tips pemilihan kerjaya selepas spm
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
1/27
TIPS PEMILIHAN KERJAYA
LEPASAN SPM
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
2/27
DISCLAIMER AND LEGAL NOTICE
Buku digital atau ebook ini adalah hak milik sepenuhnya Muhd Khairul
Fakrullah Bin Mohd Noh. Anda dilarang sama sekali untuk mengubah atau
mengambil apa-apa kandungan yang terdapat di dalam ebook ini.
Buku digital ini adalah percuma untuk kegunaan anda sahaja. Anda dilarang
sama sekali untuk menyebarkan di forum-forum, rapidshare, portal-portal
komuniti, torrent atau apa-apa jua cara.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat laporan atau pun ditangkap
menyebarkan ebook ini secara percuma.
Walaubagaimana pun, anda diberi peluang untuk menyebarkan secara sah
ebook percuma ini.
Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah
berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara
peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi ebook ini secara
langsung atau tidak langsung.
Segala informasi yang terdapat di dalam ebook ini adalah pengalaman dan hasil
usaha beliau sendiri serta beberapa pemerhatian teliti.
Untuk makluman ebook ini juga ditulis secara santai dan bermaklumat.
Penulis sekali lagi tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan atau kesilapan
maklumat yang terdapat dalam ebook ini atau seumpamanya.
Hakcipta Terpelihara 2012
Ditulis Oleh: Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh (013-3262125)
http://www.LepasanSPM.com dan www.Facebook.com/panduanselepasSPM
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
3/27
MENGENAI PENULIS
Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh merupakan seorang guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Beliau berumur 22 tahun dan sekarang sedang melanjutkan pengajian Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Melayu / Pendidikan Jasmani /
Pendidikan Muzik.
Beliau telah banyak melibatkan diri dalam banyak program motivasi dan kerjaya
sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau dalam pendidikan amat tinggi dan
beliau gemar untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak mengenai isu pendidikan
negara.
Beliau telah 5 tahun meninggalkan dunia SPM namun kesan dari dunia SPM itu
telah banyak mempengaruhi beliau, ada kebaikan dan keburukannya.
5 tahun ini sangat bermakna buat diri beliau dan pengalaman dan kajian ini akan
dikongsi oleh beliau bersama rakan-rakan lain tidak kira umur, bangsa atau
agama.
Ebook ini beliau khususkan kepada semua pelajar lepasan SPM 2011 dan semua
peringkat pelajar yang masih mencari-cari atau mengenalpasti kursus-kursus yang
ingin dijadikan pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.
Ebook ini juga amat sesuai digunakan oleh kaunselor, guru-guru dan ibu bapa
serta sebagainya. Ebook ini juga diterbitkan berdasarkan pengalaman dan kajian
rapi beliau mengenai Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM.
Dalam ebook ini juga beliau menyelitkan kata-kata motivasi untuk menaikkan
semangat pembaca untuk terus berusaha memajukan diri dengan ilmu-ilmu yang
bermanfaat.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
4/27
(A.) TIPS PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS SPM
What is it that you like doing? If you dont like it, get out of it, because youll
be lousy at it. You dont have to stay with a a job for the rest of your life,
because if you dont like it youll never be sucessful in it.
- Lee Laccocca
KENALI DIRI ANDA DAHULU. ITU PENTING!!
Berdasarkan pengalaman saya seorang pelajar, hal ini adalah perkara yang paling
penting untuk difikirkan.
Adakah anda benar-benar mengenali diri anda?
Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja umtuk pemilihan kursus selepas
SPM, tetapi juga untuk anda menghadapi dugaan dan cabaran yang kelak akan
mendatang.
Anda perlu sedar yang anda bukan lagi pelajar dan perlu mengawasi sendiri setiap
gerak-geri keputusan anda. Pemilihan keputusan yang baik hendaklah disertakankematangan dan anda perlu pandai berdikari.
Pada asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan dan kelemahan anda..
Anda juga perlu mengkaji dan menyingkap perkara-perkara yang anda minati dan
sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want
and know what you need. Hal ini merupakan perkara serius yang melibatkan
masa depan anda.
KATA-KATA MOTIVASI:
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
5/27
MINAT DAN KEBOLEHAN SERTA JIWA ANDA
Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut
trend/flow dalam pemilihan kursus dan karier. Hal ini kerana minat dan
kebolehan anda dengan orang lain tidak sama.
Ingat! Jangan mengikut trend orang lain dan ikutlah naluri dan jiwa anda sama
ada sesuai dengan karier atau kursus tersebut kelak. Setiap individu mempunyai
keistimewaan yang tersendiri serta karakter yang berbeza-beza.
Anda mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian dengan minat
dan kemahiran anda seterusnya mendapatkan maklumat mengenai karier-karier
tersebut.
Dari situ,anda mungkin dapat menapis dan meneliti beberapa karier yang tidak
sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda.
Contohnya anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi tempoh
pengajiannya terlalu lama bagi anda dan anda tidak pandai berkomunikasi dengan
orang awam.Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.
KATA-KATA MOTIVASI:
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
6/27
Pada sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi masalah
kepada mereka. Tetapi untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini masih tidak
memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak kursus dan karier
yang mereka minati.
Mungkin anda boleh mengambil beberapa kursus sekaligus, jika anda mampu dari
segi kewangan dan bermotivasi tinggi. Tetapi, jika tidak perkara ini akan menjadi
sulit kerana berkemungkinan besar di sinilah akan bermulanya pengaruh ibu bapa
dan kawan-kawan.
Sesetengah sekolah seperti saya di MRSM dahulu, menjalankan ujian inventori
yang pada asasnya menilai apa kesukaan anda, apa yang anda tidak sukai dan
perkara-perkara yang anda mahir atau tidak.
Daripada keputusan-keputusan ujian tersebut,pelajar-pelajar boleh nampak dan
melihat dengan sendiri ke mana kecenderungan mereka di dalam sesuatu bidang.
Oleh itu, ujian ini sangat baik untuk anda jika anda masih keliru dengan
pemilihan kursus.
MEMBUAT KEPUTUSAN MENGIKUT GAJI DAN PENDAPATAN KELAK
Sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pemilihan kursus berdasarkan minat
dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi.
Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh
menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran
kelak.
Tetapi anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke kursus tersebut
berdasarkan kemahiran anda.
Jika anda tidak layak atau tidak mempunyai sebarang kemahiran yang diperlukan
dalam kursus itu, mungkin isu gaji perlu ditolak ke tepi dahulu.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
7/27
PERCAYAKAN DIRI SENDIRI
Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri ke
tahap yang lebih jauh.
Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu
proses mengenali diri sendiri dan apabila anda kenal akan diri sendiri, self-
motivation anda akan meningkat secara automatik.
Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidak berubah-berubah anda pasti
akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan dan ceburi.
Ibu bapa mungkin akan meragui akan pilihan anda dan memberikan nasihat yang
patut anda ambil kira.
Selepas itu, jika anda masih percaya yang pilihan anda adalah pilihan yang
tepat,mungkin anda patut berbincang lebih mendalam dengan ibu bapa anda
mengenai pilihan anda.
BAWA BERBINCANG DENGAN IBU BAPA DAN KAUNSELOR SERTA PIHAK
YANG BERKAITAN
Mendapatkan pandangan ibu bapa adalah langkah yang bijak, tetapi AWAS!
kerana sesetengah ibu bapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan
mengaitkannya dengan wang.
Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari mereka mungkin
secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya yang memberikan
wang dan prestij atau nama yang lebih kerana mereka sudah biasa mengaitkan
wang dengan hidup yang gembira dan senang lenang.
Dan pilihan mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda.
KATA-KATA MOTIVASI:
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
8/27
Akibatnya, anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda mendapatkan
nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor berjaya dan guru-
guru yang berpengalaman.
Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya pilihan anda, dan
memberikan nasihat yang tidak biasa dalam pemilihan kursus tersebut.
P/s: Anda Juga Boleh Mendapatkan Nasihat Daripada Saya Serta Panduan
Pemilihan Kerjaya. Tetapi Bukan Itu Sahaja, Saya Juga Akan Membantu Anda
Untuk Memohon Dan Mengisi Borang Pengajian Secara Online. Hubungi Saya
Segera: 013-3262125 (SMS sahaja)
CUBA AMBIL MASA UNTUK BERFIKIR SEJENAK
Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan
kursus yang telah dibuat. Antara perkara-perkara yang patut difikirkan untuk
kerjaya adalah seperti:
Status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi
Peluang pekerjaan
Kemahiran yang diperlukan
Tangga kerjaya(Peluang naik pangkat)
Kelayakan akademik
Jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya Sama ada memenuhi keperluan dan kemahuan diri
Kesesuaian persekitaran tempat kerja
Masa bekerja yang sanggup dikorbankan
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
9/27
LANGKAH TERAKHIR, PILIH KURSUS YANG BETUL-BETUL ANDA MINATI
Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda,ambillah langkah seterusnya untuk
memasuki kursus tersebut.
Contohnya seperti mengisi borang dengan betul (perkara ini dapat diajar oleh
saya melalui PERSONAL GUIDE nanti melalui pakej yang akan disediakan).
Selain itu, selalulah bersolat istikharaah dan bertawakal kepada tuhan bagi
seorang muslim atas pilihan kerjaya atau kursus yang telah dibuat.
KATA-KATA MOTIVASI:
Musuh kita yang paling jahat adalah hati, tapi kawan kita yang baik pun
adalah hati.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
10/27
Jika anda masih lagi ragu-ragu dan keliru mengenai pemilihan kursus di tempat
pengajian kelak, anda mungkin mahu mengambil kursus-kursus minor yang
diminati dahulu yang merangkumi prinsip-prinsip asas sebelum anda memilih
kursus major.
Dengan cara ini anda mempunyai lebih masa untuk membuat pilihan dan mungkin
kursus-kursus minor yang anda pilih dapat membuka minda anda untuk membuat
keputusan.
(B.) JIKA ANDA MUNGKIN BERADA DI LALUAN KERJAYA YANG SALAH
Hayati kata-kata ini. Fikir, fikir..
Jangan biarkan masalah anda menjadi beban dan membiarkannya
begitu sahaja sehingga memudaratkan anda.
Jangan beranggapan anda telah gagal kerana tersalah memilih
kursus adalah perkara yang normal,dan masih tidak terlambat untuk
menukar kursus yang sesuai dan diminati.
Fikirkan semula dengan mendalam adakah anda benar-benar sudah
tersilap memilih kursus tersebut( atau anda hanya terlalu penat
kerana banyak sangat assignment).
Buatlah keputusan yang betul sama ada anda mahu meneruskan
kursus tersebut atau menukar ke kursus yang lebih diminati.Ingat!!
ianya akan mempengaruhi karier anda dan amat memainkan
peranan besar dalam kehidupan. Untuk membuat keputusan yang bijak,anda mungkin memerlukan
masa yang berkualiti untuk berfikir.Oleh itu,anda boleh
menangguhkan atau bercuti sebentar dari sesi pengajian jika benar-
benar perlu.
Anda boleh mendapatkan nasihat daripada kaunselor-kaunselor di
universiti dan sekolah, ibubapa dan kawan-kawan.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
11/27
Carilah siapa anda yang sebenarnya. Dari situ, mulakan langkah
memilih kursus yang sesuai. Bina komitmen baru.
Sentiasa bersikap positif dan tabah. Masyarakat mungkin
memandang rendah jika anda berundur dari kursus tersebut. Anda
mungkin boleh menerangkan kepada mereka supaya mereka dapat
memahami situasi anda.
(C.) MENGURUSKAN TEKANAN DENGAN IBU BAPA YANG BERTENTANGAN
DENGAN KEPUTUSAN ANDA
Pertama sekali, pelajar-pelajar harus sedar yang semua ibubapa hanya mahu yang
terbaik untuk anak-anak mereka.
Oleh itu, jalan yang baik adalah dengan berbincang dari hati ke hati dengan
mereka supaya mereka dapat memahami kehendak anda.
Jika perlu, maklumkan kepada mereka mengenai perancangan masa depan anda
selepas mengambil kursus yang diminati itu.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
12/27
Mengikut situasi, anda mungkin perlu meminta maaf kerana tidak dapat
menyempurnakan impian mereka, tetapi yakinkan mereka yang anda akan
berusaha mencapai tahap yang cemerlang.
Akhir sekali, sayangilah mereka lebih daripada anda sayangkan mereka selama
ini. Kasih sayang, kesetiaan, ketaatan, dan kehormatan anak-anak terhadap ibu
bapa adalah hadiah tidak ternilai yang boleh diberikan oleh seorang anak kepada
ibu bapa mereka.
KATA-KATA MOTIVASI:
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialahapabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
13/27
(D.) APA KESILAPAN SEMASA MEMILIH KURSUS
Elakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang dilakukan. Antaranya:
Oleh itu, anda hendaklah cuba untuk menjauhi segala kesilapan berikut dan cuba
yang terbaik dalam pemilihan kerjaya serta karier kelak.
Tidak MengenaliDiri Sendiri
Tidak bersikap matang kerana mudah terpengaruh.
Tidak sedar tentang kemahuan, kekuatan dan kelemahan diriyang sebenar.
Terlalu MengikutPemikiran Kolot
SesetengahMasyarakat
Tidak mempunyai kepercayaan diri yang kuat akibat tidak kenaldiri sendiri, oleh itu mudah menjadi pak turut.
Lambat mengambil tindakan walaupun saya sudah lama sedarkursus yang diambil tidak sesuai langsung dengan diri saya.
TidakMendapatkanNasihat DariKaunselor
Tidak berbincang secara serius dengan ibubapa, tidak berusahamembuat mereka faham akan situasi yang saya lalui.
Cepat berputus asa dalam membuat sesuatu keputusan.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
14/27
(E.) BAGAIMANA BERSIKAP MATANG DALAM MEMBUAT PILIHAN?
Kenali diri sendiri kerana dengan mengenali diri sendiri, anda akan dapat
mengenal kekuatan dan kelemahan anda. Anda juga perlu mengenal pasti sama
ada anda membuat keputusan dengan mengikut kehendak atau nafsu (contohnya
wang yang banyak, pangkat yang tinggi).
Anda juga boleh bertanyakan pendapat orang-orang terdekat anda seperti kawan-
kawan dan ibu bapa mengenai karakter diri anda, dan cara ini adalah salah satu
cara berkesan untuk anda lebih mengenali diri sendiri.
Ada sesetengah kajian yang mencadangkan untuk mengenali karakter diri sendiri,
anda boleh melihatnya dari ibu bapa anda. Tetapi, kajian ini tidak dapat
dibuktikan dan masih kontroversi!
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
15/27
Sebagai seorang pelajar, anda juga harus sedar setiap yang terjadi itu adalah atas
kekuasaan Tuhan. Oleh itu, banyakkan bersolat (solat sunat hajat dan istikharaah
bagi muslim) dan berdoa kepada Tuhan agar ditunjukkan jalan yang betul dan
memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Buanglah sikap negatif ke tepi. Anda perlu bersedia dengan cabaran yang akan
dilalui di alam universiti dan kerjaya. Bukakan minda anda untuk menerima
sesuatu yang baik, supaya anda sentiasa maju ke depan.
Kematangan juga datang jika anda mempunyai self-esteem yang tinggi
terutamanya mempunyai pendirian yang tersendiri di dalam setiap perkara. Orang
yang bersikap matang tidak mengikut perasaan semata-mata dan sentiasa
berhati-hati serta tidak membuat keputusan terburu-buru.
Mereka akan memgambil kira banyak aspek sebelum bersedia membuat pilihan
kursus dan kerjaya yang betul. Kita juga boleh mengenali kematangan seseorang
berdasarkan keperibadiannya yang cemerlang.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
16/27
(F.) PANTANG LARANG DAN PERINGATAN PENTING PEMILIHAN KURSUS
Jangan Ikut Nasihat Dari Rakan Sebaya Yang Belum Masuk U
Jangan Khayal, Mimpi Dan Ikut Perasaan Sendiri/Keluarga
Jangan Lupa Status Atau Keputusan Exam Yang Diperolehi
Jangan Ambil Mudah: Hati-Hati! Perlu Beringat.. Meritokrasi!
Jangan Pilih Kursus Yang Tiada Kaitan Dengan Result Exam
Jangan Fikir Aku Layak.. Ingat! Ramai Lagi Lebih Layak
Jangan Tamak : Ukur Mengikut Saiznya: Pilih Ikut Kelulusan Jangan Lupa : Bukan Kita Pilih U Tetapi U Yang Pilih Kita
Jangan Degil : Ingat! Bila Kita Pilih Kursus: U Ada Cara Dia
- Apa Guna Pilih Kursus Yang Hebat Tetapi Gagal Dapat Tempat
Apa Guna Pilih Kursus Yang Diminati Tapi Ditolak Universiti
Apa Guna Pilih Kursus Yang Kerjayanya Berunsur Maksiat
Apa Guna Pilih Kursus Yang Anda Jangka Tidak Akan Dapat
Apa Guna Pilih Kursus Yang Tidak Pernah Belajar Ketika Spm
Apa Guna Pilih Kursus Yang Ijazahnya Berlambak Di Pasaran
Apa Guna Pilih Kursus Yang Sangat Susah Untuk Dapat Kerja
Apa Guna Pilih Kursus Yang Cara Belajarnya Membebankan
Apa Guna Pilih Kursus Yang Susah Untuk Sambung Belajar
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
17/27
(G.) SIFAT-SIFAT YANG PERANGAI YANG PERLU DIKETEPIKAN OLEH PELAJAR
SEWAKTU MEMILIH KURSUS SELEPAS SPM
Sentiasa Bermimpi Di Siang Hari: Kononnya Berangan-Angan Hendak
Kahwin Dengan Anak Raja: Sedangkan Dirinya Bukan Dari Keturunan Raja-
Raja. Ingat, Berkawan Baik Boleh --> Bertunang Tak Bagi --> Hendak
Kahwin Pasti Tak Dapat --> Jangan Cari Fasal --> Nanti Menyesal Tak Guna!
Maksudnya : Cita-Cita Teramat Tinggi --> Kelulusan Tak Seberapa --> Minta
Kursus Hebat-Hebat --> Akhirnya --> Boleh Minta Sahaja --> Tetapi BPKP /
U Tolak --> Gagal Masuk U --> Rugi --> Menyesal Pun Tak Guna
Jangan Berlagak Seperti Casanova: Kononnya Diri Dia Itu Laku Sangat -->
Semua Gadis Dia Nak Sapu : Dia Mengorat Dengan Lina --> Bertunang
Dengan Liza --> Tetapi Dia Berkahwin Dengan Yati --> Kenapa Ni??
Maksudnya : Cita-Cita Benda Lain --> Minta Kursus Hak Lain --> Keputusan
SPM/STPM Ada Benda Lain --> Mana Boleh Jadi --> Pasti Hancur Berkecai --
> Apa Guna? --> Rugi
Jangan Berlagak Sombong Dan Angkuh: Kononnya Dia Berasa Dia Kaya --
> Dia Beli Tiket Kapal Terbang --> Dia Jumpa Kawan Yang Tak Pernah Naik
Kapal Terbang --> Dia Dengar Nasihat Dari Kawan Itu Supaya Jangan Naik
Kapal Terbang --> Dia Pun Naik Keretapi Guna Tiket Kapal Terbang -->
Sampai Sekerat Jalan Konduktor Suruh Turun --> Malu Menyesal TakSudah.
Maksudnya :
Oleh Kerana Tersalah Pilih Kursus --> Kelulusan Agak OK --> Belajar Sekerat
Jalan --> Tak Boleh Ikut --> Tak Minat --> Gagal! Kena Buang --> Menyesal
Pun Tak Guna
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
18/27
Jangan Jadi Orang Darat: Tak Tahu Apa-Apa: Kononnys Dis Makan Pulut
Durian --> Tetapi Dia Guna Kuah Laksa --> Dia Ingat Koko-Koko Itu Manisan
--> Tapi Kena Ko Belacan --> Dia Makan Ingat Ko Manis --> Tapi Rasa Loya
Busuk Bangau Pahit Lepan!
Maksudnya : Kerana Tidak Tahu Apa-Apa --> Dia Pilih Kursus Ikut Suka
Hati. Semua Bidang Campur Aduk --> Sedangkan Resultnya Jelas Untuk
Kursus Tertentu Sahaja --> Akhirnya Gagal Untuk Mendapat Tempat -->
Menyesal Pun Tak Guna!
KATA-KATA MOTIVASI:
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari iniremaja. Dan esok,hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa kita sungguh
bermakna..
(H.) LANGKAH MEMULAKAN HIDUP BARU (BAGI SEORANG PELAJAR)
Perlu untuk mengenali diri dan Tuhan.
Perlukan sokongan dan galakan orang-orang yang tersayang, jika
tiada sokongan masih tidak mustahil, tetapi mungkin lebih banyak
tekanan.
Perlu banyak berusaha dan selepas itu bertawakal dan berdoa
kepadanya.
Perlu tabah menghadapi pandangan rendah sesetengah masyarakat
yang tidak memahami situasi anda.
Perlu pandai mengawal emosi dan mengurus stress atau tekanan
yang sememangnya sangat berat. Tekanan itu mungkin akan
mengambil masa untuk pulih, dan boleh berlarutan hingga anda
benar-benar berjaya bangkit semula.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
19/27
Masalah kewangan menjadi isu kepada saya, dan mungkin juga akan
terjadi kepada anda. Oleh itu, anda perlu bersedia secara mental
dan fizikal mengharungi cabaran yang ada. Expect the unexpected.
Berani mengambil tanggungjawab sendiri, supaya tidak
menyusahkan orang lain.
Perlu bersikap positif.
Pelajar perlu sedar yang anda tidak bersalah terhadap sesiapa pun
kecuali diri anda sendiri kerana anda telah menolak hak diri anda
untuk membuat pemilihan kursus dan kerjaya yang betul. Oleh itu,
permulaan yang baru adalah benar-benar untuk kebaikan diri anda
sendiri.
(I.) PEMERHATIAN SAYA SELAMA 5 TAHUN
Seorang pelajar hanya boleh berjaya memilih kursus yang sesuai dengan dirinya
jika anda benar-benar mengenali diri anda, mengetahui dengan jelas minat dan
kebolehan yang anda ada, dan boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
yang ada.
Bagaimanapun, seorang pelajar boleh juga berjaya memilih kursus yang betul
secara kebetulan, tanpa banyak memikirkan perkara tersebut dan hanya berserah
dengan apa sahaja kursus yang ditawarkan.
1.Mengapa anda perlu memilih kursus yang anda benar-benar minat?
Pemilihan kursus di peringkat universiti atau mana-mana institusi pengajian akan
mempengaruhi jenis kerjaya yang anda akan ceburi.
Kerjaya adalah antara aset terpenting dalam kehidupan untuk menyara hidup
anda dan keluarga anda. Kerjaya membentuk diri anda, malahan sebahagian
besar masa dalam hidup anda bakal digunakan untuk kerjaya.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
20/27
Oleh itu, ianya adalah sebahagian daripada diri anda. Ini bermakna sekiranya
kerjaya yang di pilih tidak menepati atau tidak bersesuaian dengan diri anda,
ianya bukanlah kerjaya yang patut anda ceburi.
Pengalaman saya melihat kawan-kawan dan senior-senior yang mengambil jurusan
yang mereka tidak minati juga membuktikan betapa pemilihan kursus atau
jurusan adalah tersangat penting.
Kebanyakan mereka menceburi kerjaya yang tidak memenuhi kehendak diri, dan
menyebabkan kualiti pembelajaran mereka sangat teruk dan senang merosot
disebabkan tiada semangat atau motivasi dan yang paling penting, tiada minatdan cepat jemu.
KATA-KATA MOTIVASI:
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Hati mereka bukan di kerjaya tersebut, oleh itu mereka tidak berminat langsung
untuk belajar lebih mendalam mengenai bidang yang diceburi dan tidak
mengambil tahu tentang perkembangan-perkembangan terkini yang perlu
diketahui.
Mereka hanya mengikut flow di tempat pengajian, melaksanakan tugasan
assignment hanya sekadar siap sahaja.
Hidup mereka hanya dipenuhi dengan rutin-rutin yang tidak mencabar,
membosankan dan tidak bermakna, malahan ada yang menganggap hidup mereka
seperti robot.
Mereka juga kerap berfikir, kalaulah dulu aku ambil jurusan ___ kan best!
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
21/27
Hidup kita terlampau singkat untuk dipenuhkan dengan perkara-perkara yang
tidak diminati dan tidak menggembirakan.
Jika pelajar-pelajar memilih kursus jurusan yang tepat dan kerjaya yang betul,
anda pasti akan lebih menghargai kehidupan dan anda akan merasai self-
fulfillment. Hidup tidak menjadi sia-sia.
Tetapi, bukanlah maksud saya orang yang memasuki bidang yang tidak diminati,
tidak boleh berjaya atau menjadi gembira. Pilihlah jalan yang terbaik buat diri
anda sendiri.
KATA-KATA MOTIVASI:
Tubuh yang sedang diam cenderung untuk tetap diam,dan tubuh yang
sedang bergerak cenderung untuk tetap bergerak.
2.Kepentingan berkongsi masalah
Saya sedar komunikasi adalah perkara yang penting, apabila seorang pelajar
menghadapi sebarang masalah.
Jika tidak dikongsi bersama orang orang terdekat atau golongan yang lebih
professional, masalah dan beban tersebut bakal disalurkan ke saluran yang salah.
Sebagai contoh, mereka mungkin akan mencari alternatif yang lebih liar untuk
menyelesaikan masalah mereka. Malahan, tekanan yang dialami oleh pelajar
mampu menjejaskan kesihatan.
Jangan segan atau takut berbincang dengan ibubapa. Mereka adalah orang yang
terdekat dan paling patut disayangi. Jika anda benar-benar menghormati mereka,
mereka patut diberi keutamaan dalam mendengar masalah anda.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
22/27
Ibu bapalah yang akan paling banyak membantu anda untuk anda menyelesaikan
masalah. Kasih sayang mereka tidak ternilai, mereka sanggup menerima dan
memaafkan kita walaupun kita berlaku kejam kepada mereka.
Itulah hebatnya ibubapa (saya menyedarinya dalam 4 tahun ini). Mak dan abah
saya tidak pernah mengungkit kisah lama kerana mereka tahu ianya akan
menyedihkan saya.
4 tahun ini banyak mengajar saya pengalaman tidak ternilai. Buat semua kawan-
kawan pelajar, jadikannya sebagai pengajaran.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
23/27
PENGENALAN RUJUKAN LENGKAP
INFORMASI KERJAYA LEPASAN SPM
Buat pengetahuan anda, cikgu akan menyediakan sebuah ebook LENGKAP Rujukan
Informasi Kerjaya Lepasan SPM pada 27 Februari 2012 yang akan datang. Oleh itu,
cikgu berharap anda akan dapat mengetahui sedikit sebanyak apa yang akan cikgu
dedahkan pada 27 Februari 2012 ini nanti.
Yelah, memilih program pengajian serta institusi pengajian tinggi adalah keputusan
paling utama bagi setiap pelajar setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Malah individu yang telah bekerja dan ingin meningkatkan taraf kelayakan juga
turut memohon ke institusi pengajian tinggi mengikuti program-program di
peringkat diploma,ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan Phd.
Sesungguhnya peluang pembelajaran peringkat tinggi di negara kita amat luas
merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta.Langkah ini selaras dengan
usaha menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Hampir setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan program-
program pengajian yang dinamik serta mengikut peredaran masa dalam memenuhi
cabaran di alaf baru.
Panduan serta maklumat yang berguna dalam ebook ini mudah-mudahan akan
membantu anda semua dalam membuat pemilihan tentang kursus dan institusi yang
sesuai dengan anda.
Anda juga akan didedahkan dengan bagaimana cara untuk mengisi borang
permohonan untuk setiap pengajian yang anda pohon.Sesungguhnya begitu banyak
peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan.
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
24/27
Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai pusat ilmu
terutama sains dan teknologi tinggi yang terulung di rantau ini. Kelak akan
melahirkan lebih ramai lagi tenaga pekerja mahir sejajar dengan kepesatan
perkembangan dalam industri IT, ekonomi, perubatan, sosial dan juga
kejuruteraan.
Penerbitan ebook Rujukan Lengkap Informasi Kerjaya Lepasan SPM ini akan dapat
membantu pelajar lepasan SPM 2011, ibu bapa dan guru terutama yang sedang
menunggu keputusan peperiksaan bagi mendapat gambaran awal tentang institusi
serta program yang ditawarkan.
Perancangan yang teliti penting sebelum anda membuat keputusan memilih mana-
mana program pengajian serta institusi.
Nantikan kemunculannya pada 27 FEBRUARI 2012. Sekian,Terima
Kasih..
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh ( Cikgu Loh ) ( 013-3262125)
Emailkan Soalan kerjaya ke Email: [email protected]
Layari pada FEBRUARI 2012 Nanti: www.LepasanSPM.com
Temui Cikgu di FB: www.Facebook.com/panduanselepasSPM
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
25/27
[IKLAN ]
Layari : http://www.addmathtambahan.biz/
Skor A untuk Maths & Add Maths semasa SPM anda nanti! "Learn Solution Methods"
Ianya mudah difahami, lengkap dan tepat !
Layari www.LepasanSPM.com Untuk Makluman Lanjut Dan Cikgu Loh Akan Bantu
Anda!
Klik Untuk Menjana Pendapatan Menerusi Pendidikan:
-->https://www.facebook.com/UsahawanScoreA12
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
26/27
Lubuk jersi Bola Murah. Jom Layari:
http://www.facebook.com/kedaijersibolaku?sk=wall . Dapatkan jersi-jersi murah
di sini!
Blog Yang Santai Untuk Makluman Anda! Jom Layarinya Untuk Hilangkan Stress Dan
Menggembirakan Hati Anda!
-->http://www.jomsantai.com/ http://www.pakarbuatblog.com/
-
7/31/2019 Tips Pemilihan Kerjaya Selepas Spm
27/27
-->www.kerjakosongkerajaan.org