topik 1 pengertian tamadun islam
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
~ TITAS ~
TOPIK 1 :PENGERTIAN TAMADUN
ISLAMAKALILI NABILA JASRI
SHAMMEY TEYNOOR SHAKILA AHMAD SHAH
ZELA ZULFIKARNORHIDAYU ROSMAN
PENGERTIAN TAMADUN
ZELA ZULFIKAR
Maddana – perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti
Madani – sifat sesuatu yang berkaitan satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti
Din – agama : menggambarkan kehidupan beragama
• PENGERTIAN LAIN
• TAMADUN
• THAQAFAH
• UMRAN• HADHA
RAH
• MADANIYAT
THAQAFAH
Kebudayaan
Kart Wittfogel (Approaches to Asian Civilization) : ciri kebudayaan secara
keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan
Arnold Toynbee (A Study of History) : sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota
MADANIYAT
Kota-kota
Profesor Madya Dr. Lutfi Ibrahim : kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di
dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi
hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan
bersumberkan wahyu
UMRAN
Terbitan dari perkataan ‘Amara :
kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya
dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar
dan binasa
HADARAH Ibnu Khaldun :
sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.
M.A.J Beg (The Image of Islamic Civilization)
menjelaskan bahawa hadharah dan umran mempunyai pengertian yang sama. Istilah umran lebih popular digunakan dalam abad 14M
manakala hadharah dalam abad 20M.
Dr. Lutfi Ibrahim: pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya
yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu
Kamus Dewan : tamadun - keadaan kemajuan kebendaan atau
pemikiran, budaya ,sosial , politik, beradaban dan dan lain-lain
(Teauku Iskandar : 1994).Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh
taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi - peradaban.
Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya)
yang tinggi. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus.
ASAS – ASAS TAMADUN ISLAM
Akalili nabila jasri
AKIDAH
• Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh
ucapan dua kalimah syahadah.
• Merupakan asas tamadun Islam yang paling utama sekali.
SYARIAH
• Mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh
Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia.
• Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi
dengan adanya syariah.
AKHLAK
• Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah S.W.T dalam
bentuk praktis.
• Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina
tamadun yang kukuh dan disegani.
TAKRIF TAMADUN DARI SUDUT PANDANGAN
SARJANA BARAT
NOOR SHAKILA AHMAD SHAH
Arnold Toynbee
• Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.
• Satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral• Suatu sistem masyarakat yang dapat
membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti - empat elemen
iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
A.S. Hornby dan E.C. Parnwell • “The Progressive English Dictionary” :
meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan
dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
J. R. Strayer • “The Mainstream of civilization” : tamadun
amat rapat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun Itu lahir di
bandar.
J.K. Fiebleman• Kepandaian mengeksploitasi material oleh
masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri
menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.
E.B. Taylor• Suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-
aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
Oswarld Spengler• Tamadun Barat lebih mementingkan
kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kemajuan.
Will Durat • Tamadun ialah peraturan masyarakat yang
dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat
elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
Adam Mertz• “The Renaissance of Islam” : Renaissance
kepada pencapaian-pencapaian orang islam dalam bidang intelektual, politik, ekonomi,
sosial dan sebagainya.
Franz Rosental• Urbanization kepada proses urbanisasi dan
organisasi sosial.
Takrif Tamadun Dari Sudut Pandangan Sarjana Islam
Shammey Tey
Ibnu Khaldun
“Sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi
yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan
mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang. (maju dan berkembang)”
Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi
“Tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki
peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan,
kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.”
Muhammad Rasyid Redha
“Agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya
semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan
atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan
agama atau sebaliknya.”
Sayyid Qutb
“Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat.”
Said Hawa
“Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek
kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.
Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira
aspek kerohanian dan moral.”
Umar Audah al-Khatib
“Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang
menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh
kehidupan.”
Muhammad al-Bahiy
“Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai
keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik,
kesusasteraan dan lain-lain.”
Abu Bakar Hamzah
“Menitikberatkan soal pembangunan yang sepadu antara dua unsur iaitu unsur
kerohanian dan unsur kebendaan. Pembangunan itu lahir seiring, sejalan dan
serentak dengan perkembangan kehidupan manusia, sama ada dalam bentuk pemikiran
atau kebendaan.”
Hans W. Gatzle et. al.
“Menegaskan bahawa tamadun akan wujud apabila adanya kerjasama antara sesama
manusia bagi memenuhi keperluan material dan spiritual.”
Syed Naquib Al-Attas
“Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.”
Ahmad Bek Kamal
“Tamadun menekankan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan masyarakat daripada
suasana hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan dan pembentukan moral tanpa
mengira sama ada di Timur mahupun di Barat.”
KESIMPULAN KESELURUHAN
NORHIDAYU ROSMAN
• Dalam membina sesebuah tamadun, kita perlu berbalik kepada asas yang membentuk
sesuatu tamadun itu sendiri. Asas – asas yang membawa kepada kejayaan sesebuah
tamadun itu adalah dari aspek akidah, syariah dan akhlak.
• Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana
adalah sama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain pula
mengatakan kebudayan ada sedikit perbezaan dengan tamadun.
• Berdasar pendapat-pendapat yang diperkatakan di atas dapatlah disimpulkan
bahawa tamadun ialah suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat
samada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan juga
pembangunan spiritual dari segi akhlak dan kemanusiaan. Ia berterusan dan tidak terikat dengan sesuatu melainkan syarak. Tamadun
Islam mementingkan pencapaian kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan
spritual adalah diutamakan.
• Islam menekankan aspek-aspek rohani seperti kemanusiaan, akhlak, tatasusila, moral dan
ilmu pengetahuan sebagai tunjang kekuatan sesebuah tamadun demi mengekalkan
kesejahteraan manusia selain aspek pembangunan material atau fizikal.
TAMAT