teori-teori_kaunseling.docx

22
1.0 PENGENALAN Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan. Seringkali perkataan teori dikaitkan dengan para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang terkenal. Sebenarnya, setiap orang mempunyai pandangan peribadi dimana ianya akan membentuk suatu ‘teori penggunaan’ tentang tingkah laku manusia. Teori ini sebenarnya merujuk kepada kepercayaan-kepercayaan dan andaian- andaian manusia itu sendiri dalam kehidupan seharian yang mereka jalani. Berdasarkan teori tersebut , ianya banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang terutamanya hubungan antara individu. Kebanyakan teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan kesedaran diri. Jika kita sedar, teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal dimana teori tersebut telah banyak yang dibuktikan melalui kajian-kajian yang dibuat. Menurut Seligman (dalam Thompson, Rudolph & Henderson, 2004), terdapat lebih kurang 350 jenis teori kaunseling dan psikoterapi yang telah diutarakan oleh pelbagai ahli teori dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan psikoterapi. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang kaunselor, mereka harus tahu dan bijak teori mana yang bersesuaian digunakan berdasarkan masalah klien dan sejauh mana teori tersebut berkesan dan dapat membantu klien mereka. Teori-teori kaunseling dapat dibahagikan kepada tiga 1

Upload: cnieza

Post on 17-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

1.0 PENGENALAN

Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan.

Seringkali perkataan teori dikaitkan dengan para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang

terkenal. Sebenarnya, setiap orang mempunyai pandangan peribadi dimana ianya akan

membentuk suatu ‘teori penggunaan’ tentang tingkah laku manusia. Teori ini

sebenarnya merujuk kepada kepercayaan-kepercayaan dan andaian-andaian manusia

itu sendiri dalam kehidupan seharian yang mereka jalani. Berdasarkan teori tersebut ,

ianya banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang terutamanya hubungan antara

individu. Kebanyakan teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti

sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan kesedaran

diri. Jika kita sedar, teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal

yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal dimana teori tersebut telah banyak yang

dibuktikan melalui kajian-kajian yang dibuat.

Menurut Seligman (dalam Thompson, Rudolph & Henderson, 2004), terdapat

lebih kurang 350 jenis teori kaunseling dan psikoterapi yang telah diutarakan oleh

pelbagai ahli teori dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan psikoterapi. Oleh hal

yang demikian, sebagai seorang kaunselor, mereka harus tahu dan bijak teori mana

yang bersesuaian digunakan berdasarkan masalah klien dan sejauh mana teori

tersebut berkesan dan dapat membantu klien mereka. Teori-teori kaunseling dapat

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Afektif, Behavioral dan Kognitif. Klasifikasi teori

kaunseling ialah seperti Rajah 1.

1

Page 2: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

2.0 KLASIFIKASI TEORI-TEORI KAUNSELING

KATEGORI TEORI CONTOH TEORI

Behavioral

(Tingkah Laku)

Teori Behavioris

Terapi Realiti

Terapi Brief

Psikologi Individu

Afektif

(Perasaan)

Teori Pemusatan Perorangan

Terapi Gesalt

Kognitif

(Pemikiran)

Teori Rasional Emotif

Terapi Kognitif Behavioral

Psikoanalisis

Analisis Transaksional

Intervensi Sistemik

Kaunseling Keluarga

Rajah 1

3.0 TEORI BEHAVIORIS

2

Page 3: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

3.1 Tokoh Teori BehaviorismeTeori tingkah laku ini merupakan hasil kajian antara dua tokoh yang

sangat terkenal iaitu Ivan Pavlov dan B.F. Skinner. Diantara ahli teoris

yang lain turut terlibat termasuklah Joseph Wolpe, M.B. Shapiro, dan

Hans Eysenck.

a) Ivan Pavlov

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1849 di Rusia. Pavlov

merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan prinsip

‘Pelaziman Klasik’ dimana beliau telah membuat kajian ke atas

seekor anjing. Pavlov akan membunyikan loceng setiap kali ingin

memberi makanan kepada anjing tersebut sehinggakan anjing

mengeluarkan air liur setiap kali makanan tiba malahan air liurnya

akan keluar apabila mendengar tapak kaki si penjaganya yang

membawa makanan.

b) B.F. SkinnerTelah memperkenalkan prinsip ‘Pelaziman Operan’:

i) Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu

tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa

senang.

ii) Tingkah laku ditentukan oleh matlamat individu itu sendiri dan

masyarakat.

iii) Environment was the sole determind of behavior.

3.2 Pandangan Teori Terhadap Manusia

3

Page 4: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

Setiap teori yang dicipta mempunyai pandangan yang berbeza terhadap

manusia. Berikut merupakan pandangan ahli-ahli teori Behavioris

terhadap manusia:

3.3 Perwatakan kaunselor dalam teori tersebut

4

1) Dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional.

2) Mampu memberi respons terhadap ransangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari sahaja.

3) Hasil pelaziman ialah ransangan-gerak balas. Reaksi terhadap satu-satu ransangan bergantung kepada pengalaman.

4) Mempelajari dan menyimpan pola-pola tingkahlaku, dan seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa hadapan, sekiranya diperlukan.

Page 5: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

Teori Behavioris berorientasikan tindakan dimana klien akan bertindak

secara aktif ke arah penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Di antara

tindakan-tindakannya ialah:

Memantau tingkah laku yang kurang wajar

Mengamalkan kemahiran mengurus tingkah laku tersebut

Menyempurnakan tugasan yang diberikan

Bagi guru bimbingan dan kaunseling pula akan merancang untuk

mengukuhkan tingkah laku yang wajar, sambil menghapuskan tingkah

laku yang tidak wajar, atau tidak boleh diterima. Oleh sebab itu, sebagai

seorang kaunselor, haruslah mempunyai beberapa ciri yang ditekankan

menurut teori Behavioris tersebut.

1) Kaunselor haruslah mempunyai kemahiran mendengar yang tepat

supaya segala luahan dan masalah yang dikongsi klien dapat difahami

dan diselami dengan mudah. Lebih-lebih lagi jika seseorang kaunselor

berhadapan dengan klien yang tidak mudah bercerita, jadi apabila

mereka bercerita kaunselor haruslah menitik beratkan setiap ayat yang

diceritakan.

2) Memahami bahawa setiap klien adalah unik. Seseorang kaunselor

haruslah menerima segala kekuatan dan kelemahan klien. Klien ialah

manusia biasa yang berbeza, jadi kaunselor mestilah memahami klien

adalah unik dan berbeza antara satu sama lain.

3) Seseorang kaunselor juga haruslah memberi galakan kepada klien

untuk membuat perubahan dari maladatif kepada adaptif. Namun

begitu, kaunselor tidak berhak untuk membuat keputusan bagi pihak

klien sebaliknya hanya membantu dan memberikan galakan.

4) Selain daripada itu, kaunselor juga mestilah mempunyai kemesraan,

memahami, sedia menolong dan ikhlas membantu klien. Sekiranya

hati ikhlas, pasti mudah bagi kaunselor untuk mendengar masalah

klien tanpa rasa terpaksa.

3.4 Kelebihan Pengaplikasian Teori Behavioris

5

Page 6: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

Menjelaskan kejadian dan tingkah laku manusia dan juga pemikiran.

Memahamkan perilaku manusia yang adaptif dan maladaptif.

Menghargai klien dan bersikap menerima

Memahami klien yang unik dan mempunyai tingkah laku berbeza

Kaunselor mendengar isi hati klien secara tepat.

Dari segi strategi – pelbagai strategi boleh digunakan (role play, token,

peneguhan kendiri).

Tingkah laku semula – kaunselor lebih faham tingkah laku klien dan klien

belajar tingkah laku baharu dalam keadaan yang selamat.

Klien akan faham dan dapat melihat dengan jelas bahawa tingkahlaku

merupakan proses kematangan. Oleh itu, tingkah laku yang negatif boleh

diubah.

Mementingkan hubungan antara kaunselor dan klien.

Kaunselor benar-benar menjiwai keseluruhan pemikiran dan perasaan klien.

3.5 Kelemahan Pengaplikasian Teori Behavioris

Teori ini mungkin akan mengubah tingkah laku tetapi tidak perasan

Mengetepikan faktor-faktor hubungan dalam terapi. Ini akan menyebabkan

hubungan antara kaunselor dan klien menjadi tidak mesra sekaligus akan

menyukarkan sesi kaunseling berlangsung.

Mengetepikan pengalaman-pengalaman silam yang mungkin mempengaruhi

tingkah laku semasa

4.0 TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

6

Page 7: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

4.1 Tokoh Teori Pemusatan Perorangan

Teori ini tergolong dalam kategori afektif iaitu perasaan. Pelopor bagi teori

ini ialah Carl Rogers (1902-1987).

Keluarga beliau sangat menitik beratkan kejayaan yang berpegang kuat

pada agama. Mereka sekeluarga tidak seperti segelintir manusia yang

suka bersosial, sebaliknya mereka tidak bermain kad, menari, minum arak

dan sebagainya.

Carl Rogers dan keluarganya telah berpindah dari bandaraya ke

pedalaman untuk mengelakkan diri dari anasir-anasir negatif.

4.2 Pandangan Terhadap ManusiaBerikut ialah pandangan Carl Rogers terhadap manusia:

7

1) manusia adalah biasa, rasional, sosial, bergerak maju dan realistik

2) asas kejadian manusia adalah positif. manusia mempunyai maruah (dignity)

3) manusia bergerak ke arah Kesempurnaan Kendiri (Self-Actualisation), kemantapan dan bersosialisasi

4) organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri yang sihat bukan ke belakang (distruktif)

5) mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati

6) mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif

7) mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak sekiranya diberi peluang

8) berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masing-masing

9) berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan

Page 8: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

4.3 Perwatakan kaunselor dalam teori Pemusatan Perorangan

Mengikut Kamus Dewan (2002), kaunselor didefiniskan sebagai seorang

yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang

menghadapi masalah. Terdapat beberapa ciri yang mesti ada pada

seseorang kaunselor terhadap kliennya:

a) KongruenKaunselor haruslah berada dalam keadaan kongruen dimana

perlakuan luaran sama dengan dalaman. Ini kerana klien kebanyakan

mengalami situasi yang tidak kongruen, jadi kaunselor terbabit

haruslah memastikan dirinya kongruen terlebih dahulu dan terlibat

dalam hubungan kaunseling.

b) Tidak mengarah (Non-Directive)Hal ini bermaksud, seseorang kaunselor tidak menyoal atau memberi

nasihat, atau mentafsir pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien

sebaliknya beliau perlu mendengar secara aktif dan memberi

dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling. Kaunselor tidak

boleh membuat keputusan untuk klien dan mempengaruhi

keputusannya sebaliknya klien yang berhak di atas keputusan yang

dibuat.

c) Ketulenan

8

Page 9: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

Seseorang kaunselor haruslah mempunyai identiti sendiri yang kekal

sepanjang sesi kaunseling berlangsung. Ciri-ciri yang perlu ditekankan

ialah seperti berikut:

Tidak terikat dengan peranan

- Kaunselor tidak akan berselindung disebalik peranan yang digalas

sebaliknya bersikap tulen terhadap klien

Bersifat spontan

- Kaunselor haruslah mengamalkan sikap keterbukaan dan tidak

terlalu berjaga-jaga semasa berkomunikasi dengan klien. Kaunselor

juga tidak bersifat impulsif atau terlalu terikat dengan peraturan.

Seharusnya seseorang kaunselor mestilah menunjukkan tahap

keyakinan diri yang tinggi semasa komunikasi secara lisan berlaku

supaya dapat meningkatkan tahap keselesaan dan kepercayaan

klien untuk berkongsi masalah.

Tidak bersifat defensif

- Sekiranya klien memberi teguran di atas kelemahan seorang

kaunselor, mereka haruslah menerima komen atau teguran negatif

oleh klien tanpa rasa terancam.

Membuat perkongsian diri

- Kaunselor boleh membuat pendedahan kendiri apabila difikirkan

sesuai kerana ini dapat memberi peluang kepada klien untuk

mengenali kaunselor mereka dengan lebih rapat dan mesra.

d) Penerimaan positif tanpa syarat

9

Page 10: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

Seseorang kaunselor mestilah menerima klien mereka seadanya tanpa

apa-apa syarat yang dikenakan. Kaunselor harus menerima mereka

sebagai seorang yang berpotensi menjadi baik, bersifat rasional dan gemar

kepada autonomi. Secara amnya, kaunselor yang berperanan positif akan

mempamerkan ciri-ciri seperti berikut:

Memberi perhatian yang berkualiti kepada perasaan dan

kebimbangan klien

Bersikap tanpa menghukum klien dan menganggapnya sebagai

seorang yang berhak mendapat layanan yang tulen

Bertindak balas dengan penuh empati serta memahami kerangka

rujukan klien

Menyedari dan meningkatkan potensi klien

e) EmpatiKaunselor yang baik akan cuba menyelami dunia klien untuk mengalami

situasi yang sedang dilalui oleh klien serta menghayati perasaan yang

sedang dirasainya ketika itu. Di antara kemahiran yang perlu diterapkan

ialah kemahiran melayan dan kesenyapan. Mimik muka dan postur badan

merupakan indikator kepada klien bahawa kaunselor sedang memberi

tumpuan kepada apa yang diperkatakan dan dirasai. Dengan ini klien

berasa selesa dan puas hati dapat meluahkan segalanya kepada kaunselor

sekaligus mewujudkan rasa percaya dalam diri mereka. Bukan itu sahaja,

anggukan kepala, konteks mata, senyuman, nada suara, jarak fizikal yang

sesuai dan sentuhan bahu juga penting dalam hubungan kaunseling yang

teraputik.

4.4 Kelebihan Teori Pemusatan Perorangan

10

Page 11: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

Hubungan antara kaunselor dan klien lebih mesra dan membolehkan sesi

kaunselaing dapat dijalankan dengan lancar dalam keadaan yang teraputik.

Langkah-langkah kaunseling yang sistematik dan jelas

Kaunselor menggalakkan klien untuk berfikiran rasional dan positif.

Isu yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan satu persatu dengan teliti.

Klien dapat memajukan diri melalui cara berfikir yang positif.

Teori ini tidak bersikap menilai klien.

Memberikan kemahiran berfikir secara positif untuk berhadapan dengan masalah

yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.

4.5 Kelemahan Teori Pemusatan PeroranganTerlalu berpusatkan klien di mana guru perlu memenuhi kehendak klien seperti

keadaan yang kondusif dan ke arah perubahan tingkahlaku.

Konsep kendiri pelajar tidak sepadan dengan pengalaman sebenar.Pelajar

tersebut akan memutarbelitkan realiti.

Memerlukan jangka masa yang agak panjang

11

Page 12: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

5.0 PERBANDINGAN ANTARA TEORI BEHAVIORIS DAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

a) Pandangan Teori terhadap manusia

12

1) dilahirkan neutral 2) berpotensi sama untuk menjadi baik atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional3) mampu memberi respons terhadap ransangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari sahaja4) merupakan hasil pelaziman, iaitu ransangan-gerak balas5) reaksi kepada sesuatu ransangan bergantung kepada pengalaman6) mempelajari, dan menyimpan pola-pola tingkah laku dan seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa depan, sekiranya diperlukan

TEORI BEHAVIORIS

1) mempunyai maruah dan harga diri, serta harus dihormati2) mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan membuat penilaian yang bijak sekiranya diberi peluang3) mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif4) berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masing-masing5) berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

Page 13: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

b) Perbandingan perwatakan Kaunselor dalam teori

13

1) Kemahiran mendengar dengan tepat supaya masalah yang disampaikan klien tidak tersilap

2) menggalakkan klien membuat perubahan (maladaptif kepada adaptif)

TEORI BEHAVIORI

S1) Bersifat kongruen dan terlibat dalam hubungan kaunseling

2) mengamalkan penerimaan postiif tanpa syarat terhadap klien

TEORI PEMUSATAN

PERORANGAN

3) Mempunyai kemesraan, memahami, sedia menolong dan ikhlas

4) bantu klien menganalisa tingkah lakunya, mentakrif masalah dan bantu klien memilih matlamat yang hendak dicapai

TEORI BEHAVIORI

S3) bersifat empati terhadap klien

4) bersifat tidak mengarah (non-directive)

TEORI PEMUSATAN

PERORANGAN

5) memahami bahawa klien adalah seorang

yang unik

5) bersifat spontan semasa menjalankan sesi kaunseling supaya klien

berasa selesa

Page 14: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

c) Kelebihan dan kekurangan pengaplikasian Teori

KELEBIHAN TEORI BEHAVIORIS KELEBIHAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

Menjelaskan kejadian dan tingkah laku

manusia dan juga pemikiran.

Memahamkan perilaku manusia yang

adaptif dan maladaptif.

Menghargai klien dan bersikap

menerima

Memahami klien yang unik dan

mempunyai tingkah laku berbeza

Kaunselor mendengar isi hati klien

secara tepat.

Dari segi strategi – pelbagai strategi

boleh digunakan (role play, token,

peneguhan kendiri).

Tingkah laku semula – kaunselor lebih

faham tingkah laku klien dan klien

belajar tingkah laku baharu dalam

keadaan yang selamat.

Klien akan faham dan dapat melihat

dengan jelas bahawa tingkahlaku

merupakan proses kematangan. Oleh

itu, tingkah laku yang negatif boleh

diubah.

Mementingkan hubungan antara

kaunselor dan klien.

Kaunselor benar-benar menjiwai

keseluruhan pemikiran dan perasaan

klien

Hubungan antara kaunselor dan klien

lebih mesra dan membolehkan sesi

kaunselaing dapat dijalankan dengan

lancar dalam keadaan yang teraputik.

Langkah-langkah kaunseling yang

sistematik dan jelas

Kaunselor menggalakkan klien untuk

berfikiran rasional dan positif.

Isu yang dihadapi oleh klien dapat

diselesaikan satu persatu dengan teliti.

Klien dapat memajukan diri melalui cara

berfikir yang positif.

Teori ini tidak bersikap menilai klien.

Memberikan kemahiran berfikir secara

positif untuk berhadapan dengan

masalah yang akan mereka hadapi

pada masa akan datang.

14

Page 15: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

KEKURANGANTEORI BEHAVIORIS KEKURANGAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

Teori ini mungkin akan mengubah

tingkah laku tetapi tidak perasan

Mengetepikan faktor-faktor hubungan

dalam terapi. Ini akan menyebabkan

hubungan antara kaunselor dan klien

menjadi tidak mesra sekaligus akan

menyukarkan sesi kaunseling

berlangsung.

Mengetepikan pengalaman-

pengalaman silam yang mungkin

mempengaruhi tingkah laku semasa

Terlalu berpusatkan klien di mana

guru perlu memenuhi kehendak klien

seperti keadaan yang kondusif dan

ke arah perubahan tingkahlaku.

Konsep kendiri pelajar tidak sepadan

dengan pengalaman sebenar.Pelajar

tersebut akan memutarbelitkan

realiti.

Memerlukan jangka masa yang agak

panjang

15

Page 16: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

BIBLIOGRAFI

16

Page 17: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

Choong Lean Keow (2010). Siri Pendidikan Perguruan Bimbingan dan Kaunseling

Kanak-Kana. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Ee Ah Meng (2000). Siri Diploma Perguruan Bimbingan dan Kaunseling III

(Semester V. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd..

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti (2012).

Siri Pendidikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Shah Alam:

Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin

Jusoh, Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper (2009). Kemahiran

Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

17

Page 18: TEORI-TEORI_KAUNSELING.docx

18