tonggak dua belas

21
TONGGAK DUA BELAS Kerajaan Malaysia cuba menerapkan nilai nilai murni kepada pegawai pegawai awam agar mereka dapat memberi suatu perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada masyarakat. Dua belas nilai asas yang menjadi tonggak perkhidmatan awam merupakan gabungan pelbagai nilai murni yang boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Upload: nizam-zan

Post on 15-May-2015

5.066 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tonggak dua belas

TONGGAK DUA BELAS

• Kerajaan Malaysia cuba menerapkan nilai‑nilai murni kepada pegawai‑pegawai awam agar mereka dapat memberi suatu perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada masyarakat.

• Dua belas nilai asas yang menjadi tonggak perkhidmatan awam merupakan gabungan pelbagai nilai murni yang boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Page 2: Tonggak dua belas

1. MENGHARGAI MASA• Pepatah ada menyebut 'masa itu emas'. Ini

menggambarkan masa adalah sesuatu yang sangat bernilai dan perlu dijaga dengan baik.

• Menghargai masa bermakna memberi nilai yang sangat tinggi kepada masa. Setiap detik diambil kira.

• Orang yang menghargai masa akan merancang masa, menepati masa, menyegerakan tugas, bijak mengurus masa yang diberi, menumpukan masa kepada tugas‑tugas penting dan menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.

Page 3: Tonggak dua belas

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

• Tekun bererti rajin dan bersungguh‑sungguh, manakala kejayaan bererti hasil yang baik.

• Orang yang tekun akan sentiasa gigih, rajin dan berusaha, sabar menghadapi cabaran, sanggup berkorban dan bercita cita tinggi. Sebaliknya, orang yang tidak tekun akan cepat mengalah, tidak berdisiplin, mudah tersinggung, tidak bersemangat dan tidak bercita‑cita tinggi.

Page 4: Tonggak dua belas

3. KESERONOKAN BEKERJA

• Keseronokan bekerja ialah kesukaan dan kegembiraan menjalankan tugas. Orang yang seronok bekerja menjalankan tugasnya dengan riang, gembira dan ikhlas. Dia menganggap apa yang dibuatnya itu sebagai sesuatu yang menggembirakan, bukan membeban dan membosankan.

Page 5: Tonggak dua belas

3. KESERONOKAN BEKERJA

• Orang yang seronok bekerja juga menganggap tugas sebagai ibadah. Dia prihatin terhadap kerja, menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan bersedia memberi kerjasama.

• Dia tidak merasa berat, malas, bosan dan kecewa untuk melaksanakan tugas.

• Tidak wujud pada dirinya sifat‑sifat negatif seperti sanbil lewa, selalu menunggu arahan dan tidak suka menolong orang lain.

Page 6: Tonggak dua belas

4.KEMULIAAN KESEDERHANAAN

• Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan dalam semua perkara.

• Seseorang yang sederhana dalam hidup, tidak suka memboros dan membazirkan wang, tidak suka berlebihan dalam berpakaian, makan dan minum, berhati‑hati, dalam percakapan, perbuatan, pegaulan dan sebagainya.

Page 7: Tonggak dua belas

• Selalu berjimat cermat dalam semua hal, bermaruah dan berhemah tinggi, mesra dalam pergaulan, berlaku adil dalam semua tindakan dan suka merendah diri.

• Tidak menonjolkan dirinya secara berlebihan, tidak sombong dan meninggi diri, tidak membazir, tidak melampau dalam semua hal, tidak suka menyukarkan perkara yang mudah dan tidak berkelakuan mengada‑ngada

Page 8: Tonggak dua belas

5.KETINGGIAN PERIBADI

• Ketinggian peribadi ialah keluhuran dan keunggulan sifat diri yang merangkumi watak, gaya, sikap, perilaku dan seumpamanya.

• Orang yang tinggi peribadi bersikap ikhlas dan jujur, amanah dalam menjalankan tugas, berlaku adil dalam setiap tindakan, menjaga disiplin diri, bersikap sabar dan teguh dalam menghadapi cabaran dan sentiasa sedia untuk berbakti.

• Tidak bersikap sombong dan meninggi diri, tidak khianat, tidak berpura‑pura dalam semua tindakan dan tidak mementingkan diri sendiri.

Page 9: Tonggak dua belas

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

• Baik hati bermaksud pemurah, penyayang, pemaaf dan bertimbang rasa. Orang yang baik hati suka berbudi dan merendah diri, suka bekerjasama dan menolong, ikhlas serta bertimbang rasa dan boleh menerima teguran. Dia tidak berlaku kasar dan biadab, tidak bersifat sombong dan bongkak, tidak mementingkan diri dan tidak suka berdendam dan menghina.

Page 10: Tonggak dua belas

7. PENGARUH TELADAN

• Teladan ialah perbuatan yang menjadi contoh ikutan. Ia boleh berupa tingkah laku atau pertuturan.

• Teladan wujud dalam dua bentuk iaitu yang baik dan yang tidak baik. Orang yang baik suka meninggalkan teladan yang baik berupa amalan‑amalan positif iaitu sentiasa menjaga disiplin diri, amanah dan bertanggungjawab, rajin dan kuat bekerja, lebih mengutamakan kepentingan masyarakat dan sentiasa bekerjasama untuk kebaikan.

Page 11: Tonggak dua belas

• Pada masa yang sama dia menghindarkan dirinya daripada meninggalkan teladan buruk berupa amalan‑amalan negatif seperti tidak berdisiplin, hasad dengki dan buruk sangka, sensitif dan cepat marah, suka mengelak tanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Page 12: Tonggak dua belas

• Pengaruh teladan sangat besar. Teladan daripada. orang‑orang yang baik banyak membawa manfaat, manakala teladan daripada orang orang yang tidak baik membawa banyak mudarat. Dalam sebuah keluarga, bapa menjadi teladan kepada, anak. Kalau dia berperangai baik, anaknya akan turut berperangai baik. Dalam masyarakat, pemimpin menjadi teladan kepada pengikut. Kalau dia baik, pengikut pun baik.

Page 13: Tonggak dua belas

8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

• Tugas ialah sesuatu kerja yang perlu dilakukan. Orang yang sedar tentang kewajipan menjalankan tugas sentiasa prihatin terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, tekun dan sabar menjalankannya, selalu mementingkan kualitinya, sedar tentang akauntabiliti terhadapnya dan cekap, cermat serta cepat melaksanakannya.

• Dia tidak menyeleweng dan bersikap sambil lewa, tidak berulang kali membuat kesilapan, tidak suka bertangguh serta berdalih dan tidak pula suka memencilkan diri.

Page 14: Tonggak dua belas

• Tugas bukan sahaja penting kepada, diri seseorang tetapi juga kepada, masyarakat umum. Jika tugas tidak dilaksanakan, perjalanan masyarakat menjadi tidak lancar dan boleh mendatangkan kerugian. Oleh sebab itu, sesuatu tugas yang diamanahkan mesti diselesaikan dengan sempuma.

Page 15: Tonggak dua belas

9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

• Berhemat ialah berjimat cermat. Dilihat secara luas, ia membawa konotasi ketelitian. Ini bermakna berhemat bukan sahaja khusus dalam perbelanjaan, bahkan juga dalam pengurusan masa, pertuturan, perbuatan dan sebagainya.

• Oleh sebab berhemat selalunya membawa kesenangan dalam hidup, maka orang yang sedar tentang kebijaksanaan berhemat akan berhati‑hati dan teliti dalam sebarang tindakan, cermat dalam perbelanjaan, mengurus harta benda dengan baik dan pandai membezakan antara keperluan dengan kemewahan. Dia tidak akan tergesa‑gesa dan melulu dalam melakukan sesuatu, tidak suka boros serta membazir dan tidak suka bemewah‑mewah

Page 16: Tonggak dua belas

10. KEUTAMAAN KESABARAN

• Sabar bererti tenang dan tabah menghadapi sesuatu cabaran seperti kesusahan, penderitaan dan seumpamanya. Orang yang sabar dapat menahan emosinya, berfikir dengan waras, tidak cepat putus asa dan tidak terburu‑buru dalam sebarang tindakan.

• Orang yang mengutamakan kesabaran akan menghadapi segala masalah dengan tenang, menerima cabaran dengan tabah, tidak cepat berputus asa, berhemah tinggi dan berpandangan jauh.

Page 17: Tonggak dua belas

• Dia tidak takutkan cabaran, tidak mudah mengubah pendirian dan tidak cepat mengalah

• Kesabaran dalam menghadapi sesuatu masalah sangat penting kerana ia memberi peluang kepada seseorang untuk melihat keadaan dengan tenang, membuat perhitungan menyeluruh dan mencari jalan keluar dengan bijaksana.

Page 18: Tonggak dua belas

11. PENINGKATAN BAKAT

• Bakat ialah kebolehan semula jadi yang ada pada diri seseorang. Orang yang memberi perhatian kepada peningkatan bakat akan mengenal pasti kebolehan yang ada pada diri, menghargai dan memupuk bakat yang ada, menggalakkan percambahan fikiran dan berani mencuba idea‑idea baru.

• Dia tidak menyekat pemikiran baru, bahkan tidak pula merasa cukup dengan tahap pencapaian yang sedia ada.

Page 19: Tonggak dua belas

12. NIKMAT MENCIPTA• Mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru

dan bermanfaat adalah suatu kepuasan. Ia merupakan puncak kepada sesuatu usaha. Orang yang mengetahui tentang nikmat mencipta sentiasa mencari idea dan kaedah baru, bersifat dinamik, kreatif dan berani mencuba serta merasa puas dengan idea yang dimanfaatkan.

• Tidak takut kepada pernbaruan dan tidak takut gagal, apabila mencuba sesuatu idea. Seterusnya, dia tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada dan mahukan sesuatu yang lebih baik.

Page 20: Tonggak dua belas

KEPENTINGAN TONGGAK DUA BELAS

• Walaupun tonggak dua belas pada asalnya bertujuan membentuk pegawai awam yang berperibadi mulia, ia juga boleh dimanfaatkan oleh kelompok kelompok lain untuk membawa kebaikan terutamanya dari sudut ekonomi dan sosial.

• Dalam ekonomi orang yang mengamalkan semua nilai ini akan menjadi pekerja yang baik. Selaras dengan itu, hasil pekerjaannya adalah baik. Produktiviti yang tinggi boleh membawa kebaikan yang lebih banyak.

Page 21: Tonggak dua belas

• Dalam bidang sosial orang yang mengamalkan nilai‑nilai murni ini akan berbuat apa‑apa sahaja untuk kebaikan masyarakat. Misalnya, dalam mengatasi masalah keruntuhan moral muda mudi, dia akan sentiasa memberi contoh teladan yang baik, menunjukkan keperibadian yang tinggi dan sabar menghadapi segala kerenah. Dia tidak akan membiarkan keadaan menjadi lebih parah. Usahanya nanti akan menghasilkan sesuatu yang menguntungkan semua pihak.