thamil literasi nombor

13
1.0 Sumber Pendapatan bagi 1 Semester Berdasarkan perancangan bajet (a), sumber pendapatan bagi bajet perbelanjaan diri sendiri saya adalah seperti berikut. Sumber Pendapatan Jumlah (1 bulan) Jumlah (1 semester) Duit Elaun daripada IPG RM 595.00 RM 595 X 5 = RM 2975.00 Duit poket daripada ibu bapa RM 100.00 RM 100 X 5 = RM 500.00 JUMLAH RM 695.00 RM 3475.00 Jadual 1: Sumber Pendapatan Bagi Satu Semester. Berdasarkan Jadual 1, sumber pendapatan saya adalah hanya dua iaitu daripada pihak IPG dan daripada ibu bapa saya sendiri. Saya mendapat elaun sebanyak RM 595.00 setiap bulan. Oleh itu, bagi satu semester, duit elaun saya ialah RM 2975.00. Seterusnya, ibu bapa saya akan memberi duit poket sebanyak RM 150.00 setiap bulan kepada saya. Oleh itu, bagi satu semester, saya mendapat duit poket sebanyak RM 3725.00 daripada ibu bapa. 1

Upload: angelina-tamil

Post on 01-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Literasi nombor IPG

TRANSCRIPT

1.0 Sumber Pendapatan bagi 1 SemesterBerdasarkan perancangan bajet (a), sumber pendapatan bagi bajet perbelanjaan diri sendiri saya adalah seperti berikut.Sumber PendapatanJumlah (1 bulan)Jumlah (1 semester)

Duit Elaun daripada IPGRM 595.00 RM 595 X 5= RM 2975.00

Duit poket daripada ibu bapaRM 100.00 RM 100 X 5= RM 500.00

JUMLAHRM 695.00RM 3475.00

Jadual 1: Sumber Pendapatan Bagi Satu Semester.Berdasarkan Jadual 1, sumber pendapatan saya adalah hanya dua iaitu daripada pihak IPG dan daripada ibu bapa saya sendiri. Saya mendapat elaun sebanyak RM 595.00 setiap bulan. Oleh itu, bagi satu semester, duit elaun saya ialah RM 2975.00. Seterusnya, ibu bapa saya akan memberi duit poket sebanyak RM 150.00 setiap bulan kepada saya. Oleh itu, bagi satu semester, saya mendapat duit poket sebanyak RM 3725.00 daripada ibu bapa.

2.0 Perbelanjaan bagi 1 semesterApabila saya mengkaji butiran perbelanjaan diri saya bagi satu, saya didapati bajet perbelanjaan seperti seperti berikut.Butiran PerbelanjaanJumlah (1 bulan)Jumlah (1 semester)

Penginapan Hostel RM 80.00 RM 400.00

MakananRM 8.00 ( 1 hari)RM 8 X 20 hari = RM 160.00RM 160.00 X 5 bulan= RM 800.00

Bil Internet RM 70.00 RM 70 X 5 bulan=RM 350.00

Barang Pengurusan DiriRM 50.00RM 50 X 5 bulan= RM 250.00

Perbelanjaan untuk pelajaran RM30.00RM 30.00 X 5 bulan= RM 150.00

Hiburan RM 30.00 RM 30 X 5 bulan= RM 150.00

Kesihatan RM 15.00 RM 15 X 5 bulan= RM 75.00

Pengangkutan (Teksi) RM 30.00 RM 30 X 5 bulan= RM 150.00

Tambang basRM 20.00RM 20 X 5 bulan= RM 100.00

Bil telefon bimbitRM 20.00RM 20 X 5 bulanRM 100.00

JUMLAHRM 505.00RM 2425.00

Jadual 2: Jumlah Perbelanjaan Bagi Satu Semester

Bil telefon bimbit

Carta 1 : Jumlah Perbelanjaan Bagi Satu Semester

Perbelanjaan pertama yang terdapat dalam bajet saya ialah kos penginapan. Saya tinggal di kolej kediaman IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kos penginapan di IPG ialah RM 80.00 sebulan. Jadi, secara keseluruhanya, RM 400.00 satu semester. Saya terpaksa membelanjakan duit ini setiap semester. Perbelanjaan ini merupakan satu perbelanjaan yang penting.Seterusnya, kos makanan saya bagi satu hari ialah RM 8.00. Jadi, satu bulan tidak termasuk hujung minggu, saya membelanjakan kos makanan sebanyak RM 160.00. Hal ini demikian kerana, saya akan balik kampung setiap hujung minngu. Oleh itu, saya tidak perlu membelanjakan duit bagi kos makanan pada hujung minggu setiap bulan. Selain itu, saya juga akan makan sarapan bagi setiap hari untuk RM 2.00 dan makanan tengah hari untuk RM 4.00 dan makanan malam untuk RM 2.00 . Biasanya, pada waktu malam, saya akan minum milo dan makan roti sahaja. Anggaran kos perbelanjaan sendiri bagi makanan kurang daripada bajet kumpulan. Hal ini, demikian kerana, saya tidak akan mengambil makanan berat pada waktu malam. Sebab itu, kos perbelanjaan makan malam hanya RM2.00.Perbelanjaan saya yang seterusnya adalah untuk membayar bil internet. Saya menggunakan broadband Maxis. Perkhidmatan internet adalah amat penting kepada saya untuk memcari srmua maklumat tentang pelajaran. Jadi, ini merupakan perbelanjaan yang amat penting kepada saya. Pembayaran bil internet ini adalah mengikut pakej. Oleh yang demikian, anggaran bagi perbelanjaan internet di bajet kumpulan lebih tinggi daripada saya. Saya menggunakan pakej pelajar iaitu harus membayar RM 70.00 sebulan. Jumlah kos perkhidmatan internet yang saya bayar bagi satu semester adalah RM350.00 Seterusnya, saya juga membelanjakan duit untuk membeli barang pengurusan diri setiap bulan. Sebagai seorang wanita, saya terpaksa belanja untuk barang pengurusan diri saya. Antara barang pengurusan diri yang saya menggunakan adalah krim muka, pencuci muka, syampu bersama dengan syampu rawatan, minyak rambut, minyak wangi, bedak, bahan solek, losyen dan bahan keperluan wanita. Saya membelanjakan sebanyak RM50.00 bagi sebulan untuk membeli barangan - barangan ini. Anggaran perbelanjaan bagi factor pengurusan diri di bajet kumpulan lebih rendah daripada bajet saya sendiri. Hal ini demikian kerana, saya memang peka terhadap jenama bahan solekan, syampu, minyak yang saya gunakan. Saya tidak akan menggunakan produk yang berkualiti. Oleh itu, bajet saya lebih tinggi daripada bajet kumpulan. Jadi satu semester, saya menggunakan duit sebanyak RM 250.00 untuk membeli barang pengurusan diri.Perbelanjaan saya yang seterusnya ialah untuk pelajaran saya. Perbelanjaan ini amat penting kepada saya kerana saya terpaksa membeli buku, membuat fotostat dan membayar yuran kelas setiap bulan. Saya akan menggunakan baucher buku satu Malaysia untuk membeli buku. Jadi, saya akan menggunakan duit perbelanjaan pelajaran untuk membayar yuran kelas dam membuat fotostat.KategoriPerbelanjaan (1 bulan)

FotostatRM 10.00

Yuran kelasRM 20.00

Jadual 3: Perbelanjaan pelajaran bagi satu bulanBerdasarkan Jadual 3, saya terpaksa terpaksa membayar yuran kelas saya iaitu sebanyak RM 20.00 sebulan. Kos pembayaran bagi fotostat setiap bulan ialah RM 10.00. Jadi saya membelanjakan duit sebanyak RM 30.00 setiap bulan sebagai perbelanjaan pelajaran. Satu semester duit perbelanjaan pelajaran saya ialah RM 150.00. Seterusnya, bagi aspek hiburan hanya belanja RM 30.00. Hal ini demikian kerana, saya kurang berminat dalam menonton wayang. Saya tidak kerap mengikuti rakan saya untuk menonton wayang dan membeli belah. Dengan ini, saya dapat menjimatkan pendapatan saya dalam aspek hiburan dan menggunakannya untuk perbelanjaan yang lebih berfaedah. Saya akan keluar berhibur dua bulan sekali sahaja. Secara keseluruhannya, bagi aspek hiburan saya hanya belanya RM 30 sebulan dan RM 150 bagi satu semester. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor hiburan lebih tinggi daripada bajet saya sendiri. Saya tidak akan memberi keutamaan yang banyak kepada hiburan.Seterusnya, aspek kesihatan, saya menyimpan RM15.00 pada setiap bulan dan jumlah yang saya simpan untuk satu semester ialah RM 75.00. Biasanya, diri saya tidak mudah menjangkiti penyakit. Lebih-lebih lagi, ibu saya telahpun memberi beberapa ubat seperti ubat demam, ubat sakit, ubat batuk dan sebagainya kepada saya semasa saya memulakan semester ini. Jadi, saya boleh menggunakan ubat itu sekiranya menghadapi demam. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa duit bagi perbelanjaan kesihatan amat penting. Hal ini demikian kerana, saya sentiasa makan makanan luar di hostel. Jadi, kemungkinan untuk mengalami keracunan makanan agak tinggi. Jadi, saya harus menyimpan duit yang secukupnya untuk belanja sewaktu kecemasan yang memudaratkan kesihatan. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor kesihatan lebih rendah daripada bajet saya sendiri. Walaubagaimanapun, saya terpaksa menyimpan sejumlah duit untuk menampung kos rawatan dan me,beli ubat. Selain itu, saya juga membelanjakan wang sebanyak RM 30.00 sebulan untuk kos pengangkutan. Bagi satu semester, kos pengangkutan saya ialag RM 150.00. Saya tidak mempunyai kenderaan sendiri. Saya terpaksa menaiki teksi setiap kali apabila jika saya mahu keluar mana-mana. Biasanya, saya akan menaiki teksi pada hujung minggu apabila saya balik kampung. Pada masa yang sama, saya juga akan menaiki teksi apabila keluar untuk membeli barang. Tetapi, kebanyakan masa, saya akan mengelakan diri saya daripada keluar. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor pengangkutan lebih tinggi daripada bajet saya sendiri. Tambahan pula, saya membelanjakan wang sebanyak RM 20.00 sebulan sebagai tambang bas. Rumah saya terletak di Butterworth. Tambang bas ke Butterworth dari Sungai Petani ialah RM 5.00. Saya hanya akan membelanjakan duit tambang bas apabila saya pergi ke rumah dari IPG. Apabila saya balik dari rumah ke IPG, saya akan dating bersama bapa saya. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan bajet kumpulan bagi faktor tambang bas lebih rendah daripada bajet saya sendiri. Jarak di antara rumah saya dengan hostel penginapan tidak begitu jauh. Jadi, saya tidak perlu membelanjakan sebarang tambang bas apabila balik dari rumah. Bagi, 1 semester, saya membelanjakan kos tambang bas sebanyak RM 100.00. Seterusnya, saya membelanjakan wang sebanyak RM 20.00 setiap bulan untuk membayar bil post paid telefon bimbit saya. Perbelanjaan ini, merupakan perbelanjaan yang penting kepada saya. Hal ini demikian kerana, setiap hari saya akan menghubungi ibu bapa saya dan adik saya dan bercakap dengan mereka. Kebanyakan masa, saya akan menggunakan perkhidmatan SMS untuk berhubung dengan rakan saya. Oleh itu, bil telefon bimbit saya biasanya kurang sahaja. Inilah sebabnya, anggaran perbelanjaan dalam bajet kumpulan lebih tinggi daripada bajet saya. Satu semester saya membelanjakan kos pembayaran bil telefon bimbit saya sebanyak RM 100.00. Secara keseluruhannya, anggaran jumlah pendapatan saya bagi satu semester adalah RM 3475.00 dan jumlah perbelanjaan saya adalah RM 2425.00. Jadi saya dapat menjimatkan wang sebanyak RM1050.00 pada setiap semester. Wang ini merupakan baki selepas kesemua aspek keperluan saya dipenuhi. Jadi saya boleh jadikannya sebagai simpanan dan boleh menggunakkannya pada masa kecemasan.

3.0 Perancangan untuk mengikuti kelas memandu tanpa memberi impak kepada jadual pembelajaran dan membebankan keluarga dari segi kewangan. Saya perlu mengikuti praktikum pada semester lima dan harus mempunyai sumber pengangkutan yang selesa dan baik untuk memudahkan perjalanan ke sekolah yang bakal saya berpratikum. Oleh itu, saya perlu mendapat lesen kelas D untuk dapat memandu kereta ke sekolah. Oleh yang demikian saya harus membahagikan masa dan wang saya untuk tidak memberi impak terhadap jadual pembelajaran dan membebankan keluarga saya. Terlebih dahulu, saya perlu mengambil kira beberapa aspek yang penting sebelum memulakan prosedur pengambilan lessen kelas D. Aspek yang pertama adalah yuran pendaftaran. Saya telah memilih pusat latihan memandu ADILCAP yang terletak berdekatan dengan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Saya telah memilih pusat latihan memandu ini kerana mereka menawarkan perkhidmatan yang baik dan latihan pembelajaran dalam harga yang berpatutan iaitu RM1150.00. Selain itu, saya juga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi pembelanjaan perjalanan ke pusat latihan memandu tersebut. Hal ini demikian kerana, pusat latihan ini terletak berhampiran dengan IPG ini. Saya boleh berjalan kaki ke pusat latihan tersebut. Masa perjalanan ini akan mengambil sebanyak 15 minit. Jadi saya tidak perlu membebankan ibu bapa dari segi perbelanjaan ke pusat latihan memandu tersebut. Saya juga tidak perlu belanja duit yang banyak untuk perjalanan ke pusat latihan.Selain itu, saya berhasrat untuk mendapatkan lesen ini tanpa memberi beban kepada ibu bapa saya. Oleh itu, saya ingin mendapatkan sumber pendapatan luaran walaupun saya masih dapat menjimatkan sejumlah wang daripada sumber pendapatan utama saya iaitu baki daripada duit elaun dan duit poket saya. Saya tidak akan menggunakan wang simpanan saya kerana saya ingin menggunakan duit simpanan itu pada waktu simpanan. Saya ingin membuat kerja sampingan dan mendapatkan lesen dengan gaji daripada kerja sampingan itu.Oleh itu, saya mengikuti senior saya untuk pusat tusyen. Saya mengajar subjek major saya iaitu Bahasa tamil di sebuah pusat tusyen yang bernama Pusat Tusyen SMC. Jadi, saya akan mendapat yuran kelas tuisyen sebanyak RM300 pada akhir setiap bulan. Saya akan menyimpan wang tersebut untuk penggunaan bagi pembayaran latihan memandu. Kelas tusyen yang saya ajar akan diadakan pada setiap hari Ahad pukul 3.00 petang hingga 7 malam. Waktu ini tidak akan menjejaskan waktu kuliah saya di IPG. Hal ini demikian kerana, setiap hari Ahad, kuliah saya akan habis pada pukul 1.00 petang. Selepas itu, saya akan makan dan berehat sebelum pergi ke pusat tusyen. Oleh itu, saya berasa waktu tusyen ini memang sesuai kepada diri saya kerana saya tidak berasa letih. Dengan mengajar di kelas tusyen, saya dapat yuran RM300 setiap bulan. Jika saya berkerja untuk tempoh satu semester selama 5 bulan, saya akan mendapat sebanyak RM1500.00 . Untuk mendapatkan lesen memandu kereta, saya harus mempunyai wang sebanyak RM 1150.00 bagi membayar kos pengambilan lesen. Di sini, saya akan mempunyai baki amaun sebanyak RM350.00 selepas pembayaran yang sepenuhnya. Saya boleh menggunakan wang tersebut untuk pembayaran latihan tambahan, sewa kenderaan dan litar ujian memandu sekiranya tidak lulus ujian memandu pada kali pertama. Selain itu, saya ingin menjalani latihan memandu selepas waktu kuliah iaitu selepas pukul 1.00 tengah hari dan pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana, saya tidak mahu hasrat saya untuk mendapatkan lesen memandu kelas D ini, memberi impak terhadap jadual pembelajaran saya serta waktu pembelajaran di kuliah. Pusat latihan memandu ini terletak berdekatan dengan IPG. Oleh itu, saya terus boleh berjalan kaki ke pusat latihan tersebut sebaik sahaja kuliah habis. Dengan ini, waktu pembelajaran saya tidak akan terjejas. Pada masa yang sama, saya juga tidak perlu belanja duit untuk kos pengangkutan. Ini merupakan rasional saya memilih pusat latihan memandu ADILCAP yang terletak berdekatan dengan IPG saya..Secara konklusinya, saya berharap saya akan mendapatkan lesen memandu kelas D tanpa membebankan ibu bapa dari segi kewangan dan tanpa memberi impak terhadap jadual pembelajaran dengan mengikuti latihan di pusat latihan memandu ADILCAP yang terletak berdekatan dengan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

4.0 Rujukan

BUKUAzlina Abu Bakar.(2012).Psikologi Industri dan Pengurusan Sumber Manusia.UMT:Penerbit UMT. Datuk Zamri,Cheng Po Cen,Coach Bahar.(2014). Legasi Kekayaan Kewangan: Malay.Selangor: Jootawan Group Sdn Bhd.Hamedah Wok Awang,Normah Teh.(2010). Sinergi dalam pengurusan sekolah.Selangor:PTS Profesional.Mohd Ismail bin Othman.(2005).Undang-Undang Utk Pengetua & Guru BesarSiri pengurusan sekolah.Pahang:PTS Profesional.Nor Azila Mohd. Adnan.(2007). Kerjaya Sebagai Pengurus Kewangan Korporat.Pahang:PTS Profesional.Samsudin Wahab.(2006). Mengurus seminar dan konferens.Pahang:PTS Publications.

Internethttp://www.mymoneyskills.com/mms/my/ms_MY/budgeting_and_saving/budgets.shtmlhttps://noorhidayahabdulkarim.wordpress.com/category/tips-mengurus-kewangan-anda/http://www.jpj.gov.my/penetapan-kadar-bayaran-bagi-lesen-memandu-kelas-b2http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/pengurusan-kewangan/484-apa-itu-bajet

9