tindakan penambahbaikan
DESCRIPTION
Peta pengurusan grafik pentaksiran Seni VisualTRANSCRIPT
Pentaksiran Dan Tindakan Penambahbaikan
Pentaksiran & Tindakan Penambahbaikan
Proses yang memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar membina, mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni visual.
Guru boleh menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat tentang kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan yang dihadapi.
Pendidik dan guru menggunakan informasi dan maklumat untuk memberi maklum balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka
C i r i - c i r i
De f i n i s iSatu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.
Kebaikan
Meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran.
Menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar
Memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.
Kaedah
Berbincang dengan murid
Tunjuk cara/Demonstrasi
Contoh- contoh karya yang baik
Maklum balas