‘together we make it happen’ - treasury.gov.my · edisi 2/2017 buletinict penyebar berita,...

8
EDISi 2/2017 www.treasury.gov.my Buletin ICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh : Muka Surat 3 10 Langkah Kesedaran Keselamatan Siber Artikel Penuh : Muka Surat 4 ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ BUSINESS RELATIONSHIP MANAGER (BRM) & BUSINESS RELATIONSHIP LIAISON (BRL) Analitis Dataraya Artikel Penuh : Muka Surat 5 PENAUNG Cik Tan Siew Mooi PENASIHAT Pn. Norazah bt Ab Latif En. Hasri b Ibrahim SIDANG EDITOR Pn. Azlina bt Muhd Yassin (K) Pn. Norihan bt Muhammad Pn. Rohani bt Omar Pn. Hazmi Rohaini bt Makhtar SUMBANGAN BAHAN En. Azmi b Bardar Pn. Norul Hidayah bt Ibrahim Pn. Nor Kamilah bt Nasrir Pn. Rohani bt Omar Pn. Robina Hassan REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN) Persiaran INSPEN, 43000 Kajang, Selangor Artikel Penuh : Muka Surat 2 Business Relationship Manager (BRM) yang diperkenalkan semasa pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) Perbendaharaan pada tahun 2014 merupakan pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) yang bekerjasama dengan Business Relationship Liaison (BRL) yang dilantik di Bahagian-bahagian. Di antara peranan BRM yang penting adalah bagi mengenal pasti dan memahami keperluan bisnes setiap Bahagian di Perbendaharaan.

Upload: dinhkiet

Post on 15-Sep-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

EDISi 2/2017www.treasury.gov.my

BuletinICTPENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN

Meja Bantuan ICTArtikel Penuh : Muka Surat 3

10 Langkah KesedaranKeselamatan Siber

Artikel Penuh : Muka Surat 4

‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’BUSINESS RELATIONSHIP MANAGER (BRM) &

BUSINESS RELATIONSHIP LIAISON (BRL)

AnalitisDataraya

Artikel Penuh : Muka Surat 5

PENAUNG Cik Tan Siew Mooi

PENASIHATPn. Norazah bt Ab LatifEn. Hasri b Ibrahim

SIDANG EDITORPn. Azlina bt Muhd Yassin (K)Pn. Norihan bt MuhammadPn. Rohani bt OmarPn. Hazmi Rohaini bt Makhtar

SUMBANGAN BAHANEn. Azmi b BardarPn. Norul Hidayah bt IbrahimPn. Nor Kamilah bt NasrirPn. Rohani bt OmarPn. Robina Hassan

REKA BENTUKEn. Saidi b Murtada

EDARANEn. Asahar b Ahmat

DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my

DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN)

Persiaran INSPEN, 43000 Kajang, Selangor

Artikel Penuh : Muka Surat 2

Business Relationship Manager (BRM) yang diperkenalkan semasa pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) Perbendaharaan pada tahun 2014 merupakan pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) yang bekerjasama dengan Business Relationship Liaison (BRL) yang dilantik di Bahagian-bahagian. Di antara peranan BRM yang penting adalah bagi mengenal pasti dan memahami keperluan bisnes setiap Bahagian di Perbendaharaan.

Page 2: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

02 www.treasury.gov.my Oleh : NORUL HIDAYAH BINTI IBRAHIM

Buletin ICT EDISi 2/2017

Business Relationship Manager (BRM) yang diperkenalkan semasa pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) Perbendaharaan pada tahun 2014 merupakan pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) yang bekerjasama dengan Business Relationship Liaison (BRL) yang dilantik di bahagian-bahagian. Di antara peranan BRM yang penting adalah bagi mengenal pasti dan memahami keperluan bisnes setiap bahagian di Perbendaharaan.

Di samping Mesyuarat BRM-BRL yang dijadual diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun, kesinambungan kerjasama ini diteruskan melalui Sesi Libat Urus (Engagement) di antara BTM dan Bahagian-bahagian di Perbendaharaan.

‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’

Sesi Libat Urus ini membawa aspirasi yang bertujuan untuk:

• Memberi kefahaman yang lebih jelas kepada Bahagian-bahagian di Perbendaharaan berhubung EA Perbendaharaan;

• Berkongsi status pelaksanaan EA Perbendaharaan;

• Memaklumkan pengemaskinian yang dibuat pada EA Perbendaharaan daripada semasa ke semasa;

• Mendapatkan komitmen Bahagian dalam pelaksanaan projek ICT; dan

• Memperkasakan peranan dan tanggungjawab tadbir urus EA Perbendaharaan.

Sehingga kini, BTM telah menjalankan Sesi Libat Urus dengan lima (5) Bahagian iaitu:

i. Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan;

ii. Bahagian Pengurusan Aset Awam;iii. Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan;iv. Bahagian Pengurusan Strategik Badan

Berkanun; dan v. Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit.

Ia merupakan satu sesi berterusan di antara BTM dan Bahagian-bahagian di Perbendaharaan bagi memastikan EA yang dilaksanakan beroleh kejayaan selaras dengan visi, misi dan transformasi Perbendaharaan. Selain dapat mengukuhkan kerjasama di antara Bahagian, ia juga dapat memudahcara keperluan Bahagian melalui BRM di BTM dan BRL di Bahagian.

Sesi ini merupakan platform yang disediakan oleh BTM kepada Bahagian-bahagian di Perbendaharaan selain Mesyuarat BRM-BRL bagi memberi kemudahan kepada Bahagian menyalurkan keperluan semasa kepada BTM. Secara tidak langsung, ia membuka ruang kepada Bahagian-bahagian untuk mengemukakan cadangan bagi tempoh EA yang telah ditetapkan. Keperluan baharu dan cadangan inisiatif ini akan dikaji oleh BTM terlebih dahulu sebelum dibawa ke

Mesyuarat Treasury Enterprise Architecture Committee (TEAC) untuk kelulusan. Mesyuarat TEAC diadakan secara berkala sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Hashmuddin Bin Mohammad (TKSP(M)).

BUSINESS RELATIONSHIP MANAGER (BRM) BUSINESS RELATIONSHIP LIAISON (BRL)&

ENTERPRISE ARCHITECTURE

Page 3: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

Buletin ICT EDISi 2/2017 03www.treasury.gov.myOleh : NOR KAMILAH BINTI NASRIR

Meja Bantuan ICT Perbendaharaan (Treasury ICT Helpdesk) merupakan medium untuk menerima, merekod, menganalisa, mengagih dan memantau

aduan pengguna berkaitan kemudahan ICT di Perbendaharaan.

MEJA BANTUAN ICT (HELPDESK ICT) PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Prosedur Pengoperasian Meja Bantuan ICT Perbendaharaan telah diwujudkan bertujuan untuk:

» Memastikan pengoperasian Meja Bantuan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dan,

» Mewujudkan keseragaman proses kerja dalam pengendalian aduan dari mula aduan diterima sehingga masalah tersebut berjaya diselesaikan dan ditutup.

SERVICE LEVEL AGREEMENT (SLA) BAGIMEJA BANTUAN ICT PERBENDAHARAAN

Aduan Pengguna Kemudahan ICT Penggguna Saluran Aduan

Perkara atau masalah berkaitan dengan kemudahan ICT yang diadukan kepada Meja Bantuan ICT Perbendaharaan.

Komputer, komputer riba, pencetak, pengimbas, tablet, projektor LCD, rangkaian, sistem aplikasi dan sistem e-mel.

Semua kakitangan Perbendaharaan Malaysia yang telah dibekalkan dengan kemudahan ICT.

• TalianMejaBantuanICTdi03-8882 4444

[email protected]

•BersemukadiAras7,BlokSelatan,BTM

Kategori Masalah/ Keutamaan

Keterangan Masa Tindak Balas Masa Resolusi

Kritikal Masalah perkakasan menyebabkan operasi harian pengguna terhenti.

2 Jam

5 JamPenggantian sementara diberikan jika masalah teknikal tidak dapat diselesaikan dalam tempoh maksimum 5 jam.

Sederhana Masalah perkakasan perlu diselesaikan tetapi tidak menyebabkan operasi harian pengguna terganggu.

1 Hari

Rendah Masalah perkakasan yang tidak memberi kesan kepada operasi pengguna.

2 Hari

Page 4: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

04 www.treasury.gov.myBuletin ICT EDISi 2/2017

10 langkah mudahK E S E D A R A N K E S E L A M ATA N S I B E R

SUMBER: BUKU 10 LANGKAH MUDAH KESEDARANKESELAMATAN SIBER, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

• Gunakan kata laluan yang kreatif (gabungan huruf,

nombor dan simbol).• Elakkan dari mendedahkan kata laluan kepada orang lain.• Sentiasa tukar kata laluan secara berkala dan elakkan

daripada menggunakan kata laluan yang sama (berulang).

• Sulitkan (encrypt) penghantaran dokumen rasmi Kerajaan dengan kata laluan.

• Elakkan menghantar kata laluan bersama- sama dengan dokumen rasmi Kerajaan.

• Jangan benarkan individu lain menggunakan identiti dan

kata laluan akaun e-mel anda dan media sosial anda.• Elakkan daripada melayari laman web dan blog yang

berunsurlucah,fitnah,hasutan,skimcepatkayadanideologi keganasan.

• Jangan mudah terpedaya dengan tawaran atau maklumat daripada individu yang tidak dikenali yang menghubungi anda melalui e-mel atau media sosial.

tujuan peribadi semasa waktu pejabat.• Berhati-hati menggunakan media sosial untuk tujuan

peribadi supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi.

• Elakkan daripada membuat sebarang komen mengenai isu-isu yang meibatkan agensi / organisasi atau yang berbentuk serangan peribadi.

• Pastikan perkongsian dan penggunaan maklumat yang berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak yang berkenaan.

• Elakkandaripadamenggunakanwi-fiumumyangtidakdiketahui tahap keselamatannya untuk melaksanakan kerja-kerja rasmi.

• Kenalpasti rakan media sosial anda.

• Lengkapkan komputer dan gajet dengan perisian

keselamatan (seperti anti-virus dan anti-spyware) terkini.• Elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan

yang telah tamat tempoh.• Gunakan perisian tulen.

• Elakkan daripada memuat naik dokumen rasmi Kerajaan

dalam public cloud.• Sentiasa imbas peranti storan sebelum menggunakannya.• Sentiasa sediakan salinan pendua (back up) maklumat

digital secara berkala.• Elakkan daripada meninggalkan komputer dan gajet

tanpa sebarang pengawasan.• PutuskansambunganInternetatauwi-fisekiranyatidak

menggunakannya lagi.• Pastikan meja kerja dikemas dan semua maklumat rasmi

(termasuk yang berada di dalam peranti storan) disimpan di tempat yang selamat dan berkunci.

• Elakkandaripadaterusmempercayaikandunganlamanweb,blogdane-melyangdiraguiataudaripadaorangyangtidakdikenali.

• Semakdanrujukkepadasumberyangsahih.

• Janganklikpadae-mel,pautanataulampiranyangmencurigakan(termasukdariorangyangtidakdikenali).Padamkane-meltersebut.

• Pekadenganancamantrendsiberterkini.• Peka,fahamidanwaspadamengenaikesan-kesannegatif

akibatpenyalahgunaanInternet.

• Pastikanalamate-meldankatalaluanrasmitidakdigunakandalamakaunperibadimediasosial.

• Keluar(log out)daripadaakaunmediasosialapabilatidakdigunakanlagi.

• ElakkandaripadaberkongsimaklumatperibadidanmaklumatberkaitantugasrasmidiInternetdanmediasosial.

• Elakkandaripadamemuatturunaplikasiyangtidakdiketahuitahapkeselamatannya.

• Elakkandaripadamenggunakanmediasosialuntuk

• Laporkansebaranginsidenkebocoranmaklumatkepadapihakberkaitan.

• LaporkandengansegerakehilangansebarangasetICTKerajaan(sepertiperantistoran,komputerribadankomputer).

• Laporkane-melataupautanyangmencurigakanataudariorangyangtidakdikenalikepadaBahagianTeknologiMaklumat.

• LaporkankepadapihakberkuasasekiranyaberlakusebaranginsidenjenayahsibersepertipenipuanInternet.

• Ketahuidanpatuhipolisi,arahan,peraturan,garispanduandanpekelilingberkaitankeselamatansiberyangdikeluarkanolehagensi/organisasiandadanKerajaan.

01. GUNAKAN KATA LALUAN

06. WASPADA JENAYAH SIBER

04. ELAKKAN TERPEDAYA

07. FIKIR SEBELUM KLIK

09. AMBIL TAHU

05. BERETIKA MENGGUNAKAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL

08. LAPORKAN

10. PATUHI

02. KEMASKINI PERISIAN KESELAMATAN

03. SIMPAN DAN LINDUNGI MAKLUMAT

Page 5: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

Buletin ICT EDISi 2/2017 05www.treasury.gov.myOleh : AZMI BIN BADAR

Perkembangan teknologi maklumat yang pantas sudah tentunya membuka ruang dan peluang kepada rakyat untuk menyampaikan pandangan dan idea kepada kerajaan dengan mudah. Kerajaan sentiasa telus dan terbuka untuk menerima pandangan dan komen daripada masyarakat.

Kini, elemen-elemen untuk melahirkan pandangan, idea, aduan, keluhan dan kritikan banyak disalurkan melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog, Portal dan News. Tidak sekadar itu, saluran ini dijadikan sebagai medan untuk rakyat melampiaskan rasa kemarahan terhadap beberapa isu. Justeru, suara-suara rakyat ini seharusnya dianalisis dalam bentuk visual data yang mudah difahami. Analisis data ini dapat membantu kerajaan mengurus dan memberikan maklumat yang lebih tepat serta memperbaiki dasar dan polisi yang ingin dilaksanakan pada masa kini dan akan datang.

Justeru itu, Bahagian Strategik Korporat dan Komunikasi (BSKK) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah memilih isu sentimen di dalam media sosial berkaitan MOF untuk dianalisis melalui peluasan projek Data Raya Sektor Awam (DRSA) yang bermula pada 23 November 2016. Analisis data ini adalah untuk mengetahui persepsi, pandangan, pendapat dan maklum balas rakyat berkaitan dasar, polisi, inisiatif, aktiviti dan program yang dilaksanakan MOF.

Proses yang dijalankan untuk menganalisis data ialah:

» Perolehan Data » Pembersihan Data » Penerokaan Data » Analisis Data Sentimen » Visual Data

Mengumpul data dari pelbagai sumber terbuka seperti Facebook, Twitter, Blog, Portal dan News. Satu bentuk ontologi pengelasan data ditentukan sebelum data diperolehi. Ontologi pengelasan data adalah faktor penting untuk menghasilkan bentuk (pattern) analisis data. Pengaturcaraan R telah digunakan untuk tujuan perolehan data ini. Di samping itu teknologi Meltwater juga membantu untuk mempelbagaikan koleksi data yang dikumpul.

Aktiviti pembersihan akan menghasilkan data dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami dan akan diklasifikasikan mengikut ontologi pengelasan yang diperlukan.

Penerokaan data merupakan aktiviti yang dilaksanakan untuk mewujudkan senarai data dalam bentuk yang diperlukan oleh pengguna. Bentuk data adalah bergantung kepada hasil pengumpulan data. Senarai data ini kemudiannya akan diplotkan dalam bentuk visual yang mudah difahami.

ANALITIS DATA RAYA : SENTIMEN TERHADAP MOF DALAM MEDIA SOSIAL

A) Perolehan Data

B) Pembersihan Data

C) Penerokaan Data

Page 6: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

06 www.treasury.gov.my Oleh : AZMI BIN BARDAR

Buletin ICT EDISi 2/2017

Analisis data sentimen adalah aktiviti untuk menilai mengenai sikap dan emosi yang mengandungi elemen-elemen positif atau negatif pada teks. Elemen-elemen ini diukur berdasarkan kepada maksud perkataan-perkatan yang terkandung di dalam teks tersebut.

Visual data adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memahami analisis data dan kepentingannya. Ia dipaparkan dalam bentuk dashboard bagi membantu pengguna untuk membuat keputusan.

D) Analisis Data Sentimen E) Visual Data

Page 7: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

Buletin ICT EDISi 2/2017 07www.treasury.gov.myOleh : ROHANI BINTI OMAR

Kumpulan Kluster Bahagian (Wakil BTM Ditempatkan Di Setiap Kluster)

1

• Fiscal&Economy(includeDebt)&International

• Revenue(Tax)• Expenditure(Budget)

i. Pejabat Belanjawan Negaraii. Bahagian Fiskal dan Ekonomiiii. Bahagian Cukai iv. Bahagian Antarabangsa

2 Market&Investmentsi. Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanunii. Bahagian Pelaburan Strategik iii. Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan

3 Procurement&AssetManagement

i. Bahagian Perolehan Kerajaan ii. Bahagian Pengurusan Aset Awamiii. Perbendaharaan Malaysia Sabah iv. Perbendaharaan Malaysia Sarawak

4 StrategicReformManagement&CorporateServices

i. Unit Strategi Nasionalii. Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusaniii. Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi iv. Bahagian Undang-Undangv. Unit Audit Dalam Perbendaharaan

5 OtherDivisions

i. Tribunal Rayuan Kastamii. Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmataniii. Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapataniv. Pejabat Pendaftar Agensi Pelaburan Kredit v. Unit Integriti

BENGKEL PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) 2018-2020

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Enterprise Architecture (EA) pada 7 September 2017 bagi melihat pencapaian EA Perbendaharaan bagi tahun 2014 – 2017 dan membincangkan perancangan dan pelaksanaan EA Perbendaharaan bagi tahun 2018 – 2020.

Seramai 61 orang pegawai daripada bahagian-bahagian di Perbendaharaan termasuk Perbendaharaan Sabah dan Perbendaharaan Sarawak telah terlibat

di dalam pelaksanaan bengkel ini. Pegawai yang terlibat adalah terdiri dari Subject Matter Expert (SME) dan Business Relationship Liaison (BRL) dari

setiap Bahagian.

Sebanyak empat (4) kertas pembentangan telah disampaikan oleh BRM iaitu:

Hasil dari bengkel tersebut, cadangan insiatif bagi tahun 2018 – 2020 bagi setiap bahagian telah dikenalpasti. Persetujuan daripada Ketua Bahagian masing-masing diperolehi bagi memuktamadkan cadangan inisiatif ini. Inisiatif ini selanjutnya dibentangkan di mesyuarat Treasury Enterprise Architecture Committee (TEAC) untuk kelulusan sebelum pelaksanaan.

1. Pengenalan EA dan Arkitektur Semasa

2. Pencapaian EA Perbendaharaan 2014 - 2017

3. Cadangan Inisiatif Baharu EA Perbendaharaan 2018 - 2020

4. Target State EA Perbendaharaan 2018 - 2020

Perbincangan kumpulan dibahagikan kepada lima (5) kluster iaitu :

Page 8: ‘TOGETHER WE MAKE IT HAPPEN’ - treasury.gov.my · EDISi 2/2017 BuletinICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Meja Bantuan ICT Artikel Penuh

Buletin ICT EDISi 2/2017 08www.treasury.gov.myOleh : ROBINA BINTI HASSAN

SISTEM APLIKASIDI PERBENDAHARAAN MALAYSIA

60

03

02

Bahagian Cukai (BC)

Sektor Dasar Sektor PelaburanSektor Pengurusan Sektor Lain-lain

Bahagian Pengurusan Strategik (BPS)

Bahagian Pengurusan Aset (BPA)

SEC (GST), SMPC, e-PCCLMS

Pampasan, eKereta, SPLOWA, FLIM, SPPA

Bahagian Fiskal dan Ekonomi (BFE) Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (BSBB)

Pejabat Belanjawan Negara (PBN) Unit Audit Dalam Perbendaharaan (ADP)

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (BDSP) Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi (BSKK)

Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK) Bahagian Undang-Undang (BUU)

Perbendaharaan Sabah(PM Sabah)

Unit Strategi Nasional (USN)

Perbendaharaan Sarawak(PM Sarawak)

Tribunal Rayuan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (TRCBP)

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Tribunal Rayuan Kastam (TRK)

EIDS, EIM, Laman Khas BajetSBSys

MARRIS, MyResults, SPBiPPAD, MyAudit

DDMS 2.0, ILMU, Portal Psikologi, e-Selenggara, HRMIS, TRACE, MyCourse, SPSF, SKNP, ExGratia, e-Booking Portal 1PP, SMJM, SSJP

Portal MyProcurement, ePerolehan, ePerunding, eGPA, GPIS

eFiling (eCourts)

Portal PM SabahPortal NBOS, BAHTERA GEP

Portal PM Sarawak MyGST, Portal TRCBP

eDMS, Mobile Apps, Portal Latihan, PortalPerbendaharaan, SATUID, PROFIT, E-mel, SPAB, eDaftar, MyMesyuarat, SPP

My e-TRK, e-TRK

Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK)

Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (BSPK)

Laman Web PPK, eAPK GCIS

03

03

11

05

01

01

11

05

01

01

01

03

02

01

02

02

02