tl1
DESCRIPTION
kkTRANSCRIPT
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA KESIHATAN
TAHUN 4
TAJUK KLINIK 1 MALAYSIA
MASA 9.30 – 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN 3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek
ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:i. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan,
tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat dengan betul, kemas dan tepat.
AKTIVITI
1. Murid membaca senyap petikan “Klinik 1 Malaysia”.
2. Guru meminta murid menulis perkataan berimbuhan yang disebut. Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan.
3. Guru menyebut 3 ayat dan murid menulis ayat tersebut. Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan dan tanda baca.
4. Murid menulis semula petikan yang telah diedit kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat yang diberi oleh guru.
Pemulihan1.Murid mengedit perkataan yang terdapat kesalahan imbuhan yang diberikan oleh guru.
Pengayaan 1.Murid mengedit dan memurnikan semula beberapa petikan yang diberi secara berpasangan.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Pendidikan KesihatanNilai : MenghargaiEMK : KeusahawananKB : , Mengecam
BAHAN BANTU BELAJAR LCD,, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat dengan betul, kemas dan tepat.
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM
REFLEKSI30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.
Baca petikan di bawah.Klinik 1 Malaysia
Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumah pangsa Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM
Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar tanggungjawab kerajaan
kepada golongan marhain.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1 Malaysia, Dr. Chandra
Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia akan
beroperasi setiap hari bermula dari pukul 10.00 pagi hinggga 10.00 malam dengan dikendalikan
oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan (MA) dan jururawat
terlatih yang berpandukan tatacara yang tertentu. Kerajaan secara automatik membenarkan
Penolong Pegawai Perubatan (MA) memberikan pra rawatan secara formal dan ubat bagi sakit
yang ringan seperti antibiotik, Antara sakit yang dirawat ialah demam, batuk dan menjalani
pemeriksaan darah serta tahap kandungan gula. Akta Perubatan 1971 membenarkan jururawat
dan Pembantu Hospital menjalankan prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik.
Kata imbuhan .
1. Dilancarkan. 2. Perasmian.3. Beroperasi.4. Dikendalikan.5. Paramedik.6. Antibiotik
Tiga ayat.1. Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumah pangsa Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur
2. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1 Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1 Malaysia.
3. Akta Perubatan 1971 membenarkan jururawat dan Pembantu Hospital menjalankan
prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik.
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM
Menulis semula petikan dengan ejaan,tanda baca,penggunaan kata,imbuhan dan struktur ayat yang betul.
ketua pegawai eksekutif gabungan persatuanpengguna malaysia mohd yusof abdul rahman
berpendapatan klinik 1 malaysia wajar amat bagi tujuan menjagaan kesihatan golongan marhain
yang tinggal di luar bandar hal ini selaras dengan konsep klinik 1 malaysia yang diperkenal dan
dilaksana oleh kerajaan yang bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti
dengan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan perkhidmatan kesihatan ini disediakan oleh
paramedik yang bertatasusila dan diberi autonomi merawat penyakit ringan klinik ini akan
dipantau oleh jabatan kesihatan bagi memastikan perkhidmatan yang efisyen dan bekal ubat yang
mencukupi serta kemudahan infrastruktur yang lengkap Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan
penolong pegawai perubatan akan rujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.
JawapanKetua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul
Rahman berpendapat Klinik 1 Malaysia amat wajar bagi tujuan penjagaan kesihatan golongan
marhain yang tinggal di luar bandar. Hal ini selaras dengan konsep Klinik 1 Malaysia yang
diperkenal dan dilaksanakan oleh kerajaan yang bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan
yang berkualiti dengan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Perkhidmatan kesihatan ini
disediakan oleh paramedik yang bertatasusila dan diberi autonomi merawat penyakit ringan.
Klinik ini akan dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan perkhidmatan yang efisyen dan
bekalan ubat yang mencukupi serta kemudahan infrastruktur yang lengkap. Kes-kes yang di luar
bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital
berdekatan.
Pengayaan
Mengedit petikan
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1 Malaysia, Dr. Chandra
Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia akan
beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dan masa perkhidmatan adalah dari pukul 10.00 pagi
hinggga 10.00 malam dengan dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM
Penolong Pegawai Perubatan (MA) dan jururawat terlatih. Kerajaan membenarkan Penolong
Pegawai Perubatan (MA) memberikan prarawatan dan ubat bagi sakit yang ringan antaranya
ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah serta tahap kandungan gula. Akta
Perubatan 1971 membenarkan jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan (MA) menjalankan
prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar
kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di tempat
kerja.. -
PemulihanMengedit ejaan
1. Perkhidmiton2. Kompulin3. Malesia4.Jurulawat5.Pemeroksaan.
Instrumen Pentaksiran Standard PrestasiBahasa Malaysia Tahun 4
Pernyataan Standard T1- Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat
Aktiviti PentaksiranLangkah Pentaksiran:
Aktiviti 1 Guru meminta murid menulis perkataan imbuhan yang disebut. Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan.
Aktiviti 2 Guru menyebut 3 ayat dan murid menulis ayat tersebut. Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan dan tanda baca.
Aktiviti 3 Murid menulis semula petikan yang terdapat kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur ayat diberi oleh guru. Murid menyemak dan mengedit swrta memurnikan hasil penulisan itu berdasarkan jawapan yang
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM
dipamerkan.
Bahan:Aktiviti 1-LCDAktiviti 2-LCDAktiviti 3-Lembaran kerja
Kemas kini 8 APRIL 2013-UBM&KM