tmk(bmm)

9
Sejauh manakah kesediaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) guru- guru bahasa melayu dalam pengajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar di Malaysia.

Upload: syahrin-nadzif

Post on 15-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TMK

TRANSCRIPT

Page 1: TMK(BMM)

Sejauh manakah kesediaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) guru-guru

bahasa melayu dalam pengajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar di

Malaysia.

Page 2: TMK(BMM)

 meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers 1980, Kulik dan Cohen 1980, Fisher 1983, Norhanim Hamdan 1994, Afendi Hamat 1995, Zubaidah Zakaria 1996, Hazline Mahmood 1998, Zuwati Hasim 1998),

meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),

meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan Sprechers 1980, Kulik, Kulik, dan Cohen 1980, McDougall 1975),

KAJIAN YANG DILAKSANAKAN BERKENAAN PENGGUNAAN TMK OLEH GURU DALAM SUBJEK BAHASA SECARA UMUM

Page 3: TMK(BMM)

meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),

 berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang lain dalam mata pelajaran bahasa (Edwards, Norton, Taylor, Dusseldrop, dan Weiss 1974, Fisher 1983, Supyan Hussin 1994, Ng dan Oliver 1987),

 berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer 1985, Supyan Hussin 1994, Zuwati Hasim 1998, Afendi Hamat 1995, Hazline Mahmood 1998).

Page 4: TMK(BMM)

FAEDAH(a) Kebebasan belajar Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri. Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada

hari ini. Pelajar dapat belajar berdikari.

(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.

(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif. Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan

dan pengeditan kandungan/maklumat kursus) Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi

mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video ataupun secara langsung

Page 5: TMK(BMM)

(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer. Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa

tekanan.

(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru. Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di

setiap kawasan.

(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang sibuk. Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu

rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus, terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.

Page 6: TMK(BMM)

(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur.

Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk satu mata kuliah) . proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan yang lain.

(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.

Dalam banyak kajian, komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang dipelajari.

(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.

Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi internet.

Page 7: TMK(BMM)

KEKANGAN(a) Kos permulaan (Start up cost) yang tinggi.

Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai perkakasan, perisian dan capaian kepada Internet. Buat masa ini kos kemudahan sebegini masih relatif tinggi. Keadaan ini tentunya tidak berlaku bagi negara-negara maju tetapi menjadi hambatan besar bagi negara-negara dunia ketiga.(Walau bagaimanapun, kos permulaan ini dianggap wajar dan berpatutan jika dilihat dalam jangka masa yang panjang).

(b) Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi kandungan pelajaran.

Pembelajaran berasaskan Web ini boleh melekakan pelajar yang kurang berdisiplin, dan mereka senang-senang sahaja menghabiskan waktu melayari laman Web ini.

Kaedah ini meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar, lantaran itu, hanya pelajar yang benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui e-pendidikan.

(c) Kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus.

Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaran-pembelajaran bahasa. berbanding dengan bidang-bidang lain, perisian untuk pelajaran bahasa masih amat terhad (Jones 1987).

Page 8: TMK(BMM)

(d) Kursus yang ditawarkan terhad. Kursus tertentu tidak dapat ditawarkan, misalnya Kursus

Pengucapan Awam, kerana kebolehan lisan pelajar tidak dapat dinilai melainkan dengan adanya kemudahan tele-persidangan atau video-persidangan dan ini akan meningkatkan kos pengajaran dan pembelajaran.

(e) Masalah teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran. Kaedah ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. Oleh itu,

teknologi yang mesra pengguna amat penting dalam konteks e-pendidikan. Akan tetapi, tiada teknologi yang dapat dijamin 100% bebas daripada masalah teknikal.

Page 9: TMK(BMM)

(f) Kemahiran komputeran. Kedua-dua fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas

perkakasan dan perisian komputer sebagai prasyarat kejayaan program e-pendidikan.

(g) Kelengkapan fasilitator/pensyarah Keperluan untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik

dengan pengetahuan bahasa yang luas khususnya bahasa Melayu penting bagi seseorang fasilitator e-pendidikan bahasa Melayu. Guru yang mahir berkomunikasi, menganalisis dan mendiagnosis masalah berupaya membantu, menilai dan meningkatkan kemampuan dan prestasi pelajar.