tugasan-c pendidikan moral ppg

4
c) Menghuraikan definisi pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Pengujian merupakan satu proses yang sistematik bagi mengukur pencapa pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Pengujian bertujuan untuk menentuka pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu se instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Menurut Robert Mills agne, pengujian ialah satu cara yang sistemati mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Mel pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Menurut !ronbach "#$%&'“(jian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”. )iasanya proses pengujian bermula dengan peringkatpersediaan,diikuti pelaksanaan "pentadbiran ujian' dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jaw *eseorang guru akan mengetahui sama ada pelajar+pelajarnya telahmenguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru melalui pengujian. ntara bentuk+bentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperi pemerhatian, temuduga, port-olio serta tugasan+tugasan kelas yang diberi markah. Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri ya diukur dengan menggunakan instrumen. a/imnya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berken lebih tepat dan dapat mewakili si-at tertentu. Misalnya, Ri/am mendapat markah %& peratus dalam ujian *ains. 0ita tidak menyatakan prestasi Ri/am berkenaan sama a baik atau sebaliknya. 1alam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentuk 2usteru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

Upload: peh

Post on 05-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TUGASAN-C Pendidikan Moral PPG Sem 7

TRANSCRIPT

c) Menghuraikan definisi pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.Pengujian merupakan satu proses yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.Menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.Menurut Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.Biasanya proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Seseorang guru akan mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru melalui pengujian.Antara bentuk-bentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Lazimnya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Rizam mendapat markah 70 peratus dalam ujian Sains. Kita tidak menyatakan prestasi Rizam berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan.Pengukuran menjurus kepada banyak mana skor atau markah yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Fauzan dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih.Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Dalam Kurikulum Bersepadu(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan,kebolehan,kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan yang bersifat formatif.Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan.

Definisi

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Pentaksiran

Satu proses yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Pengujian ialah proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu.

Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.

Satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.