teori hierarki keperluan maslow

4
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Upload: amirul-afiqs-amifiqs

Post on 02-Dec-2015

191 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

EDU, teori maslow

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Hierarki Keperluan Maslow

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya,

seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya

keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan

menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri

individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan

diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana

sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia

tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan

perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap

individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan

perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam

bentuk hieraki.

Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu

sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua

tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

Page 2: Teori Hierarki Keperluan Maslow

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di

peringkat tinggi. Antaranya :

·        Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya

secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada

individu tersebut.

·        Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.

·        Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala

keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.

·        Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam

kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan

kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.

·        Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh

setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

1.  Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan

tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak

sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

2.  Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan

masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman.

Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

3.  Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan

Dalam memenuhkan  keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita

semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain.

Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

4.  Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang –

kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan,

kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam

hidup.

Page 3: Teori Hierarki Keperluan Maslow

5.  Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap

kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan

kendiri.

 

Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Mengikut Maslow manusia yang  mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah

mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri

personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

o Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang

lain.

o Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.

o Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang

dipercayainya walaupun tidak popular.

o Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat

resam, dan seumpamanya.

o Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.

o Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.

o Bersikap objektif.

Rumusan Metadologi

Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan

sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.

Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai harga diri,

berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat (Maslow, 1954).

Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan

kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan

dalam hidup.

Kritikan

Teori Maslow sungguh terkenal dalam bidang psikologi dan juga bidang – bidang lain seperti bidang

pengurusan, bidang kejururawatan dan bidang pendidikan. Hierarki keperluan yang dikemukakan oleh

Page 4: Teori Hierarki Keperluan Maslow

Maslow dianggap sebagai sesuatu yang logik dan mudah. Tetapi ianya dianggap kompleks apabila

kemungkinan wujud tingkah laku secara sedar.

sumber: http://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/8/ABRAHAM_MASLOW