tugasan 2 krm3073

14
1 PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KRM 3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH KUMPULAN E-LEARNING UPSI03 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID NO. TELEFON MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016 0123898573 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD TARIKH SERAH: 26 APRIL 2014. TUGASAN 2

Upload: dustin-greer

Post on 24-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

    KRM 3073

    PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

    KUMPULAN E-LEARNING

    UPSI03 (A132PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016 0123898573

    NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD

    TARIKH SERAH: 26 APRIL 2014.

    TUGASAN 2

  • 2

    Pendahuluan

    Teori Konstruktivisme

    Konstruktivisme adalah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri.

    Pengetahuan bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain. Individu membina

    pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.

    Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage,

    explore, explain, elaborate, evaluate) iaitu

    Melibat guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid

    melibatkan diri

    Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka

    Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan

    Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep

    Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep

    Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan

    mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman

    pembelajaran yang dihajati.

    Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme.

  • 3

    Model P &P Proses Kreatif Terarah Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan

    Konstruktivisme

    Orientasi idea

    berasaskan

    pengetahuan

    sedia ada

    Penstrukturan idea

    Meneroka

    Menjelas

    Konstruk idea baru

    Penjelasan lanjut

    Aplikasi idea

    Penilaian

    Kaji semua

    perubahan

    Idea

    Penyiasatan

    lanjutan

    Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi

    langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

    Berdasarkan Teori Konstruktivisme, pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina

    di dalam minda berdasaarkan pengalaman sebenar. Menurut Von Glasserfeld, konsep

    konstruktivisme berasaskan andaian bahawa:

    - Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri.

    - Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya.

    - Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisassi pengalaman individu.

    Prestasi murid adalah di bawah bantuan orang yang lebih dewasa atau kerjasama dari rakan

    sebaya. Kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri

    menunjukkan bahawa perkembangan individu adalah pada peringkat potensi yang lebih tinggi.

  • 4

    Mengikut Teori Konstruktivisme lagi, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling

    mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu yang berkaitan.

    Di bawah proses pembelajaran, murid membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya

    secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat baharu dengan pengalaman sedia

    ada supaya setiap perselisihan atau konflik yang berlaku dapat diselesaikan dengan tujuan

    mencapai kefahaman terhadap maklumat baharu.

    Berbeza dengan Teori Kognitif, Teori Konstruktivisme pula menegaskan tentang perkembangan

    proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses

    kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing murid untuk mencari makna terutamanya dalam

    proses merancang, mengarah dan menilai pemikiran. Ini bermaksud untuk mencapai

    keberkesanan pembelajaran, murid perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara

    pembelajaran yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi terhadap sesi pembelajaran yang

    telah diikutinya.

    Perkara yang terpenting adalah murid perlu menghubungkaitkan pengalamannya dengan

    maklumat baharu dalam proses pembelajarannya. Dalam Teori Konstruktivisme, ilmu

    pengetahuan tidak digunakan bagi menjelaskan kebenaran, sebaliknya ia digunakan untuk

    mengesahkan tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu.

    Implikasi Teori Konstruktivisme.

    Mengikut Teori Konstruktivisme, peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran hanyalah

    sebagai penolong, pemudahcara dan perancang sementara murid memainkan peranan utama

    dalam aktiviti pembelajaran. Model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sekali digunakan

    ialah model pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.

    Kaedah dan teknik mengajar secara syarahan, hafalan dan mengingat adalah tidak sesuai

    digunakan untuk membentuk ilmu pengetahuan. Pengalaman dan kesediaan murid adalah faktor

    penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu.

  • 5

    Zon Perkembangan Prokimal Vygotsky

    Strategi pengajaran dan pembelajaran.

    Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik

    darjah bagi membantu murid memahami dan membina konsep serta pengetahuan mereka. Tugas

    guru adalah sebagai pengurus dan pemudah cara. Setiap murid perlu diberi perhatian yang

    sewajarnya supaya mereka mempunyai peranan dalam menentukan apa yang mereka pelajari.

    Penekanan diberikan untuk menyediakan murid dengan peluang untuk membina pengetahuan

    dan kemahiran (KPM,1995).

    Guru bertindak untuk memestikan setiap aktiviti pengajaran berpusatkan murid dan setiap

    aktiviti dyang dilaksanakan adalah bagi membina konsep pengetahuan dengan menggunakan

    bahan-bahan yang bersesuaian dan proses pengajaran berpusatkan murid untuk memudahkan

    murid mengaplikasi fahaman konstruktif dalam menerima ilmu pengetahuan.

    Zon perkembangan

    Prokimal : Murid masih

    boleh belajar dengan

    bantuan orang lain

    Kerja tersukar yang

    boleh dilakukan

    sendiri

    Kerja tersukar yang

    boleh dilakukan

    dengan bantuan

    orang lain

    Perkembangan potensi

    murid melalui usaha

    sendiri

    Had perkembangan

    potensi : Murid tidak

    boleh belajar

    walaupun dengan

    bantuan orang lain

  • 6

    Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme.

    Tarikh : 14 April 2014

    Masa : 9.35 am - 10.35 am (60 minit)

    Kelas : 5 Mawar

    Bil . Murid : 27 orang

    Mata pelajaran : Matematik

    Tajuk : Masa dan Waktu

    Bidang: : Hubungan unit dalam masa dan waktu.

    Standard Kandungan: Memahami hubungan di antara unit dalam masa dan waktu.

    Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

    ii Menukarkan unit minit kepada saat dalam bentuk pecahan dan perpuluhan

    Objektif pembelajaran:

    Di akhir pembelajaran murid dapat menukar minit kepada saat dalam bentuk pecahan dan perpuluhan.

    Pengetahuan sedia ada:

    Murid telah mempelajari jam dan minit, pecahan dan perpuluhan.

  • 7

    Aktiviti pengajaran:

    LANGKAH / MASA

    KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    CADANGAN

    KOMUNIKASI

    Set Induksi

    5 minit

    Persediaan

    Orientasi idea

    berasaskan pengetahuan

    sedia ada.

    Guru bersama pelajar menyanyikan lagu masa itu emas

    http://www.youtube.com/watch?v=cjjNnMP_GeY

    Lagu Kasdim : Masa itu emas.

    http://www.youtube.com/watch?v=PVjfgKF3cxg

    Cerita menghargai masa.

    Minta murid menyatakan bagaimana

    untuk menghargai masa dan alatan

    yang mereka gunakan untuk

    menentukan masa.

    Bolehkah kamu menyanyikan lagu ini

    bersama guru?

    Murid menceritakan apakah yang

    mereka perlu lakukan untuk

    menghargai masa berdasarkan cerita

    yang telah ditayangkan.

    Alatan apakah yang kamu gunakan

    untuk menentukan waktu?

  • 8

    LANGKAH 1

    15 minit

    Imaginasi

    Penstrukturan idea

    Membanding jenis jam.

    Menentukan waktu.

    Paparkan kepada murid beberapa keping gambar .

    Minta murid menjelaskan

    perbandingan diantara jam

    analog dan jam digital.

    Murid diminta untuk

    menerangkan cara menentukan

    waktu dengan menggunakan

    jam digital

    Meminta murid menyatakan ciri-ciri jam

    analog.

    Minta murid menerangkan fungsi

    bahagian jam dan cara menentukan

    waktu dengan menggunakan jam

    analog

    Apakah jenis jam yang ditunjukkan ?

    Bagaimana anda menentukan waktu

    dengan menggunakan jam analog dan

    jam digital?

    Di manakah anda pernah melihat

    jam ini?

    Apakah ciri-ciri yang terdapat pada

    jam analog?.

  • LANGKAH 2

    15 minit

    Meneroka

    Menghubung kait.

    Mengenal pasti perbezaan

    Menjelas

    Konstruk idea baru

    Paparkan kepada murid jadual antara

    pecahan, perpuluhan, jam dan minit

    Minta murid terangkan perkaitan antara

    pecahan, perpuluhan, jam dan minit.

    Meminta murid mengenal pasti

    persamaan dan perbezaan yang boleh

    diperhatikan daripada jadual yang

    dipaparkan.

    pecahan 1

    perpuluhan 1.0 0.5 0.25 0.75

    jam 1 jam =

    60 minit 30 minit 15 minit 45 minit

    minit 1 minit =

    60 saat 30 saat 15 saat 45 saat

    Menjelaskan kepada murid dengan

    menggunakan gambarajah

    Perhatikan jadual pertukaran unit.

    Bagaimanakah anda menggunakan jadual

    pertukaran unit untuk menukarkan minit

    kepada saat?

    Bolehkah kamu menggunait minit

    kepada saat?

    Bagaimana menukarkan minit kepada

    saat dengan menggunakan pecahan dan

    perpuluhan?

  • Pecahan

    1

    Perpuluhan

    1 0.50 0.25 0.75

    Minit - saat

    1minit = 60 saat

    minit = 30 saat

    minit = 15 saat

    minit = 45 saat.

  • Langkah 3

    20 minit

    Perkembangan

    Penjelasan lanjut

    Aplikasi idea

    Menerangkan kepada murid kaedah

    menukarkan minit kepada saat dalam

    bentuk pecahan dan perpuluhan dengan

    menggunakan operasi darab.

    Mengedarkan lembaran kerja kepada

    setiap murid.

    Meminta murid menunjukkan jalan

    penyelesaian penukaran unit minit

    kepada saat di papan tulis.

    Bagaimanakah cara untuk mendarab

    pecahan dan perpuluhan dengan nombor

    bulat?

    Jawab soalan-soalan yang melibatkan

    pertukaran unit minit kepada saat dalam

    bentuk pecahan dan perpuluhan dengan

    menggunakan operasi darab.

  • Membimbing pelajar menukar unit minit kepada saat dalam bentuk pecahan dan perpuluhan

    dengan betul.

    Penyiasatan lanjutan

    Kaji semua perubahan idea

    Mengedarkan lembaran kerja

    Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang

    kurang memahami.

    Bincangkan hasil kerja murid.

    Penutup

    5 minit

    Membimbing murid menukar

    unit minit kepada saat dalam

    bentuk pecahan dan perpuluhan.

    Membimbing pelajar mengingat

    kembali cara mendarab pecahan dan

    perpuluhan dengan nombor bulat

    dengan betul.

    Memberi hadiah kepada murid dapat

    menyelesaikan pertukaran unit minit

    kepada saat dalam bentuk pecahan dan

    perpuluhn dengan betul.

    Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid

    menjawab soalan di lembaran

    Nilai dan Sikap Terapkan nilai sikap bekerjasama

    terutama sewaktu melakukan aktiviti.

  • 13

    Lembaran kerja

    Nama:..

    Tahun Tarikh:.

    Jadual pertukaran jam, minit dan saat kepada pecahan dan perpuluhan.

    1. minit = __ saat

    x 60 =

    2. 0.2 minit = __ saat

    0.2 x 60 =

    3. minit = __ saat

    x 60 =

    4. 0.5 minit = __ saat

    0.5 x 60 =

    5. minit= __ saat

    x 60 =

    6. minit = __ saat

    x 60 =

    7. 1.3 minit = __ saat

    1.3 x 60 =

    8. minit = __ saat

    x 60 =

    9. 0.1 mint = __ saat

    0.1 x 60 =

    Pecahan

    1

    1

    2

    1

    4

    1

    4

    3

    Perpuluhan 1.0 0.5 0.25 0.75

    Jam 1jam = __ minit

    2

    1 jam = 30 minit

    4

    1 jam = __ minit

    4

    3 jam = __ minit

    Minit 1 minit = 60 saat

    2

    1 minit = __ saat

    4

    1 minit - 15 saat

    4

    3minit = 45 saat

  • 14

    Rujukan:

    Noor Shah bin Saad, PhD, Mohd Uzi bin Dollah, PhD, (2013), TRM3013 Pengajaran Matematik

    Sekolah Rendah. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    http://kheru2006.webs.com/pedagogi/pendekatan_strategi.htm