teori jean piaget

3
5.0 KETERANGAN TEORI 5.1 Teori Perkembangan Jean Piaget Sebagaimana yang kita tahu, dalam membicarakan ataupun mengkaji tentang proses perkembangan kanak-kanak, pelbagai aspek yang boleh diambil kira dan salah satunya ialah perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Bagi melicinkan sesuatu kajian, kita seharusnya berpegang pada teori yang telah diketengahkan oleh pakar-pakar yang cukup hebat yang dulunya pernah mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak dan menterjemahkan kedalam bentuk teori dan dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, terdapat dua teori perkembangan iaitu teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky. Jadi, bagi mengkaji tahap perkembangan kognitif adik Nor Aishah, saya telah mengambil keputusan untuk memilih teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Teori perkembangan kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu (Haliza Hamzah, 2001). Jean Piaget telah mengenalpasti beberapa faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan juga keseimbangan.Kematangan biologi merujuk kepada proses pemikiran yang depengaruhi oleh faktor baka/genetik dan apabila saya menjalankan beberapa pemerhatian terhadap adik Nor Aishah, saya mendapati corak pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh faktor baka/genetik kerana memandangkan perkahwinan campur antara ibu dan bapanya. Ibu beliau berketurunan Melayu dan ayah beliau memiliki darah campur antara Melayu dan India. Jadi, faktor genetik ini juga banyak mempengaruhi cara beliau berfikir. Selain itu, interaksi beliau dengan persekitaran juga sangat baik. Hal ini kerana, beliau gemar meneroka,menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati dengan mudah. Beliau senang membuat hipotesis awal terhadap apa yang beliau lihat dan dengar. Pengalaman sosial yang dimiliki oleh beliau juga cukup luas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan beliau. Ini kerana beliau lebih rapat dengan ayah berbanding dengan ibunya dan ayah beliau merupakan seorang kontraktor merangkap pengerusi JKKK di kawasan perumahan beliau. Jadi, beliau sering mengikuti ayahnya ke tempat JKKK dan perkembangan kognitif beliau juga banyak dipengaruhi oleh pergaulan beliau dengan orang-orang persekitaran yang lebih tua daripadanya. Beliau juga 26

Upload: missqueserasera

Post on 01-Jul-2015

1.892 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Jean Piaget

5.0 KETERANGAN TEORI

5.1 Teori Perkembangan Jean Piaget

Sebagaimana yang kita tahu, dalam membicarakan ataupun mengkaji tentang

proses perkembangan kanak-kanak, pelbagai aspek yang boleh diambil kira dan salah

satunya ialah perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Bagi melicinkan sesuatu kajian,

kita seharusnya berpegang pada teori yang telah diketengahkan oleh pakar-pakar yang

cukup hebat yang dulunya pernah mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak dan

menterjemahkan kedalam bentuk teori dan dalam perkembangan kognitif kanak-kanak,

terdapat dua teori perkembangan iaitu teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan teori

perkembangan kognitif Lev Vygotsky. Jadi, bagi mengkaji tahap perkembangan kognitif adik

Nor Aishah, saya telah mengambil keputusan untuk memilih teori perkembangan kognitif

Jean Piaget.

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa proses pemikiran

manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai

kematangan. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan

melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu (Haliza Hamzah,

2001). Jean Piaget telah mengenalpasti beberapa faktor yang saling berkait yang boleh

mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan

persekitaran, pengalaman sosial dan juga keseimbangan.Kematangan biologi merujuk

kepada proses pemikiran yang depengaruhi oleh faktor baka/genetik dan apabila saya

menjalankan beberapa pemerhatian terhadap adik Nor Aishah, saya mendapati corak

pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh faktor baka/genetik kerana memandangkan

perkahwinan campur antara ibu dan bapanya. Ibu beliau berketurunan Melayu dan ayah

beliau memiliki darah campur antara Melayu dan India. Jadi, faktor genetik ini juga banyak

mempengaruhi cara beliau berfikir.

Selain itu, interaksi beliau dengan persekitaran juga sangat baik. Hal ini kerana,

beliau gemar meneroka,menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati dengan

mudah. Beliau senang membuat hipotesis awal terhadap apa yang beliau lihat dan dengar.

Pengalaman sosial yang dimiliki oleh beliau juga cukup luas jika dibandingkan dengan

kanak-kanak yang sebaya dengan beliau. Ini kerana beliau lebih rapat dengan ayah

berbanding dengan ibunya dan ayah beliau merupakan seorang kontraktor merangkap

pengerusi JKKK di kawasan perumahan beliau. Jadi, beliau sering mengikuti ayahnya ke

tempat JKKK dan perkembangan kognitif beliau juga banyak dipengaruhi oleh pergaulan

beliau dengan orang-orang persekitaran yang lebih tua daripadanya. Beliau juga merupakan

26

Page 2: Teori Jean Piaget

seorang yang peramah dan senag bergaul dengan orang yang baru beliau kenal. Mungkin

disebabkan faktor inilah, beliau mempunyai ramai kawan dari segenap peringkat umur dan

masing-masing senang bergaul dengannya.

Faktor keempat yang dikenalpasti oleh Piaget ialah faktor keseimbangan.

Keseimbangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk

mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami. Dalam mengupas tentang adik Nor

Aishah, beliau sememangnya senantiasa cenderung untuk memahami persekitaran beliau

dan berusaha untuk mencapai proses keseimbangan. Dalam mencapai proses

keseimbangan, beliau akan melalui beberapa proses seperti skema, organisasi, asimilasi

dan akomodasi dan apabila beliau berjaya melaluinya, proses keseimbangan akan berlaku.

Sebagai contoh, saya telah melakukan satu ujian tentang skemata bagi membantu beliau

untuk faham yang setiap ayat mestilah dimulai dengan huruf besar. Dalam situasi baru

ataupun dalam skema ini, beliau keliru samada huruf besar sepatutnya diletakkan di

hadapan setiap ayat ataupun setiap patah perkataan. Jadi, saya menerangkan kepada

beliau bahawa setiap ayat sepatutnya dimulai dengan huruf besar bukannya setiap patah

perkataan dimulai dengan huruf besar dan proses ini dipanggil sebagai proses asimilasi.

Proses beliau mengubah pemikiran beliau tentang kedudukan huruf besar untuk disesuaikan

dengan pengalaman baru dinamakan akomodasi. Selepas itu, apabila beliau telah berjaya

memahami skema lama dan menukar kepada skema baru,barulah proses keseimbangan

berjaya dicapai.

Di samping itu, dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget, beliau telah

mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat sensorimotor

(semenjak lahir- 2 tahun), peringkat pra operasi ( 2-7 tahun), peringkat operasi konkrit ( 7-11

tahun) dan peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas). Jadi, memandangkan adik Nor

Aishah berusia 7 tahun, jadi teori ini sememangnya sesuai untuk diaplikasikan keatas beliau.

Jean Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini berkebolehan untuk

berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit

dan pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan

(conservation), proses pengelasan, dan proses penyusunan . Bagi konsep pengekalan, ia

terbahagi kepada tiga prinsip utama iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip

keterbalikan. Tetapi, setiap kanak-kanak berbeza dari segi perkembangan kognitifnya.

Dalam kajian saya tentang adik Nor Aishah tentang penguasaannya terhadap konsep

pengekalan, pada pandangan saya beliau masih belum menguasai konsep ini dengan baik.

Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan ujian dalam mengenalpasti kuantiti air. Beliau telah

diberikan dua biji gelas yang mempunyai kuatiti air yang sama dan selepas itu, air daripada

27

Page 3: Teori Jean Piaget

salah satu gelas di tuangkan ke dalam bekas yang berbeza bentuknya dengan gelas

tersebut. Beliau ditanya adakah kuantiti air masih sama dan jawapan beliau adalah tidak.

Sepatutnya beliau menjawab ya kerana tiada penambahan atau pengurangan kuantiti air

dilakukan (prinsip identiti) dan apa yang berlaku hanyalah perubahan bentuk bekas (prinsip

ganti rugi). Prinsip keterbalikan juga turut berlaku iaitu apabila air dari bekas itu dituang

semula ke dalam gelas. Bagi proses pengelasan dan proses penyusunan, beliau telah

berjaya menjalaninya dengan baik dan cemerlang ( rujuk lampiran B).

Kesimpulannya, berdasarkan kajian saya keatas adik Nor Aishah dengan

berpandukan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, saya dapat simpulkan bahawa

perkembangan beliau masih pada tahap normal seperti kanak-kanak yang sebaya

dengannya walaupun beliau masih belum menguasai satu daripada kemahiran asas dalam

teori Jean Piaget iaitu proses pengekalan. Hal ini mungkin disebabkan kekeliruan beliau

dalam membentuk skema baru dan mungkin ini disebabkan oleh faktor persekitaran. Tetapi,

hal ini tidak perlu dibimbangkan kerana dari semasa ke semasa beliau akan belajar daripada

persekitaran beliau secara beransur-ansur dan akhirnya akan berjaya mencapai proses

keseimbangan dalam setiap aktiviti yang beliau lakukan.

28