teori pembelajaran edu.docx

6
Teori Pembelajaran Kohler Teori ini terdiri daripada Teori Gestalt(Celik Akal). Melalui teori ini, Cimpanzi dalam sangkar digunakan. Cimpanzi telah menyusun peti-peti yang berlainan untuk mendapatkan pisang yang digantung di tempat yang tinggi. (Guna gambar di muka surat 69, buku murid dan alam belajar). Fokus pembelajaran celik akal ini adalah: Pembelajaran berasaskan unsur-unsur berkaitan yang boleh digunakan terhadap persekitaran Penggunaan alternatif-alternatif lain dalam penyelesaian sesuatu masalah. Menggunakan pengalaman lalu dalam proses penyelesaian masalah. Implikasi Teori Pembelajaran Kohler TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori Penerimaan Ausubel Teori Penemuan Bruner Teori Pemprosesan Maklumat Hirarki Pembelajaran Gagne Teori Gestalt / Celik Akal Kohler

Upload: tearnchzechiang

Post on 13-Sep-2015

4 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

Teori Pembelajaran KohlerTeori ini terdiri daripada Teori Gestalt(Celik Akal). Melalui teori ini, Cimpanzi dalam sangkar digunakan. Cimpanzi telah menyusun peti-peti yang berlainan untuk mendapatkan pisang yang digantung di tempat yang tinggi. (Guna gambar di muka surat 69, buku murid dan alam belajar).Fokus pembelajaran celik akal ini adalah: Pembelajaran berasaskan unsur-unsur berkaitan yang boleh digunakan terhadap persekitaran Penggunaan alternatif-alternatif lain dalam penyelesaian sesuatu masalah. Menggunakan pengalaman lalu dalam proses penyelesaian masalah.

Implikasi Teori Pembelajaran KohlerMengikut teori ini juga, guru perlu menggalakkan dan memberi panduan kepada murid-muridnya agar dapat berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan gambar, audio serta pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya. Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami. Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan pelajar. a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran. b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman pelajar.

Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu. Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul.

Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.

Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar: a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. b) Berfikiran terbuka c) Dapat membuat rumusan.

Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta.

Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya pelajar dapat memahami bahan itu.

Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu mengikut langkah-langkah yang kecil dan tersusun.

Teori Pembelajaran Penerimaan AusubelTeori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.

Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau pengetahuan sedia ada pelajar. Susun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara teratur, langkah demi langkah serta gunakan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar. Sediakan dan guna bahan bantu mengajar (BBM) yang konkrit sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman pelajar serta penyampaian guru.Teori Pembelajaran Penemuan Bruner Teori kognitif ini mementingkan pemikiran secara logikal dan pemikiran analisis dan intuitif. Aspek-aspek yang diutamakan adalah suasana pembelajaran yang kondusif, pengajaran konsep dan bentuk pengetahuan yang sistematik. Ini supaya murid-murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. peneguhan positif diberikan apabila murid dapat menguasai sesuatu konsep dengan betul

Implikasi :1. Pembelajaran Penemuan Guru menyediakan situasi maalah yang dapat merangsang pelajar supaya membuat pembelajaran penemuan. Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang memotivasikan pelajar untuk menyoal, meneroka dan bereksperimen. Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar menggunakan contoh untuk menyusun struktur bahan dan melihat pertalian atau perkaitan antara idea-idea dalam situasi tersebut.

2. Pembelajaran melalui penaakulan induktif Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat membentuk prinsip yang umum. Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh tentang bentuk segitiga dan bentuk bukan segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip penting bentuk segitiga.

3. Memberi contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan supaya pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep. Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing, kucing, ikan paus sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh bukan mamalia. Pelajar diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan cirri-ciri antara mamalia, dan reptilian. Ini akan meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep.

4. Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsep Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk menolong pelajar memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep

5. Penglibatan pelajar Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dalam situasi penyelesaian masalah. Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen ' Mengapa api padam bila dilindungi dengan bekas?' Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi memberikan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji penyelesaian.6. Menggunakan alat bantuan mengajar Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas. Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit. Gambar, lakaran, carta, pengurusan grafik dan peta minda menyenangkan pelajar untuk melihat perkaitan dan perhubungan dalam konsep-konsep.