tenis kertas kerja
DESCRIPTION
kejohanan tenis ipgksmTRANSCRIPT
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS SULTAN MIZAN
TAJUK KERTAS KERJA:
PERTANDINGAN TENIS ANTARA UNIT
TAHUN 2012
DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD FERDAUS BIN NORHASIM
KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM
JESSICA BONGSAM
(UNIT 2 PISMP SAINS)
UNTUK PERHATIAN:
TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN HASHIM
PENGARAH IPGM SULTAN MIZAN
TARIKH HANTAR:
25 SEPTEMBER 2012
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan
sumbernya”
Tandatangan :
Nama : AHMAD FERDAUS B. NORHASIM
Tarikh : 25/9/2012
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya”
Tandatangan :
Nama : Ku Nur Farhanim Binti Ku Ibrahim
Tarikh : 25/9/2012
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama : Jessica Bongsam
Tarikh : 25/9/2012
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
kami akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus Gerko yang diberi. Jutaan terima
kasih kami tujukan buat Encik Haji Yazit Bin Ismail selaku pensyarah Gerko yang
telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus
ini. Terima kasih juga kami hadiahkan buat kedua ibu bapa kami yang telah banyak
memberi dorongan kepada kami selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan
yang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa. Sekian,
terima kasih.
Senarai Kandungan
KANDUNGAN MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
SENARAI KANDUNGAN iii
SURAT RASMI
KERTAS KERJA
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 PENGELOLAAN/PENGANJURAN
4.0 KUMPULAN SASARAN
5.0 TENTATIF PERLAKSANAAN
6.0 BAYARAN PENYERTAAN
7.0 JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN
8.0 KEWANGAN
9.0 PENUTUP
LAMPIRAN 1
REFLEKSI
Setiausaha,Pertandingan Tenis,IPG Kampus Sultan Mizan,22200 Besut,
Terengganu.
Ruj. Kami : IPGKSM.TR(KK)0001JId 23(1)
Tarikh : 10 September 2012Pengarah, IPG Kampus Sultan Mizan,22200 Besut,Terengganu.
Melalui dan salinan,…………………………………………………………
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERTANDINGAN TENIS ANTARA UNIT Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita kami memaklumkan bahawa pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Semester Dua akan mengadakan Pertandingan Tenis antara unit untuk memenuhi tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Sukan Permainan iaitu Permainan Tenis.
3. Berikut merupakan senarai kumpulan unit yang akan menyertai pertandingan tenis:
Unit 2PISMP-SAINSUnit 2PISMP-PJUnit 2PISMP-Tesl 2
4. Disini juga saya sertakan butir-butir maklumat bagi Kejohanan Tenis ini:Tarikh : 19 – 20 SEPTEMBER 2012Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petangTempat : Gelanggang Tenis, IPG Kampus Sultan Mizan
5. Bersama-sama dengan surat ini saya sertakan kertas kerja untuk pertandingan tenis ini. Dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini supaya kejohanan ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(JESSICA BONGSAM) (MOHD. YAZIT BIN ISMAIL)Setiausaha, Ketua Sukan Permainan, Pertandingan Tenis 2012 IPG Kampus Sultan Mizan IPG Kampus Sultan Mizan
Diluluskan oleh,
(KAMARUDIN BIN HASHIM) Pengarah,IPG Kampus Sultan Mizan
Bahawasanya dengan ini saya meluluskan/ tidak meluluskan:
PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPGM KAMPUS
SULTAN MIZAN TAHUN 2012
1.0 PENGENALAN
Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras Negara. Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di
dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis
boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara
perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang
diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Namun
Negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat remaja.
Menyedari hakikat ini,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan telah
mengambil inisiatif unuk mencukil bakat-bakat muda terutama dalam kalangan
remaja dengan penganjuran pertandingan tenis ini.
2.0 OBJEKTIF
Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis dalam kalangan generasi
remaja
Memajukan sukan tenis di peringkat institut guru serta seterusnya ke peringkat
yang lebih tinggi.
Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani,jasmani,intelek
dan sosial
Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pensyarah
pembimbing dan pelajar-pelajar di IPGM Kampus Sultan mizan terutamanya
dalam pembangunan sukan tenis
3.0 PENGELOLAAN/PENGANJURAN
Unit Kokurikulum Tenis Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar semester 2 PISMP kelas Sains, kelas Tesl 2 dan kelas Pendidikan
Jasmani IPGM Kampus Sultan Mizan.
5.0 TENTATIF PERLAKSANAAN
Tarikh : 19 – 20 September 2012
Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Gelanggang Tenis IPGM Kampus Sultan Mizan
6.0 BAYARAN PENYERTAAN
Bayaran bagi setiap peserta ialah RM15 (termasuk minum pagi,makan tengahari)
7.0 JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN
Jawatankuasa Induk pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Unit
Kokurikulum Tenis IPGM Kampus Sultan Mizan:
Penaung Tuan Haji Kamaruddin bin Hashim
Penasihat Tuan Haji Mohd Yazit bin Ismail
Ketua Pengelola Sivaseharan A/L Gunaseharan
Timbalan ketua pengelola 1 Kavithaa A/P Sengalrayan
Timbalan ketua pengelola 2 Jessica Bongsam
Setiausaha Ku Nur Farhanim Binti Ku Ibrahim
Bendahari Anizavina Binti Mohd Isa
Jawatankuasa kecil:
Pengurusan majlis Nur Hidayah Binti Mohd Salleh
Penyelaras program Nur Najiah Binti Ibrahim
Penyelaras peralatan Muhammad Adam Rofie Bin Hanafi
Penyelaras kepengadilan Muhammad Taufik Bin Abd. Rashid
Penyelaras kebajikan dan cenderamata Nurul Nadzirah Binti Mohd Azam
Penyeleras protokol Nurul Fatihah Binti Bakhari
8.0 KEWANGAN
8.1 PERBELANJAAN
PERKARA BAJET JUMLAH
(RM)
Minum pagi untuk peserta, pengurus
dan pengadil
RM 5.00 X 16 RM 80
Makan tengahari untuk peserta,
pengurus dan pengadil
RM 10.00 X 16 RM 160
Hadiah peserta 2 kategori (L/P)
RM 50.00 (Johan) X 2
RM 40.00(Naib johan) X 2
RM 30.00 (Ketiga) X 2
RM 100.00
RM 80.00
RM 60.00
Minuman air mineral RM 12.00 X 1 kotak RM 12.00
Sijil penghargaan RM 2.00 X 16 RM 32
Jumlah RM 524
8.2 PENDAPATAN
PERKARA JUMLAH
Bayaran daripada peserta
( RM 15.00 X 16 )
RM 240.00
Sumbangan penaja-penaja:
Unit Kokurikulum IPGM Kampus Sultan Mizan RM 150.00
Peruntukan daripada IPGM Kampus Sultan Mizan RM 200.00
JUMLAH RM 590.00
9.0 PENUTUP
Kerjasama dari semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung
adalah diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali
diadakan ini
Disediakan oleh:
Nur farhanim
(KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM)
Setiausaha,
Kejohanan Tenis,
Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
LAMPIRAN 1
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPGM
KAMPUS SULTAN MIZAN
1.0 NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Tenis Tertutup IPGM Kampus Sultan Mizan Tahun 2012
2.0 PENGANJUR
Unit Kokurikulum Tenis IPGM Kampus Sultan Mizan
3.0 PENGELOLA
Jawatankuasa yang dilantik oleh Unit Kokurikulum Tenis IPGM Kampus Sultan
Mizan
4.0 PERATURAN UMUM
Menggunakan undang-undang dan peraturan Kesatuan Lawan Tenis Dunia dan
Lawan Tenis Malaysia
5.0 PERATURAN TAMBAHAN
Selain daripada peraturan-peraturan di atas,Jawatankuasa Penganjur adalah berhak
meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan,selaras dengan matlamat
penganjuran.
6.0 JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan Individu
7.0 HADIAH-HADIAH
Tempat pertama-RM 50 Hamper dan sijil
Tempat kedua –RM 40.00 Hamper dan sijil
Tempat ketiga –RM 30 Hamper dan sijil
8.0 ACARA PERTANDING
Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mendaftar menggunakan satu nama sahaja.
Pemain yang didapati mendaftar sebanyak dua kali akan dibatalkan penyertaannya.
9.0 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA
-Para peserta perlu mengesahkan kehadiran pada pagi pertandingan dengan
mendaftar diri di kaunter kehadiran.
-Peserta yang gagal berbuat demikian akan dikira tidak hadir dan penyertaannya
akan dikira terbatal dengan sendirinya.
(SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN TIDAK AKAN
DILAYAN)
10.0 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN
Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-
Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI
jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai
Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan tida kakan dibenarkan menyertai acara-acara
seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas
mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit/cedera
daripada Peegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri
daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat
Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam
semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan
11.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA
11.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu,mereka akan
diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.
11.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepadaPegawai
Teknik dalam arena pertandingan
11.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-
acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan
diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat PenyeliaPeserta.Hebahan
hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara
atau program kejohanan.
11.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan
permainan masing-masing yang lengkap
11.5 Apabila melaporkan diri unutk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti
menunjukkan nombor daftar peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada
Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,peserta
berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
11.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara
mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
12.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada
arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.
13.0 MEMANASKAN BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.
14.0 BANTAHAN
Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka
peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan
perkara tersebut akan dikemukakan kepada Unit Kokurikulum Tenis IPGM Kampus
Sultan Mizan.
Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada lima belas (15) minit setelah
keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.
15.0 HAL-HAL LAIN
1. Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta
yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE
ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS
KEJOHANAN
2. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,
kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang
kecederaan lain berlaku :
a. Semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat pertandingan
b. Semasa kejohanan dijalankan
c. Di dalam dan di luar kawasan pertandingan dijalankan
3. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraaan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.
16.0 SENARAI KUMPULAN PESERTA
(Kategori Lelaki)
KUMPULAN A KUMPULAN B
1. MOHD FAIZ BIN ROHIZAT
2. AHMAD BIN SAIDI
3. SALIHIN BIN AHMAD
4. AHMAD FERDAUS BIN NORHASIM
1. MOHD SADDLY BIN ISMAIL
2. LING JAI SENG
3. LOUIS CHENG XIAN RUI
4. DHILEMON DOMINIC KAJAN
KUMPULAN C KUMPULAN D
1. MOHD SYAMIN BIN MOHD KHAIDI
2. MUHAMMAD AFIQ AFHAM BIN AWANG
3. MUHAMAD AIDILFITRI BIN JAMALUDIN
4. MOHD KHAIRI BIN OTHMAN
1. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN YUSUF
2. MUHAMMAD RUZAINI BINTI RUSLI
3. MOHAMAD IRFAN BIN RAFIE
4. MUHAMMAD SAFWAN BIN SHUHAMI
(Kategori Perempuan)
KUMPULAN A KUMPULAN B
1. VEJAYA LETCHUMI
2. WAN NURUL FADZLEEN
3. CINDY WONG SIW CHIEN
4. JESSIE YEO CHI WEI
1. RABIATUL HUSNA BT MOHAMED
2. KRISHNAVENI SUGUMARAN
3. WINNIE TING SIEW LING
4. LOH YU HAN
KUMPULAN C KUMPULAN D
1. NURUL IZZATI BT MOHD ISA
2. NABILAH BT SUHAIPIN
3. NG WAI MUN
4. TIOW CHAI YUN
1. THIAN FANG MING
2. PREMA A/P RAJENDRAN
3. SHERON DANEVELLU
4. NUR SYAKIRAH BT HASAN BASRI
Atur Cara Majlis Penutupan Pertandingan Tenis
Tarikh: 23 September 2012
Masa: 2.30 – 4.00 petang
Tempat: Bilik Multimedia
Tentatif Program
2.30 - 3.30 petang: Ketibaan Para Peserta, Penasihat Pertandingan Tenis
3.00 petang: Ketibaan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan
3.00 - 3.15 petang: Ucapan aluan-aluan pengerusi majlis
3.15 - 3.20 petang: Bacaan doa
3.20 - 3.30 petang: Ucapan Penasihat Pertandingan Tenis
4.00 - 4.15 petang: Ucapan Pengarah dan Perasmian Penutupan Pertandingan
Tenis
4.15 - 4.30 petang: Penyampaian Hadiah dan Sijil
4.30 petang Majlis Bersurai
REFLEKSI
Alhamdulilah dan bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-
Nya, saya dan kumpulan saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan Gerko yang
diberikan oleh pensyarah pembimbimng Gerko saya iaitu Tuan Haji Yazit Ismail.
Saya telah dapat pelbagai pengetahuan baru mengenai sukan permainan tenis ini
melalui tugasan yang telah diberikan.
Antara pengetahuan baru yang saya perolehi ialah saya dapat mengetahui
sistem perlawanan tenis yang digunakan serta pengalaman menganjurkan sesuatu
pertandingan tenis. Tugasan yang diberikan oleh En.Yazit menghendaki saya dan
rakan sekumpulan saya iaitu Ku Nur Farhanim dan Jessica Bongsam untuk
membuat satu kertas kerja mengenai pertandingan tenis berdasarkan sistem liga
yang diikuti kalah mati. Selain itu, kami juga dikehendaki untuk menganjurkan satu
pertandingan tenis antara unit. Unit-unit yang terlibat ialah Sains, Tesl 2 dan unit Pj.
Kriteria permarkahan penganjuran pertandingan akan dikira dari aspek
permainan dan pengadilan. Saya telah memilih untuk berpasangan dengan rakan
sekelas saya iaitu Dhilemon Dominic Kajan dalam penyertaan pertandingan
tersebut. Walaupun kalah dalam pusingan awal, namun saya tetap berpuas hati
kerana kami telah mencuba sedaya upaya dan berusaha sehabis baik.
Selain itu, semasa pertandingan dijalankan, saya juga telah berpeluang
menjadi pengadil dalam satu perlawanan. Hal ini merupakan satu pengalaman baru
bagi saya. Saya juga telah mempelajari cara-cara pengadilan yang dilakukan bagi
mengadili satu-satu perlawanan.
Proses demi proses bagi melaksanakan pertandingan dan tugasan ini telah
saya lalui dan pelbagai cabaran telah saya temui. Walaubagaimanapun, semua
masalah yang saya hadapi ini telah saya jadikan sebagai satu batu loncatan untuk
saya lebih berjaya dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran lain.
Cabaran-cabaran ini semua juga menjadikan saya lebih matang dan fleksible dalam
menghadapi apa jua rintangan yang datang.
Tugasan ini saya dapat katakan sangat memberi manfaat kepada saya bukan
sahaja dari segi pengalaman yang berguna dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapai, malahan dari perspektif yang lebih luas lagi iaitu dari aspek persediaan
saya untuk menjadi seorang guru yang bukan sahaja bertauliah, tetapi seorang guru
yang boleh melakukan apa sahaja perkara dan mampu untuk melakukan kerja
bersama-sama ahli dengan baik.
AHMAD FERDAUS NORHASIM
2PISMP SAINS
REFLEKSI
Alhamdulilah dan besyukur saya ke-hadrat Ilahi kerana telah berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Tuan Haji Yazit Bin Ismail . Saya telah
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru melalui tugasan yang diberikan oleh
Tuan Haji Yazit walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dalam usaha
menyiapkan tugasan ini.
Melalui tugasan ini saya telah dapat mengetahui mengenai corak-
corak pertandingan tenis yang dijalankan. Saya juga telah mempelajari mengenai
sistem kalah mati, sistem liga dan sistem liga yang diikuti oleh kalah mati sewaktu
menyiapkan tugasan Gerko yang diberikan oleh Tuan Haji Yazit. Tugasan gerko
yang diberikan ini menghendaki saya dan rakan sepasukan saya iaitu Ahmad
Ferdaus Norhasim dan Jessica Bongsam untuk menyiapkan kertas kerja bagi
perlawanan tenis antara unit. Selain itu kami dikehendaki untuk membuat kertas
kerja tenis berdasarkan sistem liga yang diikuti kalah mati. Di sini kami menghadapi
sedikit kesukaran kerana kami tidak mempunyai apa-apa maklumat bagaimana
sistem liga yang diikuti kalah mati dianjurkan. Namum setelah berkolaborasi dengan
Encik Yazit, akhirnya keresahan kami berjaya diselesaikan.
Selain itu, saya dan rakan-rakan juga dikehendaki menganjurkan
satu pertandingan tenis yang berlaku diantara tiga unit iaitu Sains, Tesl dan PJ.
Dalam pertandingan tersebut kami akan dinilai dari segi permainan dan pengadilan.
Untuk pertandingan ini, saya telah memilih untuk berpasangan dengan rakan
perjuangan saya iaitu Jessica Bongsam. Kami hanya berjaya sehingga ke suku akhir
sahaja. Saya berasa sedikit kecewa kerana saya mengharapkan dapat meneruskan
pertandingan sehingga ke peringkat akhir. Namum saya tetap berpuas hati kerana
kami telah berusaha sedaya upaya dalam pertandingan ini. Penganjuran
pertandingan dalam sukan ini merupakan kali pertama buat saya menjadikan saya
begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah gerko
kami.
Penganjuran pertandingan tenis yang telah kami jalankan ini
sebenarnya telah banyak menguji kefahaman saya dalam kuliah gerko yang telah
saya hadiri selama ini. Pelbagai ilmu yang diajar oleh pensyarah kami telah saya
aplikasikan seperti ilmu pengadilan dalam permainan tenis yang sebelum ini saya
langsung tidak ketahui. Namun, dengan menghadiri kuliah gerko tenis dan
mempraktikkannya dalam penganjuran pertandingan tenis terbuka ini telah
menjadikan saya lebih faham mengenai teori-teori dan ilmu yang diajar didalam
kuliah sebelum ini.
Akhir sekali, jika saya diberi peluang atau diberi tugasan untuk
menganjurkan apa-apa pertandingan, saya pasti akan gunakan semua ilmu-ilmu dan
pengalaman yang begitu banyak saya perolehi dari penganjuran pertandingan tenis
pada kali ini. InsyaAllah..
Sekian, terima kasih.
KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM
2 PISMP SAINS
REFLEKSI
Di sini, saya ingin menyatakan refleksi kendiri untuk tugasan kerja kursus ini.
Pada semester dua kali ini, kami telah dipilih untuk mengikuti sukan dan permainan
dalam permainan tenis.
Saya amat gembira bagi pemilihan sukan dan permainan pada kali ini kerana
ia amat memberikan saya banyak pengalaman dan kemahiran yang saya telah
pelajari dalam permainan tenis. Sepanjang beberapa bulan mengikuti permainan ini,
banyak kemahiran yang telah saya pelajari. Saya amat kagum dengan pengajaran
yang diberikan oleh pensyarah pembimbing permainan tenis kami iaitu En. Mohd
Yazit bin Ismail. Beliau sangat tekun mengajar kami beberapa kemahiran permainan
tenis demi kebaikan yang kami dapat.
Walaupun saya kurang mahir dalam kemahiran tersebut, saya bersyukur
dapat mempelajari beberapa kemahiran contohya kemahiran forehand, backhand,
kemahiran service dan voli. Saya beranggapan bahawa kemahiran ini hanya boleh
dipelajari sekiranya saya rajin untuk turun ke gelanggang setiap hari untuk
meluangkan masa mempelajari setiap kemahiran tersebut.
Dalam subjek Sukan dan Permainan ini, kami ditugaskan untuk menyediakan
kertas kerja dan juga melaksanakan satu pertandingan tenis inter-unit. Saya telah
memilih untuk bersama dengan Ku Nur Farhanim dan Ahmad Ferdaus untuk
menyediakan kertas kerja tersebut.
Bagi perlawanan permainan tenis tersebut, saya telah memilih untuk
berpasangan dengan Ku Nur Farhanim. Semasa pertandingan tersebut, kami
berdua hanya dapat berjaya melepasi perlawanan pada suku akhir sahaja. Saya
berasa sangat gembira dengan usaha kami yang tekun semasa perlawanan
tersebut walaupun hanya berjaya melepasi pada suku akhir.
Sesungguhnya, saya sudah mula meminati permainan tenis ini. Saya sangat
gembira kerana saya dapat berpeluang untuk menyertai permainan ini walaupun
hanya untuk semester pada kali ini. Namun saya berharap saya dapat
menggunakan peluang dan masa yang ada untuk menambahkan hobi saya untuk
bermain tenis serta mengikuti permainan yang lain.
Secara kesimpulan, permainan tenis ini banyak mengajar saya tentang
kemahiran, peraturan-peraturan serta ia juga meningkatkan tahap fizikal saya dalam
menjaga kesihatan badan.
JESSICA BONGSAM
2 PISMP SAINS