tugasan 4
DESCRIPTION
,TRANSCRIPT
REFLEKSI KERJA KURSUS
Pada mulanya mendapat tugasan ini pelbagai perasaan timbul.Perasaan teruja, risau,keliru dan
rasa janggal bercampur aduk memandangkan subjek Titas ini telah mula-mula memberikan
suntikan pertama kepada kami tentang tanggungjawab yang bakal kami jalankan buat pertama
kalinya sejak bertahun-tahun meninggalkan tanggungjawab ini sebagai seorang pelajar di Institut
Perguruan . Hal ini demikian kerana,kali terakhir kami melakukan tugasan mungkin ketika berada
di Maktab Perguruan suatu ketika dahulu.. Namun begitu kami sedaya upaya cuba menerima
bahawa kami sudah pun berada dalam progam ijazah dan bukan lagi guru biasa yang rutinnya
mengajar di sekolah dan menjalankan tanggungjawab guru seperti biasa di sekolah. Pada
mulanya kami mengorak langkah dengan cuba untuk memahami kehendak tugasan yang telah
diberikan oleh pensyarah kami, padamulanya juga saya sememangnya memahami kehendak
tugasan itu tetapi setelah melihat nota dan bahan yang dikumpul untuk menyiapkan tugasan
tersebut saya berasa agak keliru kerana terlalu banyak untuk dilakukan bagi menyiapkan tugasan
tersebut. Mujurlah kami diberi masa dan peluang untuk mengumpul bahan dan membincangkan
semula cara yang betul bagi menyiapkan tugasan kami . Kami menggunakan peluang ini sebaik
mungkin dengan cuba mendapatkan penjelasan secara lebih terperinci agar kami dapat
menyelesaikantugasan tersebut dengan lebih mudah. Pesyarah kami sememangnya komited
dan cubamembantu kami selagi yang boleh. Setelah mendapatkan penjelasan yang
lebihterperinci akhirnya kami memahami kehendak tugasan, yang diberikan dan seterusnya kami
membahagikan tugas masing-masing agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan lebih
mudah serta mewujudkan satu semangat kerjasama dalam pasukan kami.Setelah mengambil
masa beberapa hari untuk menyiapkan bahagian masing-masing akhirnya kami berjaya juga
menyiapkan bahagian –bahagian terseb ut. Kemudian, kami berkumpulbersama untuk
menggabungkan hasil kerja kami dan melengkapkan segala kandunganyang diperlukan dalam
tugasan kami ini. Akhirnya kami berjaya menyiapkantugasan yang diberikan oleh pensyarah kami
sepenuhnya dalam tempoh yang diberikan. Kami berasa amat lega sekali kerana walaupun
terdapat pelbagai masalahdan ketidakfahaman namun kami berjaya juga menyiapkan tugasan
yang diberikan.Selain itu kami juga berasa cukup gembira dengan kerjasama yang diberikan
antara kami. Di sini kami mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada setiap orang yang telah membantu kami ketika menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini yang berkait dengan bab 2 dalam subjek TITAS iaitu Interaksi
antara tamadun-tamadun di Asia banyak mengasah memori kami tentang ilmu –ilmu
ketamadunan awal yang telahpun wujud berabad-abad tahun lamanya. Kami akui
banyak perkara yang telah tenggelam dari ingatan, banyak juga yang masih belum
kami ketahui. Jadi, melalui tugasan yang di beri sekurang-kurangnya kami lebih
mendalaminya serta berasa bersyukur dengan keharmonian, kejayaan dan segala
kemajuan yang dikecapi oleh kami selama ini sebagai rakyat Malaysia yang pastinya
tidak terlepas dari menikmati faedah hasil dari kerja kuat , kesungguhan dan
ketabahan tokoh-tokoh dari tamadun Islam terdahulu membangunkan ketamadunan
ini sejak dari awal lagi. Bagi kami, sebagai penganut Agama Islam dan sebagai
muslim kami seharusnya berbangga apabila mengetahui bahawa Tamadun Islam
merupakan satu Tamadun yang sangat pesat berkembang sejak dari dahulu dalam
pelbagai bidang iaitu sains, perubatan,teknologi,matematik, geografi dan berbagai-
bagai lagi. Ianya bukan sahaja memberi manfaatnya kepada orang-orang Islam
namun kehebatan tamadun ini turut memberikan impak besar yang sangat
bermanfaat kepada penganut-penganut agama lain khususnya serta seluruh
manusia di muka bumi amnya. Tugasan ini juga membuatkan kami benar-benar
memahami sejarah kewujudan pelbagai bidang yang menjadi tonggak asas kepada
keperluan kemajuan tamadun pada masa kini. Kami juga sangat tertarik dengan
kaitan antara pelbagai tamadun yang menunjukkan begitu komitednya orang-orang
dari abad-abad terdahulu menerajui kemajuan demi memastikan anak cucu mereka
memperolehi satu kehidupan yang sangat selesa dan sejahtera seperti hari ini. Oleh
yang demikian , setelah meniti satu demi satu maklumat yang terkandung dalam
bahan bagi menyudahkan tugasan ini, kami bersependapat bahawa ada baik
sekiranya generasi pada abad kini lebih didedahkan dan diberi penekanan serta
kesedaran tentang pengorbanan tokoh-tokoh tamadun terdahulu yang banyak
jasanya hingga tidak dapat lagi kita hitung apatah lagi untuk membalasnya. Justeru
itu, Kita sebagai warga pendidik sewajarnya memikul tanggungjawab besar ini iaitu
memastikan generasi akan datang tidak melupakan sejarah ketamadunan mereka
dan mengambil iktibar serta menyahut cabaran meneruskan lagi usaha
memantapkan era ketamadunan ini agar anak cucu mereka lebih bernasib
baik.Sekian dari kami.