tugasan 5 agenda 21

18
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN LMCP1532 TUGASAN 5: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN 21 Disediakan oleh : Nurul Aziera Syakilla Binti Zakaria (A153159)

Upload: aziera-syakilla

Post on 11-Feb-2017

260 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP1532  

TUGASAN 5: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN 21

Disediakan oleh : Nurul Aziera Syakilla Binti Zakaria (A153159)

 

Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan cadangan ringkas beserta gambar dan rajah2.

Tugasan

APA ITU AGENDA TEMPATAN 21?

• Secara ringkas  Agenda Tempatan 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan.

• Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang & menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan. 

• Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global. Angka "21" menandakan abad ke-21.

• Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan.

• Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing.

OBJEKTIF AGENDA TEMPATAN 21

• Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.

• Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama.

• Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21.• Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam 

bentuk projek-projek pembangunan mampan.• Mengguna pakai pendekatan dan pelaksanaan di setiap 

PBT.

CIRI-CIRI LOCAL AGENDA 21

• Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama.

• Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus).

• Melibatkan masyarakat tempatan.• Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada 

pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini.

• Mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek.

• Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan.

Penilaian mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di bandar saya

• Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan telah melantik MDK sebagai tapak Perintis Local Agenda 21. MDK merupakan satu-satunya model perintis bagi PBT-PBT di peringkat daerah. 

• MDK telah melalui proses Local Agenda 21 melalui rundingan dan perbincangan antara sektor swasta dan wakil masyarakat. 

• Suatu Pelan Tindakan Sosial dan Alam Sekitar telah diwujudkan ( melalui suatu isu dan masalah tempatan yang telah dikenalpasti )

Prinsip-Prinsip Local Agenda 21• Melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihak berkuasa 

tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. 

• 1. UsahasamaMewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21.

• 2. KebertanggungjawabanMemastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil.

• 3. Pendekatan MenyeluruhMenangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

• 4. Peka Kepada KeupayaanMemastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.

• 5. KesaksamaanMemastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program Local Agenda 21.

• 6. Mementingkan Masa HadapanMemastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21.

• 7. Hasil Yang NyataMembuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

Cadangan mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di bandarTerengganu

• Bagi menjadikan sesebuah bandar menbangun dengan mampannya bukan perkara yang mudah. Justeru, ia memerlukan kepada usaha yang berterusan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk daripada masyarakat setempat serta setiap individu yang terlibat. Majlis Perbandaran sesebuah bandar sememangnya memainkan peranan penting dalam memastikan kemajuan bandar di bawah tanggungjawabnya.

• Oleh yang demikian, pada pandangan saya pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di bandar-bandar seluruh Malaysia perlu kerana ianya adalah salah satu kaedah yang mantap dalam proses membangunkan sebuah bandar yang mapan.

Program Pendidikan dan Kesedaran.

• Langkah menganjurkan program berbentuk pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat setempat dan kakitangan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) perlu diperluaskan.

•  Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh bekerjasama dengan PBT untuk menganjurkan program-program berbentuk pendidikan dan kesedaran. 

• Program seumpama ini membantu memberi kesedaran kepada masyarakat dan kefahaman yang diperolehi akan membolehkan masyarakat berminat melibatkan diri dengan pelaksanaan LA21. 

• Manakala bagi kakitangan PBT sendiri, program berbentuk pendidikan dan kesedaran ini mampu meningkatkan motivasi di kalangan kakitangan PBT untuk menerima beban pelaksanaan LA21

Cadangan saya

mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan

21 di bandar Kerian

merangkumi 2 aspek

iaitu:

ALAM SEKITAR

SOSIAL DAN KESEJAHTER

AAN MASYARAKA

T

ALAM SEKITAR

Penanaman Landskap, Keceriaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar

• Penanaman pokok-pokok dan juga penyediaan lanskap kejur seperti perabot-perabot taman di taman awam. 

• Kempen Bumi Hijau. • Program ’Satu Rumah Satu Pokok Herba’. iv. Projek laman dapur dimana sayur-sayuran boleh ditanam (edible garden)

• Gotong-Royong.• Mempertingkatkan kawalan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan air (water bodies) terutamanya sungai dan laut.

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sampah

• Satu premis satu tong sampah.• Penggunaan beg mesra alam.• Kerja-kerja pengutipan sampah mengikut jadual dan kenderaan pungutan sampah mempunyai sistem licik yang sempurna dan penyelenggaraan yang sistematik. 

• Perancangan pembuangan sisa pepejal yang bersistem dan mendapat kerjasama dari pihak masyarakat umum. 

Pencemaran

• Bertindak proaktif seperti membuat pemantauan sebelum menerima sebarang aduan.

• Perketatkan lagi sistem pemantauan bagi semua aktiviti gunatanah di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

SOSIAL DAN KESEJAHTERAAN

MASYARAKAT

Menangani Gejala Sosial Remaja Dan Vandalisme 

• Menggalakkan kegiatan kemasyarakatan terhadap golongan remaja termasuk menyertai badan-badan NGO seperti RELA, JPA.

• Mengambil berat terhadap anak-anak jiran dalam sesuatu komuniti.

• Menubuhkan jawatankuasa atau badan penguatkuasaan/pemerhati khusus terhadap remaja setiap taman. 

• Menggalakkan penubuhan ’Rakan Cop’ di setiap taman perumahan dan kawasan kampung. 

• Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah yang terhalang dari penglihatan dan memantau rumah kosong untuk menghindari berlakunya gejala-gejala sosial.

KESIMPULAN 

• Pelaksanaan LA21 (Local Agenda 21) di semua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Malaysia merupakan agenda penting dalam memastikan usaha pembangunan mampan setempat dapat direalisasikan. 

• Justeru, penglibatan PBT, masyarakat setempat, dan sektor swasta merupakan pemangkin paling utama, kerana sekiranya tiada kerjasama lestari dan berterusan di antara ketiga-tiga entiti ini, maka hasrat pencapaian aspirasi menghasilkan pembangunan mampan setempat tidak akan dapat direalisasikan.