tokoh ushawan yang berjaya di malaysia tan sri mustapha kamal
DESCRIPTION
Latar belakang usahawan yang berjaya di malaysia. tan sri mustapha kamal.TRANSCRIPT
ASAS KEUSHAWANAN
TOKOH USHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA
TAN SRI MUSTAPHA KAMAL
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Latar Belakang Dan Pendidikan
Latar Belakang Perniagaan Dan Syarikat
Ciri-ciri Keushawanan
Halangan dan Cabaran
Faktor-Faktor Kejayaan
Anugerah
Pandangan Dan Mengapa Usahawan Ini Dianggap Berjaya
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
Pengenalan
Bidang perniagaan adalah bidang yang sangat mencabar.Ia melibatkan aktiviti-aktiviti
yang memerlukan sumber pengeluaran, pengurusan organisasi dan pengambilan risiko. Ianya
memerlukan iltizam dan daya juang yang tinggi.Oleh itu, untuk memastikan para usahawan
dapat bertahan dalam perniagaan, mereka haruslah mematuhi prinsip-prinsip kualiti.Prinsip-
prinsip kualiti hendaklah dipatuhi agar para usahawan ini mampu memenuhi bukan sahaja
standard pengguna dan rakyat terbanyak, malahan juga untuk mendapatkan rezeki yang halal.
Latar Belakang Dan Pendidikan
Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan
Sejarah. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah
memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor
sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan
Galian Selangor. Kemudian, beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai
Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
Masa peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran,
pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah
sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan
sendiri.Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.
Dengan berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta
pengalaman selama 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha
Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia
dan menentukan sendiri hala tuju operasi kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat,
pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada
kakitangannya.
Beliau juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan
antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation
Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan South-South Malaysia (MASSA)
dan Penyelaras Negara bagi Afrika.
Pada 15 Mac 2004, beliau telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung”
oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang
Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.
Latar Belakang Perniagaan Dan Syarikat
Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings
Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan pernah
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.
Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd.
yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang
mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food
Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27
Ogos 1999.
Pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam
Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review
Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana beliau bercadanguntuk menumpukan
perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.
Beliau berjaya membawa status MK Land selaku syarikat pengurusan Hartanah yg
berjaya membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat
perhatian kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan
komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MK Land juga terlibat dalam
industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi
Lagoon.
Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-
lifestyle township” yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat
MK Land. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10
orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.
Ciri-ciri Keushawanan
Beliau seorang yang bijak mencari peluang dan beroperasi melalui kuasa pasaran. Beliau
mendapati bahawa, faktor ekonomi pasaran dan teknologi akan mempengaruhi pembentukan
nilai dan kepercayaan individu maka kerajaan akan lebih terbuka. Beliau juga mendapati bahawa
peluang keusahawanan terhasil daripada interaksi positif antara individu dan persekitaran yang
sesuai dengan usahawan.Oleh itu, beliau mengesyorkan persekitaran ekonomi dan social
sepatutnya menyokong kepada inovasi, menggalakkan pengambilan risiko dan menyediakan
sumber untuk memajukan keusahawanan.Beliau beroperasi mengikut kuasa pasaran agar bidang
keusahawanan dapat diuruskan secara lebih efektif.
Beliau juga menghindari sikap tamak.Beliau menegaskan bahawa Islam tidak
menggalakkan sifat tamak dan sifat “mengutamakan kepentingan sendiri”.Beliau menegaskan
lagi bahawa seorang usahawan hendaklah mencari titik keseimbangan antara motif menjana
keuntungan individu dengan tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada masyarakat.Pegangan
menghindari sikap tamak adalah penting kerana fungsi usahawan bukan hanya untuk mengumpul
kekayaan, tetapi lebih penting lagi memberi khidmat kepada masyarakat.Usahawan bukannya
simbol kekayaan, tetapi mereka adalah pembahagian kekayaan negara yang merata sifatnya,
dapat dinikmati oleh semua kelompok masyarakat, termasuklah orang-orang miskin.
Beliau juga seorang yang pemurah.Selain menganggap perniagaan ini merupakan satu fardu
kifayah, beliau juga berasa bertanggungjawab membantu golongan yang kurang bernasib baik,
terutama mereka yang memerlukan rawatan kesihatan tetapi tidak mampu membiayai
perbelanjaan perubatan seperti pesakit buah pinggang.Setakat ini, Yayasan EMKAY telah
membuka tiga pusat hemodialisis di seluruh negara. Pusat pertama ialah Pusat Rawatan
Hemodialisis Wan Nong, di Batu Gajah, Perak yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM1.2
juta. Ia mula beroperasi pada tahun 2004. Seramai 36 pesakit telah menerima rawatan di pusat
tersebut. Pusat hemodialisis ketiga ialah di Alor Star, Kedah yang mula beroperasi pada Mac
tahun lepas melibatkan kos sebanyak RM1.4 juta. Seramai 26 pesakit telah menerima rawatan di
pusat tersebut.
“Inilah salah satu amal jariah saya kepada masyarakat. Ramai orang tidak tahu, saya bina pusat-
pusat hemodialisis itu, semata-mata mahu membantu pesakit buah pinggang kerana kos rawatan
sakit buah pinggang sangat mahal..”katanya.
Beliau juga adalah seorang yang mengamalkan sikap berdikari. Adalah menimbulkan
kebimbangan jika seorang usahawan mendapat projek atau kontrak segera kerana perolehan
secara mudah ini akan menjadikan usahawan tidak mahu berfikir, hilang semangat juang dan
tidak mahu berdikari. Seorang usahawan perlu belajar daripada usahawan cina yang mana
mereka berdikari dalam menjalankan perniagaan dan hasilnya mereka memiliki semangat juang
yang tinggi sehingga mampu bertahan dan kembali berkembang selepas krisis ekonomi.Ini
membuktikan bahawa usahawan mampu bertahan dalam perniagaan walaupun tidak mendapat
bantuan daripada kerajaan. Pengurangan pergantungan kepada kerajaan juga akan menyuburkan
ketelusan dalam mendapatkan peluang-peluang perniagaan. Ketelusan merupakan isu penting
kepada para usahawan kerana beliau mendapati bahawa ketelusan membantu dalam mencipta
persekitaran yang merangsang sifat keusahawanan kerana ketelusan akan mengurangkan
ketidakpastian dan memperteguhkan keupayaan seorang usahawan.
Halangan dan Cabaran
Ketika tamat pengajian di Universiti Malaya pada 1971, bidang hartanah tidak terlintas
dalam fikiran, sebaliknya seperti kebanyakan graduan Melayu lain, keutamaannya menjadi
pegawai kerajaan, naik pangkat dan bersara sebagai birokrat.
Semasa berusia 33 tahun, selepas berbincang dengan keluarga, Beliau meletak jawatan di
sebuah syarikat pemaju, ketika pangkatnya dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor itu di
tangga nombor satu.Dan mula menempuh cabaran menjadi seorang usahawan muda.
Nyata keputusannya tepat, syarikat yang diasaskannya mencapai kejayaan hebat apabila
satu demi satu projek hartanahnya mendapat sambutan hangat.
Selapas menyertai sektor awam selama tujuh tahun, beliau dilantik Menteri Besar Selangor
ketika itu, Datuk Hormat Rafie untuk menjadi pengurus besar syarikat pemaju hartanah, Shah
Alam Properties Sdn Bhd (SAP).
Bintangnya terus bersinar dan dinaikkan pangkat sebagai pengarah urusan syarikat
terbabit, milik penuh Kumpulan Perangsang yang menjadi sayap pelaburan kerajaan Selangor.
Ketika menerajui SAP, beliau belajar selok-belok sektor hartanah, berurusan dengan
perunding, kontraktor, subkontraktor, pembekal dan pemaju besar lain.SAP meraih keuntungan
besar dan ini melonjakkan lagi keinginan beliau untuk menjadi usahawan.
Dengan restu isteri, Puan Sri Wan Nong Wan Ibrahim serta keluarga, MK nekad
mengucapkan selamat tinggal kepada SAP, lalu memulakan bisnes sendiri melalui syarikat MK
Associates yang mula beroperasi pada 1983.
Satu demi satu projek hartanah dibangunkan syarikatnya (kemudian beroperasi atas nama
Emkay Group) dengan sebahagian besar kediaman mampu milik berjaya disiapkan, malah lebih
awal daripada jangkaan.
Bagaimanapun, ramai yang membuat tuduhan bahawa kejayaannya adalah kerana
hubungan baik dengan kerajaan Selangor, bukan berdasarkan konsep bisnes inovatif dan strategi
sempurna yang dirangka.
Reaksinya bagi tuduhan seperti itu, beliau memberi contoh pembangunan Bandar Baru
Sungai Buloh dimajukannya di kawasan yang pernah dilabel pusat pesakit kusta kedua terbesar
di dunia itu.
“Ia projek perumahan kos rendah di kawasan yang bermasalah. Ahli perniagaan yang
berhati-hati sudah tentu tidak berminat... bagaimana boleh dikatakan ia projek mewah untuk
kroni?,” katanya.
Faktor-Faktor Kejayaan
Beliau telah membahagikan MK Land Holdings kepada tiga syarikat (kumpulan
syarikat). Dari segi strateginya ialah jika berlaku sesuatu kepadanya dan perniagaannya, ia tidak
akan menjejaskan keluarga. Oleh sebab itu, beliau wujudkan tiga (kumpulan) syarikat supaya
jika berlaku sebarang perkara yang melibatkan perniagaannya ia tidak menjejaskan hal-hal
peribadi. Ini bermakna, sekiranya perniagaannya bankrap sekalipun, beliau masih boleh
meneruskan hidup dengan menggunakan kemahiran yang ada.“Maka, jika berlaku ribut atau
taufan, saya masih mempunyai punca pendapatan yang tetap. Saya tidak boleh menjejaskan masa
depan keluarga saya semata-mata disebabkan perniagaan saya tidak berjaya. Saya sedar dalam
perniagaan ada turun naik, maka atas dasar itu saya perlu membuat persediaan awal..”katanya.
Beliau bermula berniaga secara kecil- kecilan.Ini merupakan fasa pertama perjalanannya
dalam dunia perniagaan.Ketika itu beliau memberi tumpuan kepada projek pembinaan rumah-
rumah murah. “Oleh kerana sudah terlalu banyak rumah murah yang saya bina, sehingga orang
menggelar saya ‘Raja rumah murah’..”katanya. Selepas itu, beliau beralih melaksanakan projek
rumah sederhana dan mewah pula.Pada ketika usianya mencapai 50 tahun, perniagaannya telah
pun memasuki fasa kedua iaitu peringkat pengembangan.Selepas itu, perniagaan beliau sudah
memasuki fasa ketiga atau peringkat pengukuhan. Beliau akan memasuki fasa keempat iaitu
peringkat ‘penghijrahan’ selepas fasa ketiga selesai.
Pusat Rawatan Hemodialisis Felina di Banting, Selangor pula mula beroperasi pada
Januari, 2005 melibatkan kos RM1.3 juta. Sebanyak 42 pesakit telah mendapat manfaat dari
pusat tersebut.
Beliau mempunyai beberapa orang pekerja yang telah bekerja dengannya lebih 20
tahun.Sebagai contoh terdapat pegawai kanan syarikat yang setia bekerja dengan beliau
kemudiannya belaiu jadikan mereka sebagai rakan kongsinya bagi melaksanakan beberapa
projek syarikat.“Saya akan bertindak sebagai pelabur sahaja.Sebagai pelabur saya tidak perlu
lagi bertungkus-lumus bekerja. Sekiranya projek tersebut berjaya, pekerja terbabit akan
mendapat nikmatnya, saya pula akan menjadi lebih kaya, tetapi sekiranya projek tersebut gagal
mereka akan hilang peluang, saya pula akan mengalami kerugian, tetapi itulah risiko dalam
perniagaan..” katanya.
Anugerah
Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan
besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya,
Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu
Selangor, FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang
Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
(CIDB) Malaysia.
Selain itu, Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja
Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award
2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’.
Pandangan Dan Mengapa Usahawan Ini Dianggap Berjaya
Tokoh penting dalam sektor hartanah ini benar-benar seorang yang cukup tegas dan
berjiwa pendidik. Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada beliau, antara pengajaran yang
cukup penting ialah : kita sebenarnya selalu tersilap dalam membina soalan untuk diri kita
sendiri, atau dengan kata lain, kita sering bertanyakan soalan yang salah untuk diri kita. Dan
apabila kita bertanyakan soalan yang salah, maka sudah pasti jawapannya juga adalah
salah.Untuk menjadi orang yang berjaya, kita haruslah bertanya kepada diri kita melalui soalan-
soalan yang relevan dan mampu memberikan momentum untuk kita bertindak, dan bukan
soalan-soalan yang menyebabkan kita lebih menjadi pasif dan negatif.
”Untuk berjaya, kita harus membina pertanyaan-pertanyaan yang memberangsangkan diri
kita untuk bertindak dan bergerak ke hadapan. Amalkan soalan-soalan yang konkrit dan objektif,
agar otak dan minda kita berfungsi dengan lebih kemas dan matang..” katanya
Selain itu, beliau adalah seorang yang barani mengambil risiko.Selepas berbincang
dengan keluarganya, dia menetapkan minda dan sanggup meletakkan jawatantan untuk
menempuh cabaran menjadi usahawan muda.Beliau juga berani membangunan Bandar Baru
Sungai Buloh yang pernah dilabel pusat pesakit kusta kedua terbesar di dunia itu.
“Ia projek perumahan kos rendah di kawasan yang bermasalah. Ahli perniagaan yang berhati-
hati sudah tentu tidak berminat..” katanya.
Baginya, perniagaan yang diusahakannya berdasarkan pengalaman, minat dan common
sense itu bukan setakat membina rumah dan kemudian menunggu wang keuntungan mengalir
masuk.“Membina dan menjual rumah bukan semata-mata kejayaan dari segi kewangan, tetapi
lebih daripada itu... ia mengenai kepuasan peribadi,” katanya yang dikenali sebagai seorang yang
kuat bekerja dan amat mementingkan disiplin.
Beliau juga banyakmelibatkan diri dalam projek-projek besar.Projek perumahan
Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya.Projek itu, dengan
lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul
sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti
One Utama, IKEA, Tesco, IKANO, The Curve dan Cathay Cineleisure.
Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta,
projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak
iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.
Kesimpulan
Dunia perniagaan menghidangkan ruang yang mencabar hawa nafsu, kerana ia
melibatkan aktiviti yang menghimpunkan kekayaan dan peluang untuk menggunakan jalan
singkat sehingga menghalalkan segala kaedah seperti menipu dan merosakkan alam sekitar.Para
usahawan perlu memahami prinsip-prinsip keushawanan dan mengamalkannya dalam usaha
mereka mencapai kejayaan dalam perniagaan.Usahawan bukan hanya perlu bermotifkan
keuntungan dan kepuasan diri, tetapi lebih penting lagi mereka perlu mempunyai tanggungjawab
kepada penguna.Seorang usahawan tidak boleh hanya mengejar kekayaan, tetapi mereka juga
hendaklah memastikan kepentingan penguna terpelihara, tidak merosakkan alam sekitar, tidak
tamak, menjauhi rasuah dan bersikap amanah.
Rujukan
Internet:
http://kisahjutawan.blogspot.com/2009/02/jutawan-hartanah-tan-sri-mustapha-kamal.html
http://saifulamargroup.blogspot.com/2010/12/kisah-kejayaan-tan-sri-mustapha-kamal.html
http://www.mkland.com.my/corporate/webs/bod_details.php?id=1
http://muslimkaya.blogspot.com/2007/04/jutawan-muslim-mk-berhijrah-jadi.html
http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=321
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-245510.html
Buku:
Building Passion With Mustapha Kamal
Lampiran