transkripsi teks
DESCRIPTION
TUGASAN FONETIK & FONOLOGITRANSCRIPT
HALAMAN PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”
TANDATANGAN : ……………………………….
NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN
NO. KP : 940202-08-6464
TARIKH : 11 SEPTEMBER 2015
ISI KANDUNGAN
BORANG PENGAKUAN
PROFIL DIRI
1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI FONETIK & FONOLOGI
1.2 DEFINISI BUNYI-BUNYI BAHASA
2.0 TUGASAN INDIVIDU
2.1 TRANSKRIPSI FONETIK
2.2 SIMBOL-SIMBOL FONETIK
2.3 ANALISIS PETIKAN & TRANSKRIPSI FONETIK
3 REFLEKSI KENDIRI
4 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami
menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini. Keberhasilan tugasan ini adalah
datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Kami merakamkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu
(BMM3083) saya iaitu, En.Mohd.Asri bin Abdul Razak. Beliau telah banyak membantu
saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan
sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan.
Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan
khususnya dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan
tugasan ini. Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi
semangat saya untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak
mudah berputus asa apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau
buntu fikiran. Malahan, mereka banyak membantu saya dengan memberikan curahan idea
yang efektif dan bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan ini.
Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan
Afzan kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber
yang membolehkan saya mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini
serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah. Diharapkan semoga kerja
kursus ini memberi manfaat kepada semua, sama ada secara langsung mahupun tidak.
Sekian, terima kasih.
1.0 PENGENALAN
Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya
menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa
mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang
dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan
kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada
disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan
tetapi tidak bertutur.
Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut sebagai pertuturan,
kalimat atau ujaran, iaitu satu system bunyi yang teratur atau pencantuman bunyi yang hadir
secara berurutan dan berulang-ulang. Menurut Gumperz (1971), apa yang dituturkan itu
ialah bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuati situasi
atau perlakuan sosial yang diceritakan.
Pendengar memahami perkara yang dilafazkan berdasarkan strukturnya yang teratur
itu. Pendengar akan memilih beberapa ciri tertentu daripada percakapan itu serta
menghubungkannya dengan makna dan situasi yang umum bagi bahasa itu. Penalosa
(1981), berpendapat bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama melibatkan bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Keduanya merangsang pemikiran,
situasi sosial dan makna. Kedua-dua bentuk ini berhubungan erat dan saling bertindak
balas. Hubungan kedua-duanya amat rumit dan berbeza antara satu bahasa dengan
bahasa yang lain.
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna
bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi
lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi
bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-
bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat
menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal
ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek
keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi,
pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa
memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan
peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.
1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi
1.1.1 Fonologi
Menurut Abdullah Hassan (1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik
yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-
organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang
mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.
Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Parker(1974) menjelaskan bahawa ilmu fonologi
ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus
atau peraturan yang menentukan sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan
kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996). Dalam Merriam Webster‟s
College Dictionanry tenth edition (1996) fonologi dihuraikan sebagai “the science of
speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a
language or in two or more related languages”.
1.1.2 Fonetik
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan
hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai
kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi
kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati
Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi
menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Raminah Haji Sabran
(1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan
menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan
manusia sejagat..Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh
didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia,
baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan
memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.
1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa
Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.
Udara yang bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak
dan mulut atau hidungatau kedua-duanya.Udara yang keluar ituakan mengenai
bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah
bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi
yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan
bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh, apabila dua orang bertutur, mereka saling
memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana rajah di
bawah:
Rajah Organ Artikulasi
Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu
vokal, konsonan dan diftong.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa
gangguan dalam rongga mulut.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal ialah
bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa
tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk
bibir. Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan
apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-
paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga
mulut atau rongga hidung. 6 Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi
geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada
satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula
daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].
2.0 TUGASAN INDIVIDU (ANALISIS PETIKAN)
2.1 TRANSKRIPSI FONETIK
Dengan berpandukan proses fonologi, transkripsi suatu bahasa itu mudah dilakukan.
Sebaliknya, jika kita melakukan transkripsi berdasarkan intusi kita sendiri, sudah pasti
transkripsi tersebut tidak dapat dilakukan secara konsisten krn intusi seseorang itu berbeza-
beza antara satu sama lain dan mudah dipengaruh oleh dialeknya sendiri. Transkripsi
fonetik bermaksud satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan
lambang-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.Transkripsi fonetik juga
digunakan oleh pengkaji dialek.Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ]. Transkripsi
fonetik ini amat berguna kepada ahli fonetik dan fonologi untuk menerangkan ujaran serta
sistem yang tidak taksa (ambiguous) dalam penghasilan penyebutan bagi membantu
penulisan serta bentuk grafik yakni daripada visual kepada auditori memberi output sebenar
petuturan kepada pembaca atau pengkaji.
Transkripsi fonetik dikenali juga sebagai transkripsi sempit, iaitu pengkaji memberi
lambang fonetik setepat-tepatnya dan terperinci yang merangkumi lambang koartikulasi
seperti lambang pembibiran, penyengauan, nasalisasi, perengkungan, penglelangit kerasan
dan glotalisasi. Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi segmental, jenis koartikulasi
dan jugaciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan atau ayat dalam transkripsi
ini. Oleh itu,transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat mungkin semua sifat
yang terdapat pada pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak
semua bunyi koartikulasi wujud dalam bahasa Melayu.
Terdapat lambang-lambang yang mewakili setiap fonetik tersebut. Lambang-
lambang koartikulasi bagi pembibiran ialah [w], penyengauan atau dikenali jugasebagai
nasalisasi dan lambangnya ialah [], perengkungan [ L, d, z ], penglelangitkerasan [ j ]
dan glotalisasi atau pengglotisan lambangnya ialah [?]. Lambang permulaan ayat atau
ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah [ #. Lambang akhiran ayat atau ujaran
pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah #]. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat
atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah //. Lambang jeda atau hentian sebentar
bagi perkataan dalam pertuturan untuk transkripsi fonetik ialah +.
2.3 Transkripsi teks ‘Berbahasalah Demi Bangsa’
Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang melambangkan identiti suatu kaum.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlulah diperkasakan
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu yang
digunakan dengan meluas sememangnya diutamakan dan dipertahankan. Selaras
dengan fungsinya sebagai alat perpaduan, bahasa Melayu perlu dimartabatkan
untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di
dunia. Kita perlu memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada
anak-anak sejak kecil. Ibu bapa dan guru-guru perlu memainkan peranan
menggunakan bahasa Melayu dengan betul apabila bertutur dengan anak-anak.
Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat oleh semua kaum
dari sekarang untuk meledakkan darjat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam
semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa
Malaysia yang disifatkan semangat kekitaan sekaligus sangat relevan dengan gagasan 1
Malaysia. Jadi, pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan demi memartabatkan Bahasa Malaysia
dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, antara langkah yang patut diambil oleh pihak
kerajaan termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan
kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. serta menjalankan kempen yang
berkesan untuk memberi kesedaran dalam masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu.
Tuntas kata, semua pihak perlu berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan
bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin
meluas, sudah pasti bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
[Dipetik & digubal daripada Pelita Bahasa @
Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2014]
Transkripsi [‘Bәrbahasalah Dәmi Baŋsa’]
[# bahasa mәrupãkan satu alat komunikasi jaŋ mǝlambaŋkan idǝntiti suwatu ka?um // pә
ŋgunã?an bahasa mə͂S laju sәbagai bahasa kәbaŋsa?an pәrlulah dipәrkasakan dalam
kalaŋan ra?jat Malajsia // sәbagai bahasa rasmi jaŋ digunãkan dәŋn mәluas/ bahasa melaju
sәmemãŋɲã diutamãkan dan dipәrtahankan // sәlaras dәŋãn fuŋsiɲã sәbagai alat
pәrpaduʷan/ bahasa mәlaju pәrlu dimãrtabatkan unto? mə͂S njadikanɲã lebih bәrkuʷaliti dan
mãmpu bәrsaiŋ dәŋãn bahasa-bahasa laʸin di dunia// kita pә rlu mə͂S mupu? kәsәdaran tәntaŋ
pәntiŋã bahasa mə͂S laju kәpada ana?-ana? sәja? kәcil // ibu bapa dan guru-guru pәrlu
mәmãʸinkan pәranan mə͂S ŋgunãkan bahasa mәlaju deŋãn bәtul apabila bәrtutur dәŋãn ana?-
ana? # ]
[# usaha unto? mə͂S mãrtabatkan bahasa mə͂S laju pәrlulah dipәrgiʸat dari sәkaraŋ oleh sǝmua
tanpa mə͂S ŋira ka?um untu? mǝlǝda?kan darjat Bahasa Malajsia sǝbagai bahasa rasmi
dalam sǝmua urusan harian/ sǝlain status utamaɲa sǝbagai bahasa kebaŋsaan// bahasa
mǝlaju jaŋ disifatkan sǝmaŋat kǝkita?an sǝkaligus saŋat relevan dǝŋan gagasan 1 Malajsia//
Jadi/ pǝlbagai inisiatif perlu dila?sanakan dǝmi mǝmartabatkan bahasa Malajsia dalam
kalaŋan maʃarakat// Sǝbagai contoh, antara laŋkah jaŋ patut diambil oleh pihak keraja?an
tǝrmasuklah mǝŋgesa sǝmua urusan rasmi dan surat mǝɲurat di sǝmua jabatan keraja?an
diimplimǝntasikan dalam bahasa ibunda sǝrta mə͂S nǰalankan kempen yaŋ bәrkәsan untu?
mə͂S mbәri kәsәdaran dalam maʃẩrakat agar cinta akan bahasa mə͂S laju// Tuntas kata /
sәmuʷã piha? pәrlu bәrgandiŋ bahu untu? mə͂S mãrtabatkan pәŋgunã?an bahasa mәlaju
tanpa mə͂S ŋira ka?om// Sәkiraɲã pәŋguna?an bahasa mәlaju sәmãkin mәluas/sudah pasti
bahasa ini sәtandiŋ dәŋãn bahasa-bahasa laʸin di duniʸa #]
3.0 Refleksi Kendiri
Saya Ranjini A/P Valauthan, guru pelatih dari Institut Perguruan Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, unit PISMP Bahasa Melayu, Semester 3 ambilan
Januari 2014 telah diberi kerja kursus bagi mata pelajaran Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu pada 10 Ogos 2015 yang lalu. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya
semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah mempelajari banyak perkara semasa
melaksanakan kerja kursus ini.
Pada saat ini, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala
tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada saya meskipun pada mulanya
saya berasa amat bimbang dan risau kerana tidak dapat memahami kehendak soalan kerja
kursus ini dengan sebaik yang mungkin kerana ianya merupakan sesuatu perkara yang
amat baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat kerja kursus
seumpama ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, banyak perkara yang telah saya
pelajari melalui pelaksanaan kerja kursus ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah
mencari banyak maklumat daripada pelbagai sumber bagi memastikan tugasan ini dapat
disiapkan dengan baik dan sempurna. Saya telah melayari beberapa laman web untuk
mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini dan saya juga
tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih
lanjut dan terperinci tentang tajuk tugasan ini. Hal ini telah membolehkan saya menjadi
seorang yang lebih berkemampuan untuk menguasai topik tugasan kajian ini dengan lebih
mendalam lagi.
Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata
pelajaran bagi kursus ini iaitu En.Mohd Asri bin Abdul Razak, kerana membantu saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa panduan dan bantuan beliau, saya tidak sanggup
menyelesaikan tugasan tersebut. Beliau telah memberikan banyak penerangan kepada saya
berkaitan topik tersebut dan cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut.Selain beliau,
sekalung budi turut diucapkan kepada rakan sekumpulan saya bagi tugasan kumpulan
kursus ini iaitu Lalitha Hasokar untuk menghulurkan tangannya sehingga saya
menyempurnakan tugasan saya.
Selain itu, saya juga menghadapi pelbagai kekangan semasa pelaksanaan kerja
kursus ini. Antaranya ialah, saya mengalami kesukaran untuk mencari sumber, bahan atau
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana, saya
mendapati bahawa kebanyakan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini
dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Hal ini menjadi salah satu cabaran yang paling utama
bagi saya, kerana saya terpaksa menterjemahkan bahan-bahan tersebut dalam bahasa
Melayu bagi membolehkan saya menghasilkan kerja kursus yang baik dan sempurna.
Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa
yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah semua maklumat
dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun
dan sabar. Saya juga saling merujuk antara satu sama lain terutamanya dengan guru pelatih
sebaya saya yang lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini.
Ketika membuat kerja kursus ini saya telah banyak mempelajari tentang bidang
kajian bahasa Fonetik dan Fonologi. Saya dapat memahami kajian fonetik dan fonologi
adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi manusia secara langsung.
Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang berbeza. Namun begitu,
terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia tetapi
mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Unsur tersebut
ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara
bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi
konsonan.Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada
yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.
Tambahan pula, saya telah mengetahui bagaimana penghasilan sebuah vokal,
konsonan dan diftong. Setelah mengkaji, vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak ada
halangan semasa udara keluar daripada peparu. Lidah dan bibir turut memainkan peranan
yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal. Manakala konsonan mempunyai bunyi
yang bersuara dan tidak bersuara. Hal ini demikian kerana, bunyi konsonan terhasil
daripada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari paru-paru dan dua bibir , gusi,
lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, dan rongga hidung memainkan peranan
yang sangat penting dalam penghasilan bunyi konsonan.
Lantaran itu, jelaslah bahawa kajian fonetik dan fonolgi ini amatlah menarik untuk
dikaji, kerana dengan kajian yang dilakukan lebih mendalam, kita akan lebih mengenali
bahagian-bahagian alat artikulasi yang mana memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan bunyi bahasa terutama bunyi bahasa yang dapat diterima maknanya.
Akhir kata, setelah menyiapkan tugasan ini saya mendapati bahawa sikap rajin,
bertanggungjawab dan menepati masa adalah amat penting dalam melakukan kerja kursus.
Sikap seperti ini juga meningkatkan keyakinan diri untuk persiapan mengharungi cabaran
profesion perguruan. Semangat kerjasama turut dicapai melalui tugasan kumpulan. Sebagai
seorang bakal guru, kita seharusnya lebih gigih serta tekun untuk menghadapi masalah.
Saya harap pengalaman yang saya perolehi sepanjang membuat kerja kursus ini akan
dapat digunakan ketika saya membuat kerja kursus yang akan datang. Tuntas kata, kerja
kursus sebegini wajar diberikan setiap guru pelatih untuk menghasilkan sumber tenaga
pengajar yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
4.9 RUJUKAN
Abdullah Hassan, 1987. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Asraf Abdul Wahab, 1981. Intonasi Dalam Hubungan dengan Sintaksis Bahasa
Melayu.Sasbadi Snd. Bhd: Petaling Jaya
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2010/09/bidang-kajian-linguistik.html
http://amoichantek12.blogspot.my/2014/04/pengenalan-pada-tugasan-kali-ini-konsep.html
http://bahasageografi.blogspot.my/2013/09/bab-3-lambang-bunyi-bahasa-dan-cara.html
Indrawati Zahid, 2006 . Fonetik dan Fonologi.
Kuala Lumpur:PTS Profesional Snd.Bhd
Nor Hashimah Jalaluddin, 2000. Asas Fonetik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain, 1985. Ilmu Fonetik dengan Latihan.
Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara
2.2 Simbol-Simbol Fonetik Bahasa Melayu
SIMBOL VOKAL BAHASA MELAYU
Huruf Simbol bunyi
a [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə͂]
i [i]
o [i]
u [u]
SIMBOL KONSONAN BAHASA MELAYU
Huruf Simbol bunyi
b [b]
c [č]
d [d]
g [g]
h [h]
j [j]
k [k], [/], [Q]
l [l]
m [m]
n [n]
p [P]
q [q]
r [r]
s [s] [š]
t [t]
v [v]
w [w]
x [z]
y [Y]
z [z]
SIMBOL DIFTONG BAHASA MELAYU
Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi
ai [ai]
au [au]
oi [oi]
SIMBOL KONSONAN GANDINGAN BAHASA MELAYU
Konsonan Rangkap Simbol bunyi
gh [ ]
ny [ ɲ ]
ng [ ŋ ]
sy [ ∫ ]
th [ ]
dz [ ð ]
akh [ x ]