tender dalam talian majlis perbandaran subang … · 8.4 buku laporan kawalan keselamatan harian...
TRANSCRIPT
TENDER DALAM TALIAN
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
DOKUMEN TENDER
BAGI
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
(JILID 2/2)
NO. TENDER
MPSJ.KUB.400-10/3/2 (2017)
TARIKH BUKA
20 FEBRUARI 2017
TARIKH TUTUP
13 MAC 2017
MASA TUTUP
12.00 TENGAH HARI
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA,
SELANGOR D.E. www.mpsj.gov.my
2
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2 (2017)
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
(JILID 2/2)
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN BUTIRAN MUKA SURAT
A
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KESELAMATAN
I. Lokasi Premis Kawalan Keselamatan Dan Bilangan Pengawal Keselamatan
II. Skop Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
III. Lampiran 1 (Kadar Penalti)
IV. Lampiran 2 (Laporan Bulanan Syarikat)
3
B
RESPONSE TIME
18
C
PERJANJIAN KONTRAK
. 20
D
TERMA BAYARAN
22
3
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN
KESELAMATAN
BAHAGIAN A
4
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2(2017)
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KESELAMATAN
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI
PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
I. Lokasi Premis Kawalan Keselamatan dan Bilangan Pengawal Keselamatan
Bil Lokasi
Bilangan Pengawal Keselamatan
Siang Malam
1. Dewan Serbaguna MPSJ Bukit Serdang, Jalan Perindustrian PP 2, Seri Kembangan
1 1
2. Dewan Serbaguna MPSJ Bukit Serdang, Seksyen 13, Seri Kembangan
1 1
3. Dewan Serbaguna MPSJ, Batu 3, Subang Jaya 1 1
4. Dewan Serbaguna MPSJ, Bandar Bukit Puchong, Puchong
1 1
5. Pasar Awam Jalan SK 10/2, Seri Kembangan 1 1
6. Dewan Serbaguna Puchong Utama, 2 2
7. Dewan Serbaguna Bandar Puteri, Puchong
1 1
Jumlah Keseluruhan Pengawal Keselamatan 16 orang
5
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2(2017)
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KESELAMATAN
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI
PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
II. Skop Perkhidmatan Kawalan Keselamatan:
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
1.0 Kawalan Siang (Jam 0700 pagi Sehingga Jam
1900 mlam). *Tidak boleh meninggalkan post kawalan sepanjang bertugas kecuali pada waktu rehat yang ditetapkan
2.0 Kawalan Malam (Jam 1900 malam Sehingga
Jam 0700 pagi). *Tidak boleh meninggalkan post kawalan sepanjang bertugas kecuali pada waktu rehat yang ditetapkan
3.0 Kawasan kawalan keselamatan melingkupi
keseluruhan dan sekeliling pagar serta bangunan / premis termasuk luar dan dalam bangunan / premis.
4.0 Pengawal Keselamatan yang ditugaskan
hendaklah warganegara Malaysia, sihat fizikal dan mental, berdisplin, bersih, kemas, tegas, jujur dan beretika sebagai Pengawal Keselamatan.
6
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
5.0 Wajib berpakaian seragam (uniform) syarikat
sepanjang masa bertugas.
6.0 Pengawal Keselamatan wajib lulus tapisan
keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
7.0 Syarikat wajib mengemukakan laporan
perubatan lengkap pengawal keselamatan kepada pihak majlis dalam tempoh 1 bulan setelah tawaran kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan diterima.
8.0 Tugas Pengawal Keselamatan:
8.1 Pengawal Keselamatan hendaklah berada di lokasi yang bersesuaian untuk membuat tinjauan kepada pergerakan masuk dan keluar orang di premis / bangunan MPSJ dan lokasi tersebut tidak menyukarkan pengawal menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan khususnya didalam situasi kecemasan seperti pencerobohan, kecurian, kebakaran dan sebagainya.
8.2 Pengawal Keselamatan mestilah peka kepada persekitaran yang menimbulkan keraguan dan menilai penemuan yang diperolehi dengan mengambil tindakan segera atau mengambil inisiatif yang sesuai bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku; seperti kecurian / pencerobohan.
8.3 Sistem perhubungan Pengawal Keselamatan iaitu walkie-talkie wajib
7
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
dipegang pada setiap masa dan hendaklah memastikan ia berfungsi bagi menyalurkan maklumat kepada rakan penugasan. (berkeperluan bagi penugasan 2 orang Pengawal Keselamatan).
8.4 Buku Laporan Kawalan Keselamatan Harian hendaklah ditulis dengan kemas dan sempurna bagi memudahkan semakan dan pemantauan Penyelia Pengawal Keselamatan.
8.5 Kawasan Pos Kawalan hendaklah dilindungi daripada orang-orang yang tiada kaitan dengan kawalan keselamatan dan hendaklah menjadikannya sebagai Kawasan Larangan Keselamatan oleh Pengawal Keselamatan. 8.6 Pengawal Keselamatan perlu dimaklumkan dan dibekalkan dengan nombor-nombor telefon yang perlu dihubungi sewaktu kejadian kecemasan dan sebagainya.
8.7 Rondaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangya 2 jam sekali di sekeliling dan keseluruhan bangunan / premis di bawah tanggungjawab. Rondaan yang lebih kerap dan pemerhatian yang lebih terperinci hendaklah dilakukan di kawasan yang terdedah kepada ancaman kecurian, pencerobohan, kebakaran, sabotaj dan sebagainya.
8.8 Setiap penemuan rondaan hendaklah
dicatatkan dalam buku laporan dengan menyatakan hasil penemuan dari rondaan tersebut; dan
8
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
sekiranya berlaku sesuatu yang mencurigakan atau penemuan kerosakan aset di bangunan / premis kawalan, terutamanya yang terdedah kepada risiko kecurian, Pengawal Keselamatan hendaklah memaklumkan dengan serta merta kepada Penyelia Keselamatan untuk diambil tindakan segera oleh MPSJ. Walau bagaimanapun, Pengawal Keselamatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal dengan ketat kawasan yang berisiko tersebut sehinggalah tindakan penambahbaikan telah diambil oleh MPSJ. Jangan meninggalkan kawasan risiko terdedah begitu sahaja. MSPJ berhak untuk mengambil tindakan bagi kegagalan / kecuaian kawalan keselamatan hingga menyebabkan kecurian atau pencerobohan ke dalam kawasan premis / bangunan kawalan. Tindakan penalti juga boleh diambil seperti di Lampiran 1 (Kadar Penalti).
8.9 Pengawal Keselamatan perlu
memastikan semua aset-aset Majlis dalam keadaan baik, dilindungi daripada ancaman, kerosakan, sabotaj serta dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
8.10 Pengawal Keselamatan hendaklah
memastikan pintu, lampu dan peralatan di dalam kawasan bangunan dan kawasan luaran bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan tertutup apabila tidak diperlukan.
8.12 Pengawal Keselamatan hendaklah
9
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
memastikan segala peraturan yang perlu dipatuhi oleh orang awam di dalam premis / bangunan MPSJ dipatuhi dan hendaklah membuat teguran kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada kesalahan yang ditemui.
8.13 Pengawal Keselamatan hendaklah sentiasa bersedia dan boleh mengecam mana-mana kesalahan yang mungkin atau akan dilakukan oleh mana-mana orang di dalam kawasan rondaannya dan bersiap sedia membuat teguran atau mengambil tindakan yang sewajarnya.
8.14 Pengawal Keselamatan hendaklah
memastikan pagar-pagar keselamatan berkunci dan bertutup apabila tiada penggunaan. Kawalan hendaklah sentiasa dilakukan bagi memastikan tidak dicerobohi oleh sebarang pencerobohan. Sekiranya Pengawal mendapati pagar keselamatan dan pintu di bangunan / premis kawalan didapati tidak berkunci atau rosak, laporkan serta merta kepada Penyelia Keselamatan / Pegawai bertanggungjawab. Pengawal Keselamatan adalah bertanggungjawab membuat kawalan yang lebih ketat sehinggalah mengesahkan semua kerosakan telah dibaiki oleh MPSJ.
8.15 Pengawal Keselamatan hendaklah
mencatat segala penggunaan premis dan pergerakan kenderaan, barang keluar dan masuk ke dalam buku laporan kawalan keselamatan harian.
10
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
Pengawal berhak membuat pemeriksaan barang dengan mencatat nombor Kad Pengenalan penghantar, nombor kenderaan dan jenis kenderaan yang mengangkut atau memunggah barangan tersebut.
8.16 Pengawal Keselamatan hendaklah
sentiasa memerhatikan dengan cermat dan teliti semua urusan pemunggahan barangan dan melaporkan segera sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan.
8.17 Pengawal Keselamatan tidak dibenarkan tidur semasa bertugas.
8.18 Pengawal Keselamatan adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan keseluruhan persekitaran luar dan dalam kawasan pos kawalan.
8.19 Kawalan Kunci-Kunci Bangunan (sekiranya ada):
o Adalah menjadi tanggungjawab Pengawal Keselamatan menjaga kunci-kunci dengan selamat dan tidak disalahgunakan.
o Pengawal Keselamatan hendaklah
amanah memegang kunci yang dipertanggungjawabkan.
o Sebarang kehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Penyelia Pengawal Keselamatan untuk tindakan selanjutnya.
o Setiap kehilangan kunci perlu
dilaporkan ke Balai Polis berdekatan.
11
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
o Setiap Pengawal Keselamatan yang menyalahgunakan kunci bagi tujuan melakukan salah laku akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa untuk tindakan dan siasatan.
8.20 Tindakan Kecemasan Semasa
Kebakaran:
o Adalah menjadi tanggungjawab
Pengawal Keselamatan menjadi
orang pertama dalam tindakan
kecemasan semasa kebakaran /
menyelamatkan nyawa.
o Pengawal Keselamatan hendaklah
mengambil tindakan-tindakan yang
perlu untuk tindakan semasa
kebakaran / menyelamatkan
nyawa.
o Buka semua pintu kecemasan.
o Hubungi Bomba, Polis dan
maklumkan dengan segera kepada
Penyelia Keselamatan untuk
dimaklumkan kepada pihak MPSJ.
9.0 Penyelia Pengawal Keselamatan:
9.1 Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memantau penugasan Pengawal Keselamatan dan sentiasa menyampaikan maklumat terkini kepada Pengawal Keselamatan.
9.2 Penyelia Pengawal Keselamatan adalah
bertanggungjawab kepada disiplin, latihan, kebersihan dan kekemasan tempat bertugas, pakaian seragam, mematuhi arahan penugasan,
12
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
menyediakan peralatan keselamatan, buku-buku rekod keselamatan Pengawal Keselamatan.
9.3 Penyelia Pengawal Keselamatan perlu
memastikan semua aset-aset Majlis berada dalam keadaan baik, dilindungi daripada ancaman, kerosakan, sabotaj serta dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
9.4 Penyelia Pengawal Keselamatan
hendaklah memeriksa setiap pergerakan kawalan keselamatan seperti mana penugasan yang dibuat secara harian.
9.5 Penyelia Pengawal Keselamatan
hendaklah melaporkan dengan segera kepada Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan sebarang penemuan kerosakan dan lokasi yang terdedah kepada sebarang ancaman seperti risiko kepada kecurian / pencerobohan. Penyelia juga harus memastikan Pengawal Keselamatan mengawal ketat lokasi yang dikenalpasti terdedah kepada risiko-risiko tersebut. Inisiatif / tindakan awal perlu diambil bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku sehinggalah MPSJ telah mengambil tindakan penambahbaikan.
9.6 Penyelia Pengawal Keselamatan
hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan tidak bertugas secara berterusan selama 24 jam. Sekiranya MPSJ mendapati perkara ini berlaku, syarikat akan dikenakan tindakan penalti seperti ditetapkan di dalam Lampiran 1 (Kadar Penalti).
9.7 Penyelia Pengawal Keselamatan adalah
bertanggungjawab menyediakan
13
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
pengawal gantian, sekiranya ketiadaan pengawal disebabkan tidak hadir bertugas, cuti sakit atau cuti tahunan. Kegagalan membuat penggantian akan dikenakan tindakan penalti, seperti ditetapkan di dalam Lampiran 1 (Kadar Penalti).
9.8 Penyelia Pengawal Keselamatan
hendaklah menyediakan ringkasan laporan mingguan dan bulanan untuk diserahkan kepada MPSJ pada setiap berakhir minggu dan bulan tersebut. (Format laporan seperti di Lampiran 2).
10.0 Penggunaan Kunci Jam (bagi premis kawalan yang disediakan Sistem Kunci Jam sahaja)
10.1 Pengawal Keselamatan perlu mematuhi Garis Panduan Penggunaan Kunci Jam MPSJ seperti yang ditetapkan. 10.2 Kegagalan melaksana akan dikenakan tindakan penalti seperti di Lampiran 1 (Kadar Penalti). 10.3 Kegagalan melaksana sistem kunci jam
akan dikira sebagai penalti dan termasuk dalam kesalahan terkumpul bagi kiraan tindakan surat peringatan.
Kiraan seperti berikut : 10 point / kali kegagalan pelaksanaan
kunci jam = 1 penalti
11.0
Sebarang kegagalan mematuhi skop kerja, kejadian pencerobohan ke dalam premis / bangunan kawalan, kehilangan aset MPSJ, atau apa-apa kejadian yang menyebabkan kecuaian Pengawal Keselamatan dalam menjalankan tugas, Pihak Majlis berhak memotong bayaran bulanan berdasarkan
14
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
kadar penalti yang ditetapkan, seperti di Lampiran 1 (Kadar Penalti).
12.0
Penalti / Notis Kesalahan akan dikenakan bagi setiap penempuan kesalahan seperti berikut : Ketiadaan Pengawal Keselamatan di lokasi
kawalan Pengawal Keselamatan tidur dalam masa
bertugas Pengawal Keselamatan tidak memakai
pakaian seragam Membenarkan orang awam masuk tanpa
kebenaran di kawasan kawalan premis / bangunan
Tidak mencatat laporan / mencatat laporan lebih awal dari masa yang sepatutnya
Bekerja melebihi waktu yang dibenarkan Tidak menjaga kebersihan pos kawalan Gagal melaksana sistem kunci jam Pengawal Keselamatan terlibat dalam
penyalahgunaan dadah Kehilangan atau kerosakan barangan /
peralatan / aset / kemudahan di lokasi kawalan
15
BIL SKOP PERKHIDMATAN *SETUJU /
TIDAK SETUJU
CADANGAN TAMBAHAN
(SILA NYATAKAN)
13.0 Penialaian prestasi perkhidmatan kawalan
keselamatan adalah seperti berikut (berdasarkan jumlah keseluruhan pengawal keselamatan Zon D 16 orang):
48 penalti / notis kesalahan terkumpul bagi penemuan salah laku Pengawal Keselamatan, syarikat akan dikenakan tindakan Surat Peringatan 1.
Berterusan penemuan kesalahan hingga ke 64 penalti / notis kesalahan terkumpul setelah Surat Peringatan 1, syarikat akan dikenakan tindakan Surat Peringatan 2.
Berterusan penemuan kesalahan hingga ke hingga 80 penalti / notis kesalahan terkumpul, syarikat akan dikenakan tindakan Surat Peringatan 3 dan akan dikenakan tindakan penamatan kontrak.
Setelah Surat Peringatan 3 dikeluarkan; Laporan mengenai prestasi perkhidmatan syarikat akan dibentangkan kepada Pihak Pengurusan untuk tindakan penamatan kontrak.
14.0
Majlis Perbandaran Subang Jaya berhak untuk menambahbaik atau meminda mana-mana skop kerja dari masa ke semasa berdasarkan keperluan.
*wajib nyatakan samada setuju / tidak setuju
16
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2(2017)
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KESELAMATAN
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI
PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
III. Lampiran 1 (KADAR PENALTI)
1) Penalti akan dikenakan bagi setiap penemuan kesalahan. MPSJ akan mengeluarkan
surat tunjuk sebab bagi setiap kesalahan dan tindakan pemotongan bayaran bulanan
akan dikenakan.
BIL. KESALAHAN PENALTI *SETUJU /
TIDAK SETUJU
1.
KETIADAAN PENGAWAL – (Pengawal Bersenjata Api) Ketiadaan pengawal bersenjata api di pos / lokasi kawalan.
RM 250 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab
2.
KETIADAAN PENGAWAL – (Pengawal Tanpa Senjata Api) Ketiadaan pengawal tanpa senjata di pos / lokasi kawalan
RM 250 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab
3. TIDUR Pengawal tidur dalam masa bertugas
RM 100 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab
4.
TIDAK MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM Pengawal tidak memakai kelengkapan seragam dengan lengkap seperti yang ditetapkan
RM 50 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab
17
BIL. KESALAHAN PENALTI *SETUJU /
TIDAK SETUJU
5.
MEMBENARKAN ORANG AWAM MASUK TANPA KEBENARAN DI KAWASAN KAWALAN PREMIS / BANGUNAN Pengawal membenarkan orang awam (individu / kumpulan) masuk ke kawasan bertugas tanpa kebenaran / arahan
RM 50 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab
6.
TIDAK MENCATAT LAPORAN / MENCATAT LAPORAN LEBIH AWAL DARI MASA YANG SEPATUTNYA Pengawal tidak mencatatkan laporan tugasan dalam Buku Laporan Harian
RM 50 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab
7.
BEKERJA MELEBIHI WAKTU YANG DIBENARKAN Pengawal bertugas bekerja berterusan melebihi 18 jam (12 jam waktu kerja ditetapkan + 6 jam waktu kerja lebih masa)
RM 50 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab
8.
TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN POS KAWALAN Tidak menjaga kebersihan dan membiarkan imej yang buruk di sekitar pos / kawasan kawalan dengan apa jua bentuk sampah sarap, perkakasan atau pakaian
RM 50 .00 Satu Pos Kawalan
+ Surat Tunjuk Sebab
9.
GAGAL MELAKSANA ' SISTEM KUNCI JAM ' Bagi premis yang dilengkapi dengan Kunci Jam sahaja.
RM5.00/jam yang gagal dilaksana
+ Surat Tunjuk Sebab
10.
PENGAWAL TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH Pengawal didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah samada melalui ujian air kencing / penempuan barang telarang (dadah) didalam kawasan premis/bangunan kawalan
RM 250 .00 Seorang
+ Surat Tunjuk Sebab + Penggantian Baru
Pengawal Keselamatan
18
BIL. KESALAHAN PENALTI *SETUJU /
TIDAK SETUJU
10.
KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN BARANGAN / PERALATAN / ASET / KEMUDAHAN DI LOKASI KAWALAN
Pengantian atau Bayaran Balik Mengikut Nilai Kerosakan / Kehilangan
+ Surat Tunjuk Sebab
19
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2(2017)
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KESELAMATAN
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI
PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
IV. Lampiran 2 (LAPORAN BULANAN SYARIKAT) 1) Lokasi Kawalan :
BIL.
LAPORAN KAWALAN (Secara Keseluruhan)
PENEMUAN MASALAH /
KEROSAKAN ASET MPSJ / BANGUNAN / PREMIS MPSJ
GAMBAR LOKASI
KAWALAN
Pengawal Bertugas:
2) Lokasi Kawalan :
BIL.
LAPORAN KAWALAN (Secara Keseluruhan)
PENEMUAN MASALAH /
KEROSAKAN ASET MPSJ / BANGUNAN / PREMIS MPSJ
GAMBAR LOKASI
KAWALAN
Pengawal Bertugas:
Ulasan / Cadangan Penambahbaikan Syarikat:
Tandatangan Pengesahan Syarikat : *Syarikat hendaklah mengemukakan Laporan ini pada setiap bulan beserta dengan tuntutan bayaran
20
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
RESPONSE TIME
BAHAGIAN B
21
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2(2017)
RESPONSE TIME
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI
PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
Response Time terhadap setiap penemuan MASALAH / SURAT TUNJUK SEBAB oleh MPSJ:
BIL BUTIRAN MASA*
1. Ketidakhadiran Pengawal Keselamatan bertugas di lokasi kawalan
Penggantian Serta Merta
2. Maklumbalas terhadap Surat Tunjuk Sebab
3 hari dari tarikh surat dikeluarkan
3.
Pihak Syarikat hendaklah membuat aduan bagi sebarang penemuan masalah / kerosakan aset / bangunan MPSJ kepada Bahagian Pentadbiran AM, Jabatan Khidmat Pengurusan
Aduan Serta Merta
22
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
PERJANJIAN KONTRAK
BAHAGIAN C
23
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2(2017)
PERJANJIAN KONTRAK
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI
PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
BIL BUTIRAN PEMATUHAN *
1
Dokumen Perjanjian
i. Persetujuan menandatangani perjanjian antara pentender dan MPSJ.
ii. Mematuhi skop kerja, terma rujukan, dokumen
perjanjian, garis panduan yang memaksudkan bidang tugas/tanggungjawab yang perlu dilaksanakan serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Majlis Perbandaran Subang Jaya, Kerajaan Negeri Selangor dan kerajaan Malaysia.
iii. Pentender bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
segala tindakan undang-undang yang dikenakan sekiranya berpunca dari kecuaian pentender.
iv. Pihak Majlis akan menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani oleh pihak tuan di mana pihak tuan dikehendaki untuk membayar semua kos guaman yang ditetapkan oleh Majlis. Sekiranya pihak tuan gagal untuk menandatangani perjanjian di dalam tempoh yang ditetapkan, Majlis berhak untuk membatalkan pelantikan tuan.
v. Fi bagi penyediaan Dokumen Perjanjian (Sila Rujuk Jadual Fi Penyediaan Dokumen Perjanjian Mengikut Nilai Kontrak pada Perkara 20.0 Arahan Kepada Petender)
SETUJU / TIDAK SETUJU
SETUJU /
TIDAK SETUJU
SETUJU / TIDAK SETUJU
SETUJU / TIDAK SETUJU
SETUJU / TIDAK SETUJU
24
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
TERMA BAYARAN
BAHAGIAN D
25
NO.TENDER: MPSJ.KUB.400-10/3/2(2017)
TERMA BAYARAN
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN ZON D TANPA SENJATA API DI
PREMIS-PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
BIL BUTIRAN PEMATUHAN
1. Inbois yang telah ditandatangani Wajib
2.
Dua salinan Surat Pemberitahuan Penerimaan Sebutharga / Tender
Wajib
3.
Dua salinan Surat Setuju terima Sebut harga /Tender
Wajib
4.
Surat Akuan Siap Kerja yang telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
Wajib
5.
Mengemukakan Laporan Bulanan beserta gambar-gambar lokasi kawalan (seperti format yang telah ditetapkan;Lampiran 2)
Wajib
6. Salinan Dokumen Perjanjian Kontrak Wajib
7.
MPSJ berhak membuat pemotongan bayaran bulanan sekiranya terdapat sebarang penemuan kesalahan
Setuju / Tidak Setuju
8. Setiap tuntutan bayaran bulanan perlu dihantar pada/sebelum 15 haribulan pada setiap bulan bayaran dituntut.
Wajib
* Wajib potong mana yang tidak berkenaan