teori an moral
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 Teori an Moral
1/25
TEORI PERKEMBANGANMORAL
-
8/7/2019 Teori an Moral
2/25
PENGENALAN
Moral ialah satu kesedaran tentang apayang buruk dan apa yang baik, apa yang
betul dan apa yang salah. Perkembangan moral pula merujukkepada perolehan tentang apa yang betuldan salah berdasarkan kod-kod etika
masyarakat setempat.
-
8/7/2019 Teori an Moral
3/25
3 komponen moral
1. Afektif: atau emosi, mengandungi
unsur-unsur perasaan
2. Kognitif: pemikiran atau konsepbetul atau salah
3. tingkah laku: menggambarkan
bagaimana kita bertingkah laku
bila dihadapkan dengan cabaran
(berbohong, menipu, mencuri)
-
8/7/2019 Teori an Moral
4/25
Teori Kohlberg
Lawrance Kohlberg (1972) merupakanpelopor utama dalam teori perkembangan
moral. Teori yang dikemukakan banyakbergantung kepada pemikiran ahlipsikologi Swiss , Jean Piaget dan ahli
falsafah Amerika John Dewey.
-
8/7/2019 Teori an Moral
5/25
Kaedah Kajian Kohlberg
Teras contoh Kohlberg terdiri daripada 72budak lelaki dan kedua-dua keluarga kelaspertengahan dan bawah di Chicago yang
berumur10, 13 dan 16 tahun. Beliau memperolehi maklumat yang
menjadi asas kepada teori perkembangan
moral melalui kajian yang bertanyakantentang sesuatu nilai betul-salah tentangsesuatu situasi.
-
8/7/2019 Teori an Moral
6/25
Asas Temuramah mengandungi satu siri delima:
Heinz Mencuri DadahSeorang wanita hampir mati akibat sejenis barahyang khas di Eropah. Terdapat sejenis dadahyang difikirkan oleh doktor-doktor bolehmenyelamatkan nyawanya. Ianya merupakan
sama bentuk radium yang telah ditemui olehseorang ahli farmasi di bandar yang sama baru-baru ini. Kos menyediakan dadah tersebutmahal, tetapi ahli farmasi tersebut memintabayaran sepuluh kali ganda daripada kos
sebenarnya. Dia membayar $200 untuk radiumdan menetapkan bayaran sebanyak $2000 untuksama dos kecil dadah tersebut.
-
8/7/2019 Teori an Moral
7/25
Suami wanita tersebut iaitu Heinz telahmenemui semua orang yang diketahuinya untuk
meminjam wang bagi membeli dadah tersebut,tetapi dia hanya dapat mengumpulkan $1000iaitu separuh daripada kosnya. Diamemberitahu ahli farmasi tersebut bahawaisterinya sedang hampir mati dan memintanya
menjual dadah tersebut pada harga yang lebihmurah atau mengizinkannya membayar lewatsedikit. Tetapi ahli farmasi itu berkata: Tidak,saya menemui dadah tersebut dan saya akanmembuat duit dengannya. Oleh itu, Heinz
menjadi terdesak dan memecah masuk kedailelaki tersebut dan mencuri dadah itu untukisterinya. Patutkah suami tersebut bertindakdemikian? (Kohlberg, 1963).
-
8/7/2019 Teori an Moral
8/25
Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg
Peringkat 1 : Prakonvensional-Tahap 1 : Orientasi dendaan dan kepatuhan
- Tahap 2 : Orientasi ganjaran peribadi
Peringkat 2 : Konvensional- Tahap 3 : Orientasi harmoni antara peribadi
- Tahap 4 : Orientasi undang-undang dan peraturan
Peringkat 3 : Poskonvensional
- Tahap 5 : Orientasi kontrak sosial
- Tahap 6 : Orientasi prinsip etika sejagat
-
8/7/2019 Teori an Moral
9/25
Peringkat Prakonvensional
Terdapat pada kanak-kanak prasekolah,kebanyakan pelajar sekolah rendah, sebilanganpelajar sekolah menengah atas.
Ada dua tahap:
Tahap 1 : Orientasi dendaan dan kepatuhan- Motif utama tingkahlaku ialah untuk mengelak
dendaan.
- Pemikiran moral berorientasikan egosentrik
dan terbentuk berasaskan prinsip Hedonismeiaitu kanak-kanak percaya perlakuan baik akan
mendapat reaksi yang baik juga.
-
8/7/2019 Teori an Moral
10/25
Tahap 2 : Tahap Ganjaran Peribadi
- dikenali sebagai hedonisme utilitarian iaituseseorang menilai untuk melakukan sesuatuberdasarkan keinginan untuk mendapatkanganjaran. Tindakbalas selesa sebagai baik dan
tidak selesa sebagai tidak baik. Konsep keadilanpada kanak-kanak ialah bila semua orangmendapat peluang yang sama rata.
-
8/7/2019 Teori an Moral
11/25
Peringkat konvensional
Terdapat pada kanak-kanak sekolah rendah (tahun 5dan tahun 6), sebilangan pelajar sekolah menengahrendah dan kebanyakan pelajar menengah atas.
Ada dua tahap:Tahap 3 : Harmoni antara peribadi (budak baik)
- berubah daripada hedonisme kepada sosialorder.
- Pada tahap ini sudah boleh menerima normamasyarakat.
- Sesuatu tindakan akan dinilai baik atau burukberdasarkan pandangan orang lain
- Seseorang akan berkelakuan baik untuk mendapatpujian.
-
8/7/2019 Teori an Moral
12/25
Tahap 4 : Orientasi undang-undang dan
peraturan
- Kesanggupan melakukan sesuatu
tanggungjawab dalam masyarakat danmematuhi peraturan sosial yang telah sediaada. Perlakuan baik ialah perlakuan yangmembawa keharmonian kelompok.
-
8/7/2019 Teori an Moral
13/25
Peringkat pos-konvensional
Tahap pemikiran ini terdapat dikalangan pelajar-pelajar
universiti atau di kalangan orang-orang yangmemperjuang sesuatu prinsip kebenaran untukkepentingan umum.
Ada dua tahap:
Tahap 5: Orientasi kontrak sosial- berkaitan dengan usaha-usaha mempertahan-
kan hak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontraksosial yang telah dipersetujui bersama dalammasyarakat. Peraturan digubal hasil
persetujuan masyarakat , fleksible dan boleh diubahsekiranya bertentangan dengan norma-normamasyarakat.
-
8/7/2019 Teori an Moral
14/25
Tahap 6 : Orientasi prinsip etika sejagat
- Peringkat tertinggi dalam pemikiran moralseseorang kerana ia melibatkan soal falsafah
tentang moral itu sendiri.
- Apa yang dianggap betul ditentukanberdasarkan satu prinsip pilihan sendiri yangsesuai untuk semua manusia sejagat tanpamengira masa dan keadaan.
- Setiap manusia mesti dihormati dalam segalaaspek.
-
8/7/2019 Teori an Moral
15/25
Kritikan-kritikan ke atas Teori Perkembangan
Moral Kohlberg
Menumpukan satu aspek perkembangan moraliaitu jenis pentakulan.
Dilema yang dikemukakan adalah dilemaberasaskan hipotesis dalam metodologikajiannya.
Ramai ahli falsafah sosiologi dan psikologiberpendapat bahawa peranan kebiasaan adalahpenting dalam kelengkapan moral individu.
Tahap-tahap perkembangan moral jugamemihak kepada lelaki dan tidakmenggambarkan cara-cara penaakulan moralpada wanita.
-
8/7/2019 Teori an Moral
16/25
Teori Gilligan
Teori Kohlberg ternyata bias terhadap golonganwanita.
Gilligan (1977
,198
2) tidak puashati dengan caraKohlberg yang hanya menggunakan respondenlelaki dalam usahanya membentuk teoriperkembangan moral.
Mengikut teori Kohlberg, kebanyakan golonganwanita menaakul di tahap 3 (orientasi harmoniantara peribadi), manakala kebanyakan lelaki ditahap 4 (orientasi undang-undang danperaturan).(Kohlberg dan Kramer, 1969).
-
8/7/2019 Teori an Moral
17/25
Gilligan berpendapat sebenarnya golonganwanita memperkembangkan orientasi tersendiriterhadap isu-isu moral yang tiada kurang
matangnya berbanding dengan orientasi yangdigunakan oleh lelaki.
Golongan lelaki sering dididik menjadi asertif,berdikari dan berorientasikanpencapaian.Mereka melihat dilema moralsebagai konflik-konflik yang tidak dapat dielakantara hak-hak dua pihak dan undang-undang
masyarakat dilihat sebagai perlu untukmenyelesaikan konflik-konflik tersebut.(tahap 4teori Kohlberg)
-
8/7/2019 Teori an Moral
18/25
Sebaliknya golongan wanita dididikmenjadi empatik, bersifat keibuan danprihatin terhadap kehendak orang lain.
Definisi baik, sempurna ialahberdasarkan tahap prihatin merekaterhadap orang lain, pengasih dan
intimasi. Gilligan mengatakan pengalaman-
pengalaman inilah yang menyebabkangolongan wanita menganggap dilema
moral sebagai konflik antara kepentingandiri dengan kehendak orang lain (tahap 3Kohlberg).
-
8/7/2019 Teori an Moral
19/25
Perbezaan-perbezaan inilahyang kemudiannya membawakepada perbezaan penilaianmoral dan prinsip keadilan
antara lelaki dan perempuan. Lelaki lebih kepada moral
keadilan dan perempuankepada moral kasih sayangdan tanggungjawab.
-
8/7/2019 Teori an Moral
20/25
Tahap-tahap
perkembangan moral
golongan wanita mengikut
Gilligan ada 3:
-
8/7/2019 Teori an Moral
21/25
Tahap 1:
Orientasi Kepada KelangsunganHidup Peribadi
Fokus ialah pada minat kendiri wanita. Apa
yang penting ialah kehendak diri. Keperluandan kewujudan orang lain tidak penting atautidak perlu dipertimbangkan. Fokus seseorangwanita ketika ini ialah kelangsungan hidup. Apa
yang praktikal dan apa yang paling baik adalahpenting baginya.
-
8/7/2019 Teori an Moral
22/25
Transisi 1: Transisi daripada kepentingan diri
peribadi kepada sifat bertanggungjawab.
Transisi ini melibatkan pergerakan atau perubahanpemikiran moral daripada hanya memikirkan dirikepada mula mempertimbangkan pandangan danpermintaan orang lain. Semasa transisi ini, seseorang
wanita mula sedar bahawa ia bukan sahajabertanggungjawab ke atas dirinya tetapi juga ke atasorang lain termasuk anak yang dikandungnya atauyang belum lahir. Ia mula mengetahui bahawakeputusan yang ia buat akan turut mempengaruhidirinya dan orang lain.
-
8/7/2019 Teori an Moral
23/25
-
8/7/2019 Teori an Moral
24/25
Transisi 2:
Daripada Kebaikan Kepada Realiti
Semasa tempoh transisi, seseorangwanita mula memeriksa situasi secaraobjektif. Mereka tidak bergantung kepada
orang lain lagi dalam membuat keputusandan tidak lagi menurut apa yang orang lainsuruh buat. Seseorang wanita di masa iniakan bukan sahaja mengambil kira
keperluan dan kehendak orang lain tetapijuga kehendak diri. Ia lebih bersifatobjektif.
-
8/7/2019 Teori an Moral
25/25
Tahap 3:
Moraliti Tanggungjawab Yang Tidak Ganas
Seseorang wanita mula berfikir tentangkonsekuen tidak langsung keputusan dantingkah laku mereka. Ia tidak hanya berfikirtentang apa yang orang lain kata tetapi sudah
mula menerima tanggungjawab untuk membuatpenilaian dan keputusan sendiri. Ia meletakkandirinya sebagai sama taraf dengan orang laindan akan menerima hakikat bahawa iabertanggungjawab ke atas konsekuen-
konsekuen tingkah lakunya. Prinsip yangpenting di sini meminimakan tahap kecil hatidirinya dan juga orang lain.