tugasan 1 hubungan etnik

10
WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK DISEDIAKAN OLEH : 1) VELLASHENE A/P SUBRAMANIAM 2) THARANI A/P KANNAN

Upload: vellashene-vella

Post on 08-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi menggantikan DEB pada tahun 1990.Pada asasnya meneruskan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil yang cuba dicapai sejak DEB. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

KANDUNGANDASAR EKONOMI BARUPENGENALANDASAR PEMBANGUNAN NASIONALKEBERKESANAN DASAR-DASARPENUTUPOBJEKTIF :Menganalisis dan menilai secara kritis keberkesanan peranan kerajaan dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan pencapaian perpaduan kaum di Malaysia.

Kesan-kesan positif yang telah dicapai sepanjang tempoh pelaksanaan DPN dapat dilihat daripada beberapa aspek. Dari segi pengangguran, didapati peratusnya secara drastik telah menurun. Dari aspek peningkatan taraf kehidupan rakyat bertambah terjamin. Hal ini kerana berlakunya peningkatan dalam kemudahan-kemudahan asas yang dibina dan ditawarkan kepada masyarakat. Dari aspek penyusunan semula pengurusan dan guna tenaga keseluruhannya didapati penglibatan Bumiputera terus kekal.KEBERKESANAN DASAR-DASAR

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

PENUTUP

Masalah jurang pencapaian ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.Puncanya adalah ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik. Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa tersebut. Kerajaan sedar jurang pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu telah membawa kepada peristiwa berdarah tersebut. Kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. PENGENALAN