tinjauan pandangan ulama terhadap … · di dalam beberapa buah hadith. diantaranya ialah hadith...
TRANSCRIPT
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
1
TINJAUAN PANDANGAN ULAMA TERHADAP FAKTOR
KOS KELUAR MENGAJAR ILMU AGAMA DAN TARAF
HIDUP GURU-GURU AGAMA SEBAGAI JUSTIFIKASI
KEHARUSAN MENERIMA IMBUHAN
(OVERVIEW OF RELIGIOUS SCHOLARS THOUGHTS TOWARD THE COST SPEND
VIA RELIGIOUS TEACHING AND THE RELIGIOUS TEACHER’S LIVING
STANDARDS AS A JUSTIFICATION AS A MUST IN RECEIVING COMPENSATION)
Azhar bin Abdul Wahab1
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman
Universiti Malaya
Abstrak
Sebahagian fatwa tentang pemberian imbuhan kepada guru-guru agama menyatakan bahawa
imbuhan tidak harus diterima dan ia mempunyai kaitan dengan balasan buruk di hari akhirat.
Terdapat nas yang jelas menyebut larangan penerimaan imbuhan tersebut. Sebaliknya,
menurut sebahagian pandangan para ulama yang lain, ada yang mengusulkan bahawa
imbuhan boleh diterima kerana beberapa faktor, antaranya ialah faktor kos yang terpaksa
dikeluarkan oleh guru apabila keluar mengajar dan juga faktor taraf hidup mereka yang
rendah. Tinjauan ini melihat pandangan imam-imam mazhab dan para ulama dari mazhab
yang empat secara khusus tentang dua faktor tersebut yang dapat di nukilkan dari kitab-kitab
tulisan mereka. Tinjauan ini dilakukan bagi melihat hubungkait antara imbuhan dengan
maslahat menjaga kebajikan guru-guru agama yang tidak menerima gaji tetap dari kerajaan.
Fokus tinjauan kajian ini adalah imbuhan saguhati yang diberikan kepada guru-guru agama
oleh individu atau organisasi bukan kerajaan. Imbuhan yang diberikan oleh kerajaan yang
dikategorikan sebagai gaji tidak termasuk dalam tinjauan ini kerana ia merupakan isu yang
tidak menjadi pertikaian para ulama. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa para ulama melihat
bahawa kebajikan guru agama yang mempunyai kaitan dengan menjaga keperluan hidup, kos
yang terpaksa ditanggung oleh mereka, perlu diambilkira dalam menentukan fatwa samaada
mengharuskan atau melarang hak mereka menerima imbuhan dari individu atau sebarang
institusi selain kerajaan.
Kata kunci: Imbuhan: Guru-Guru Agama: Faktor Kos: Taraf Hidup : Keperluan Hidup.
1 Pelajar Ph.D, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya , Kuala Lumpur, Email: [email protected]
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
2
Abstract
Part of the fatwa about giving remuneration to religious teacher’s states that remuneration
should not be accepted and it has to do with the bad retribution in the hereafter. There is a
clear evidence (nas) that calls for acceptance of the remuneration. However, according to some
of the other religious scholars' views, some suggest that remuneration is acceptable due to
several factors, among which are the cost factors that teachers have to spend on teaching and
their low standard of living. This review looks into views of the sect of imam and scholars of
the four particular mazhaf concerning the two factors that can be cited in their writings. This
survey is conducted to look at the relationship between remuneration and the welfare of
religious teachers who have not received a permanent salary from the government. The focus
of the survey is the consolation reward given to religious teachers by individuals or non-
governmental organizations. Government-issued remuneration is not included in this survey
because it is an issue that has not become a dispute between the religious scholars. The survey
results show that scholars have seen that the religious teacher's welfare has a bearing on the
necessity of life, the cost they have to bear, should be taken into account in determining fatwa
whether to require or prohibit their right to receive remuneration from individuals or any other
institution other than government.
Keyword: Remuneration: Religious Teachers: Cost Factors: Living Standards: Living
Conditions.
2017 JHLCB
Pendahuluan: Larangan Guru Agama Menerima Imbuhan
Terdapat nas-nas yang melarang guru –guru agama yang mengajar al-Quran dan ilmu-
ilmu syar’ie yang lain dari menerima imbuhan. Nas-nas tentang hal itu ada diriwayatkan
di dalam beberapa buah hadith. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah . إن أخذت ها أخذت ق وسا من نر 2
Maksud : Jika engkau mengambilnya ( busur panah tersebut), Engkau (sebenarnya)
mengambil busur panah dari neraka.
Hadith ini menceritakan tentang seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Ubai
bin Ka’ab datang berjumpa Rasulullah S.A.W. Beliau memberitahu Baginda bahawa
beliau dihadiahkan satu busur panah oleh seorang lelaki yang belajar al-Quran
kepadanya lalu Rasulullah SAW bersabda seperti hadith di atas. Ubai bin Ka’ab
kemudiannya memulangkan busur panah tersebut. Selain Ubai Bin Ka’ab , seorang
lagi sahabat Baginda iaitu U’badah Ibn Somit juga ditegah dari menerima busur panah
yang dihadiahkan kepada beliau . Rasulullah SAW bersabda kepada beliau :
2 Ibnu Majah (1998) , Sunan Ibnu Majah, Kitab al Tijarat , Bab al-Ajr a’la Ta’lim al- Quran hal 730
,no 2158
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
3
قال إن كنت تب أن تطوق طوقا من نر فاق ب لها3 .
Maksud : Rasulullah bersabda: “.Jika engkau ingin dikalung dengan api neraka ,
maka terimalah”.
Demikian juga, terdapat hadith - hadith lain yang melarang pengajaran al-Quran
dijadikan sebagai mata pencarian atau untuk membina kekayaan seperti hadith :
اق رءوا القرآن واعملوا به ، وال تفوا عنه ، وال ت غلوا فيه ، وال تكلوا به ، وال تستكثر وا به "4 "
Maksud : Bacalah al-Quran dan hendaklah kamu beramal sesuai dengan tuntutannya
, jangan melupakannya, dan jangan melampau, jangan cari makan dengannya dan
jangan mengumpul kekayaan menggunakan al-Quran”
Hadith ini dijadikan sandaran oleh para ulama seperti Imam Abu Hanifah yang
berpandangan bahawa menerima imbuhan mengajar al-Quran adalah haram5. Ini
kerana pengajaran al-Quran adalah ibadah dan setiap ibadah mestilah dilakukan dengan
penuh ikhlas.
Selain pandangan para ulama yang berpandangan bahawa guru –guru al-Quran tidak
boleh menerima imbuhan, terdapat pula pandangan yang lain yang berpendapat
sebaliknya . Mazhab ini berpendapat bahawa guru -guru agama harus menerima
imbuhan kerana beberapa faktor yang mengecualikan tegahan hadith di atas. Hadith
yang menyebut tentang tegahan mencari makan dan mengumpul kekayaan dengan al-
Quran ) و ال تكلوا به ، وال تستكثروا به ) perlu ditakwil dan diperincikan. Pandangan ini
merupakan pandangan imam al-Syafiee , Malik bin Anas dan Ibnu Munzir6.
Faktor Kos dan Taraf Hidup Sebagai Justifikasi Guru-Guru Agama Harus
Menerima Imbuhan
Para ulama menggariskan beberapa faktor yang mengharuskan guru-guru agama
menerima imbuhan tetapi tinjauan ini akan memfokuskan kepada faktor kos yang
terpaksa ditanggung oleh guru-guru agama dan juga taraf hidup mereka. Fokus tinjauan
ini juga adalah imbuhan yang diterima dari individu atau dari institusi selain kerajaan.
Dengan kata lain, imbuhan yang dibincangkan tidak termasuk gaji dari kerajaan.
Kos disini bermaksud perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh guru-guru agama
apabila keluar mengajar atau memberi kuliah seperti kos perjalanan, penginapan,
makan minum dan sebagainya. Dalam konteks masa kini, guru-guru agama dan
3 Abū Dāwūd (t.t) Sunan Abi Dāwūd, Kitab al-Ijarah, Bab fi kasb al- muallim, hal 290, no. 3416. / Ibnu
Majah (1998) , Sunan Ibnu Majah, Kitab al Tijarat , Bab al-Ajr a’la Ta’lim al- Quran hal 372 ,no
2157. 4 Hadith ini dikeluarkan oleh Imam al-Tahawi (1994) dalam “syarh al –ma’ani”- juz 2 hal 10, Imam al-
Shaibani , Ahmad ibn Hanbal (1998) dalam musnad beliau juz 3 hal 428 dan 444, al-Tobrani (1995)
dalam mukjam al-Ausat juz 3 hal 86 . Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (2000) dalam Fathul Bari
menyatakan bahawa hadith ini mempunyai sanad yang kuat –Lihat Fathul Bari , Riyadh : Dar al-
Salam juz 9 h.126. Al-Haithami menyatakan rawi hadith ini thiqat. 5 Al-A’ini (2001) ‘Umdah al-Qari-Syarh Sahih Bukhari j. 12 hal.135 6 Lihat Ibnu Qudamah , Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad al- Maqdisi (1968)- al-
Mughni Kaherah : Maktabah al-Qaherah , juz 3 h. 224
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
4
penceramah agama perlu membayar kos minyak, tol, parking, hotel, tiket penerbangan
dan sebagainya. Disamping isu kos yang ditanggung, terdapat juga guru-guru agama
yang hidup dalam kesempitan dan kedaifan. Sebahagian mereka juga mempunyai
tanggungan yang ramai.
Justeru, apakah pandangan para ulama terhadap isu guru-guru agama menerima
imbuhan atas faktor kos yang terpaksa mereka keluarkan dan sara hidup yang mendesak
sedangkan terdapat larangan dari menerima sebarang imbuhan.
Faktor Menampung Perbelanjaan Keluar Mengajar atau Berceramah
Keluar menunaikan tanggungjawab mengajar ilmu-ilmu agama sudah tentu terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan juga. Untuk mengajar ilmu agama, selain bekalan ilmu di
dada, tidak kurang pentingnya juga ialah kesediaan dan kemampuan kewangan. Faktor
kemampuan kewangan sangat signifikan terutama apabila melibatkan aktiviti di
kawasan-kawasan tertentu seperti di kawasan pedalaman. Ini kerana ia melibatkan
perjalanan yang jauh dan sukar7. Bukan sahaja di pedalaman, masalah yang sama juga
boleh berlaku di bandar dengan pelbagai kos lain seperti tol, minyak, parking dan
sebagainya. Catatan sirah menunjukkan bahawa apabila Rasulullah SAW menghantar
pendakwah ke kawasan-kawasan baharu, Baginda akan menggesa kaum muslimin
untuk menyumbang bagi membiayai misi dakwah tersebut. Baginda menyiapkan
kelengkapan yang perlu dan mencukupi untuk Mu’az Ibn Jabal, Abu Musa al-Asya’ri
dan lain-lain. Al-Syaibani (1997), menyebutkan bahawa Para Sahabat R.A akan saling
menyumbang dengan mewakafkan apa sahaja yang mereka miliki termasuk
mewakafkan seekor kuda untuk tujuan menyebarkan dakwah Islam8.
Di zaman Rasulullah SAW, apabila ada misi penting seperti kempen peperangan,
baginda akan meminta para sahabat memberi sumbangan masing-masing kerana ia
memerlukan belanja yang besar. Belanja ini diperlukan untuk mengurus keperluan
tentera yang ikut berjuang, menyelenggara kenderaan, peralatan, rawatan, perubatan
dan sebagainya. Antara hadith yang menceritakan tentang gesaan supaya semua para
sahabat menyumbang ialah ketika Baginda hendak keluar ke Tabuk untuk menghadapi
tentera Rom, baginda telah menggesa semua para sahabat supaya sama2 menyumbang
dan membantu, maka para sahabat masing-masing telah mengeluarkan sumbangan
mengikut kemampuan masing- masing demi menjayakan misi tersebut9 .
Saidina Umar Ibn al-Khattab menceritakan bahawa Rasulullah SAW sering meminta
mereka memberi sumbangan seperti yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud10 :
7 Faktor kekangan kewangan apabila melibatkan dakwah di kawasan pedalaman dinyatakan oleh Ustaz
Zulkeflee Haji Abu Bakar (Setiausaha Kerja, USIA Kota Kinabalu) dalam satu temubual yang diadakan
dengan beliau pada 20 Januari 2011, Menurut beliau kekangan kewangan ini lebih ketara apabila perlu
mengadakan program yang berbentuk Khemah Ibadat , yang merupakan satu program wajib Bahagian
Dakwah USIA. Program ini dijalankan setiap tahun dan memerlukan kos yang sangat tinggi. Lihat
Suzanah binti Nilam (2012 ) Gerakan Dakwah Di Kota Kinabalu: Kajian Terhadap Pertubuhan Islam
Seluruh Sabah (Usia) . 8 Al-Syaibani ,Mohd ibn Hassan al- (1997) , Syarh al-Sayr al-Kabir Kaherah : Dar al-Kutub al-Ilmiah
j.4 h.2079 . 9 Lihat Tirmidhi (1996) al- Jami’e al-Kabir ( Sunan al- Tirmidhī,) kitab al-manaqib bab manaqib
Uthman RA , Beirut : Dār al- Gharb al-Islami no hadith 3700 10 Lihat Abu Daud (t.t) Sunan Abi Dāwūd, Kitab al-Zakat no hadith 1678
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
5
أمرن رسول الل صلى الل عليه وسلم ي وما أن ن تصدق
Maksud : Rasulullah SAW memerintahkan kami pada suatu hari supaya
menyumbang.
Perkataan Saidina Umar “Baginda memerintahkan kami” menunjukkan betapa
pentingnya dana yang besar dan mencukupi untuk membiayai sesuatu misi penting
sehingga permintaan untuk menyumbang merupakan perintah dari Baginda.11
Konsep “bersama menyumbang dan membiayai” masih dilakukan sampai ke hari ini di
mana wujud program atau skim membiayai guru-guru agama untuk dihantar ke
kawasan tertentu bagi menyampaikan dakwah melalui program pendidikan dan
sebagainya. Program ini dikenali sebagai “skim pembiayaan pendakwah”
( الدعاةكفالة مشروع ). Program seperti ini banyak wujud di negara-negara Arab. Jika di
Malaysia, banyak program wakaf adalah untuk membina institusi seperti masjid, pusat
tahfiz, pusat penjagaan anak yatim dan sebagainya. Di negara-negara Arab pula,
program wakaf seperti ini banyak digunakan untuk membiayai guru-guru agama yang
dihantar ke luar kawasan. Konsep yang digunakan dalam program wakaf pembinaan
institusi diaplikasikan dalam program membiayai guru - guru agama dan pendakwah.
Pewakaf boleh memilih pakej yang dikehendaki dari sudut jumlah amaun yang ingin
disumbang dan lokasi sasaran. Keterangan lanjut tentang program seperti ini boleh di
layari di internet seperti yang dikendalikan oleh NGO al-Najat di
https://alnajat.org.kw/tag dan Mibrah Sina’ al-Khair di http://www.ekhair.com.
Faktor Kos Kehilangan Peluang Melakukan Pekerjaan Lain
Menurut Imam al-Zaila’ie , kehidupan guru-guru agama perlu dibantu12. Ini kerana
mereka juga terpaksa menghabiskan masa untuk menelaah pelajaran yang akan diajar,
kemudian menghabiskan pula masa untuk mengajar, kadang-kadang perlu
mengorbankan lebih masa untuk pelajar-pelajar yang lemah dengan mengulang aktiviti
baca dan tulis. Jika banyak masa dihabiskan untuk mengajar, mereka tidak dapat
melakukan pekerjaan lain yang dapat menampung sara hidup sedangkan keperluan
hidup diri dan keluarga perlu dipenuhi. Guru-guru agama juga perlu membeli bahan
bacaan , alat bantu mengajar, dan dalam masa yang sama perlu memikirkan sara hidup
keluarga yang terpaksa menghadapi musim panas dan musim sejuk13 . Keadaan ini
boleh diibaratkan seperti keadaan yang mendesak yang menyebabkan hukum asal iaitu
11 Walaupun hadith ini berada dalam bab zakat, tetapi sumbangan yang dimaksudkan disini ialah
sumbangan secara umum untuk menangani sesuatu keperluan. Ini berdasarkan huraian yang
dikemukakan oleh para syurah al- hadith seperti yang dinyatakan oleh al-Qari bahawa tujuan sumbangan
tersebut adalah untuk “jihat-tujuan” tertentu ( الجهات بعض في أي نتصدق أن ) Lihat al-Qari (2002), Mirqat
al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih-Kitab al-Manaqib Wa al-Fadhail (Manaqib Abi Bakr RA ). Beirut
: Dar al-Fikr 12 Dengan bantuan dan sokongan yang diberikan , mereka dapat menggunakan imbuhan itu untuk
menampung sara hidup mereka ( يعينوهنم على معاشهم) .Lihat al- Zaila’ie (1313H) Tabyin al- Haqaiq
Syarh Kanz al-Daqaiq, j.5 h. 124 13 Ibn ‘Abidin (2012) , Majmu’ al-Rasail al-Imam Ibnu ‘Abidin Risalah ke tujuh , Shifa’ al- ‘Alil wa
bal al-Galil j.1 h. 160
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
6
tegahan menerima imbuhan berubah kepada harus. ( الضرورة تبيح احملظورة ) 14. Imam
al-Syafie dan al-Auza’i menyatakan pandangan mereka yang jelas dalam hal ini seperti
yang dinukilkan oleh Ibnu Qudamah dalam kitab beliau al-Mughni “ kalau tidak harus
diberikan imbuhan, maka masa mereka (golongan yang bertugas untuk agama) akan
dihabiskan untuk berkerja, Ini akan mengakibatkan tugas-tugas ( berkaitan agama) pula
akan terabai”15. Justeru, imbuhan yang bersesuaian perlu diberikan atas usaha-usaha
mereka kerana jika fatwa yang tidak mengharuskan penerimaan imbuhan
diimplementasikan, sudah tentu akan membawa kesan terhadap usaha melahirkan
murid-murid yang cemerlang. Ibnu Umar sendiri pernah berkata “ jika tidak dibolehkan
mengajar (al-Quran) dengan imbuhan, maka ilmu akan hilang dan penghafaz al-Quran
akan berkurangan16.
Para ulama seperti Ibn ‘Abidin (1992), al- Zaila’ie (1313H), al-Babarti (1992) telah
membayangkan situasi ini di mana menurut mereka. “jika imbuhan tidak diberikan,
usaha-usaha untuk menyampaikan ilmu berkaitan al-Quran akan terbantut”17.
Faktor Taraf Hidup Guru-Guru Agama
Hajat dan keperluan guru juga sangat perlu diberi perhatian. Imam ibnu Taimiah
menukilkan pendapat yang menyebut bahawa Imam Ahmad dalam satu riwayat dari
beliau membolehkan guru yang mengajar al-Quran mengambil imbuhan kerana hajat
dan keperluan hidup, sama seperti wali (penjaga) anak-anak yatim yang dibolehkan
mengambil dan membelanjakan harta anak-anak yatim secara yang sepatutnya apabila
mereka sendiri hidup susah dalam membesarkan anak-anak yatim tersebut18. Prinsip
menjaga kebajikan guru-guru agama dapat dilihat dari kisah Imam Hamad bin Abu
Sulaiman19 yang didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu kepada beliau tentang
hasratnya ingin menukar guru anaknya kepada guru lain kerana guru pertama merungut
bayaran yang diberikannya terlalu rendah . Bayaran yang dibayar kepada guru tersebut
berjumlah 30 dirham. Imam Hamad yang melihat keadaan hidup guru tersebut
menyatakan bahawa beliau akan menambah bayaran tersebut menjadi 100 dirham 20.
Hal ini berdasarkan penilaian beliau tentang taraf hidup guru tersebut. Memberi
perhatian dan mengambil berat tentang kehidupan guru-guru agama termasuk dalam
menjaga kebajikan golongan “ ahlu al-Khair”21 yang sangat dituntut di dalam Islam.
14 Ibid j.1 h.160 15 Imam al-Syafiee dan al- Auza’i menyatakan pandangan mereka dalam konteks imbuhan azan tetapi
mempunyai perkaitan dengan imbuhan mengajar ilmu-ilmu agama kerana kedua-keduanya
dikategorikan sebagai amalan al-Qurubat . Lihat Ibnu Qudamah , Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad
bin Muhammad al- Maqdisi (1968)- al-Mughni Maktabah al-Qaherah , juz 1 h. 301
16 Ibid– قول ابن عمر : لو مل يفتح هلم ابب التعليم ابالجر لذهب العلم وقل حفاظ القرءان 17 Lihat Ibn ‘Abidin (1992) , Rad al -Mukhtar a’la Dur al-Mukhtar j.6 h. 55 , al- Zaila’ie (1313H)
Tabyin al- Haqaiq Syarh Kanz al-Daqaiq, j.5 h. 124 dan al-Babarti (1992) al- ‘Inayah Sharh al-
Hidayah j. 9 h. 98. 18 Ibnu Taimiah (2005) Majmu’ al- Fatawa bab al-ijarah , Mansoura : Dar al -Wafa Li al Tiba’ah wa al
Nasyr wa al- Tauzi’ j.30 h.106 19 Hamad bin Abu Sulaiman merupakan guru kepada imam Abu Hanifah , beliau merupakan salah
seorang ulama terkenal di Kufah , meninggal dunia juga di Kufah pada tahun 120H (737M) 20 al-Kardari, Muhammad bin Muhammad bin Syihab (1321H) , Manaqib imam al-A’zam Abi Hanifah
,Percetakan Dairah al-Maarif al-Nizamiah , Haidarabad India h.87 21 Istilah ahlu al-Khair digunakan oleh Ibnu ‘Asyur dalam kitab beliau Maqasid al-Syariah al- Islamiah-
h.488 , merujuk kepada golongan ilmuan yang mengajar ilmu-ilmu agama ( al-Ulum al-Syar’iah). Ini
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
7
Perkiraan faktor taraf hidup guru agama dapat dilihat jika dikiaskan kepada aspek yang
lain seperti isu imbuhan kepada muazzin. Menurut Imam al-Khithobi, hukum harus
menerima imbuhan bagi muazzin juga mempunyai kaitan dengan taraf hidup muazzin.
Justeru larangan yang terdapat dalam hadith dari menerima imbuhan azan perlu
ditakwil kepada larangan yang bersifat makruh sahaja22. Ini bermaksud hukum yang
paling afdhal bagi seorang muazzin adalah tidak mengambil sebarang imbuhan , namun
jika beliau mengambilnya juga , ia bukanlah satu kesalahan dari pandangan syarak23.
Hal ini kerana taraf hidup seseorang muazzin yang mungkin seorang yang fakir dan
memerlukan kepada perbelanjaan untuk menyara diri dan keluarganya perlu
diambilkira kerana tugas memperdengarkan azan memerlukan muazzin sentiasa berada
di masjid dan menanti-nanti masuknya waktu solat. Keadaan ini akan menyebabkan
seseorang muazzin tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas yang lain.
Perubahan Masa Mempengaruhi Kos dan Sara Hidup
Para ulama yang menfatwakan bahawa tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran
dan ilmu-ilmu agama yang lain ialah kerana pada waktu itu sudah ada sumbangan dari
Baitul Mal dan penerimaan masyarakat Islam terhadap agama pada waktu itu juga
berbeza. Menurut al-Karami (1427 H), walaupun Rasulullah SAW menanamkan
semangat berkorban dan berjuang untuk menyebarkan ugama baru tanpa
mengharapkan imbuhan, Baginda memperuntukkan kepada guru-guru agama di zaman
Baginda bantuan yang mencukupi melalui sumber dana yang pelbagai seperti dari harta
ghanimah, fai’ dan sebagainya24. Rasulullah SAW pernah menerima wang dari Bahrain
sebanyak 800,000 Dirham di mana wang tersebut dihabiskan untuk kepentingan kaum
muslimin ketika itu.25 Baginda juga pada masa-masa tertentu meminta kepada wakil
yang dilantik Baginda di sesuatu kawasan supaya menghantar segera dana ke Madinah
bagi menangani keadaan darurat atau keperluan lain yang mendesak.26
Jika dibandingkan dengan zaman selepas kurun-kurun pertama Hijrah, tiada lagi
sumbangan yang mencukupi dari Baitul Mal, begitu juga ihsan dan penghormatan
kepada guru agama tidak setinggi dahulu bahkan semakin berkurangan .Jika guru-guru
agama tidak menerima sokongan dan bantuan yng mencukupi seperti yang berlaku di
berdasarkan istilah yang digunakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan dan al-
Tobrani . Lihat al-Tirmizi (1996) al- Jami’e al-Kabir ( Sunan al- Tirmidhī,) kitab al-Ilm bab ma jaa fi
fadhl al-Fiqh ‘ala al-Ibadah no hadith 2628 dan al- Tobrani dalam Mu’jam al-Kabir j. 8 h. 278 no 7912
موات واألرض حت النملة ف ومالئكته وأهل الس ر ج إن الل حرها وحت الوت ليصلون على معل م الناس الي 22 Hadith yang melarang muazzin menerima imbuhan diriwayatkan oleh Imam Abu Daud , Imam al-
Nasai , Ibnu Majah dan juga Imam Ahmad . Lihat Abū Dāwūd , Sunan Abi Dāwūd, Kitab As Solat,
Bab akhzu al Ajr a’la Ta’zin, Juz 1, h. 398, No. 531, Al Nasai Kitab, Sunan al-Nasai bisyarh as-Sayuti,
Kitab al- Azan,bab ittikhaz al-muazzin allzi la yakkhuz a’la azanihi ajra juz 2 ,h.23 no 672
, Imam Ibnu Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Azan wa al-sunnah fi ha, Bab al-sunnah fi al-azan ,juz.
1, hal 236, no 714. dan al-Shaibani , Ahmad ibn Hanbal (1998) Musnad Ahmad bin Hanbal, Awal
musnad al-Madaniyyin, h. 1157, No 16379 . 23 Sayuthi (1994) Sunan al-Nasai bi syarh al-Sayuthi kitab al-azan , bab ittikhaz al-muazzin allazi la
yakkhuzu a’la azanihi ajra j.2 h. 23, no 672. 24 al-Karami, Hafiz Ahmad 'Ujaj (1427 H) al-Idarah fi A’sr al-Rasul Kaherah : Dar al-Salam h.127 25 Al-Bukhari, Sahih al Bukhari kitab al-Solat - bab al-qismah wa ta’liq al-qinwi fi al-masjid no hadith
421. 26 Zakaria al-Qudat ( 1987) Baitul Mal fi A’hd al-Rasul SAW Yarmuk : Universiti Yarmuk hal. 37
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
8
zaman awal Islam dan mereka terpaksa mengajar tanpa menerima imbuhan sedangkan
mereka juga mempunyai keperluan hidup seperti orang lain, maka usaha-usaha
penyampaian ilmu akan terbantut dan penjagaan maslahat guru akan terabai27.
Al-Kardari (1321H) menukilkan bagaimana Imam Hamad tidak mempertikaikan
permintaan seorang guru agama yang meminta bayaran lebih pada waktu itu dari
seorang bapa dimana anaknya merupakan murid kepada guru tersebut. Imam Hamad
melihat bahawa permintaan guru tersebut adalah wajar sekali berdasarkan keadaan dan
suasana pada waktu itu28.
Imam Abu al-Laith juga pernah mengeluarkan fatwa pada zaman beliau bahawa
seseorang guru agama tidak sepatutnya melakukan tiga perkara, Pertama: keluar
bermusafir ke Rustaq (suatu tempat di Oman sekarang), Kedua: mendatangi pintu –
pintu pemerintah, Ketiga: mengambil imbuhan mengajar (al-Quran dan ilmu-ilmu
agama), tetapi beliau menarik balik fatwa tersebut setelah melihat keadaan yang
berbeza pada waktu itu. Beliau menjelaskan sebab penarikan fatwa yang berkaitan
dengan larangan guru-guru agama menerima imbuhan adalah kerana dikhuatiri akan
menyebabkan usaha penyampaian ilmu agama akan terjejas dan terbantut29.
Sumber Dana Yang Boleh Menampung Kos Keluar Mengajar Ilmu Agama Dan
Bantuan Sara Hidup Kepada Guru-Guru Agama (Selain Dari Gaji Kerajaan)
1) Penggunaan Wang Zakat
Guru-guru agama boleh menerima imbuhan dari wang zakat atas kapasiti mereka
sebagai salah satu asnaf fi sabilillah. Para ulama berbeza pandangan dalam
mendefinisikan maksud fi sabilillah. Ada yang menghadkan maksud fi sabilillah hanya
kepada peperangan di jalan Allah S.W.T dan segala yang berkaitan dengannya. Oleh
itu golongan yang dimaksudkan di sini ialah pejuang atau tentera yang keluar berjihad
di medan peperangan dan tidak menerima gaji khusus. Pandangan ini merupakan
pandangan jumhur ulama.30 Namun begitu ada ulama yang meluaskan tafsiran asnaf fi
sabilillah kepada segala bentuk aktiviti kebajikan, kebaikan (khairat), perbuatan yang
bertujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan segala perbuatan yang dilakukan
sebagai bukti taat kepada Allah S.W.T.31 Termasuk dalam kategori aktiviti kebajikan
yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah ialah menyediakan guru agama,
penyampai kuliah dan penceramah agama yang bertindak sebagai pendakwah yang
dapat menjelaskan kecantikan Islam, menerangkan hukum hakam, dan
mempertahankan Islam.32 Hal ini dapat dilakukan dengan mengambil berat keperluan
mereka dari sudut material dan sebagainya.
27 Ibnu ‘Abidin , Majmu’ al-Rasail al-Imam Ibnu A’bidin Risalah ke tujuh , Shifa’ al- ‘Alil wa bal al-
Galil j.1 h. 158 28 al-Kardari, Muhammad bin Muhammad bin Syihab (1321H) , Manaqib imam al-A’zam Abi Hanifah,
Percetakan Dairah al-Maarif al-Nizamiah , Haidarabad India h.87 29 Ibnu Abidin , Majmu’ al-Rasail al-Imam Ibnu A’bidin Risalah ke tujuh , Shifa’ al- ‘Alil wa bal al-
Galil j.1 h. 158 30 Lihat Al- Tabari (2008) , Jami’ al-Bayan ‘an ta'wil 'ay al-Qur'an j.14 h.319 dan al-Qurthubi (2003),
al-Jame'i Li Ahkam al-Quran j.8 h.185 dan al-Nawawi (1991) al-Majmu’Kitab al-Majmu’Syarh al-
Muhazzab li al-Syiraz j.1 h.249 31 Al- Alusi (2010) Ruh al-Ma’ani j.10 h.123 , al-Kasani Badai’ al- Sanai’ j.2 h. 45 32 Syeikh Mohd Shaltut ( 2001) al-Islam Aqidatan Wa Syariatan Kaherah : Dar al-Syuruq h. 105 .
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
9
Hal ini kerana tugas-tugas mereka termasuk dalam maqasid hifz al-Din iaitu matlamat
memelihara agama yang merupakan maqasid tertinggi. Oleh itu wang zakat boleh
diambil dan di agihkan untuk golongan yang melakukan kerja-kerja agama. Justeru,
kutipan zakat harus diberikan kepada golongan ulama dan guru-guru agama walaupun
mereka terdiri dari golongan kaya. Ini kerana golongan ulama dan guru-guru agama
berjuang untuk mendidik masyarakat Islam dalam soal‐soal keagamaan, justeru itu
mereka juga berhak dalam soal agihan kutipan zakat tanpa mengira sama ada mereka
terdiri daripada golongan kaya atau miskin. Diantara ulama yang berpandangan
sedemikian ialah Muhammad Jamal al‐Din al‐Qasimi dalam kitab beliau Mahasin
al-Ta’wil. 33 Menurut Sadiq Hasan Khan34 pula , membelanjakan agihan kutipan zakat
kepada para ulama dan guru-guru agama adalah termasuk dalam kategori fi sabilillah
dan merupakan sebaik‐baik perkara kerana mereka merupakan pewaris para nabi‐nabi
yang berkerja secara langsung untuk memelihara syariat Islam35.
Definasi dan skop fi sabilillah yang dipakai oleh majlis‐majlis agama negeri di
Malaysia adalah berdasarkan tafsiran bahawa fi sabilillah adalah segala bentuk
kebajikan dan kebaikan. Definisi Fi sabilillah tidak diertikan secara khusus seperti
tafsiran sebahagian para ulama iaitu soal-soal yang mempunyai kaitan dengan
peperangan sahaja. Majlis Agama Wilayah Persekutuan mendefinasikan dan
meletakkan skop fi sabilillah kepada mana‐mana orang atau pihak yang melibatkan diri
dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama
Islam serta kebajikannya. Bagi Lembaga Zakat Selangor pula, Fi Sabilillah ialah tiap‐tiap perbuatan atau perkara yang menjurus kepada keperluan dan maslahah untuk
menegakkan syiar Islam. Berdasarkan definisi ini , guru – guru agama , penceramah
agama termasuk dalam kategori mereka yang bergiat dalam aktiviti “mendakwahkan
agama Islam serta kebajikannya”.36
2) Bantuan Sesama Anggota Masyarakat Muslim
Rasulullah sering meminta umat Islam supaya sentiasa memberi sumbangan. Ada
ketikanya permintaan Baginda dalam bentuk saranan seperti saranan Baginda kepada
Saidina Umar ketika beliau memperolehi harta ghanimah sebidang tanah di Khaibar.
Baginda telah menyarankan supaya hasil tanah tersebut digunakan untuk maslahat
kaum muslimin, maka Saidina Umar telah mewakafkannya kepada beberapa golongan
yang memerlukan seperti yang dinyatakan dalam hadith. Diantaranya ialah musafir
(Ibnu Sabil) dan tetamu yang datang bertandang ke sesuatu tempat.
33 al-Qasimi , Muhammad Jamal al‐Din bin Mohammad Said (1957) , Mahasin al-Ta’wil j8 h 3181
Kaherah : Dar ihya’ kutub al-Arabiah. 34 Sadiq Hasan Khan merupakan seorang ulama hadith dari India . Beliau mendapat gelaran al-Muhaddith
kerana ketekunan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu hadith di India . Beliau banyak menulis kitab
dalam bahasa Arab dan Urdu ,diantara kitab beliau dalam bahasa Arab ialah “ Raudah An-Nadiyah Sharh
Durar Al-Bahiyah” Mendapat pendidikan awal di Delhi sebelum melanjutkan pelajaran ke timur tengah.
Beliau meninggal pada tahun 1890M pada usia 57 tahun 35 Sumber : Kertas kerja Konsep asnaf fi sabilillah mengikut hukum syarak . kertas kerja ini
dibentangkan oleh Dato' Haji Nooh Bin Gadot penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor di seminar
Pengagihan Zakat Di Bawah asnaf Fisabilillah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada
9 jun 2009 36 Ibid.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
10
وتصدق هبا يف الفقراء، ويف القرىب، ويف الر قاب، ويف سبيل هللا، وابن السبيل، والضيف37
Maksud : Maka beliau (Umar ibn al-Khattab) telah mewakafkan (hasil dari)
tanah tersebut kepada fakir miskin, kaum kerabat, hamba mukatab,
perjuangan fi sabilllah, musafir dan juga para tetamu “.
Guru agama atau penceramah agama adalah tetamu yang diundang ke sesuatu tempat
dan kadang-kadang menempuh perjalanan yang jauh, maka mereka wajar diraikan dan
diberi sumbangan hasil dari kutipan yang terkumpul dari orang ramai di sesuatu tempat.
Ini kerana dana yang dimiliki oleh masjid merupakan sumbangan dan derma orang
ramai dan masyarakat memang mahukan harta mereka digunakan untuk kebajikan
termasuk sumbangan kepada guru-guru atau penceramah yang diundang ke tempat
mereka.
Konsep bantu membantu sangat bertepatan dengan prinsip takaful ijtima’ie seperti yang
disebut oleh Ibnu Zaghibah38 , dimana kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan
begitu banyak hadith tentang gesaan memberi sumbangan ialah supaya masyarakat
Islam saling bantu membantu untuk kebaikan bersama. Sumbangan ini boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membantu fakir miskin, membantu para
pengajar agama, mendanai program pendidikan, mendanai misi dan aktiviti dakwah dan
pelbagai kegiatan lain yang tentunya memerlukan perbelanjaan besar. Nas-nas dari al-
hadith sering menekankan bahawa harta yang dimiliki oleh seseorang individu muslim
mempunyai hak individu lain dalam harta tersebut. Ketika membicarakan tentang
Maqasid Tabarru’at yang merupakan salah satu dari maqasid pengurusan harta
(Maqasid Tasarrufat maliah) Ibnu ‘Asyur (2001) menyatakan bahawa antara kaedah
menguruskan harta menurut syarak ialah harta tersebut perlu dikongsi dengan
masyarakat Islam yang lain. Diantaranya ialah dengan menyumbang kembali kepada
masyarakat39 untuk digunakan bagi pelbagai tujuan yang memberi kebaikan kepada
masyarakat Islam.
Dalam konteks imbuhan kepada guru-guru dan penceramah agama, pemberian tersebut
termasuk dalam bantuan dan sokongan kepada individu yang terlibat secara langsung
dalam perjuangan meninggikan kalimah Allah. Hal yang demikian kerana tanpa
sokongan dan bantuan dari masyarakat Islam, aktiviti dakwah melalui pengajaran dan
pendidikan agama akan terbantut kerana realitinya setiap aktiviti dan pergerakan akan
memerlukan kos dan perbelanjaan.
Menurut Ibnu ‘Asyur (2001), antara yang perlu dititikberatkan dalam menggalakkan
masyarakat memberi sumbangan kepada sesebuah intitusi ialah melayani kehendak
penyumbang , menerima syarat –syarat yang ditetapkan oleh mereka asal sahaja tidak
menafikan objektif utama pemberian sumbangan.40 Antara kehendak penyumbang
37 Al Bukhari(1998) Sahih al-Bukhari , kitab al-syuruth bab al-syuruth fi al- waqaf no hadith 2586 ,
Hadith ini turut dirwayatkan oleh imam2 yang lain seperti Abu Daud, Ibnu Majah , al Nasai dan al-
Tirmidhi semuanya dalam bab waqaf 38 Ibnu Zaghibah, I'zzuddin. (1996). Al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiah (Phd), Universiti
al-Zaitunah, Tunis. h. 197 39 Ibnu ‘Asyur, (2001). Maqasid al-Syariah al- Islamiah. (bab Tasarrufat maliah h. 450), (bab Maqasid
Tabarruat h.487 ) Amman: Dar al-Nafais, 40 Ibid h. 492
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
11
yang sudah dimaklumi umum ialah mereka mahukan sumbangan mereka digunakan
untuk program-program keagamaan termasuk sumbangan kepada guru-guru atau
penyampai kuliah agama yang mengendalikan kelas-kelas agama di masjid.
Maqasid tasarrufat maliah mempunyai kaitan dengan maqasid memelihara
kesejahteraan umat41 kerana harta perlu digunakan dengan betul untuk kepentingan
awam dan maslahat umat Islam. Maksud memelihara kesejahteraan umat ialah menjaga
kebajikan golongan yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin dengan
menyediakan keperluan makan minum, pakaian dan sebagainya. Termasuk dalam
golongan fakir miskin ialah guru-guru agama yang hidup dalam kesempitan dan
memerlukan bantuan. Keperluan mereka boleh ditampung oleh golongan yang lebih
berada dan berkemampuan melalui sumbangan wajib seperti zakat dan sumbangan
sunat seperti hadiah , hibah, wakaf dan derma (tabbaru’at).42 Keperluan ini berbeza
berdasarkan perbezaan tempat ,masa dan keadaan.43 Berdasarkan maqasid yang utama
ini maka disyariatkan akad mua’wadhah (timbal balik seperti jual beli dan sebagainya)
dan tabarruat (sumbangan derma dan sebagainya).
Menurut Ibnu ‘Asyur,44 sumbangan (tabarruat) boleh dibahagikan kepada dua
kategori. Pertama : Sumbangan biasa yang disumbangkan oleh golongan yang berada
pada waktu-waktu tertentu kepada golongan yang kurang berkemampuan. Kedua:
Sumbangan dalam bentuk memberi milik melalui akad tabarruat seperti sedekah,
hibah, wakaf, umra45, wasiat dan lain-lain. Jika sumbangan ini melibatkan asset yang
bernilai tinggi seperti premis, tanah dan sebagainya, ia boleh memberi manfaat yang
lebih besar kepada orang ramai. Di antara golongan yang akan mendapat manfaat besar
melalui sumbangan seperti ini ialah golongan ahlu al-khair wa al-ibadah iaitu guru-
guru agama , guru-guru al-Quran, penceramah agama , para pelajar dan juga organisasi
yang terlibat menguruskan urusan berkaitan dengan ibadat dan ahli ibadat46.
Sumbangan ini boleh digunakan untuk kegiatan yang dapat ditakrifkan sebagai menjaga
agama. Oleh itu seseorang guru agama boleh menerima sumbangan dari orang ramai.
Menurut ibnu ‘Asyur juga, antara prinsip pengurusan harta yang betul ialah berlakunya
peredaran harta47. Peredaran harta bermaksud harta tersebut mesti bergerak dan berada
pada sebanyak mungkin individu dengan cara yang betul. Ini membawa maksud ramai
individu akan beroleh manfaat dari pergerakan harta tersebut. Harta juga tidak
sepatutnya beredar di antara golongan berada sahaja48. Ini dapat difahami dari firman
Allah SWTyang bermaksud: “supaya tidak beredar harta tersebut dikalangan orang-
orang kaya sahaja di kalangan kamu”. (Al-Hasyr :7). Justeru Sumbangan dari golongan
41 Mahmud, Abdul Latif. (1994). Al-Ta'min al-Ijtimai fi dhaui al-syariah al-Islamiah h. 148 42 Ibid h. 155 43 Ibid h. 148 44 Ibnu ‘Asyur (2001) Maqasid al-Syariah al- Islamiah Amman : Dar al- Nafais h.487 45 Maksud ى ialah satu pemberian kepada seseorang sepanjang usia hidupnya , jika yang menerima العمر
pemberian itu meninggal dunia , maka pemberian tersebut akan dipulangkan semula kepada pemberi jika
dia masih hidup atau kepada warisnya jika dia telah meninggal dunia. Lihat al-Mawardi al- Hawi al-
Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafie (.kitab al-Athoya wa al-habas wa al-Shodaqat) .hal 539 Dar al-
Kutub al-Ilmiah 1999. 46 Istilah yang digunakan oleh Ibnu ‘Asyur merujuk kepada golongan yang bertugas secara langsung
untuk agama yang akan mendapat manfaat melalui sumbangan dalam bentuk ini ialah ‘اهل الخير والعبادة”
rujuk Ibnu Asyur, (2001). Maqasid al-Syariah al- Islamiah h.488 47 Ibnu ‘Asyur, (2001). Maqasid al-Syariah al- Islamiah. Amman: Dar al-Nafais. h.465 48 Ibid . h.466
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
12
berada kepada golongan yang miskin termasuk dalam maqasid utama ini iaitu perlunya
berlaku pergerakan harta dengan cara yang betul dan memberi peluang semua peringkat
merasa manfaatnya.
Penutup
Berdasarkan perbincangan di atas, didapati bahawa faktor-faktor yang melingkungi diri
dan persekitaran guru-guru agama perlu diambilkira dalam menentukan fatwa berkaitan
hukum menerima imbuhan mengajar ilmu-ilmu agama. Perbincangan pandangan para
ulama menunjukkan bahawa mereka mengambilkira perbelanjaan yang dikeluarkan
oleh guru-guru agama dan juga status hidup guru-guru agama. Keadaan dan uruf
setempat mengalami perubahan dan ia perlu dijadikan pertimbangan agar dapat
diharmonikan dengan nas-nas hadith yang kelihatan bercanggah secara zahir. Nas tidak
boleh difahami secara lateral semata-mata tetapi perlu melihat aspek maqasid syara'
bagi memastikan penilaian yang dibuat terhadap sesuatu itu selari dengan kehendak
al-Syariah.
Rujukan
Abū Dāwūd , Sulayman bin al-Ash’a al-Sijistānī al-Urdī ( t.t), Sunan Abi Dāwūd
Tahqīq : Muhammad Muhyī al Dīn ‘Abd al Hamīd . Beirut : Maktabah
al-‘A’sriyyah.
‘Aini , Badruddin Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad al- (2001), Umdah al-Qari-
Syarh Sahih Bukhari. Beirut : Dar Kutub al-Ilmiah
Alusi , Mahmud ibn Abd Allah al-Husaini al- (2010) Ruh al-Ma'ani fi Tafsir al-Quran
'Adzim wa al-sab'i al-Matsani , Beirut : Dar ihya’ Turath al-Arabi
‘Asqalāni, al- Imām al- Hāfiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al- (2000), Fath al- Bārī
Sharh Sahīh al-Bukhari. Riyadh, Dar al- Salam .
Babarti, Mohamad bin Mohamad bin Mahmud al- (1992), al- I’nayah Sharh al-
Hidayah Beirut : Dar al-Fikr
Bukhārī, Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ismaīl bin Ibrāhīm bin al-Mughīrah al-
(1998) , Sahīh al- Bukhārī. Riyadh : Dār al-Salām.
Ibn ‘Asyur, Mohammad Tahir. (2001). Maqasid al-Syariah al- Islamiah. Amman: Dar
al-Nafais.
Ibn Abidin , Muhammad Amin bin Umar bin Abd Aziz (1992), Rad al -Mukhtar a’la
Dur al- Mukhtar . Beirut: Dar al-Fikr
_________________________________(2012 ), Majmu’ al-Rasail al-Imam Ibn
A’bidin Kaherah : Maktabah al-Azhariah
Ibn Mājah, Abu Abdullah Muhammad bin Yazīd al- Qazwīnī (1998), Sunan Ibn
Majāh, Ta’līq : imām al- Busayrī, Tahqīq : al-Shaykh Khalīl Ma’mun Shīhāa,
Beirut : Dār al- Hadīth.
Ibn Taimiah, Abu al-Abbas Ahmad ibn Taimiah (2005) Majmu’ al Fatawa
Mansoura : Dar al -Wafa Li al Tiba’ah wa al Nasyr wa al- Tauzi’
Ibn Zaghibah, ‘Izzuddin. (1996). Al-Maqasid al-‘Ammah li al-Syariah al-Islamiah ,
Tunis : Universiti al-Zaitunah
Kardari, Muhammad bin Muhammad bin Syihab al- (1321H), Manaqib imam al-
A’zam Abi Hanifah . Haidarabad (India): Percetakan Dairah al-Maarif al-
Nizamiah ,
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 1-12 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
13
Karami, Hafiz Ahmad 'Ujaj al- (1427 H) al-Idarah fi ‘Asr al-Rasul Kaherah : Dar al-
Salam.
Kasani , Alauddin Abi Bakr Bin Mas'ud Al- (1986) Bada'i al- Sana'i Fi Tartib al-
Shara'i Kaherah : Dar al-Kutub al-Ilmiah .
Mahmud, Abdul Latif. (1994). Al-Ta'min al-Ijtimai fi Dhaui al-Syariah al-Islamiah.
Beirut: Dar al-Nafais li al-Tibaah wa al-Nasyr wa al-tauzi'.
Mahmud Shaltut ( 2001) Al-Islam 'Aqidatan wa-Shari'atan Kaherah : Dar al-Syuruq
Maqdisi , Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad Ibn Qudamah al-
(1968), al-Mughni Kaherah : Maktabah al-Qaherah
Mawardi , Abu al-Hasan Ali ibn Mohammad ibn Habib al- (1999) al- Hawi al-Kabir
fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafiei . Kaherah : Dar al-Kutub al-Ilmiah
Muslim, Imam Abu Husayn Muslim Ibn al-Hajjaj bin Muslim al-Qushayri al-
Naisaburi. (1998), Sahih Muslim . Riyadh : Dar al-Salam
Nawawi, Abu Zakariyyā Mahy al-Dīn b. Syaraf al- (1991), Kitab al-Majmu’Syarh al-
Muhazzab li al-Syirazi. Jeddah : Maktabah al -Irsyad.
Nasā’i, Abi ‘Abd al- Rahmān Ahmad bin Syu’āyb bin ‘Ali Ibn Sinan al- (1988),
Sunan al-Nasai. Riyadh : Maktabah al-Maarif li al-Nasyr wa al- Tauzi’
Qari, Abu al-Hassan Nuruddin Ali bin Mohammad al-(2002), Mirqat al-Mafatih
Syarh Misykat al-Masabih. Beirut : Dar al-Fikr
Qasimi , Muhammad Jamal al‐Din Ibn Mohammad Said al- (1957) , Mahasin al-
Ta’wil Kaherah : Dar ihya’ kutub al-Arabiah
Qurthubi, Mohammad bin Ahmad al- (2003), al-Jame'i Li Ahkam al-Quran. Riyadh :
Dar al- Alam al-Kutub li al-Nasyr wa al- Tauzi’.
Sayuthi , Abū al-Faḍl Abd al-Raḥmān bin Abu Bakr bin Muḥammad Jalāl al-Dīn al-
(1994), Sunan al-Nasai Bi Syarh al-Sayuthi. Beirut : Dar Basyair al-Islamiah,
Shaibānī, Abū ʿAbd Allāh Aḥmad bin Muḥammad bin Ḥanbal al- (1998), Musnad
Ahmad bin Hanbal. Riyadh : Bait al-Afkar al-Dauliah li al-Nasyr Wa al
Tawzi’.
Suzanah Nilam (2012 ), Gerakan Dakwah Di Kota Kinabalu: Kajian Terhadap
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Dissertasi (M. Usuluddin) Jabatan
Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
Syaibani ,Mohd ibn Hassan al- (1997) , Syarh al-Sayr al-Kabir Kaherah : Dar al-
Kutub al-Ilmiah .
Tirmidhī, Abu ‘Isā Muhammad bin ‘Isā bin Surah al-(1996) al- Jami’e al-Kabir (
Sunan al- Tirmidhī,) Tahqīq : Dr Basyar Awwad Ma’rof , Beirut : Dār al-
Gharb al-Islami.
Thahawi, Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Salamah al- (1994), Syarh al –
Ma’ani al-Athar. Riyadh : Dar Alam al-Kutub li al-Nasyr wa al- Tauzi’
Tobrani, Abu al-Qosim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Muthoir al- (1995),
Mukjam al-Ausat. Kaherah : Dar al Haramain
Tobrani, Abu al-Qosim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Muthoir al- (1995),
Mukjam al-Kabir. Kaherah : Maktabah Ibn Taimiah.
Tabari, Abu Jaafar Muhammad ibn Jarir al- (2008) Jami’ al-bayan ‘an ta'wil 'ay al-
Qur'an Kaherah : Maktabah Ibn Taimiah
Zaila’ie, Uthman bin Ali bin Mihjan al – (1313 H), Tabyin al- Haqaiq Syarh Kanz
al-Daqaiq .Kaherah : Maktabah al- Kubra al-Amiriah
Zakaria al-Qudhat ( 1987) Baitul Mal fi ‘Ahd al-Rasul SAW Yarmuk : Universiti
Yarmuk