tugasan 2

40
SEMESTER 2 SESI 2012/2013 QGK3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TUGASAN 2 Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO TELEFON ZAIYATUN KAMALIAH BINTI ISHAK D20102045033 019-5079027

Upload: margaret-rodriguez

Post on 25-Nov-2015

1.247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Program Kesihatan Di sekolah

TRANSCRIPT

PAGE

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

QGK3023

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAHTUGASAN 2

Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. MATRIKNO TELEFON

ZAIYATUN KAMALIAH BINTI ISHAKD20102045033019-5079027

KUMPULAN KULIAH:UPSI04(A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING:ENCIK ABD RAHIM BIN MOHD SHARIFF

TARIKH SERAH:24 NOVEMBER 2013

PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH PENGENALAN

Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Kumpulan sasar bagi program ini adalah murid-murid yang terdiri daripada :

Pra-sekolah Tahun 1 Tahun 6 Tingkatan 3

TUJUAN DAN MATLAMATProgram kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi mencapai tujuan berikut:

Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan. Melakukan pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat membuat rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas. Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran kesihatan yang berkesan. Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul. Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran dan menjayakan sebarang kempen kesihatan. Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasional-rasional berikut :

Mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah. Dapat mengawal penyakit bawaan vektor. Memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah. Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah.

Terdapat enam Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini. Keenam-enam teras ini merupakan satu kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan program ini.

1. Polisi Kesihatan Sekolah

2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat

3. Persekitaran sosial sekolah yang selamat

4. Penglibatan komuniti

5. Kemahiran kesihatan diri

6. Perkhidmatan kesihatan sekolah

Di samping enam Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini turut mengambil kira beberapa kriteria berikut bagi menjayakan program ini dan agar program ini sesuai dengan persekitaran dan iklim sekolah tersebut:

Kurikulum Sekolah Keadaan Fizikal dan sosial sekolah Perkhidmatan kesihatan sekolah Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan Sebarang program sekolah sihat, yang seharusnya dapat meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah .

DASAR SEKOLAHDasar sekolah merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan sesuatu piagam. Hal ini termasuklah kesihatan murid. Berikut merupakan dasar sekolah berkenaan kesihatan murid.

Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :

Pemeriksaan Gigi dan Mata.

Pemeriksaan Kesihatan.

Program RMT.

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Ceramah dan Kempen.

Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa atau penjaga. Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.KEPENTINGAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH Mempergunakan model kesihatan untuk memperkembangkan individu dari segi JERIS. Menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak. Memberi penekanan kepada pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan. Mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Membentuk hubungan antara sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan. Memberi penekanan kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif dalam kurikulum. Membentuk keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan. Membentuk persekitaran kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah. Memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk bekerjasama. 1. PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN DAN MULUTKesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting. Program rawatan pergigian dan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi. Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana, masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil. 1.1 Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI RAWATAN PERGIGIAN DAAN MULUTSEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG06 100 KODIANG

KEDAH DARUL AMAN2013

1.2 Pelaksanaan

Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.

Gambar 1: Penerangan tentang cara memberus gigi dengan cara yang betul oleh jururawat.

Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah. Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin mencabut gigi mereka. perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah rendah.

Gambar 2 : Murid sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi.

Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga gigi dan mulut mereka. tambahan lagi, rawatan pergigian ini juga dijalankan melalui Klinik Pergigian Bergerak. Klinik ini merupakan sebuah kenderaan yang diubahsuai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang terhad. Klinik bergerak ini memudahkan sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian. Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak-kanak memiliki gigi yang cantik serta mempunyai gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.

Gambar 3: Pemeriksaan gigi

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan. 1.3 Cara menambah baik program

Di samping itu, Program Senyuman Ceria, Masa Depan Gemilang yang dijalankan oleh Colgate adalah usaha kesihatan membabitkan penjagaan gigi dan mulut dijalankan secara global. Pada tahun 2010, program berkenaan membabitkan 100 peratus sekolah rendah kerajaan di Malaysia iaitu sebanyak 7500 sekolah. Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada kanak-kanak dan keluarga mereka yang membabitkan usaha penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik. Tambahan pula, di negara ini, Colgate menyokong program berkenan di sekolah rendah kerajaan sejak 1965. Program terbabit kini meliputi lebih daripada 630 000 kanak-kanak di 7500 sekolah rendah kerajaan di seluruh negara dengan sokongan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Sasaran program adalah kanak-kanak berusia antara enam hingga lapan tahun, di samping memberikan risalah interaktif untuk ibu bapa yang dibawa pulang oleh kanak-kanak berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul. 1.4 Keberkesanan program terhadap kesihatan pelajarProgramrawatan pergigian dan mulut yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar , guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan gigi dan mulut serta amalan harian. Pelajar mula mengamalkan amalan menggosok gigi iaitu sebanyak tiga kali seharian pada waktu tertentu. Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul. Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat. Membincang dan memberi pandangan tentang bahaya karies gigi dan amalan penjagaan gigi dan mulut yang baik. Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Penjagaan gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan belajar untuk menjaga gigi mereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka panjang. Program ini juga menjadi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang ceria.2. PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Hal ini bermaksud RMT adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.

Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapita RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah di bawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat pelbagai masalah berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak menerima bantuan. Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Tambahan lagi, untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung. Di samping itu, juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, RMT berobjektifkan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. 2.1Pentadbiran atau Organisasi RMTCARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG06 100 KODIANG

KEDAH DARUL AMAN2013

2.2Sumber Kewangan

Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka. Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.

2.3Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMT

Di sekolah saya, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses pemilihan berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa/ penjaga seseorang pelajar itu.Pelajar yang layak dipilih melalui perbincangan oleh Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada PK Hem, wakil PIBG dan 3 guru RMT.

Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :a.Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.

b.Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.

c.Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

2.4Kaedah dan pemilihan tender untuk RMTPihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan pengurusan RMT ini kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah berdasarkan kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran.

2.5Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan

Memandangkan di sekolah ini, pihak kantin yang mengurus dan menyediakan makanan RMT, maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Berdasarkan kepada bilangan murid yang menerima RMT seramai 400 orang murid, RM2.05 didarabkan kepada jumlah 400 dan hasilnya didarabkan kepada jumlah hari persekolahan pada bulan-bulan tersebut.

2.6Kaedah pengagihan makanan kepada peserta

Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi setiap murid RMT mengikut kelas masing- masing. Ketua kelas akan mengambil kad-kad tersebut 10 minit sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT yang terdapat di kelas masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit sebelum loceng rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di kantin. Pekerja kantin akan yang bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad RMT murid tersebut sebelum memberikan makanan RMT.

2.7Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat dengan RMT

Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan, pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas warna putih dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.8Pemilihan bahan- bahan mentah

Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang:i.mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan

mencegah penyakit.

ii.segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.

iii.mengenyangkan.

iv.tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan.

Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas, didapati menerusi kajian yang dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga dapat mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna.

2.9Menu makanan yang disediakan

Penyelaras RMT iaitu PK Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini telah menyediakan menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin sekolah.

Berikut adalah menu RMT di sekolah ini :HARIMENU MAKANAN

ISNIN1.Bubur nasi

2.Minuman milo

3.Buah nenas

SELASA1.Mee goreng dengan sayur dan ayam

2.Minuman milo

3.Buah betik

RABU1.Roti- 2 keping + jem

2.Minuman milo

3.Buah - tembikai

KHAMIS1.Nasi + ayam masak kicap + sayur

2.Minuman jus oren

3.Buah - betik

JUMAAT1.Nasi kuning + telur + sayur

2.Minuman milo

3.Buah - nenas

Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin sekolah, makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.2.10Cara penyediaan makanan RMT

Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri oleh pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap kebersihan, pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, didapati pihak kantin mula menyediakan makanan RMT pada jam 9 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15 minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini kelihatan terurus dengan sistematik.

2.11 Keberkesanan program terhadap murid

Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar , guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan.

Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.

Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan. Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul. Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat. Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang.

2.12 Cadangan Penambahbaikan Program RMT

Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan setiap hari.

Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.

Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi.Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.

Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.

Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.

Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosial dan intelek atau JERIS.Gambar 4 : Sistem Kad untuk menentukan kehadiran muridpelajar dan seliaan guru bertugas setiap pagi.

Gambar 5 : Murid menikmati hidangan RMT

3. PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA

3.1 Pendahuluan

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020.

3.2 Rasional

Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).

Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004). Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.

3.3 Keperluan Vitamin

Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.

Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

3.4 Strategi

Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.

3.5 Objektif Program

Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.

3.7. Carta Organisasi CARTA ORGANISASI PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG2013

3.8 Kumpulan Sasar 3.8.1Kriteria kelayakan

Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah).

3.8.2 Kriteria pengecualian

Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu:

1. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.

2. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.

3. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.

3.9Kaedah Pelaksanaan

3.9.1Penerimaan bekalan daripada pembekal

i. Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1).

Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.

3.10Cara penyimpanan

i.Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30C atau mengikut arahan pengeluar.

ii.Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.

3.11Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga

Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:

i- mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,

ii- memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab,

iii- memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.

Jika ibu bapa/penjaga menjawab YA pada soalan 1, 2 atau 3 di bahagian Sejarah Perubatan pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di sekolah.

3.12Cara Pemberian

1. Kekerapan

Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.

2. Dos (Bilangan tablet)

Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.3. Pemberian

Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan.

Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.

3.13 Kesan sampingan pengambilan vitamin

Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual, pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam sebilangan kecil murid.

Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.

Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).

3.14 Langkah-langkah keselamatan

Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:

i. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak.ii. Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah:

Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label.

Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan. Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka.

Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput.

memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.3.15 Pengurusan dan Penyelarasan

Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam RMT. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Buat masa ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

3.16Rumusan

Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.

LAMPIRAN 1KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL

ObjektifPemberian multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan tumbesaran. Ianya diberi secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di sekolah. Multivitamin dan mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekiranya terdapat kemusykilan, sila hubungi pihak pentadbir/ guru sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat MuridNama Murid:

Tahun:

Alamat Rumah:

Nama Sekolah:

Sejarah Perubatan1. Adakah anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala?

Ya

Tidak

2. Adakah anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah?

Ya

Tidak

3. Adakah anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital?

Ya

Tidak

Kebenaran menerima multivitamin dan mineral (sila lengkapkan SATU kotak sahaja).

Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.

Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:

No. Telefon Bimbit:Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:

No. Telefon Bimbit:

Tandatangan:

Tandatangan:

Tarikh:

Tarikh:

Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan borang ini. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.

RUMUSAN Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasional-rasional iaitu untuk mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah, dapat mengawal penyakit bawaan vektor , memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah dan memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah. Selain itu juga, program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah telah banyak mengubah amalan gaya hidup di kalangan kanak-kanak kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru dan boleh dikongsi bersama ahli keluarga lain seterusnya masyarakat. RUJUKAN

Ministry of Health Malaysia. (2000). Nutritional Status of Children Below Six Years in Malaysia.

National Health and Morbidity Survey III (2006). Unpublished data.

Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005.

Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, 2005.

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah. Rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010.

Taras H., (2005) Nutrition and student performance in school. Journal of School Health. August 2005, Vol.75, No.6.

Buku Panduan Program Bersepadu Sekolah Sihat (1998) Kementerian Pelajaran

Malaysia

Fauziah G. (2000) Teachers' Potential Role in Promoting Health in Schools. Dept.

of Community Dentistry, Universitii Malaya, Kuala Lumpur. MCD dissertation.

Junid NZ. (1997) The Impact of a Dental Health Education Programme on the

Knowledge, Attitude, Behaviour, Perception and Oral Health Status of Trainee

Schoolteachers. Dept. of Community Dentistry, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

MCD dissertation.

Ministry of Health Malaysia & Ministry of Education Malaysia (1999) . Modul

Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).PENGERUSI

GURU BESAR

(Pn Hjh. Salmah bt Berahim )

NAIB PENGERUSI

P. KANAN HEM

( Encik A. Majid bin Ramlee )

PENYELARAS RAWATAN PERGIGIAN DAN MULUT

(Puan Kasma binti Sharif )

PENYELARAS 2

(Puan Che Rohana binti Hashim )

AHLI JAWATAN KUASA

Puan Shafinah binti Ghazali 2. Puan Zainab binti Hassan

Encik Muhairie bin Mustafa3. Encik Zaini bin Dahari

PENGERUSI

GURU BESAR

(Pn Hjh. Salmah bt Berahim )

NAIB PENGERUSI

P. KANAN HEM

( Encik A. Majid bin Ramlee )

PENYELARAS RMT

(Encik Norshahidi binti Ibrahim )

PENYELARAS 2

(Puan Hasliza binti Haron )

AHLI JAWATAN KUASA

Pn Madiha bt Othman 6. Pn Rasita bt Abd Rani

Pn Siti Mariam bt Ariffin7. Pn Zabedah bt Idris

Pn Norazihan bt Mohd Nawawi8. Pn Haliza Binti Nasri

En Sulaiman bin Abd Aziz9. En. Hashim bin Mat Noh

Pn Rosmawati bt Mamat

PENGERUSI

GURU BESAR

(Pn Hjh. Salmah bt Berahim )

NAIB PENGERUSI

P. KANAN HEM

( Encik A. Majid bin Ramlee )

PENYELARAS RMT

(Encik Aznan bin Abdullah )

PENYELARAS 2

(Encik Azrul bin Zulkifli )

AHLI JAWATAN KUASA

Puan Fara wahida bin Fakhrulzameel2. Puan Norisma binti Zainuddin

Encik Suhaimi bin Osman 3. Puan Rozita binti Mat

PAGE