tercekiknew (choking).ppt

23

Upload: tayachandran

Post on 25-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • Kejadian tercekik adalah perkara biasa dan menjadi antara punca kematian yang tidak disengajakan dalam kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan makanan mereka masih sempit menyebabkannya lebih berisiko untuk tercekik.

  • Contoh Kes Bayi Tercekik

  • Ketika tercekik, salur pernafasan akan tertutup dan menghalang oksigen untuk sampai ke paru-paru dan otak. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian.

  • Mangsa tiba-tiba sahaja batuk dan tercungap-cungap untuk bernafas.Jika sekatan pada saluran udara hanya sebahagian, mangsa boleh bercakap, batuk dan bernafas.Jika sekatan saluran udara mangsa adalah sepenuhnya, mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas.

  • Jangan campur tangansehinggalah keadaan menjadi sukar kerana mangsa mungkin dapat mengatasi keadaan tercekiknya dengan hanya berbatuk.

  • The Heimlich Maneuvermerupakan suatu metode standar untuk mengeluarkan benda asing dari orang yang mengalami choking. Prosedur ini ditemukan oleh Dr. Henry Heimlich seorang ahli bedah thorax pada tahun 1974. Prinsipnya adalah memberikan tekanan pada perbatasan perut dan dada seseorang sehingga udara akan menghentak benda asing yang tertelan.

  • Henry Yehuda Heimlich merupakan pakar bedah toraks Amerika secara meluas dikreditkan sebagai pencipta manuver Heimlich, teknik teras perut untuk merawat mangsa tercekik, yang diterangkan dalam Perubatan Kecemasan pada tahun 1974.

  • 1. Bayi sukar bernafas.2.Muka dan leher menjadi merah.3.Bayi mengeluarkan bunyi aneh atau menjadi senyap.

  • 1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.

  • 2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.3. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu).

  • 4. Terlentangkan bayi. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.

  • 1.Sesak nafas.2.Susah bercakap.3.Batuk.4.Tidak boleh bernafas, bercakap dan batuk teruk (jika tercekik sepenuhnya).Tanda tercekik:

  • 1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan dan suruh dia batuk.2. Tepuk lima kali di belakang (di belakang dada). Periksa mulutnya.

  • 3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang. Letakkan tangan kanan di dada kanak-kanak tersebut dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri.4. Tarik bahagian dada ke atas sebanyak lima kali.

  • 5. Jika dia masih lemas, berdiri belakang dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika kanak-kanak tersebut masih lemas, hubungi ambulans.

  • 1. Tangan kanan mengepal dan tempatkan di ulu hati. HATI-HATI pada tulang taju pedang. Harus dibawah taju pedang.2. Tangan kiri memegang tangan kanan.3. Dorong ke dalam dengan menghentakkan dengan keras dan cepat. 4. Lakukan terus sampai benda yg menyumbat bisa keluar.