tmk

4
SME6054 INTEGRATING INFORMATION AND COMUNICATION TECHNOLOGY IN MATHEMATICS CLASSROOM TUGASAN 1 : DEVELOPMENT OF ICT AND ITS IMPACT ON MATHEMATICS TEACHING AND LEARNING IN SECONDARY SCHOOL CURRICULUM, CAI, CAL, TECHNOLOGY TOOLS, MATHEMATICS SOFTWARE DISEDIAKAN OLEH : NAMA NOMBOR MATRIK LEE CHE LEONG M20151000720 KUMPULAN : B PERMARKAHAN

Upload: rinson-lee

Post on 21-Mar-2017

65 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TMK

SME6054INTEGRATING INFORMATION AND COMUNICATION

TECHNOLOGY IN MATHEMATICS CLASSROOM

TUGASAN 1 :

DEVELOPMENT OF ICT AND ITS IMPACT ON MATHEMATICS TEACHING

AND LEARNING IN SECONDARY SCHOOL CURRICULUM, CAI, CAL,

TECHNOLOGY TOOLS, MATHEMATICS SOFTWARE

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NOMBOR MATRIK

LEE CHE LEONG M20151000720

KUMPULAN : B

PENSYARAH : DR. RAJA LAILATUL ZURAIDA RAJA MA’AMOR SHAH

PERMARKAHAN

Page 2: TMK

Impak Teknologi Maklumat dan Komunikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam matematik

kurikulum sekolah menengah

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pengajaran matematik membawa

banyak kebaikan kepada pelajar. TMK dapat meransang perasaan ingin tahu para pelajar dan menarik minat mereka

kerana pembelajaran dan pengajaran yang mempunyai grafik, gambar, animasi dan bunyi. Hal ini dapat meningkatkan

keputusan dan prestasi dalam ujian dan peperiksaan di sekolah. Penggunaan TMK juga menjimatkan kos dan masa kerana

pelajar tidak perlu membeli bahan-bahan rujukan dan mencari bahan-bahan rujukan di tempat jauh. Selain itu,

penggunaan TMK juga membina atau membangunkan strategik penyelesaian masalah dalam matematik. Begitu juga

kecekapan pelajar dalam PdP dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pelajar boleh membentuk konsep dengan

adanya model dan gambar yang terdapat dalam komputer.

Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan

dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Penggunaan alat

TMK sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan

contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan

tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan

menarik serta mudah untuk di fahami. Di samping itu kesan penggunaan TMK ialah dapat menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya TMK guru

dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan

sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat

dalam TMK. Penggunaan alat TMK guru-guru dapat berkongsi maklumat-maklumat melalui internet. Contohnya, jika

seseorang guru menghadapi masalah dalam PdP, guru berkenaan boleh saling bertukar pendapat dengan guru-guru di

sekolah lain. Kesimpulannya, Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salahsatu inisiatif

yang terbaik dalam memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Oleh itu, pelbagai

penambahbaikan perlu dijalankan terhadap sekolah, guru dan murid. Sebagai contoh, kementerian perlu menganjurkan

kursus yang lengkap kepada guru-guru tentang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah juga

perlu menyediakan prasarana dan bahan sokongan yang lengkap untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam

kalangan guru. Namun begitu, TMK tidak boleh menggantikan tugas hakiki guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

Penggunaan TMK hanyalah merupakan satu alat yang boleh membantu guru memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 3: TMK

RUJUKAN

Laman Web Rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan

Teaching Mathematics with TMK, Adrian Oldknow

Portal Rasmi KPM

http://www.inspiration.com/

http://www.aplusmath.com/

http://www.coolmath4kids.com/

https://en.wikipedia.org/wiki/Mathematical_software

https://plus.google.com/118259192484136137555/posts/L2xnWyx8jqT

https://www.lancsngfl.ac.uk/secondary/math/download/file/PDF/ma_integrate_TMK033203.pdf

http://www.teach-TMK.com/glossary/C/computer_aided_learning.htm

https://www.slideshare.net/MandeepGill1/cai-cal

www.yourdTMKionary.com/technology

https://www.ics.uci.edu/~eppstein/junkyard/software.html