dan 36 petunjuk yang menggambarkan tahap
kemampanan bandar di Malaysia. Melalui penunjuk
MURNInets ini, tindakan boleh dirangka untuk dilaksanakan
oleh PBT ke arah pembangunan mampan. Dalam konteks ini,
penekanan boleh diberi dalam mewujudkan persekitaran
perbandaran yang mampan dengan penyediaan perumahan
dan perkhidmatan yang berkualiti.
116. Sebanyak 32 bandar telah di anugerahkan sebagai bandar
mampan bagi penilaian pada tahun 2013 dan hadiah telah
disampaikan kepada semua penerima pada Sambutan Hari
Perancangan Bandar Sedunia 2013 yang telah diadakan
pada 12 November 2013.
33
Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
117. Selaras dengan komitmen Jabatan dalam meningkatkan
kualiti perkhidmatan di samping memenuhi harapan
pelanggan dan seiring dengan pelaksanaan standard terkini
iaitu MS ISO 9001:2008, Jabatan telah mendapat
pengiktirafan taraf pensijilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM
QAS International Sdn. Bhd. pada 7 Januari 2010 dengan
skop perdaftaran bagi perkhidmatan perancangan bandar
dan desa yang meliputi kesemua perkhidmatan teras seperti
Kajian RFN, Rancangan Wilayah, RS, RT, Kajian
Penyelidikan Perancangan dan Aktiviti di bawah peruntukan
Akta 172 serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perancangan
bandar dan desa. 118. Untuk makluman, JPBD baru sahaja diaudit untuk pensijilan
Semula (recertification) pada 25 hingga 27 November 2013
yang lalu dan telah disahkan oleh SIRIM untuk diberi
pensijilan semula setelah pihak SIRIM mendapati tiada
Peluang penambahbaikan (Oppurtunity For Improvement)
dan ketidakpatuhan (Non Comformity Record) dicatatkan. 119. Untuk imbasan, JPBD sebenarnya telah memperolehi
Persijilan MS ISO 9001:2000 pada 7 Januari 2005 di bawah
skop pendaftaran bagi MS ISO 9001:2000 Bahagian
Rancangan Pembangunan (Aktiviti Rancangan Tempatan)
sahaja.
34
Pemantapan Struktur Organisasi JPBD
120. Dalam menangani cabaran-cabaran tugas, saya sebagai
ketua sebuah organisasi juga hendaklah memastikan
kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan fungsi dapat
dijalan dengan sebaiknya. Bagi meastikan perkara tersebut,
pemantapan terhadap struktur organisasi perlu dilaksanakan
bagi memastikan JPBD mencapai matlamat untuk menjadi
organisasi yang cermerlang, gemilang dan terbilang dalam
bidang perancangan bandar dan desa.
121. Selaras dengan itu, pemantapan struktur organisasi JPBD
telah dilaksanakan dan diluluskan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) pada 16 April 2008 melalui
waran Bil. S.87 tahun 2008 walaupun kertas pemantapan ini
telah disediakan seawal tahun 2005. Alhamdulillah,
pemantapan ini telah menaikkan taraf jabatan
keseluruhannya dengan kenaikan gred Ketua Pengarah ke
Gred Utama JUSA A, dan dua (2) Timbalan Ketua Pengarah
ke Gred Utama JUSA B.
122. Sementara itu, kenaikan gred juga melibatan dua (2)
Pengarah JPBD Negeri iaitu Pulau Pinang dan Pahang, dua
(2) pengarah bahagian iaitu Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan dan juga Bahagian Rancangan Fizikal
Negara ke Gred Utama JUSA C.
35
123. Kenaikan gred yang lain melibatkan penambahan bilangan
gred 54, 52, 48, 44,36, 26,22 dan seterusnya penambahan
bilangan gred lantikan di mana bagi kategori pengurusan
dan professional adalah gred 41 dan kumpulan pelaksana
gred 29, 17 dan kumpulan gunasama yang ditempatkan di
jabatan ini bagi membantu pentadbiran jabatan.
124. Pada keseluruhannya, peratus pertambahan adalah lebih
kurang 25% daripada jumlah asal perjawatan jabatan.
Pengisian perjawatan dilaksanakan dengan segera secara
berperingkat. Struktur organisasi sebenar masih sama di
mana enam (6) bahagian termasuk empat (4) Pejabat Projek
di bawah dua (2) Timbalan Ketua Pengarah dan 11 JPBD
Negeri di bawah Ketua Pengarah.
Penarafan Bintang (Star Rating) oleh MAMPU 125. Jabatan telah menerima penarafan 4 BINTANG oleh pihak
MAMPU pada September 2010. Hasil penilaian adalah
merangkumi tiga (3) komponen iaitu Komponen Pengurusan,
Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.
36
Malaysian Government Portal and Websites Assessment oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) 126. JPBD juga telah dianugerahkan 5 bintang bagi Malaysia
Government Portals and Websites Assessment (MGPWA)
pada tahun 2013 yang telah dilaksanakan oleh MDEC dan
MAMPU. Bagi penilaian tahun 2013 ini JPBD telah
mendapat tempat ke-6 daripada keseluruhan 1,285 portal
dan website agensi kerajaan yang telah dinilai.
127. Untuk makluman bagi tahun 2011 JPBD juga telah
mendapat penarafan 5 bintang manakala bagi tahun 2012
JPBD diberikan penarafan 4 bintang.
Budaya Kerja JPBD
128. Pengwujudan Budaya Kerja JPBD merupakan satu usaha
Jabatan untuk memupuk budaya kecemerlangan di kalangan
warga JPBD serta mereaslisasikan usaha-usaha ke arah
peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan Jabatan.
Bagi memastikan semua budaya kerja JPBD sentiasa
dijadikan amalan dalam perkhidmatan, Jabatan telah
memperlengkapkan Budaya Kerja 8K dengan penambahan
2 lagi nilai iaitu Kreativiti dan Inovasi dan Kesegeraan.
37
1. KETAQWAAN Taat perintah Allah dan bekerja sebagai satu amalan ibadat
2. KEINDAHAN Melaksanakan tugas-tugas secara konsisten bagi mencapai kecekapan dan kredibiliti Jabatan
3. KESOPANAN Mengamalkan sifat hormat menghormati, toleransi dan muafakat bagi mewujudkan organisasi yang mesra di kalangan kakitangan dan pelanggan
4. KEMESRAAN Mewujudkan suasana kemesraan dan kekeluargaan di kalangan lapisan pegawai
5. KOMITMEN Menjalankan tugas-tugas dengan penuh iltizam bagi mencapai objektif dan wawasan Jabatan
6. KONSISTEN Melaksanakan tugas-tugas secara konsisten bagi mencapai kecekapan dan kredibilii Jabatan
7. KEBOLEHPERCAYAAN Amanah dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
8. KECEMERLANGAN
Sentiasa berusaha untuk menjadikan Jabatan sebagai Pusat Kecemerlangan dalam perkhidmatan perancangan bandar dan desa.
9. KREATIVITI DAN INOVASI Melahirkan idea-idea yang kreatif dan berinovasi
10. KESEGERAAN Sentiasa peka, responsif dan cepat dalam mencari penyelesaian
38
PENEKANAN MASA HADAPAN (WAY FORWARD) Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan Bandar
129. Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa merupakan
subsektor perkhidmatan yang telah dikenal pasti bagi tujuan
liberalisasi. JPBD Semenanjung Malaysia terlibat secara
langsung sebagai fasilitator dalam melaksanakan Inisiatif
Makmal Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan
Bandar antara Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(PEMANDU) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia
(LPBM). JPBD Semenanjung Malaysia selaku custodian
kepada perkhidmatan ini memainkan peranan penting bagi
memikul tanggungjawab dalam menyelaras dan memberi
perkhidmatan terbaik ke arah proses liberalisasi.
130. Lanjutan itu, sebanyak lapan (8) inisiatif telah dibentuk untuk
memastikan liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan
Bandar dapat dilaksanakan iaitu :
Inisiatif 1 : Review Amendment to Town Planners Acts 1995 (Act 538) and Develop Domestic Regulations;
Inisiatif 2 : Develop Domestic Regulations;
Inisiatif 3 : Management System Based on International Standards;
Inisiatif 4 : Accreditation of Tertiary Education Programs For Urban Planning To Be Based On International Standards;
39
Inisiatif 5 : Mutual Recognition Agreements (MRA) With Selected Countries To Enable Access To Foreign Markets;
Inisiatif 6 : Promote Malaysian Town Planners and Showcase Malaysian Urban Planning;
Inisiatif 7 : Market Intelligence System;
Inisiatif 8 : Technical Cooperation Program.
40
131. Liberalisasi adalah pembukaan pasaran yang memberi
pilihan yang lebih luas bagi barangan atau perkhidmatan
kepada pengguna yang menyumbang kepada kepuasan
pengguna. Kemasukkan barangan atau pemberi
perkhidmatan ke pasaran tempatan akan menyemarakkan
persaingan daripada pelbagai aspek seperti kualiti, kos dan
penggunaan teknologi yang lebih canggih. Persaingan akan
berupaya meningkatkan kecekapan dan menggalakkan
inovasi dan kreativiti di kalangan pemberi perkhidmatan di
pasaran dan seterusnya akan meransang pertumbuhan
ekonomi Negara.
132. Status bagi Inisiatif-Inisiatif ini adalah seperti berikut:
Inisiatif 1 : Review Amendment to Town Planners Acts 1995 (Act 538) and Develop Domestic Regulations; Pasukan kerja ini telah mencapai 75% bagi kemajuan
kerja sehingga September 2013. Kedudukan semasa
Draf Kertas Cadangan Pindaan Akta 538 ini adalah
sedang dalam semakan Bahagian Undang-Undang
KPKT. Bengkel Penyediaan Domestic Regulation
bersama Stakeholders-Kaedah-Kaedah Perancangan
Bandar 1998 di bawah Akta 538 telah diadakan pada
20 Jun 2013. Pasukan Kerja 1 dalam proses untuk
memantau dan memastikan Draf Undang-Undang
Akta 538 dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi
Mac 2014.
41
Inisiatif 4 : Accreditation of Tertiary Education Programs For Urban Planning To Be Based On International Standards; Ringkasan Kerta Kerja bertajuk Internationalization of
Urban Planning Education telah dibentangkan. Kertas
Kerja ini merumuskan input yang diperolehi
Perunding Perancang Bandar Tempatan dan Pakar
dari luar (External Experts) iaitu Emeritus Professor
Ted Kitchen dan Dr. Belinda Yuen terhadap jurang
dalam bidang pendidikan Perancang Bandar dan hala
tuju masa hadapan (possible way forward) melalui
perbincangan kumpulan fokus (focus group
discussion), borang soal selidik, perbincangan
dengan 5 Universiti (UiTM, UIAM, UTM, UM dan
USM) dan sesi dialog.
Inisiatif 5 : Mutual Recognition Agreements (MRA) With Selected Countries To Enable Access To Foreign Markets;) Penjelasan telah diperolehi dari pihak MITI
berhubung way forward bagi MRA Perancangan
Bandar iaitu merujuk kepada mesyuarat Business
Services Sectoral Working Group pada 28 September
2012 di Kuala Lumpur, para 24 menyatakan bahawa
mesyuarat telah bersetuju untuk memberi fokus
kepada MRA sedia ada dan tidak membincangkan
42
berkenaan MRA terhadap perkhidmatan
Perancangan Bandar buat masa ini. Semakan
semula dengan pihak MITI perlu dilakukan untuk
memastikan persetujuan Menteri-Menteri di peringkat
ASEAN terhadap perkara ini.
Internationalization of Planning Education
133. Berdasarkan kepada pembentangan oleh Prof. Madya Wan
Mohamed Yusoff bin Abdullah selaku wakil kepada
Jawatankuasa Kecil Perhubungan Antarabangsa semasa
Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM)
pada 7 November 2013 telah merumuskan kandungan
Laporan Akhir Internationalization of Urban Planning
Education yang telah dilaksanakan.
134. Pembentangan ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Wan
Mohamed Yusoff bin Abdullah yang telah memperincikan
output dari kajian bagi mengenalpasti jurang graduan
perancangan bandar di Malaysia dalam pasaran yang luas
serta mengkaji kurikulum perancangan bandar dalam
menyokong program pengantarabangsaan serta inisiatif
liberalisasi bidang perkhidmatan perancangan bandar di
Malaysia. Kajian meliputi 2 aspek iaitu:
43
i. Local expert Dijalankan dalam bentuk soalselidik, wawancara dan
Focus Group Discussion (FGD) terhadap firma
perancangan bandar, pemaju, Pihak Berkuasa
Tempatan serta akademia. Soal selidik telah diadakan
pada 16 hingga 23 November 2013 melibatkan 30
firma daripada 101 firma yang berdaftar dengan
Malaysia Institute of Planners (MIP) dan dipilih secara
rawak berdasarkan lokasi dan saiz organisasi.
ii. External Expert Sesi FGD bersama IPTA dan sesi bersama pakar luar
negara telah diadakan. Bagi FGD yang melibatkan
institusi pengajian tinggi perancangan bandar, seramai
30 orang akademia telah terlibat (UTM, UiTM, UIA,
USM dan UM) dan telah diadakan pada 29 November
2012.
Bagi sesi bersama pakar luar pula, dua pakar telah
dibawa iaitu Professor Emeritus Ted Kitchen dan Dr
Belinda Yuen. Program perbincangan melibatkan
pakar-pakar ini dengan 3 universiti sekitar Lembah
Klang (UiTM, UIA dan UM) telah diadakan pada 11-13
Disember 2012. Manakala bagi UTM dan USM tidak
dapat diadakan atas faktor kekangan masa, jarak dan
kos.
iii. Rumusan
44
135. Hasil daripada kajian ini, beberapa penemuan telah
dicatatkan seperti berikut :
i. Restrictions linked to existing accreditation system;
ii. Education programs focus on physical planning;
iii. Limited sharing of knowledge and manpower resources within urban planning community; and
iv. Poor analytical, communication and appraisal skills among students.
136. Bagi menangani isu yang timbul ekoran penemuan-
penemuan tersebut, beberapa cadangan telah diutarakan
oleh kajian ini :
i. In producing urban planning graduates that satisfy
international standard, the urban planning programs should be reviewed to facilitate competitive
participation at international level;
ii. The urban planning process should comprise of various expertise inputs such as the sociology,
economic and market analysis, engineering, traffic and
transportation, architecture, landscape, bio-diversity,
geology, among others; to enhance the quality of
planning and making support services relevant to the
planning profession;
iii. Smart partnership between urban planning practitioners in both public and private sectors with the institutions of higher learning to enable the
graduates to have better exposure, skills and
knowledge as required by the industry;
45
iv. The universities should also build greater collaboration with local and foreign urban planning
practitioners;
v. Engaging the private sector in curriculum development and dissemination of latest urban
planning information would enable the universities to
be more industry-responsive;
vi. Promotion of knowledge and manpower sharing
between public and private sectors can be done
through contractual employment;
vii. The establishment of an “Institute of Urban Studies”, which is a multi-disciplinary institute focused on
research and development, training and education of
all urbanization aspects, is envisaged; and
viii. Bilateral agreements between Malaysia and other
countries can help promote the exportation of
Malaysian urban planning services and education. The
focus should be on the emerging developing countries.
137. Rumusan telah memperincikan halatuju/way forward seperti
berikut :
i. Review the entry requirement - The admission criteria
should be sufficiently high in standard and always seek
look for good quality student rather than quantity of the
student.
46
ii. Review the Board of Town Planners accreditation criteria - The accreditation of the Board of Town Planners
on the urban planning curriculum should allow for
flexibility. The content of the academic programme
should integrate the teaching of theory and practice.
Further the programme should promote creative, strategic
and integrative thinking. The international and global
concern should be incorporated in the syllabus.
Postgraduate programme should be accredited as this
programme promote graduate to have better knowledge
and skills in specific areas of expertise as required by the
market;
iii. Enhance International Education linkages - The Global
Planning Education Association Network could play a role
in providing the platform for linkage with the international education linkages. Further the linkage
could be established through visiting lecturers, exchange
programme, international guest lecturer and etc;
iv. Greater collaboration with private/public sector - There are many good practitioner of urban planning in the
market locally and globally. The urban planner should be
invited to participate in the teaching to share their experience and knowledge; and
47
v. Involvement in overseas planning through government to government agreement - The
government to government agreement allows for sharing of resource management between the countries. The
government should tie connection especially with the third
world and developing countries to promote the Urban
Planning Services.
138. Secara keseluruhannya, mesyuarat LPBM bersetuju
terhadap lima perkara dalam halatuju/way forward seperti
yang dibentangkan kecuali perkara yang kedua. Ini adalah
kerana mesyuarat membuat keputusan bahawa tiada
persoalan mengenai fleksibiliti patut timbul dan graduan
perancangan bandar perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang Perancangan Bandar dan bukan bidang lain.
Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam bidang lain yang
berkaitan adalah suatu nilai-tambah.
139. Mesyuarat turut memutuskan bahawa perkara ini perlu
dibentangkan semula dalam mesyuarat akan datang bagi
mendapatkan persetujuan ahli lembaga yang lain.
48
Penyediaan Pelan Pelaksanaan
140. Berdasarkan senario pembangunan negara, penekanan
projek-projek pembangunan di bawah RMKe-11 perlu
diberikan terhadap aspek pelaksanaan atau implementation
centric. Fokus perlu menjurus kepada pelaksanaan dengan
memastikan projek atau program memberi faedah kepada
rakyat atau people centric initiatives. Penglibatan Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
dalam pelaksanaan sesuatu projek atau program adalah
melalui pendekatan seperti berikut :
i. Penyelarasan;
ii. Pemudahcara; dan
iii. Pelaksanaan.
141. Pendekatan penyediaan pelan pada masa akan datang
perlulah menekankan kepada konsep kebolehlaksanaan
atau dalam erti kata lain pelan yang disediakan adalah untuk
melaksanakan sesuatu projek yang telah dikenalpasti. 142. Penyediaan RKK pada masa akan datang juga perlu
dilaksanakan secara kolaborasi dengan agensi-agensi yang
berkaitan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD),
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi-agensi lain
yang telah dikenalpasti semasa pengenalpastian projek.
49
Garis Panduan Perancangan 131. Penyediaan garis panduan perancangan pada masa
hadapan perlu memberi perhatian kepada aspek
kemampanan. Garis panduan yang disediakan hendaklah
memikirkan tentang keperluan dan permintaan masyarakat
terhadap teknologi pintar. Pada masa yang sama,
pembangunan mampan perlu di ambilkira.
132. Justeru, bagi menepati keperluan masa hadapan, antara
garis panduan perancangan yang sedang dan telah
disediakan antaranya:
i. Garis Rekabentuk Bandar Padat dan Berdayahuni
Kajian Garis Panduan Perancangan dan Reka Bentuk
Bandar Padat Berdaya Huni dijalankan untuk mengenalpasti
komponen perancangan dan elemen reka bentuk bandar
yang perlu ada bagi menjadikan sesuatu bandar itu padat
dan berdaya huni dalam persekitaran dan budaya Malaysia.
Output kajian ini adalah satu garis panduan bagi memandu
penggubal dasar dan agensi pelaksana di peringkat
persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan serta
pemaju dalam melaksanakan pembangunan.
50
ii. Garis Panduan Perancangan Ubiquitous City
Garis Panduan Perancangan ini disediakan sebagai
panduan kepada PBN, PBT, agensi teknikal serta pemaju
dan pihak yang berkepentingan dalam membangunkan
‘Ubiquitous City’ (U-City) selaras dengan usaha
mempertingkat inovasi pintar di dalam perancangan
pembangunan bandar untuk dimanfaatkan oleh generasi kini
dan akan datang.
Konsep U-City adalah bagi memberi nilai tambah kepada
pelaksanaan konsep bandar pintar yang telah sedia
diaplikasi di Malaysia dengan menerapkan penambahbaikan
berasaskan infrastruktur dan infostruktur ‘ubiquitous’ (ubiq). Garis panduan U-City ini bukan sahaja merujuk
kepada skala sebuah bandar tetapi ia juga boleh diterapkan
bagi pembangunan kecil seperti zon tertentu di dalam
sebuah bandar ataupun pembangunan sebuah kawasan
kejiranan sama ada di pembangunan baru dan juga bandar sedia ada.
51
iii. Program Bandar Sejahtera Masa Depan (Future Cities)
Selain daripada menggubal garis panduan perancangan,
Jabatan juga sedang merangka Konsep Pembangunan
‘Future Cities’ atau Bandar Sejahtera selaras dengan
penekanan Kementerian kepada aspek kesejahteraan
bandar. Kekuatan ‘Future Cities’ adalah untuk mewujudkan
‘human-centered cities’ (penglibatan aktif masyarakat /
rakyat) dan ‘green-oriented development’ dalam aktiviti
pembangunan bandar dan kawasan penempatan. Bagi
tujuan ini, Jabatan akan menjalankan dua (2) program iaitu:
a. Kajian Kerangka Pelaksanaan Bandar Sejahtera
Malaysia (Malaysia Future Cities) pada tahun 2014 yang
akan menghasilkan ‘template’ dan panduan bagi
melaksanakan ‘Future Cities’ di peringkat kejiranan,
bandar kecil dan bandar besar; dan
b. Pembangunan Projek Perintis ‘Bandar Sejahtera
Malaysia’ di Kawasan Kejiranan sedia ada di sekitar
Lembah Kelang pada tahun 2015. Projek ini akan
mengaplikasi secara bersepadu dan menyeluruh inisiatif
kejiranan hijau, inisiatif pembangunan perumahan
mampan, inisiatif pembangunan ubiquitous city dan
inisiatif-inisiatif pembangunan penempatan warga emas
dan rekabentuk sejagat sebagaimana yang terkandung
di dalam garis panduan perancangan yang digubal oleh
JPBD.
52
Centre Of Excellent 133. Selaras dengan fungsi JPBD yang merupakan salah satu
Jabatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, satu institusi yang
bertanggungjawab terhadap kesejahteraan bandar telah
dicadangkan. JPBD telah dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan kertas kerja bagi pelaksanaan ini.
134. Institusi ini atau dinamakan sebagai Centre Of Excellent
adalah merupakan satu badan yang bertanggungjawab bagi
tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi aspek
yang berkaitan dengan kesejahteraan bandar bersesuaian
dengan fungsi dan tanggungjawab KPKT.
135. Pada masa kini KPKT telah mempunyai Institut Latihan
KPKT atau dikenali sebagai I-KPKT yang menjalankan
fungsi pusat latihan kepada kesemua anggota KPKT. Namun
begitu, fungsi R&D dan penasihat (research and advisory) di
institut ini adalah kurang jelas dan dengan penubuhan
Centre of Excellent ini adalah diharapkan ia dapat saling
melengkapi (compliment each other) dan seterusnya menjadi
satu institusi unggul dalam bidang kesejahteraan bandar
yang merangkumi aspek perancangan bandar.
53
136. Sebagai contoh beberapa institusi yang dijadikan penanda
aras dalam pembentukan Centre Of Excellent ini adalah
seperti Korean Research Institute for Human Settlement
(KRIHS), Centre for Liveable Cities (CLC) Asia di Singapura
dan LESTARI di Universiti Kebangsaan Malaysia.
137. Centre of Excellence ini akan memainkan 3 peranan utama
iaitu untuk menjalankan penyelidikan (research), memberi
pelajaran (educate) dan membudayakan ilmu (promote
knowledge) untuk kesejahteraan penduduk bandar.
138. Melalui penyelidikan, pusat ini akan menghasilkan
penemuan-penemuan saintifik/evident based untuk
menyokong penyelesaian secara inovasi, pembentukan
polisi dan membantu membuat keputusan bagi
meningkatkan kualiti kehidupan bandar.
139. Melalui pembelajaran, pusat ini akan membantu
meningkatkan capacity building & kompetensi melalui latihan
kepada penjawat awam dan eksekutif dalam bidang
perbandaran dari dalam dan luar negara.
140. Melalui pembudayaan ilmu pula, pusat ini akan
mempromosikan hasil-hasil penyelidikan dan inovasi melalui
penerbitan, wacana, pameran dan khidmat perundingan
kepada pihak yang berkepentingan dalam mencapai
kesejahteraan bandar.
54
141. Adalah diharapkan dengan penubuhan Centre of Excellent
ini akan membuka lembaran baru kepada bidang
kesejahteraan bandar amnya dan khususnya kepada bidang
perancangan bandar dalam memastikan bahawa kualiti
hidup penduduk bandar di Malaysia adalah pada tahap yang
sejahtera.
PENUTUP
Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin sekalian
142. Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan
dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen
menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan
bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas
itu jugalah tempoh perkhidmatan saya di JPBD.
143. Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai
aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari
setiap warga UTM terutamanya kepada semua pensyarah
dan, kakitangan akademik dan pelajar-pelajar atas segala
tutur kata dan perbuatan sepanjang perkhidmatan saya
sebagai Profesor Tamu di UTM ini. Yang baik itu datang
dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.
55
144. Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan
berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun
jauh di mata, UTM akan tetap di hati saya apatah lagi UTM
juga tempat asal saya menimba ilmu sehingga berada ke
tahap ini. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman
berharga ini jauh di lubuk hati saya.
Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufiq walhidayah
assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
BAHAGIAN KORPORAT
JABATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA SEMENANJUNG MALAYSIA
DISEMBER 2013
56