topik 2 pembangunan pemikiran siasah shariyyah

Upload: tia-fathiah-hj-ismail

Post on 08-Jul-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    1/25

     

    PENDAHULUAN

    Topik ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan pemikiransistem politik Islam di peringkat awal. Fokus perbincangan adalah berkisarkepada sumber-sumber yang menyentuh tentang sistem politik seperti al-Quran,

    al-Sunnah, ijtihad dan sebagainya. Ia juga akan turut membincangkan tentangperpecahan yang berlaku dalam sejarah pemerintahan umat Islam sehinggawujudnya puak-puak seperti Syiah dan Khawarij. Selain itu, topik ini akan turutmenyentuh tentang latar belakang dan sumbangan tokoh-tokoh pemikir Islamkepada disiplin ilmu ini.

    TTooppiik k 

     

    2PembangunanPemikiranSiasah Syariah

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan sumber-sumber sistem politik Islam;

    2. Menghuraikan situasi dan faktor yang menyebabkan perpecahan dalamkalangan umat Islam;

    3. Mengenal pasti kelompok-kelompok awal dalam politik Islam; dan

    4. Mengenal tokoh-tokoh awal pemikir Siasah SharÊiyyah.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    2/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH16

    2.1 SUMBER-SUMBER SIASAH SHAR’IYYAH

    Umat Islam berkewajipan menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan

    sistem politik dan pemerintahan Islam. Sungguhpun di dalam sumber-sumberprimer perundangan Islam tidak menyebut secara langsung perkataan „politik‰seperti al-siasah al-sharÊiyyah, al-nizam al-siyasi  dan nizam al-hukm , namun padahakikatnya nas-nas al-Quran dan al-Sunnah dengan jelas telah menyentuh secarateori mahupun praktis persoalan berhubung pemerintahan. Malah, menerusipenelitian terhadap sejarah Islam silam dan kontemporari serta karya-karya yangdihasilkan oleh para cendekiawan Muslim dari zaman ke zaman, kita dapatmelihat keperluan menegakkan sistem pemerintahan berdasarkan syariat, bagimemastikan kelangsungan agama Islam dan umat Islam itu sendiri.

    2.1.1 Sumber Primer dan Sekunder

    Antara sumber-sumber perundangan Islam yang menyentuh tentang sistempolitik Islam sama ada secara langsung atau melalui al-istidlal  (pemahaman dalil)ialah:

    (a) Al Quran al Karim

    (i) Kewajipan memiliki pemerintah untuk melaksanakan syariat. FirmanAllah:

                                                                                                                                           ........

    Maksudnya:

    „Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal solehdari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akanmenjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa

     pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; danDia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam)

     yang telah diredhai-Nya untuk mereka...‰.  (al-Nur 24 : 55)

     

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    3/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   17

    (ii) Kewajipan pemerintah untuk mendaulatkan hukum Allah dan berbudipekerti luhur. Firman Allah S.W.T:

                                                                                                        

    Maksudnya:

    „Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahaiMuhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran,supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yangAllah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan

     janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yangkhianat‰. (al-NisaÊ 4 : 104)

     (iii) Kewajipan rakyat mentaati pemerintah. Firman Allah S.W.T:

                                                                 Maksudnya:

    „Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allahdan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada orang-orang

     yang berkuasa dari kalangan kamu...‰.  (al-NisaÊ 4 : 59)

     

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    4/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH18

    (iv) Kewajipan pemerintah mengamalkan prinsip keadilan dan kesaksamaandalam mengendalikan urusan pemerintahan. Firman Allah S.W.T:

                                                                                                          

                                                 Maksudnya:

    „Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasamenjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagimenerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamuterhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tida kmelakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa

     jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. danbertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahuidengan mendalam akan apa yang kamu lakukan‰. (al-Maidah 5 : 8)

     

    (v) Kewajipan mewujudkan unit al-Hisbah  sebagai mekanisme pemantauandan pencegahan. Firman Allah S.W.T:

                                                                                                    

    Maksudnya:

    „Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan merekakekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solatserta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikanserta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yangmungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segalaurusan‰.  (al-Hajj 22 : 41)

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    5/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   19

    (b) Al Sunnah al Nabawiyyah:

    (i) Kewajipan menerima dan mengakui pemerintahan Islam. Rasulullah

    s.a.w telah mengeluarkan ancaman kepada mereka yang bersikap sambillewa dalam hal ini menerusi sabda Baginda :

     

    Maksudnya:

    „Sesiapa yang mati dalam keadaan dia tiada menumpahkan taatsetia kepada pemerintah (baiÊah), maka matinya dengan kematian

     jahiliyyah‰ . (HR Muslim)

    (ii) Kewajipan umat Islam daripada kalangan ahl al-ikhtiyar   memilihpemimpin yang benar-benar memiliki syarat-syarat seorang pemimpinsepertimana yang digariskan oleh syarak. Ini kerana, kesilapan memilihpemimpin boleh membawa kepada kepincangan atau kehancuran umatdan negara.

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    Maksudnya:

    „Sekiranya sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, makatunggulah saat kehancurannya‰ . (HR al-Bukhari)

     (iii) Ketaatan dalam hal-hal kebaikan. Rasulullah s.a.w telah memberi

    panduan kepada umat Islam tentang sejauh mana ketaatan dan kesetiaan boleh dicurahkan kepada seseorang pemimpin.

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    6/25

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    7/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   21

    agar beriman, seterusnya bergabung di bawah panji tauhid. Baginda jugatelah melantik beberapa orang sahabat sebagai amir   atau gabenor, danpemungut cukai di wilayah-wilayah Islam yang jauh dari Madinah. Di

    samping itu, Rasulullah s.a.w sering mengamalkan prinsip al-Syura   bersama para sahabat r.a khususnya dalam urusan pentadbiran negara.

    (c) IjmaÊ Ulama

    Telah sepakat para sahabat r.a dan tabiÊin r.a terhadap kewajipan menegakkanpemerintahan Islam. Persepakatan ini telah dinukilkan oleh Ibn Khaldun didalam kitabnya al-Muqaddimah   ketika beliau membicarakan tentangperlantikan pemerintah (nasb al-Imam ).

    Sebagai tambahan, Ibn Hazm al-Zahiri turut menyatakan bahawapersepakatan ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan para sahabat dantabiÊin semata-mata, bahkan ianya bersifat menyeluruh meliputi pandanganAhli Sunnah wal Jamaah, Syiah, Khawarij dan Murjiah.

    (d) Qiyas

    Kewajipan menegakkan pemerintahan juga dapat diambil menerusi dalilqiyas. Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman:

                                                                   

     Maksudnya:

    „Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agamaAllah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu

    menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnyaAllah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh‰. (al-Baqarah 2 :190)

     

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    8/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH22

    Ayat di atas menjelaskan hukum yakni kewajipan berjihad (berperang) dimana Âillah kepada kewajipan itu adalah bagi tujuan menegak danmempertahankan agama Islam daripada pencerobohan orang-orang kafir dan

    musyrik. Justeru, menegakkan sistem pemerintahan dan mengaplikasi SiasahSyariah di muka bumi ini juga adalah wajib kerana ia merupakan wahana bagi menegak dan mempertahankan Islam dan ummah.

    Manakala dalam hadis Rasulullah s.a.w yang terdahulu, Baginda telahmenyarankan agar setiap kumpulan yang bermusafir walaupun dalam

     bilangan yang sangat kecil seperti tiga orang, hendaklah memilih dalamkalangan mereka seorang ketua. ÂIllah (sebab) kepada pemilihan ketuatersebut adalah bagi memastikan adanya individu yang akan

     bertanggungjawab dalam mengurus tadbir urusan perjalanan tersebut.Sehubungan dengan saranan tersebut, adalah wajar bagi sesebuah kelompokatau masyarakat umat Islam melantik ketua atau pemerintah yang

     bertanggungjawab memelihara maslahah dan melindungi mereka daripadapelbagai perkara yang mendatang. Malah, kalau dilihat secara kasarnya,situasi kedua ini lebih memerlukan kepada kepemimpinan berbanding situasipertama. Maka, berdasarkan Qiyas Awla   (qiyas yang lebih berprioriti),saranan memilih seterusnya memiliki ketua atau pemerintah merupakan satukewajaran dalam masyarakat Islam.

    AKTIVITI 2.1

    1. Fahami dua sumber primer di atas, kemudian nyatakan peranankedua-duanya dalam pembinaan Siasah SharÊiyyah.

    2. Bincangkan kepentingan sumber sekunder „Sadd al-Zaraiʉ dan„al-Masalih al-Mursalah‰  kepada pemerintah.

    2.1.2 Sumber daripada Logik Akal, Sejarah Islam danKarya Cendekiawan Muslim

    (a) Logik AkalManusia adalah makhluk Allah S.W.T yang dikurniakan akal dan nafsu.Penciptaan manusia adalah dalam sebaik-baik keadaan sepertimana firmanAllah S.W.T:

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    9/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   23

    Walaupun begitu, terdapat dalam kalangan mereka yang akhirnya tundukdengan hasutan hawa nafsu. Apabila hal ini berlaku, tidak mustahil dalam

    menjalani kehidupan di muka bumi ini dan memenuhi keperluan sertakehendak harian, manusia boleh terjebak dalam konflik seperti salah faham,perbalahan, hatta peperangan yang akhirnya boleh mendatangkan kerosakandan kemusnahan kepada mereka. Inilah juga antara persoalan yang pernahdiutarakan oleh malaikat, sebagaimana firman Allah S.W.T:

    Sehubungan dengan itu, rasionaliti pemikiran tidak dapat menolak keperluanmewujudkan suatu sistem untuk mengawal serta mentadbir manusia danalam. Sudah pasti hanya sistem politik Islam yang dapat merealisasikanperlaksanaan undang-undang dan syariat, seterusnya mendaulatkan agamaIslam.

                                             Maksudnya:

    „Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yangsebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)‰.  (al-Tin 95 : 4)

                                                                         

                   Maksudnya:

    „...mereka (malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Allah itudengan berkata): "Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikandi bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkandarah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih memuji- Mu dan mensucikan-Mu?‰ . (al-Baqarah 2 : 30)

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    10/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH24

    (b) Sejarah IslamSejarah berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam bermula sejurusselepas peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Tindakan-

    tindakan segera dan drastik tetapi penuh teliti yang dilakukan oleh Rasulullahs.a.w iaitu menggubal Sahifah al-Madinah   jelas menjadi bukti, betapapentingnya memiliki satu set undang-undang dan dogma untuk mengurustadbir kehidupan manusia. Bermula dari detik tersebut, sistem ini terusmengalami proses pengembangan dan pengukuhan selama hampir 14 abad,sehingga tercatat dalam lipatan sejarah bahawa umat Islam pada suatu ketikadahulu pernah menguasai sebahagian besar dunia ini.

    Sistem yang bermula pada zaman Nubuwwah ini telah diadaptasi oleh parapemerintah Islam selepas kewafatan baginda s.a.w. Contohnya, pada zamanpemerintahan KhulafaÊ al-Rasyidin selama hampir 30 tahun (11H 40H),

    pelbagai peristiwa penting telah berlaku yang melibatkan urusan pentadbirannegara. Daripada cara pemilihan Khalifah al-Rasul , pentadbiran ketenteraan,pengurusan kewangan dan pos, pembukaan kota-kota di Semenanjung TanahArab sehinggalah kepada cara-cara mengekalkan keamanan dan kestabilanserta menangani fitnah musuh-musuh Islam telah banyak menjadi sumberilmu dan inspirasi kepada para pemerintah dalam pemerintahan mereka.Pendek kata, dua zaman terawal ini telah menjadi sumber utama yang begitu

     banyak mencorakkan idealisme kepimpinan dan pemerintahan berlandaskansyariat Islam sepenuhnya, untuk diikuti oleh para pemerintah Islam selepasmereka.

    Sungguhpun selepas itu tampuk utama pemerintahan Islam telah bertukartangan bermula dari Kerajaan Umayyah (40H 132H), diikuti denganKerajaan ÂAbbasiyyah (132H 926H) dan diakhiri dengan KerajaanÂUthmaniyyah (926H 1342H), banyak peristiwa yang berlaku ke ataskerajaan-kerajaan ini boleh dijadikan sebagai sempadan dan pedoman. Malah,hal ini tidak berhenti di situ sahaja. Sebaliknya, peristiwa demi peristiwa yangtelah dan sedang melanda negara-negara Islam pada masa kini, turut bolehdiangkat menjadi sumber penyelidikan tentang kehebatan atau kepincanganyang melanda sistem pemerintahan di negara-negara tersebut. Pastinyapenelitian terhadap sejarah Islam silam dan kontemporari telah banyak

    membantu dalam melestarikan sistem politik dan pemerintahan Islam yang benar-benar ampuh lagi disegani.

    (c) Karya karya Penulisan Cendekiawan MuslimSemenjak penulisan berkaitan Siasah Syariah mula berkembang iaitu selepaskurun ke- 4 Hijrah, terdapat banyak nukilan dan komentar yang telah dicatatoleh para cendekiawan dan pengkaji Islam di dalam pelbagai genre kitab-kitab karangan mereka. Di samping itu, terdapat sebahagian daripada merekayang mula memperincikan disiplin ilmu Siasah Syariah, sehingga ia menjadisumber rujukan awal kepada sistem politik dan pemerintahan Islam, baik

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    11/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   25

     buat masa itu mahupun masa kini. Antara karya-karya agung yangmenyentuh tentang sistem ini secara khusus ialah:

    (i) Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah   karangan Imam

    Abu al-HasanÊAliy ibn Muhammad al-Mawardi.

    (ii) Al-Ahkam al-Sultaniyyah   karangan Qadi Abu YaÊla Muhammad al-FarraÊ al-Hanbali.

    (iii) Ghiyath al-Umam fi Iltiyath al-Dzulam  karangan Imam al-Haramain al- Juwayni. 

    (iv) Al-Siyasah al-SharÊiyyah fi Islah al-RaÊiy wa al-RaÊiyyah   karangan IbnTaimiyyah.

    (v) Tahzib al-Riyasah wa Tartib al-Siyasah   karangan Imam Abu ÂAbdillah

    Muhammad ibn ÂAli al-QalÊiy 

    Manakala kitab-kitab karangan ulama kontemporari yang sering menjadirujukan dewasa ini ialah :

    (i) Al-Khilafah wa al-Mulk  karangan S. Abu al-AÊla al-Maududi.

    (ii) Al-Siyasah al-SharÊiyyah fi DawÊi Nusus al-ShariÊah wa Maqasidiha  karangan Dr. Yusuf al-Qaradawi. 

    (iii) Nizam al-Hukm fi al-Islam  karangan Dr. ÂArif Khalil Abu ÂEid.

    SEMAK KENDIRI 2.1

    1. Nyatakan sumber-sumber Siasah SharÊiyyah.

    2. Huraikan peranan sejarah Islam dan karya cendekiawan Muslimdalam memperkasakan sistem politik dan pemerintahan Islam.

    2.2 PEMIKIRAN AWAL SIASAH SHAR’IYYAHKronologi pemerintahan Islam dengan skala yang besar bertitik tolak dari perananMadinah sebagai pusat perkembangan agama Islam selepas peristiwa Hijrah.Semenjak itu, kota Madinah telah menjadi pusat pemerintahan bagi umat Islamselama puluhan tahun, sehinggalah semasa pemerintahan Khalifah ÂAli bin AbiTalib r.a, beliau telah memindahkannya ke Kota Kufah. Sejarah telah mencatatkan

     bahawa ketenangan yang dinikmati semasa pemerintahan di Madinah mula berkocak selepas fitnah demi fitnah mula melanda pada akhir pemerintahan

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    12/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH26

    Khalifah Uthman bin ÂAffan r.a sehingga membawa kepada tragedi pembunuhan beliau yang amat memilukan.

    2.2.1 Kewujudan Kelompok dalam Gerakan SiasahShar’iyyah

    Tidak dapat dinafikan bahawa fitnah-fitnah yang menimpa kerajaan Islam semasapemerintahan Khalifah Uthman bin ÂAffan r.a merupakan detik permulaan bagikelahiran pelbagai firqah   (kelompok) dalam gerakan Siasah Syariah. Selepasperistiwa pembunuhan beliau dan tampuk pemerintahan KhulafaÊ al-Rasyidindisandang oleh ÂAli bin Abi Talib r.a secara baiÊah daripada majoriti sahabat,kesatuan umat Islam mula mengalami perpecahan. Kesannya, semasapemerintahan ÂAli bin Abi Talib r.a, beliau terpaksa berhadapan dengan krisis-krisis dalaman yang agak meruncing.

    Pada zaman beliau juga telah berlaku beberapa peristiwa hitam sepertipertempuran Jamal (menentang Talhah, Zubair dan ÂAishah r.a) pada tahun 36H,pertempuran Siffin (menentang Mu'awiyah bin Abi Sufyan r.a) pada tahun 37Hdan pertempuran Nahrawan. Bertitik tolak dari peristiwa ini, telah lahir beberapakumpulan dalam kalangan umat Islam yang mendokong prinsip perundangandan politik yang berbeza daripada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka inidikenali sebagai Syiah, Khawarij, Murjiah dan Muktazilah.

    Di bawah, disenaraikan secara ringkas kumpulan-kumpulan baru yang tercetushasil daripada perbezaan ideologi politik di era tersebut.

    (a) SyiahMereka merupakan golongan yang sentiasa membela dan menyokong ÂAli

     bin Abi Talib r.a yang rata-ratanya daripada keturunan Bani Hashim. Merekaini disebut sebagai SyiÊah ÂAli . Pada peringkat awal, mereka hanyalahindividu-individu yang beranggapan bahawa ÂAli bin Abi Talib r.a adalahorang yang paling berhak untuk mengisi jawatan khalifah selepas kewafatanRasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun, pandangan tersebut tidak

    membawa mereka kepada penentangan terhadap ketiga-tiga khalifahterdahulu, bahkan mereka mengakui dan tunduk setia (baiÊah ) kepadapemerintahan khalifah-khalifah tersebut.

    Namun, selepas beberapa peristiwa hitam yang menimpa ÂAli bin Abi Talibr.a dan anaknya al-Husayn bin ÂAli bin Abi Talib r.a sehingga membawakepada pembunuhan kedua-dua mereka dan ditambah dengan pelbagairagam pemerintahan Bani Umayyah, ianya telah mendorong kepadapenyatuan individu-individu tersebut di bawah prinsip-prinsip akidah danpandangan politik yang agak ekstrem. Mereka yang lebih sinonim dengan

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    13/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   27

    sebutan nama SyiÊah hinggalah ke hari ini, telah menjadikan kota Kufahsebagai pusat gerakan firqah   tersebut. Antara pandangan-pandanganmereka adalah seperti di dalam Rajah 2.1 berikutnya.

    Rajah 2.1: Pandangan-pandangan puak Syiah yang bertentangan dengan Ahli

    Sunnah wal Jamaah 

    (b) KhawarijFirqah ini muncul selepas pertempuran Siffin   ketika berlakunya majlisTahkim   antara ÂAli bin Abi Talib r.a dan Mu'awiyah bin Abi Sufyan r.a.Mereka ini pada mulanya terdiri daripada para penyokong ÂAli bin Abi Talibr.a, tetapi telah keluar daripada kepimpinan beliau lalu membentuk firqah  

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    14/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH28

    yang menentang kedua-dua pemimpin tersebut secara kekerasan dan terang-terangan.

    Khawarij beranggapan tindakan melampau mereka menentang ÂAli bin AbiTalib r.a. dan Mu'awiyah bin Abi Sufyan r.a adalah amat wajar keranakedua-dua pemimpin tersebut telah kufur kerana bersetuju„memperhakimkan manusia sebagai ganti memperhakimkan Allah‰ .Dengan menjadikan daerah BathaÊih sebagai pusat gerakan, mereka telahmelancarkan pemberontakan bersenjata ke atas pemerintah. Walaupunfirqah  ini pernah diperangi oleh ÂAli bin Abi Talib r.a dan tenteranya dalampertempuran Nahrawan, namun kekuatan mereka hanya dapatdilumpuhkan ratusan tahun selepas itu, yakni pada zaman KerajaanAbbasiyyah.

    Rajah 2.2 menghuraikan beberapa pandangan-pandangan Khawarij yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    15/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   29

    Rajah 2.2: Pandangan-pandangan puak Khawarij yang berbeza denganAhli Sunnah wal Jamaah

    (c) MurjiahFirqah ini terbentuk daripada kumpulan yang bersifat neutral dalammenangani peristiwa pergeseran antara ÂAli bin Abi Talib r.a dan Mu'awiyah

     bin Abi Sufyan r.a. Mereka beranggapan bahawa pertumpahan darah yang

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    16/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH30

     berlaku adalah satu kejahatan besar. Namun, dalam menentukan siapa yang bersalah, mereka menyerahkannya kepada Allah S.W.T.

    Semasa kebangkitan puak ini, pelbagai prinsip dan teori anutan Syiahmahupun Khawarij telah mula dibangunkan dan prinsip serta teori firqah  Murjiah bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Beberapa pandanganpuak Murjiah dihuraikan dalam Rajah 2.3.

    Rajah 2.3: Pandangan-pandangan puak Murjiah yang bercanggah denganAhli Sunnah wal Jamaah

    (d) MuktazilahFirqah  keempat ini diasaskan sekitar penghujung kurun pertama Hijrah olehWasil ibn ÂAtaÊ dan ÂAmr ibn ÂUbaid. Dengan menjadikan kota Basrahsebagai markas mereka, Muktazilah begitu aktif dalam perbahasan politikdan iktikad yang sedang dihadapi oleh umat Islam ketika itu. Antara prinsipdan teori pemerintahan yang mendasari firqah  Muktazilah (Rajah 2.4) ialahseperti berikut.

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    17/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   31

    Rajah 2.4: Pandangan-pandangan puak Muktazilah yang berbeza dengan Ahli Sunnah

    wal Jamaah

    AKTIVITI 2.2

    1. Cari bersama rakan anda beberapa tindakan pihak pemerintah silamdalam menghapuskan firqah  Syiah dan Khawarij dalam masyarakat.

    2. Bincangkan langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan olehkerajaan bagi mengekang pemikiran Syiah dan Khawarij daripada

     berkembang di Malaysia.

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    18/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH32

    2.2.2 Faktor-faktor Kewujudan Kelompok yangTerhasil daripada Perbezaan Teori Siasah

    Shar’iyyahSetelah menyusuri sejarah terbentuknya firaq   seperti SyiÊah, Khawarij, Murjiahdan Muktazilah pada kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, dapatlahdisimpulkan bahawa kewujudan mereka adalah disebabkan oleh tiga faktorsektarianisme yang tidak mungkin dapat dipisahkan antara satu sama lain. Faktor-faktor tersebut adalah seperti dalam Jadual 2.1.

    Jadual 2.1: Faktor-faktor Kewujudan Kelompok yang Terhasil daripada Perbezaan Teori

    Siasah SharÊiyyah 

    Faktor faktor Penjelasan

    Persoalan Politik dan

    Perebutan Kuasa

    Semenjak penghujung pemerintahan khalifah Uthman bin

    ÂAffan, keadaan politik umat Islam berada dalam pelbagai

    kemelut yang berpanjangan. Dengan perebutan kuasa yang

     berlaku, pucuk kepimpinan Islam berubah daripada satu

    sistem khalifah yang ideal kepada sistem perwarisan.

    Perubahan ini tidak banyak mengubah landskap politik umat

    Islam kerana setiap keturunan berusaha untuk mendapatkan

    tempat tertinggi dalam pemerintahan negara. Hal ini dapat

    disaksikan melalui kelahiran Kerajaan Umawiyyah  diikuti olehKerajaan  ÂAbbasiyyah   dan akhirnya Kerajaan  ÂUthmaniyyah .

    Ini belum lagi dikira dengan kewujudan kerajaan-kerajaan

    kecil umat Islam di Mesir, Syria, Sepanyol dan sebagainya.

    Pembelaan Terhadap

    Keturunan dan

    Permasalahan Warisan

    Peristiwa pembunuhan khalifah Uthman bin ÂAffan

    daripada keturunan Bani Umayyah, Khalifah ÂAli bin Abi

    Talib dan anaknya al-Husain daripada keturunan Bani

    ÂAbbas banyak mempengaruhi emosi umat Islam. Emosi

    yang kemudiaannya disuntik dengan fahaman Âasabiyyah  

    hasil bisikan kaum munafik dan fasiq, telah melahirkan

     bibit-bibit permusuhan yang berpanjangan antara kedua-dua keturunan ini. Apabila sistem pemerintahan digubal

     berasaskan perwarisan ala-Kaisar pada zaman Umayyah

    atau ala-Kisra pada zaman ÂAbbasiyyah, telah wujud

     beberapa pemerintah yang tiada karisma sehingga mudah

    diperkotak-katikkan. Hal-hal seperti ini menyebabkan

    rakyat yang berasa dizalimi dan hak mereka diabaikan,

     bangkit menentang pemerintah atau menyertai firqah  

    pemberontak.

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    19/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   33

    Perselisihan Pendapat

    Tentang Masalah

    Usuluddin

    Pembunuhan sesama umat Islam dalam pertempuran  Jamal  dan pertempuran Siffin , serta perisitiwa al-Tahkim   telahmenjadi titik pemisahan dan medan perbahasan oleh firaq  

    yang terbentuk selepas itu. Persoalan „khilafah al-Rasul ‰,„imamah al-afdal‰, „dosa besar‰, „penipuan dan kelicikan berpolitik‰ dan sebagainya telah menghasilkan dikotomidalam pemikiran mereka. Hasilnya, lahirlah pemikiran danpelakuan yang ekstrem dalam kalangan firaq  sehingga tanpasegan silu mempergunakan kalimah-kalimah suci untukmenjustifikasi tindakan dan mempertahankan pandanganmereka. Natijahnya, kesatuan umat Islam semakin terungkai,huru-hara akibat pertempuran sesama sendiri terus berlakudan maksiat makin berleluasa.

    SEMAK KENDIRI 2.2

    1. Huraikan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhikewujudan firaq  dalam gerakan siasah SharÊiyyah.

    2. Sebutkan pengajaran-pengajaran yang dapat diambil daripadaperistiwa perpecahan umat Islam sepanjang zaman.

    2.3 TOKOH-TOKOH PEMIKIR SIASAHSHAR’IYYAH

    Dalam kegawatan yang menimpa sistem politik dan pemerintahan umat Islamakibat percaturan para pemerintah dan penentangan oleh para pemberontak sertamusuh Islam, lahir barisan agamawan yang telah banyak berjasa dalam merungkaikekusutan dan permasalahan politik umat Islam dari zaman ke zaman. Antaratokoh-tokoh yang telah menyumbang buah fikiran mereka dalam SiasahSharÊiyyah ialah:

    (a) Abu Yusuf;(b) al-Mawardi;

    (c) Ibn Khaldun; dan

    (d) Ibn Taimiyyah.

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    20/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH34

    2.3.1 Abu Yusuf

    Nama penuh beliau ialah YaÊqub ibn Ibrahim al-Ansari, berketurunan Arab

    daripada suku Bujailah. Abu Yusuf dilahirkan pada tahun 113H/731M. danmembesar di kota Kufah dalam keadaan penuh kemiskinan.

    Kecintaan beliau terhadap ilmu pengetahuan begitu menyerlah apabila sejak awalusia mudanya lagi, beliau telah berguru dengan Ibn Abi Layla. Kemudian, AbuYusuf telah berguru dengan Imam Abu Hanifah selama sembilan tahun danapabila gurunya meninggal dunia, beliau telah merantau ke Madinah untuk

     berguru dengan Imam Malik bin Anas.

    Dengan latar belakang pendidikan yang hebat, Abu Yusuf telah diiktiraf sebagai

    salah seorang anak murid utama kepada Imam Abu Hanifah. Selain memilikitahap ilmu pengetahuan yang tinggi dan begitu dedikasi dalam aspek penyebaranilmu, ketokohan beliau begitu menyerlah dalam aspek pentadbiran dankehakiman. Bermula sebagai kadi di kota Baghdad (bahagian timur) pada zamankhalifah al-Mahdi dan khalifah al-Hadi, akhirnya Abu Yusuf telah diangkatmenjadi ketua hakim (qadi al-qudat ) pada zaman khalifah Harun al-Rasyid.

     Jawatan ini, telah membuka ruang kepada beliau untuk memberi bimbingan danmenjelaskan hukum berkaitan urusan dalaman dan luaran negara yang

     bersangkutan dengan pemerintahan.

    Dengan kekuatan ilmu, ketinggian akhlak dan kelurusan sikapnya, Abu Yusuf

    telah mendapat kepercayaan penuh pemerintah sehingga beliau berjayamenjadikan Negara Islam pada zaman itu memiliki asas undang-undang yang

     boleh dianggap lengkap. Justeru, beliau telah mengarang sebuah kitab yangmasyhur bertajuk „al-Kharaj‰   sebagai panduan asas kepada sistem politik dankewangan Islam. Sungguhpun terdapat beberapa kritikan terhadap karya beliauini, namun ianya dilihat sebagai satu wadah yang setidak-tidaknya dapatmencakupi inti pati tuntutan tertegaknya Negara Islam pada masa tersebut.

    Setelah menabur bakti kepada agama dan negara selama hampir 16 tahun iaitusemenjak tahun 166H, Abu Yusuf telah meninggal dunia pada tahun 182H/798M

    ketika berusia 69 tahun. Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh khalifahHarun al-Rasyid bersama ribuan umat Islam, bahkan khalifah sendiri turutmengetuai upacara pengkebumian beliau di perkuburan keluarganya sendiri.

    2.3.2 Al-Mawardi

    Al-Mawardi atau nama sebenarnya ÂAli bin Muhammad ibn Habib merupakansalah seorang ulama terulung dalam mazhab al-SyafiÊe. Beliau dilahir pada tahun364H/974M dan dibesarkan di kota Basrah dalam keluarga yang menitikberatkan

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    21/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   35

    ilmu pengetahuan. Al-Mawardi telah menghabiskan usia mudanya dengan berguru bersama al-Qadi Abu Qasim ÂAbd al-Wahid al-Shaimiri, Muhammad ibnÂAdi al-Munqari, Abu Hamid Ahmad ibn Abu Tahir al-Isfarayni, Hassan ibn ÂAli

    al-Jily dan lain-lain.

    Selain diiktiraf sebagai seorang fakeh dalam mazhabnya, Al-Mawardi dianggapsebagai pemikir dan politikus yang begitu menonjol ketika pemerintahan kerajaanÂAbbasiyyah. Beliau telah menjadi kadi di negeri Kurat dan Naisaburi sebelumdiangkat ke jawatan ketua hakim (qadi al-qudat ) pada tahun 429H. Sepanjangtempoh tersebut, al-Mawardi telah memainkan peranan yang besar dalampemerintahan kerajaan. Selain terlibat dalam aspek kehakiman dan keadilan,

     beliau juga menjadi utusan raja dalam urusan baiÊah   rakyat ke atas pemerintah.Malah, al-Mawardi juga telah dihantar oleh khalifah bagi mewakilinya berundingdengan Abu Kalijar sehingga terhasilnya perdamaian antara kedua-dua belahpihak pada tahun 429H.

    Dengan segala sifat mulia yang seharusnya ada pada diri seorang ulama,ditambah dengan kelebihan dan karisma kepimpinan, al-Mawardi berjayamendekati golongan pemerintah dan pembesar, selain dapat memahami keadaansemasa masyarakat. Situasi ini telah banyak membantu beliau dalammemfatwakan hukum berkaitan permasalahan harian dan adat kebiasaan yangtimbul berpandukan syariat. Sehubungan dengan itu, beliau telah mengarangkitab „al-Hawi al-Kabir‰  sebanyak 22 jilid sebagai panduan kepada permasalahanFiqh. Manakala karya beliau yang bertajuk ‰al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al- 

    Wilayah al-Diniyyah‰  telah memberi sumbangan besar kepada sistem politik danpemerintahan Islam.

    Setelah puluhan tahun berkhidmat kepada ummah dan kerajaan Islam, al-Mawardi telah meninggal dunia pada tahun 450H/1058M ketika berusia 86 tahun.

     Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh muridnya iaitu al-Khatib al-Baghdadi bersama-sama para ulama, umaraÊ dan umat Islam di kota Baghdad, sebelumdisemadikan di perkuburan Bab Harb.

    2.3.3 Ibn Khaldun

    Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam dan tokoh kenegaraan yangdisegani pada kurun kelapan Hijrah.

    Nama penuh beliau ialah ÂAbdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami berketurunan arab Yaman. Beliau telah dilahirkan pada tahun732H/1332M di Tunisia. Lahir dalam keluarga yang berpendidikan tinggi, beliautelah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semasa mudanya. IbnKhaldun telah menuntut ilmu dengan guru-guru yang terkenal seperti:

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    22/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH36

    (a) Ahmad ibn al-Qassar;

    (b) Lisanuddin ibn al-Khalib; dan

    (c) Muhammad ibn Ibrahim al-Abadi.

    Ibn Khaldun yang dikenali dengan kehebatan akal budi, dan kemasyhuran karyayang bertajuk ‰al-Muqaddimah‰ , telah dilihat sebagai pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden terutamanya dalam bidang sosiologi, politik, ekonomi danfalsafah berasaskan keagamaan. Kesarjanaan beliau juga turut terserlah dalam

     bidang sains dan teknologi seperti astronomi, numerologi dan kimia. Dengansegala kepakaran ini, maka Ibn Khaldun telah dianggap sebagai „Bapa SejarahKebudayaan dan Sains Sosial Moden‰ .

    Dalam aspek pemerintahan, Ibn Khaldun telah memegang beberapa jawatanpenting dalam kerajaan Tunisia dan Maghribi. Antara jawatan tersebut ialahSetiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq, Anggota Jabatan Setiausaha SulitSultan Abu Salim dan Duta Raja Moor di Granada kepada Pedro „The Cruel ofCastile‰ . Dengan pengalaman-pengalaman yang diperolehi sepanjang kerjaya

     beliau ini, Ibn Khaldun telah memajukan konsep politik, pemerintahan danekonomi negara.

    Ibn Khaldun telah merantau ke Mesir pada tahun 1382M. Di situ, beliau telahmenghabiskan sisa kehidupannya sebagai pensyarah di Universiti al-Azhar.Dalam masa yang sama, beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Di-Raja olehSultan Abu al-ÂAbbas di Kaherah. Pada tahun 808H/1406M, dunia Islamkehilangan seorang tokoh apabila Ibn Khaldun telah meninggal dunia di Kaherahketika berusia 87 tahun.

    2.3.4 Ibn Taimiyyah 

    Ibn Taimiyyah merupakan tokoh ilmuwan Islam yang banyakmemperkembangkan idea-idea yang menjadi kajian pelbagai pihak, sama adadalam kalangan sarjana Islam mahupun orientalis.

    Nama sebenar beliau ialah Taqiyuddin Abu al-ÂAbbas Ahmad bin ÂAbdul Halim.Dilahirkan di desa Harran pada tahun 661H/1263M dan berketurunan Kurd.Ketika berusia 6 tahun, beliau mengikuti bapanya berhijrah ke kota Damsyik bagimenyelamatkan diri daripada kekejaman Tartar.

    Mewarisi ketokohan bapanya, Ibn Taimiyyah merupakan seorang pemuda yangamat mencintai kebenaran dan menghargai ilmu pengetahuan. Justeru, beliautelah menuntut ilmu dengan lebih daripada 200 orang guru, antaranya:

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    23/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   37

    (a) ÂAla Zain al-ÂAbidin Ahmad ibn ÂAbd al-DaÊim al-Maqdisi;

    (b) Najmuddin ibn ÂAsakir;

    (c) Jamaluddin al-Sayrafi; dan(d) Jamaluddin al-Baghdadi.

    Selepas kematian bapanya, Ibn Taimiyyah telah diberi kepercayaan untukmenggantikan tempat bapanya iaitu menjadi tenaga pengajar di Dar al-Hadithal-Sukkariyyah dan di Masjid Damsyik sungguhpun beliau baru berusia 21tahun.

    Ibn Taimiyyah amat tegas dan sensitif terhadap sebarang bentukpenyelewengan. Kelantangan beliau mengkritik pemerintah dan masyarakat,menyebabkan dirinya sering terdedah kepada bahaya dan fitnah. Namun, disebalik ketegasan itu, beliau merupakan seorang yang berbudi pekerti luhur dan

     bersifat pemaaf.

    Hal ini dinyatakan oleh Ibn Makhluf melalui kata-katanya:

    „Kami tidak pernah melihat manusia seperti Ibn Taimiyyah, kamicuba memusnahkan beliau, tapi tidak mampu. Beliau mampumemusnahkan kami tetapi memaafkan kami bahkan berhujah

    mempertahankan kami‰ . 

    Ironinya, dalam beliau mengkritik pemerintah, Ibn Taimiyyah begitu komitedmenyeru umat Islam agar taat setia kepada pemerintah yang melaksanakansyariat. Beliau juga turut berperang, malah pernah mengetuai tentera di bawahpayung kerajaan al-Mamluki mempertahankan kesucian Islam dan akidah AhliSunnah wal Jamaah daripada serangan Tartar, tentera Salib dan puak Syiah.

    Walaupun pelbagai tohmahan dan bermacam-macam cabaran dan kesengsaraan

    terpaksa beliau hadapi, Ibn Taimiyyah tetap gigih berdakwah kepada pemerintahdan masyarakat. Malah, karya-karya beliau telah banyak memberi sumbangankepada sistem kehidupan umat Islam. Berikut merupakan karya-karya IbnTaimiyyah.

    (a) Al-ÂAqidah al-Wasitiyyah  ;

    (b) Al-Fatawi al-Kubra ;

    (c) Al-Siyasah al-SyarÊiyyah fi Islah al-RaÊi wa al-RaÊiyyah  ; dan

    (d) Al-Hisbah fi al-Islam .

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    24/25

        TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH38

     Jelasnya, umat Islam telah kehilangan seorang lagi tokoh dengan kematian beliaupada tahun 728H/1328M selepas berada di dalam penjara Damsyik selama hampir2 bulan.

    SEMAK KENDIRI 2.3

    1. Kenali tokoh-tokoh pemikir di atas, kemudian kenal pasti persamaandan perbezaan yang terdapat pada sahsiah dan gaya pemikiranmereka.

    2. Huraikan sumbangan tokoh-tokoh di atas kepada pembangunansistem politik dan pemerintahan Islam.

    Al-Quran dan al-Sunnah pada umumnya telah menjelaskan konsep asaskepada pembinaan sistem politik dan pemerintahan Islam.

    Secara logiknya, manusia tidak mampu untuk hidup dengan aman danharmoni tanpa terikat kepada sebarang sistem yang mengawal tindak-tandukmereka.

    Perebutan kuasa politik dan pemerintahan merupakan punca utama kepadaperpecahan umat Islam.

    Kelahiran tokoh dan pemikir Islam seperti para Imam pengasas mazhab , AbuYusuf, al-Mawardi dan lain-lain telah membantu dalam memperkukuhkansistem politik dan sosial umat Islam.

    Umat Islam harus mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwaperpecahan yang melanda mereka agar tidak terjerumus dalam kancahkebinasaan dan permainan musuh-musuh Islam.

  • 8/19/2019 Topik 2 Pembangunan Pemikiran Siasah Shariyyah

    25/25

      TOPIK 2 PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHAR’IYYAH   39

    Sumber primer Siasah SharÊiyyahSumber sekunder SiasahSharÊiyyah

    KhulafaÊ al-Rasyidin

    Kerajaan Bani Umayyah,ÂAbbasiyyah dan ÂUthmaniyyah

    Firqah dan Firaq

    Pertempuran Siffin, Jamal dan NahrawanMajlis al-Tahkim

    Syiah, Khawarij, Murjiah dan Muktazilah

    Tokoh dan pemikir Siasah SharÊiyyah

    ÂArif Khalil Abu ÂEid. (1995). Nizamul-Hukm fi al-Islam . Jordan: Dar al-Nafais.

    Ibn Kathir, Muhammad ibn Ismail. Al-Bidayah wa al-Nihayah . Beirut: Maktabahal-MaÊarif.

    S. Abul AÊla Maududi. (1986). Khilafah dan Kerajaan   (terj). Shah Alam: DewanPustaka Fajar.

    Al-Shahrastani, Abu al-Fath Muhammad. Al-Milal wa al-Nihal . Beirut : Dar al-MaÊrifah.