topik 3 4

54
Topik 3+4

Upload: kamilah-yusof

Post on 13-Apr-2017

264 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 3 4

Topik 3+4

Page 2: Topik 3 4

2

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar.

Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Sekolah

Page 3: Topik 3 4

3

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar.

Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Sekolah

Page 4: Topik 3 4

4

Integrasi Pengajaran, Pembelajaran Dan Pentaksiran

Page 5: Topik 3 4

5

Fungsi Pentaksiran Sekolah:

Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid untuk

• Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat

• Mengetahui sejauh mana mereka telah menguasai apa yang dipelajari

• Membantu memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid

Page 6: Topik 3 4

6

1.Meningkatkan pencapaian 2.Memperbaiki kelemahan/masalah

murid dlm pembelajaran 3.Menjadi motivasi kpd murid untuk

belajar 4.Mengubahsuai strategi pengajaran

Peranan Pentaksiran Sekolah

Page 7: Topik 3 4

7

2 Bentuk Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Formatif (Peringkat Pembentukan)

Pentaksiran Sumatif (Peringkat Merumuskan)

Page 8: Topik 3 4

Pentaksiran Sumatif

• Dijalankan secara berpusat• Dijalankan secara formal• Digunakan untuk mengukur pencapaian

murid di akhir sesuatu tempoh masa

Page 9: Topik 3 4

Penilaian Formatif

• Dijalankan secara berterusan• Memberi maklum balas tentang sejauh

mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai

• Mengetahui kelemahan dan kekuatan murid

• Menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat

Page 10: Topik 3 4

Pentaksiran Autentik

• Aktiviti yang berlaku dalam keadaan sebenar.• Sesuatu yang bukannya dibuat-buat tetapi

berlaku di alam nyata.• Isu yang sebenarnya timbul dalam situasi

sebenar dengan alat dan sumber sebenar.

Page 11: Topik 3 4

Kaedah Penilaian• Pemerhatian• Catatan guru• Rekod Anekdot• Penilaian kendiri• Penilaian rakan sebaya• Temuduga/Lisan• Ujian/Peperiksaan• Tugasan• Portfolio

Page 12: Topik 3 4

Pemerhatian

• Satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dan tingkah laku murid.

• Mengenalpasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan tingkah laku murid.

• Dilakukan secara tidak formal• Tidak semestinya dilakukan secara serentak

untuk semua murid• Kekerapan pemerhatian dilakukan untuk menilai

pencapaian terbaik murid.

Page 13: Topik 3 4

Pemerhatian

• Kaedah ini sesuai untuk menilai murid dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni

• Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan oleh murid dan bukan hasil yang akhir yang diperoleh.

Page 14: Topik 3 4

Jenis instrumen pemerhatian

– Senarai semak– Skala kadar

• Senarai Semak– Mengenalpasti ciri-ciri tingkahlaku murid yang ada/tidak ada

– Ciri-ciri tingkahlaku murid perlu dinyatakan dengan mudah dan jelas dan disusun mengikut tertib.

– Laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses p&p. (P+ KPS+SSNM)

Page 15: Topik 3 4

• Skala Kadar

–Merekodkan tingkahlaku murid yang telah diperhatikan

–Menunjukkan darjah pencapaian tingkahlaku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan

Page 16: Topik 3 4

Communicating (SPS 4)Berkomunikasi (KPS 4)

C1 Record information from an investigation

C2 Present data or information using appropriate drawing, table or graph

C3 Write experimental reportC4 Explain ideas (oral or written)

systematically

C1 + C2 + C3 + C4 - 4C1 + C2 + C3 - 3C1 + C2 - 2C1 with guidance - 1

K1 Merekod maklumat daripada kajian

K2 Mempersembahkan data atau maklumat dalam bentuk lukisan, jadual dan carta palangK3 Menulis laporan eksperimenK4 Menghuraikan idea dengan

sistematik

K1 + K2 + K3 + K4 - 4K1 + K2 + K3 - 3K1 + K2 - 2K1 dengan bimbingan guru - 1

Page 17: Topik 3 4

Catatan Guru

• Catatan guru merupakan apa jua jenis penulisan, semakan, nota dan peringatan yang ditulis oleh guru dengan tujuan membetulkan, mengingatkan dan memberi panduan pada pelajar sebagai pengukuhan, pengajaran dan peringatan.

• Grant Wiggins (1989) “When an educational problem persists despite the

well-intentioned efforts of many people to solve it, its’ a safe bet that the problem hasn’t been properly framed.”

Page 18: Topik 3 4

Kesan-kesan catatan guru

– Memberi panduan kepada murid– Mengukuhan pemahaman/semangat murid

mengenai sesuatu objektif p & p– Memberi maklum balas kepada guru

mengenai kelemahan dan kekuatan pengajarannya

– Memberi kenyataan terkini mengenai profil anak kepada ibu bapa/penjaga

– Memberi latar belakang pelajar kepada guru yang akan mengajarnya.

Page 19: Topik 3 4

Rekod Anekdot

• Terdapat pelbagai jenis rekod dan laporan dalam melaporkan prestasi pelajar.

• Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh.

Page 20: Topik 3 4

Anecdotal records -written accounts of significant, individual student events and behaviors the teacher observed.

Rekod Anekdot -penjelasan ringkas mengenai sesuatu peristiwa yang signifikan termasuk tingkah laku yang diperhatikan dan interpretasi tentang peristiwa.

- Ia direkodkan sebaik sahaja insiden berlaku dan mengandungi maklumat yang mencukupi untuk mudah difahami kemudian

Rekod anekot/peristiwa - penyataan fakta tentang tingkah laku yang diperhatikan dalam bentuk bertulis, mengandungi ringkasan tentang masa/peristiwa mengenai murid dan tindakannya. CTH Bimbingan &Kaunseling

Page 21: Topik 3 4

Ciri-ciri Pelaporan Anekdot

• Lapor mengikut keutamaan• Mula dengan aspek yang mudah ke aspek

yang lebih kompleks• Biar proses mencatat anekdot berlaku

secara semulajadi

Page 22: Topik 3 4

Penilaian Kendiri

• Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari di atas pembelajaran mereka.

• Penilaian kendiri diperkenalkan dalam sistem pendidikan untuk memotivasikan murid agar mereka bersikap berautonomi dan menghasilkan individu bestari iaitu murid terarah kendiri

(self-directed)

Page 23: Topik 3 4

CIRI-CIRI PENILAIAN KENDIRI

• Memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid menguji diri sendiri dan memperolehi pengetahuan serta kemahiran secara berdikari.

• Bahan penilaian direka dan diuruskan supaya murid dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka dengan pentaksiran kendiri.

• Menggalakkan pembelajaran kendiri agar murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan penilaian kendiri.

Page 24: Topik 3 4

Penilaian Rakan Sebaya

• menggalakkan peer learning• sama-sama memahami dan membetulkan

kesilapan• sesuai untuk menilai aspek perasaan dan

perlakuan moral

Page 25: Topik 3 4

Temuduga/Lisan• Boleh dijalankan secara kumpulan ataupun

individu• Pelajar dan guru berkomunikasi secara terbuka

mengenai pencapaian pelajar, kandungan akademik atau sebarang perkara yang berkaitan dengan kemajuan pelajar.

• Menurut Bernett dan Zucker (1990), 4 fungsi utama temuduga ialah:

• A formal diagnostic technique• A method to study private experiences• A data gathering technique• An educational technique

Page 26: Topik 3 4

Prinsip-prinsip penggunaan temuduga

• Kedua-dua pihak (guru dan pelajar) perlu bersikap terbuka dan jujur

• Soalan-soalan temuduga perlu berfokus terhadap target pencapaian dan tujuan temuduga

• Soalan-soalan perlu difikirkan dan dirancang terlebih dahulu

• Perlu ada rancangan untuk masa tambahan untuk keseluruhan temuduga

• Akhiri sesuatu temuduga dengan kesimpulan dan kesan temuduga terhadap kita sebagai guru dan pelajar untuk bekerja bersama-sama untuk tahap/bidang yang selanjutnya.

Page 27: Topik 3 4

Ujian Bertulis Ujian Objektif• Ujian objektif ialah salah satu jenis ujian kertas-pensel.• Soalan-soalan objektif hanya memerlukan jawapan pendek .• Pada amnya, ujian objektif boleh disediakan dalam dua

bentuk:• Item respons bebas• Item respon tetap

• Soalan-soalan objektif boleh disediakan dalam pelbagai cara, iaitu:

• Betul/Salah• Isi tempat kosong• Padanan• Aneka pilihan

Page 28: Topik 3 4

Ujian Subjektif• Sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan

kemahiran menyusun idea dan pendapat pelajar mengenai apa yang sudah dipelajari.

• Ujian subjektif juga dikenali sebagai ujian esei.• Ujian yang memerlukan calon memberi jawapan dalam

bentuk perkataan/karangan sendiri• Jawapan boleh dinyatakan dalam

– satu ayat– perenggan– karangan yang lengkap

• Ujian subjektif boleh disediakan dalam dua bentuk:– Jenis respons terhad– Jenis respons lanjutan

Page 29: Topik 3 4

Tugasan

• Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu

• Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan

Page 30: Topik 3 4

Portfolio

• Menilai hasil kerja murid yang dikumpul secara sistematik bagi satu jangka masa yang tertentu

Page 31: Topik 3 4

PELAPORAN DALAM ASPEK PENILAIAN

Satu daripada tujuan pelaporan ialah untuk mengambil tindakan susulan dengan

mengadakan:

– Program pemulihan– Program pengayaan

Page 32: Topik 3 4

PROGRAM PENGAYAAN

• Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

• Disediakan untuk semua pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat.

• Aktiviti pengayaan diberikan selepas pelajar berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

• Aktiviti pengayaan dapat memperluaskan pengalaman dan pengetahuan selaras dengan minat dan kebolehan mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

Page 33: Topik 3 4

Program Pemulihan

• Suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas.

• Termasuk kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

• Bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran mesti bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi.

Page 34: Topik 3 4

Rumusan

• Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

• Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkaya.

Page 35: Topik 3 4

Rumusan

• Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku moral.

Page 36: Topik 3 4

Portfolio

• Portfolio merupakan satu alat pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru-guru sains sekolah rendah.

• Portfolio merupakan satu koleksi kerja yang menunjukkan satu atau lebih konsep yang telah dikuasai oleh pelajar.

• Pada umumnya portfolio merupakan satu folder atau fail atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan kutipan yang dikumpulkan untuk suatu tempoh masa.

Page 37: Topik 3 4

Portfolio

• Portfolio menggambarkan atau menerangkan perkembangan kognitif pelajar tentang sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru.

• Suatu portfolio boleh mengandungi pelbagai sampel kerja sepanjang tempoh yang telah ditetapkan dimana ia menunjukkan bagaimana kemajuan atau perkembangan kognitif pelajar dalam sesuatu bidang.

Page 38: Topik 3 4

Matlamat Portfolio

• Memberi peluang kepada pelajar memperbaiki pembelajaran mereka.

• Pelajar sendiri dapat melihat perkembangan yang telah dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan. (penaksiran kendiri)

Page 39: Topik 3 4

Jenis-jenis PortfolioPortfolio Proses may include: journals,

reflections, independent work, teacher evaluations, self evaluations

Portfolio Hasil(Produk): short, more accessible documents at mastery level

Portfolio Sambutan(Celebration): Student’s use as mementos of their favorite learning activities and experiences; creative and imaginative

Page 40: Topik 3 4

Jenis-jenis PortfolioPortfolio Pameran(Showcase): Displays

student’s best work; takes timePortfolio Projek “Big Books” : Process

elements were sloppy, neat, and final copies of a story

Portfolio Digital: May include text, graphics, video, and audio components; student’s gain computer skills

Page 41: Topik 3 4

PortfolioGuru haruslah menetapkan kriteria-kriteria portfolio dan memberi pemahaman kehendak portfolio kepada pelajar.

Weld(2004) pula menyatakan portfolio perlulah digunakan dengan cara yang betul supaya tidak membuang masa. Menurut beliau penggunaan portfolio secara berkesan boleh menggambarkan perkembangan kebolehan pelajar dalam ilmu sains.

Page 42: Topik 3 4

Portfolio

Menurut Benbow dan Malby (2002) guru-guru boleh menggunakan portfolio pada bila-bila masa dalam proses pembelajaran untuk menilai perkembangan pembelajaran pelajar disamping pemahaman dalam sains.

Page 43: Topik 3 4

Portfolio

Peters dan Gega(2002) menyatakan guru harus memberitahu pelajar-pelajar perkara-perkara berikut berhubung dengan portfolio:(1)Bahan-bahan yang dimasukkan dalam portfolio mestilah bertarikh ;(2)Kandungan mestilah disusun mengikut kategori; (3)Bimbing pelajar kearah kemajuan kerja mereka;

Page 44: Topik 3 4

Portfolio

(4) Bincang dalam kumpulan contoh –contoh bahan yang dimasukkan dalam portfolio; (5) Galakkan mereka untuk menghasilkan produk yang asli yang diperbaiki dari semasa ke semasa; (6)Bagaimana penyusunan bahan-bahan dalam portfolio; (7)Objektif pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan;

Page 45: Topik 3 4

Portfolio

(8) Kerjasama antara pelajar-pelajar jika menghasilkan portfolio berkumpulan;(9) Pandangan pelajar tentang persoalan apa yang mereka rasa seronok ; (10)Pandangan pelajar terhadap persoalan “apa yang saya perlu perbaiki”.

Page 46: Topik 3 4

REFLEKSI HASIL KERJA MURID

Murid perlu dilibatkan secara langsung dalam setiap proses pembinaan portfolio bagi mendapatkan murid menghayati dan menghargai portfolio yang dihasilkan, untuk menggalakkan mereka mengambil tindakan penambahbaikan prestasi dan penguasaan.

Refleksi merupakan suatu sesi yang paling

penting untuk memberikan maklumat serta memberi kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan mereka.

Page 47: Topik 3 4

APAKAH YANG DIPERTIMBANGKAN DALAM SESI REFLEKSI

1. Ulasan tentang mengapa sampel itu dipilih.2. Ulasan tentang apa yang menyebabkan

mereka suka atau tidak suka sampel tersebut3. Ulasan untuk mengenalpasti proses yang

terlibat dalam perkembangan atau hasil dan persembahan yang spesifik.

4. Gambaran dan fokus kepada sampel bagaimana kemahiran atau pengetahuan yang spesifik boleh dipertingkatkan

Page 48: Topik 3 4

APAKAH YANG DIPERTIMBANGKAN DALAM SESI REFLEKSI

5. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sampel daripada hasil kerja

6. Matlamat dalam diri mereka berdasarkan kekuatan atau kelemahan yang mereka ada.

7. Mengenalpasti strategi untuk mencapai matlamat.

8. Melengkapkan senarai semak untuk memasti semua tindakan dalam sesi refleksi telah dilaksana.

9. Helaian refleksi dilampirkan bersama hasil kerja.

Page 49: Topik 3 4

Penggredan Portfolio

Tugasan Pelajar

Page 50: Topik 3 4

Penggredan Portfolio

Rubrik Penskorana)Rubrik merupakan satu panduan atau format untuk melakukan penaksiran bagi sesuatu perkara.b)Rubrik menjelaskan tentang pengskoran bagi sesuatu tahap pencapaian atau jawapan yang pelajar kemukakan.

Page 51: Topik 3 4

Penggredan Portfolio

Rubrik Penskoranc) Rubrik adalah prosedur dan set kriteria yang ditetapkan untuk tujuan pemberian markah bagi hasil kerja atau prestasi murid dalam jawapan.

d) Sesuatu rubrik menyenaraikan respons yang dijangka dalam kemahiran- kemahiran yang dinilai

Page 52: Topik 3 4

Penggredan Portfolio

Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai.

Page 53: Topik 3 4

Penggredan Portfolio

Rubrik Penskoranc) Rubrik holistik mempunyai label-lebel kecekapan yang berkaitan dengannya seperti cekap, lemah, cemerlang, dll.d) Rubrik analitikal merupakan rubrik yang lebih terperinci daripada holistik dan kriteria disediakan dengan lebih kemas.

Page 54: Topik 3 4

Alat Pentaksiran(sambungan)

Selain daripada ujian bertulis, hasil kerja yang lain seperti laporan eksperimen, latihan bertulis seperti esei, tafsiran gambar rajah, graf, carta dan jadual serta nota juga diperiksa dan dinilai oleh guru sains