termination of contractor - sr. amran bin mohd majid
DESCRIPTION
Termination of contractor - Sr. AmranTRANSCRIPT
-
GARIS PANDUAN UNTUK URUSAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA
KONTRAKTOR
OLEH
Sr AMRAN BIN MOHD MAJID, B. Sc. (Hons) Quantity Surveying,
B. Jurisprudence (External) [External Law Degree],
Certificate in Legal Practice (CLP),
M. Sc. Project Management,
Reg. Q.S., FRISM.
OLEH
Sr AMRAN BIN MOHD MAJID, B. Sc. (Hons) Quantity Surveying,
B. Jurisprudence (External) [External Law Degree],
Certificate in Legal Practice (CLP),
M. Sc. Project Management,
Reg. Q.S., FRISM.
-
SURAT ARAHAN KPKR BIL. 8/2013
AMRAN MOHD MAJID 2
Mengambilkira perkembangan semasa
Mengambilkira peruntukan syarat-syarat kontrak PWD 2010 203/203A (Rev.1/2010) dan PWD DB (Rev. 1/2010)
Sebab-sebab pindaan
Panduan penyediaan draf-draf notis
Kaedah pengiraan baru kepada Perakuan Kos Penamatan
Pindaan ini turut mengambilkira pandangan daripada Penasihat Undang-undang KKR
Pindaan yang terlibat
-
Peruntukan syarat-syarat kontrak
AMRAN MOHD MAJID 3
Merujuk kepada klausa 51.1(a) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev. 1/2010) ia menyatakan:
51.1 Default of Obligations
(a) Events of Default
In the event the Contractor -
(i) fails to commence works at the Site within two (2) weeks after the Date for Possession;
(ii) suspends or abandons the carrying out of the Works or any part thereof for a continuous period of .. (.) days;
(iii) fails to proceed regularly and diligently with the performance of his obligations under the Contract;
(iv) fails to execute the Works in accordance with the Contract;
(v) persistently neglects to carry out his obligations under the Contract;
(vi) refuses or persistently neglects to comply with a written notice from the S.O. in relation to any defective work or equipment, materials or goods which are defective or do not meet the requirements of the Contract;
(vii) fails to comply with the provisions of clause 47; or
(viii) fails to comply with any terms and conditions of this Contract,
-
Peruntukan syarat-syarat kontrak
AMRAN MOHD MAJID 4
then the Government shall give written notice to the Contractor specifying the
default, and requiring the Contractor to remedy such default within fourteen (14)
days of the receipt of the default notice or any period determined by the
Government.
Klausa 51.1(a) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010)
menyenaraikan sebab-sebab kemungkiran yang membolehkan pihak Kerajaan
menamatkan pengambilan kerja kontraktor.
(b) Termination
If the Contractor fails to remedy the breach within such period, the Government shall have
the right to forthwith terminate this Contract by giving a written notice to that effect
-
Peruntukan syarat-syarat kontrak
AMRAN MOHD MAJID 5
Seterusnya klausa 51.1(a) dan (b) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) menyatakan keperluan pihak Kerajaan mengeluarkan notis tujuan penamatan apabila kontraktor telah melakukan tindakan kemungkiran dan sekiranya pihak kontraktor tidak membaiki kemungkirannya, maka pihak Kerajaan bolehlah menamatkan pengambilan kerja kontraktor dalam tempoh 14 hari dalam tempoh yang munasabah.
Klausa 51.1(c) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) pula menyatakan akibat penamatan pengambilan kontraktor terhadap kontraktor:
(c) Consequences of Termination
If this Agreement is terminated under clause 51.1(b) -
(i) the Contractor shall
(G) pay to the Government for any losses and damages as a result of termination of this Contract in the manner provided under clause 56; and
Peruntukan yang sama bagi kontrak PWD DB (Rev.1/2010) boleh didapati di klausa-klausa 60.1(a),(b) dan (c)(G)
-
Peruntukan undang-undang
AMRAN MOHD MAJID 6
Merujuk kepada seksyen 40 Akta Kontrak 1950 ia memperuntukan:
Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan atau telah tak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima-janji, bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika ia telah menunjukkan dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Berdasarkan kepada seksyen 40 Akta Kontrak 1950, ia jelas menyatakan dalam keadaan di mana kontraktor gagal atau enggan menyiapkan kerja, maka pihak Kerajaan bolehlah menamatkan pengambilan kerjanya.
Perlulah diingatkan sekiranya kontraktor telah berjaya menyiapkan kerja sebahagian besar, maka menurut seksyen 40 Akta Kontrak 1950, adalah agak sukar bagi pihak Kerajaan menamatkan kontrak.
-
Peruntukan undang-undang
AMRAN MOHD MAJID 7
Berhubung dengan tuntutan perbezaan harga oleh Kerajaan terhadap kontraktor disebabkan pengamatan rujukan boleh dibuat kepada seksyen 76 Akta Kontrak 1950,yang menyatakan:
Seseorang yang membatalkan suatu kontrak secara sah adalah berhak untuk mendapat pampasan bagi sebarang kerugian yang dialaminya, kerana ketiadaan pemenuhan kontrak itu
Seksyen 76 Akta Kontrak 1950 tersebut dengan jelas menyatakan bahawa apabila pihak Kerajaan secara sah menamatkan pengambilan kerja kontraktor, maka pihak Kerajaan berhak menuntut pampasan gantirugi daripada kontraktor.
Sehubungan dengan itu klausa 51.1(c) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) hendaklah juga ditadbirkan menurut seksyen 76 Akta Kontrak.
-
Prinsip perundangan berdasarkan
Common Law
AMRAN MOHD MAJID 8
Merujuk kepada kes Tan Sri Khoo Teck Puat dan Seorang Lagi lwn. Plenitude Holdings Sdn. Bhd. (1994) 3 MLJ 777, Edgar Jospeh Jr., HMP, dalam penghakimannya berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi telah merujuk kepada penghakiman kes Bonham-Carter lwn. Hyde Park Hotel Ltd. 64 TLR 177 dan meluluskan prinsip perundangan berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi, di mana Hakim tersebut menyatakan:
.plaintiffs must understand that if they bring an action for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, so to speak, throw them at the head of the court, saying: this is what I have lost, I ask you to give me these damages. They have to prove it.
-
Peruntukan undang-undang
AMRAN MOHD MAJID 9
Sehubungan dengan itu adalah jelas berdasarkan kepada prinsip
perundangan yang mantap tujuan, sekiranya pihak Kerajaan menuntut
pampasan gantirugi disebabkan penamatan pengambilan kerja
kontraktor, ia perlulah membuktikan kerugian yang dialaminya.
Tambah lagi prinsip perundangan berkaitan dengan tuntutan pampasan
kerugian adalah hanya bertujuan untuk meletakkan pihak yang terkilan
(Kerajaan) kepada kedudukan asalnya sekiranya tindakan kemungkiran
kontrak oleh kontraktor tidak berlaku.
Berlandaskan kepada syarat-syarat kontrak dan peruntukkan undang-
undang bertulis berserta dengan prinsip perundangan yang mantap
Garis Panduan Penamatan ini disediakan dan diluluskan.
-
Kandungan Garis Panduan Bertarikh 4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 10
A. Tindakan apabila kontraktor mungkir
Penyediaan Notis untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Penyediaan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
B. Tindakan yang perlu diambil selepas kontrak dimansuhkan
C. Penyediaan Perakuan Kos Penamatan berikutan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh 4.10.2006
dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 11
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
A. TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR
Umum
Rujukan dibuat secara am kepada kemungkiran
di bawah Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak
Rujukan dibuat secara khusus kepada asas-asas
kemungkiran dan juga di bawah Fasal 51.1(a)
syarat-syarat Kontrak yang berkaitan
Tiada Perenggan baru - Notis yang dikeluarkan
hendaklah dihantar kepada Kontraktor secara
berdaftar ke alamat terkini Kontraktor.
Pastikan resit penghantaran melalui pos
disimpan di dalam fail.
Surat Amaran Bagi Kemungkiran Kontraktor
Tiada perubahan Tiada perubahan
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 12
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
A. TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR (samb)
Panduan Menyediakan Draf Notis
untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Rujukan kepada fasal yang sebabkan
olehnya, pengambilan kerja kontraktor
boleh ditamatkan, dinyatakan sebagai fasal
51 Syarat-syarat Kontrak
Rujukan fasal dinyatakan secara khusus sebagai
Fasal 51.1(a) ____ dan Fasal 51.1(b) Syarat-syarat
Kontrak
Tiada Perenggan baru- Kontraktor dimaklumkan bahawa
sekiranya pengambilan kerja mereka ditamatkan,
rampasan terhadap Bon Pelaksanaan/baki Wang
Jaminan Pelaksanaan dan Jaminan Wang
Pendahuluan akan dibuat sejajar dengan Fasal 13.6
dan 69.3 Syarat-syarat Kontrak
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 13
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
A. TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR (samb)
Contoh Notis untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Notis ditandatangani oleh Pegawai Yang
Dinamakan Dalam Kontrak
Notis di ditandatangani oleh Pegawai Yang
Diberi Kuasa, b.p Kerajaan Malaysia
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 14
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
A. TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR (samb)
Panduan Menyediakan Draf Notis untuk Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Rujukan kepada fasal yang sebabkan olehnya,
pengambilan kerja kontraktor ditamatkan,
dinyatakan sebagai fasal 51 Syarat-syarat
Kontrak
Rujukan fasal dinyatakan secara khusus sebagai
Fasal 51.1(a) ____ dan Fasal 51.1(b) Syarat-
syarat Kontrak
Tiada Perenggan baru-
Kontraktor dimaklumkan bahawa rampasan
terhadap Bon Pelaksanaan/ baki Wang Jaminan
Pelaksanaan (WJP) dan Jaminan Wang
Pendahuluan akan dibuat sejajar dengan Fasal
13.6 dan 69.3 Syarat-syarat Kontrak
Contoh Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Notis ditandatangani oleh Pegawai Yang
Dinamakan Dalam Kontrak
Notis ditandatangani oleh Pegawai Yang Diberi
Kuasa, b.p Kerajaan Malaysia
-
Keperluan merujuk kepada klausa penamatan
dengan khusus
AMRAN MOHD MAJID 15
Garis Panduan Penamatan ini mengkehendakkan Pegawai Penguasa/Pengarah Projek (P.P.) untuk menyatakan tindakan kemungkiran kontraktor dengan khusus dan juga merujuk klausa penamatan dengan khusus apabila Notis Tujuan Penamatan serta Notis Penamatan Kontrak disediakan dan seterusnya diluluskan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa.
Merujuk kepada kes Nirwana Construction Sdn. Bhd. lwn. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Malaysia. (Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia [Bidangkuasa Rayuan] Rayuan Sivil No. N-01-9-2005)(Tarikh Penghakiman: 21.4.2008), Mahkamah Rayuan memutuskan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor yang dikeluarkan adalah tidak sah di sisi undang-undang oleh kerana Notis tersebut telah secara am merujuk kepada klausa penamatan.
-
Keperluan merujuk kepada klausa penamatan
dengan khusus
AMRAN MOHD MAJID 16
Mahkamah Rayuan juga memutuskan selain daripada rujukan
khusus kepada syarat-syarat kontrak yang perlu dibuat dalam
Notis Penamatan, pihak Kerajaan juga perlulah menyatakan
kemungkiran kontraktor yang menyebabkan penamatan
kontraknya dibuat.
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 17
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
B. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS KONTRAK DIMANSUHKAN
Antara tindakan serta merta yang perlu diambil
ialah mengarahkan kontraktor berhenti kerja
dan meninggalkan barangan, kelengkapan dan
peralatan di tapak bina, tutup tapak bina,
mendapatkan khidmat kawalan keselamatan,
merekod bilangan barangan, kelengkapan dan
peralatan di tapak bina, mengelakkan
kecederaan akibat dari kerja tak siap,
menghantar surat secara AT berdaftar kepada
pihak yang mengeluarkan Bon Pelaksanaan ,
menuntut baki bayaran wang pendahuluan
daripada penjamin bagi jaminan wang
pendahuluan.
Sama seperti garis panduan sedia ada
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 18
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
B. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS KONTRAK DIMANSUHKAN
(samb)
Sekiranya bayaran jaminan wang pendahuluan
tidak dilunaskan dalam tempoh 2 minggu dari
tarikh tuntutan, perkara ini dirujuk kepada
Penasihat Undang-undang KKR untuk tindakan
Sekiranya Wang Jaminan Pelaksanaan dipilih,
rampasan hendaklah dibuat daripada akaun
amanah dan dibayar kepada akaun hasil
Kerajaan
Sama seperti garispanduan sedia ada
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 19
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR
Komponen dalam Penyediaan Perakuan Muktamad
Komponen Kos Penyiapan
Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras
Harga Kontrak Akhir
Perbezaan antara Kos Penyiapan
dan
Jumlah Harga Kontrak Terlaras
Perbezaan antara Kos Penyiapan
dan
Harga Kontrak Akhir
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Draf Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 20
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Komponen Kos Penyiapan
- Jumlah bayaran wang pendahuluan;
- Jumlah bayaran interim yang telah dibayar
kepada kontraktor asal. Sekiranya
kontraktor memilih Wang Jaminan
Pelaksanaan, jumlah bayaran interim tidak
termasuk jumlah WJP yang ditahan;
- Tiada
- Jumlah bayaran wang pendahuluan;
- Jumlah bayaran interim yang telah dibayar
kepada kontraktor asal;
- Baki nilai Wang Jaminan Pelaksanaan yang
belum ditahan (sekiranya ada)
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 21
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Komponen Kos Penyiapan (samb)
- Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada
subkontraktor, pembekal, dsb;
- Jumlah Harga Kontrak Baru.Ini adalah
bayaran yang kena dibayar kepada
Kontraktor Baru atau orang lain untuk
menyiapkan Kerja yang tertinggal. Jika skop
kerja berbeza, Jumlah Harga kontrak Baru
yang telah dilaraskan hendaklah digunakan
dalam kiraan
- Jumlah bayaran yang dibayar kepada
Subkontraktor Dinamakan dan
Pembekal Dinamakan, dsb;
- Jumlah Harga Kontrak Baru bagi
Menyiapkan Baki Kerja. Ini adalah bayaran
kepada Kontraktor Baru bagi menyiapkan
baki kerja yang tidak dapat disiapkan oleh
Kontraktor Asal. Jika skop kerja berbeza,
Jumlah Harga Kontrak Baru Bagi
Menyiapkan Baki Kerja perlu dilaraskan
untuk menggambarkan skop asal kontrak
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 22
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Komponen Kos Penyiapan (samb)
- Kos Mempelawa Semula Tender. Meliputi
kos seperti penyediaan semula dokumen
tender, bayaran yuran perunding bagi
menyediakan dokumen tender, mengiklan
tender, mengadakan penjagaan di tapak bina
dan lain-lain
- Kos Mempelawa Semula Tender dan
Pengawasan. Sama seperti garis panduan
sedia ada dan termasuk pengawasan.
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 23
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Komponen Kos Penyiapan (samb)
- Kos kerugian Kerajaan. Kos yang ditanggung
oleh Kerajaan akibat projek tidak disiapkan
pada waktunya dan meliputi kos pengawasan
ke atas Kerja yang perlu disiapkan. Kiraannya
berdasarkan kadar Ganti Rugi Tertentu dan
Ditetapkan yang terkandung dalam Kontrak
Asal. Kiraannya adalah dari sehari 1) selepas
tarikh penamatan atau 2) sehari selepas tarikh
siap asal kontrak/ tarikh akhir lanjutan masa
sehingga tarikh siap asal kontrak baru dengan
tempoh maksimum 120 hari untuk
mempelawa tender
- Kos Kerugian Kerajaan adalah kos kerugian
yang ditanggung oleh Kerajaan akibat projek
tidak disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.
Kos yang terlibat mestilah dapat dibuktikan.
Sebagai contoh, kegagalan kontraktor
menyiapkan projek bangunan mengakibatkan
pihak Kerajaan terpaksa menanggung kos
melanjutkan tempoh sewaannya di bangunan
lain.
-
Kes mahkamah berhubung LAD
AMRAN MOHD MAJID 24
Merujuk kepada kes Lembaga Kemajuan Johor Tenggara lwn. Kayu
Sedia Sdn. Bhd. (2010) 1 LNS 101, Mahkamah telah meluluskan
tuntutan perbezaan harga yang telah disediakan oleh KEJORA dengan
hanya mengambil kira perkara-perkara berikut:
a) Nilai baki kerja yang masih belum disiapkan oleh kontraktor asal;
b) Nilai harga kontrak baru
c) Bayaran Wang Pendahuluan yang telah dibuat
d) Nilai baki bayaran yang masih belum dibayar kepada kontraktor.
Dalam hal ini tuntutan berhubung dengan LAD dari tempoh sehari
selepas penamatan sehingga kontrak baru disiapkan tidak diambil kira.
Dalam hal ini juga tuntutan berkaitan dengan caj ke atas kos yang dikira
daripada Harga Kontrak Baru juga tidak diambil kira.
-
Kes mahkamah berhubung LAD
AMRAN MOHD MAJID 25
Satu lagi kes yang boleh dirujuk adalah kes Syarikat Panon Sdn. Bhd. lwn. Platinum Best Engineering Sdn. Bhd. (2011) 1 LNS 520.
Salah satu isu yang dituntut balas oleh defendan (subkontraktor) terhadap plaintif (sub-subkontraktor) adalah tuntutan LAD disebabkan kelewatan penyiapan kerja sub-subkontrak.
Subkontraktor mendakwa terpaksa mengambil alih kerja yang lewat disiapkan dan dengan itu sub-subkontraktor bertanggungan untuk membayar jumlah LAD sebanyak RM17,374,739.20.
-
Kes mahkamah berhubung LAD
AMRAN MOHD MAJID 26
Mahkamah Tinggi menolak tuntutan balas sub-subkontraktor tersebut oleh kerana apabila subkontraktor mengambil alih untuk menyiapkan baki kerja, maka isu tuntutan LAD sudah lagi tidak timbul.
Sehubungan dengan itu berdasarkan kepada Garis Panduan yang baru ini, pihak Kerajaan tidak lagi menuntut LAD berdasarkan kepada kadar LAD kontrak asal sehinggalah projek tersebut disiapkan oleh kontraktor berdasarkan kepada tarikh.
Tambah lagi merujuk kepada klausa 40.2 syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) ia antara lain menyatakan:
-
Peruntukan syarat-syarat kontrak
berhubung LAD
AMRAN MOHD MAJID 27
Without prejudice to the Governments right to terminate this Contract, when the
S.O. issues the Certificate of Non-Completion, the Government shall be entitled to
recover from the Contractor, Liquidated and Ascertained Damages calculated at the
rate stated in Appendix 1 from the period of the issuance of the Certificate of Non-
Completion to the date of issuance of Certificate of Practical Completion or the date
of termination of this Contract..
Klausa 40.2 syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) telah
jelas menghadkan tindakan untuk mengenakan LAD berdasarkan kepada
kadar yang ditetapkan di dalam kontrak asal adalah sehingga tarikh projek
disiapkan atau sehingga tarikh penamatan pengambilan kerja kontraktor.
Peruntukan yang sama bagi kontrak PWD DB (Rev.1/2010) boleh
didapati di klausa 45.2.
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 28
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Komponen Kos Penyiapan (samb)
- Caj On-Cost Dikenakan atas Kontraktor
bagi maksud membayar balik kos
pentadbiran yang tanggung Kerajaan kerana
mempelawa tender. Nilai caj ialah 10%
daripada Jumlah Harga Kontrak Baru
- Caj ke atas Kos yang ditanggung Kerajaan
dalam menyiapkan baki kerja. Melibatkan
kos pentadbiran bagi mempelawa semula
tender dan pengawasan. Kadar caj ialah
10% daripada Kos Mempelawa
Semula Tender dan Pengawasan
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 29
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Komponen Jumlah Harga Kontrak Asal
Terlaras
Komponen Harga Kontrak Akhir
- Jumlah Harga Kontrak Asal;
- Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga
Kontrak Asal;
- Potongan Ganti Rugi Tertentu dan
Ditetapkan, yang dikenakan terhadap
Kontraktor Asal;
- Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di
dalam Kontrak
- Jumlah Harga Kontrak Asal;
- Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga
Kontrak Asal;
- Potongan Ganti Rugi Tertentu dan
Ditetapkan, yang dikenakan kepada
Kontraktor Asal;
- Potongan-potongan lain yang
dibenarkan di dalam Kontrak
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 30
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Tidak dinyatakan Perenggan baru:
Pastikan tuntutan ke atas Bon Pelaksanaan telah dilunaskan oleh bank/syarikat kewangan atau
jumlah Wang Jaminan Pelaksanaan setakat yang
telah ditahan dalam akaun amanah telah dibayar ke
akaun hasil Kerajaan, dan baki bayaran balik wang
pendahuluan telah dilunaskan oleh bank/syarikat
kewangan /insurans
Nilai rampasan ke atas Bon Pelaksanaan dan Wang Jaminan Pelaksanaan tidak perlu diambilkira dan
dinyatakan di dalam mana-mana perkiraan dalam
Perakuan Akaun Muktamad
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 31
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Tindakan dan Peraturan Menyelesaikan Akaun Dengan Kontraktor Asal
Sekiranya Kos Penyiapan melebihi Harga
Kontrak Asal Terlaras, keluarkan Perakuan
Muktamad Kontrak yang Ditamatkan
Pengambilan Kerja Kontraktor kepada
Kontraktor berserta surat tuntutan untuk
membayar perbezaan tersebut
Sama seperti garis panduan sedia ada melainkan
Harga Kontrak Asal Terlaras dipinda kepada
Harga Kontrak Akhir
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 32
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Tindakan dan Peraturan Menyelesaikan Akaun Dengan Kontraktor Asal (samb)
Surat tuntutan dihantar secara A.T. Berdaftar ke
alamat terkini kontraktor, sebaik sahaja nilai
diketahui tetapi tidak lewat dari 9 bulan selepas
kontrak ditamatkan pengambilan kerja
kontraktor
Surat tuntutan dihantar secara berdaftar di
mana menurut peruntukan syarat-syarat
kontrak, surat tersebut disifatkan
sebagai telah diterima oleh kontraktor
dalam tempoh 7 hari selepas tarikh surat
tersebut diposkan. Surat tersebut
hendaklah dihantar ke alamat terkini kontraktor
sebaik sahaja tuntutan nilai perbezaan harga
diketahui tetapi tidak lewat dari 9 bulan selepas
kontrak ditamatkan pengambilan kerja
kontraktor
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 33
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Tindakan dan Peraturan Menyelesaikan Akaun Dengan Kontraktor Asal (samb)
- Hantar surat peringatan pertama sekiranya
tiada tindakan/maklumbalas daripada
kontraktor dalam tempoh 2 minggu dari
tarikh surat tuntutan
- Hantar surat peringatan 3 kali, selang
satu atau dua minggu sekali
- Jika tiada tindakan/maklumbalas selepas 3
surat peringatan, rujuk kepada Penasihat
Undang-undang KKR/Negeri
- Surat peringatan dihantar sekiranya tiada
maklum balas daripada kontraktor
- Hantar surat peringatan kedua
- Jika kontraktor masih gagal beri maklum
balas/ambil apa-apa tindakan dalam tempoh
14 hari, rujuk kepada Penasihat Undang-
Undang KKR
-
Pengiraan kos kerugian kerajaan berasaskan Panduan Bertarikh 4.10.2006
Kontraktor ditamatkan pengambilan kerjanya selepas
tempoh kontrak yang dibenarkan
Tarikh Milik
Tapak Kontrak Asal
Tarikh Siap Kontrak
yang Dibenarkan
Tarikh Penamatan
Pengambilan Kerja
Kontraktor
Tender Semula
diPelawa
Tarikh Milik Tapak
Kontrak Baru Tarikh Siap Asal
Kontrak Baru
Kos Kerugian Kerajaan
Kadar kos kerugian didarab dengan jumlah
hari yang terlibat dari sehari selepas Tarikh
Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
sehingga ke Tarikh Siap Asal Kontrak Baru
Denda Gantirugi Tertentu
Dan Ditetapkan (LAD)
yang dikenakan
AMRAN MOHD MAJID 34
-
Pengiraan kos kerugian kerajaan berasaskan Panduan Bertarikh 4.10.2006
Kontraktor ditamatkan pengambilan kerjanya sebelum
tempoh kontrak yang dibenarkan
Tarikh Milik
Tapak Kontrak Asal
Tarikh Siap Kontrak
yang Dibenarkan
Tarikh Penamatan
Pengambilan Kerja
Kontraktor
Tender Semula
diPelawa
Tarikh Milik Tapak
Kontrak Baru
Tarikh Siap Asal
Kontrak Baru
Kos Kerugian Kerajaan
Kadar kos kerugian didarab dengan jumlah hari
yang terlibat dari sehari selepas Tarikh Siap Asal
Kontrak/Tarikh Akhir Lanjutan Masa yang
diluluskan sehingga ke Tarikh Siap Asal Kontrak
Baru
AMRAN MOHD MAJID 35
-
Pengiraan Kos Kerugian Kerajaan berasaskan Garis Panduan Baru
Kontraktor ditamatkan pengambilan kerjanya selepas
tempoh kontrak yang dibenarkan
Tarikh Milik
Tapak Kontrak Asal
Tarikh Siap Kontrak
yang Dibenarkan
Tarikh Penamatan
Pengambilan Kerja
Kontraktor
Tender Semula
diPelawa
Tarikh Milik Tapak
Kontrak Baru Tarikh Siap Asal
Kontrak Baru
Denda Gantirugi Tertentu
Dan Ditetapkan (LAD)
yang dikenakan
AMRAN MOHD MAJID 36
-
Pengiraan Kos Kerugian Kerajaan berasaskan Garis Panduan Baru
Kontraktor ditamatkan pengambilan kerjanya sebelum
tempoh kontrak yang dibenarkan
Tarikh Milik
Tapak Kontrak Asal
Tarikh Siap Kontrak
yang Dibenarkan
Tarikh Penamatan
Pengambilan Kerja
Kontraktor
Tender Semula
diPelawa
Tarikh Milik Tapak
Kontrak Baru
Tarikh Siap Asal
Kontrak Baru
AMRAN MOHD MAJID 37
-
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 38
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
C. PENYEDIAAN PERAKUAN KOS PENAMATAN BERIKUTAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR (samb)
Contoh Pengiraan Perakuan Kos Penamatan
Format Borang Format Borang
Kontraktor ditamatkan Pengambilan Kerjanya selepas berakhir tempoh kontrak
Contoh 1 Contoh 1
Kontraktor ditamatkan Pengambilan Kerjanya sebelum berakhir tempoh kontrak
Contoh 2 Contoh 2
-
Sekian
Kasih Terima