tugasan edu 3093

16
1.0 Pengenalan Sememangnya, sudah sekian lama para pendidik berada dalam keadaan selesa menggunakan kaedah lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah lama ini bolehlah ditafsirkan sebagai kaedah yang mana guru dan murid saling bergantungan antara satu sama lain. Kaedah ini juga menyaksikan penggunaan bahan bantu mengajar yang agak terhad seperti penggunaan kapur tulis, papan hijau, buku teks dan sebagainya. Namun, dekad terakhir abad ke-20 telah menyaksikan perubahan yang pesat serta di luar jangkaan walaupun perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan telah bermula sejak akhir 1980an. Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 murid perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua murid. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan

Upload: nasrun-mohamad

Post on 17-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Sememangnya, sudah sekian lama para pendidik berada dalam keadaan selesa menggunakan kaedah lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah lama ini bolehlah ditafsirkan sebagai kaedah yang mana guru dan murid saling bergantungan antara satu sama lain. Kaedah ini juga menyaksikan penggunaan bahan bantu mengajar yang agak terhad seperti penggunaan kapur tulis, papan hijau, buku teks dan sebagainya. Namun, dekad terakhir abad ke-20 telah menyaksikan perubahan yang pesat serta di luar jangkaan walaupun perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan telah bermula sejak akhir 1980an.Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada murid.Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 murid perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua murid. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada murid.

2.0 DefinasiAristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita.Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Guru-guru khasnya profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaam perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). ini memandangkan guru adalah agen perubahan dalam pendidikan. Razali Ismail (1998), Era teknologi maklumat dikaitkan dengan kepantasan maklumat dari segi jarak dan masa pada zaman yang begitu pantas berkembang. Pendidikan juga tidak terlepas dalam menghadapi cabaran yang sengit ini dengan ledakan maklumat dan kepantasan perubahan yang membolehkan pembelajaran sepanjang hayat boleh direaliti dan direalisasikan tanpa mengira tempat dan kawasan. Dunia abad ke-21 adalah satu dunia baru yang bukan lagi terkenal dengan idealogi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya dengan mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global. Penggunaan teknologi maklumat telah memberi pengaruh yang mendalam terhadap sosial, pentadbiran, perubatan hubungan antarabangsa, pengangkutan dan pendidikan. Kesan teknologi maklumat terhadap pendidikan menjadikan negara-negara yang maju seperti Jepun, United Kingdom, Jerman, New Zealand dan Russia dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia untuk mempertingkatkan prestasi dan kemahiran sejajar dengan Wawasan 2020 yang menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Namun, terdapat juga ancaman di dalam kepesatan teknologi maklumat ini khasnya dalam bidang pendidikan. Pelbagai isu dan cabaran harus ditangani seperti sesawang-sesawang yang boleh mempengaruhi minda dan personaliti murid. Dalam tugasan ini, saya fokuskan kepada 3 isu dan cabaran iaitu di dalam sekolah, globalisasi dalam pendidikan dan pengaruh perkembangan maklumat dan komunikasi.

3.0 Isu dan Cabaran

3.1Dalam Di Sekolah

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan murid di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah murid. Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, murid terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati murid. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin murid yang terus merosot itu.Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin murid menjadi-jadi. Murid sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin murid itu akan turut merosot dengan drastiknya.Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan murid turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang murid menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.3.2Globalisasi Dalam PendidikanCabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya. Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang segera kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru keliru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diperkenalkan pada 2010. Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap berputus asa terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan dan hari kokurikulum. Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.3.3 Perkembangan Maklumat dan komunikasiEra teknologi maklumat yang diamalkan di serata dunia semakin dirasakan penting bagi pembangunan ekonomi, perkembangan sosial, kemajuan serantau, dan lebih-lebih lagi peningkatan taraf pendidikan negara ini.Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 danmewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran adalah digalakkan.Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi penting bagi memudah dan mempercepatkan penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid. Pelaksanaannya memerlukan infrastruktur yang mencukupi dan penyelenggaraan yang baik supaya tidak timbul banyak masalah sepanjang mengendalikannya. Realiti yang berlaku ialah menjadi satu kesukaran kepada pihak guru yang ingin menggunakan bahan teknologi sebagai alat bantu mengajar.Faktor ini akan menyebabkan proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan terbantut. Sebilangan besar guru yang telah lama menggunakan kaedah syarahan semasa pengajaran dan pembelajaran akan menimbulkan kerisauan bahawa teknologi hanya menyusahkan mereka. Hal ini kerana tiada pendedahan dan latihan kepada guru tentang ledakan teknologi yang sebenarnya boleh membantu mereka menyampaikan pengetahuan kepada para murid dengan lebih berkesan. Isu kekurangan latihan dan bantuan teknikal di dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seringkali dihadapi oleh guru-guru yang telah lama mengajar. Ini menyebabkan guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jika berlaku kerosakan kepada sistem komputer. Masalah yang berlaku dalam sistem komputer tersebut menyebabkan guru merasa tidak mengambil endah akan masalah yang dihadapi.

4.0 Kepentingan isu dan cabaran.4.1 Dalam Di SekolahIsu dan cabaran berkaitan dengan sekolah yang paling ketara adalah masalah disiplin. Fungsi asas sesebuah sekolah adalah sebagai institusi untuk mendidik. hukuman yang dilaksanakan adalah dalam konteks mendidik atau mengajar mereka erti undang-undang dan tanggungjawab pematuhan undung-undang dan peraturan. Oleh itu ibu bapa dan murid-murid perlulah diberi penjelasan mengenai disiplin dan peraturan sekolah supaya mereka faham.Sungguh pun kuasa dan budi bicara diberikan kepada pihak berkuasa disiplin di sekolah, namun dalam pelaksanaannya pihak berkuasa tersebut perlu juga mengamalkan keadilan dan berkarisma. contohnya seorang murid lelaki yang dibuktikan merokok (Kategori Kesalahan Berat : membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar tembakau) dikawasan sekolah boleh dikenakan hukuman dera (rotan) mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 7/2003 atau SPI Bil 4/1997.Kedua-dua pekeliling ini, bilangan pukulan rotan turut dijelaskan berdasarkan kepada keseriusan dan kekerapan muridmelakukan salah laku itu. Masalah timbul apabila guru tidak mengetahui atau tidak mahu menuruti jenis hukuman yang disarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya mengambil tindakan sendiri untuk menghukum murid yang ditangkap merokok. Oleh itu, kita sering terdengar kes murid disekeh, ditampar, dijemur atau diminta menghisap serentak segenggam rokok sebagai hukuman oleh guru. Hukuman liar ini menyebabkan murid atau ibu bapa murid mula mempertikaikan jenis hukuman disiplin yang dikenakan oleh pihak sekolah sehingga membawa perkara itu ke mahkamah.Sehubungan dengan itu, perlulah dijelaskan kepada murid dan ibu bapa bahawa hukuman rotan, penggantungan dan pembuangan hanyalah merupakan pilihan terakhir setelah semua usaha-usaha bimbingan, nasihat serta tunuk ajar dilakukan, malah pihak sekolah perlu memaklumkannya terlebih dahulu kepada ibu bapa.Dalam Abad ke-21, kemahiran pedagogi seorang guru amat diperlukan dalam kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, kemahiran hidup dan kerjaya selain kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Murid perlu dikembangkan potensinya melalui fungsi otak kanan dan kiri supaya mereka dapat menjana minda dan berfikir secara kritis dalam pembelajaran. Cabaran bermula sebaik sahaja murid memulakan sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Dari segi pengaruh keluarga, rakan sebaya, sekolah mahupun persekitaran. Adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kompetensi berkaitan dengan ilmu keguruan dan bidang pengajaran mereka agar ianya sentiasa selari dengan perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan bidang berkenaan. Tanggungjawab yang sedemikian terletak di bahu semua pendidik disebabkan oleh dua perkara utama iaitu pertama, golongan pendidik telah diamanahkan untuk mendidik serta memperkembangkan minda anak-anak yang merupakan pemimpin pada masa hadapan. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu memastikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang ada adalah sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Keduanya, guru-guru hendaklah menghadiri latihan perkembangan profesional secara berterusan. Penekanan ini adalah berdasarkan dapatan penentuan paling penting bagi kejayaan seseorang murid. Justeru, golongan pendidik mesti menyemai kefahaman bahawa mereka telah diberikan tanggungjawab dan amanah yang sangat tinggi untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan terlaksana. Permasalah di dalam seklah ini, guru dan ibu bapa adalah dua pihak yang bertanggungjawab secara langsung yang perlu menangani masalah ini yang boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan semua pihak. Ibu bapa sebagai peneraju sesebuah keluarga memegang amanah besar untuk memastikan anak-anak dididik sempurna mungkin dengan menerapkan nilai-nilai terpuji. Ikatan kekukuhan keluarga mampu menghindari unsur-unsur kurang baik. Nilai-nilai keibubapaan sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar untuk perkembangan fizikal dan psikososial anak di samping pencapaian akademik dan tingkahlaku yang sopan.

4.2 Globalisasi Dalam PendidikanScholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.Impak globalisasi dalam pendidikan telah merencanakan sebuah negara terutama Malaysia dalam ke arah negara berdaya saing. Pada tahun 2003 semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah memperkenalkan satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata muridan Sains dan Matematik (PPSMI) di semua peringkat pendidikan. Walaupun terdapat perdebatan hangat oleh orang ramai, namun murid-murid dapat mengusai bahasa Inggeris dengan baiknya sejajar dengan bahasa pengantarabangsaan. Selain itu, kepentingan berbahasa Inggeris juga digunakan dalam bidang komunikasi untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya keberhasilan maklumat adalah tepat dan betul. Contohnya dalam bidang pendidikan, di alam sekolah rendah dan menengah mereka menggunakan bahasa ibunda atau kebangsaan dalam pembelajaran. Di peringkat tinggi seperti institusi awam atau swasta, penggunaan bahasa Inggeris adalah penting dalam mencari rujukan dan panduan dalam menghasilkan sesuatu samaada inovasi atau rekacipta. Dasar PPSMI juga memudahkan tugas beban guru dalam pengajaran, secara tidak langsung guru hanya menjadi sebagai fasilitator dan bukan penyampai ilmu sepenuhnya.

4.3 Pengaruh Perkembangan Maklumat dan komunikasi Adalah sangat penting dalam menghadapi ekspektasi dan cabaran perubahan, seluruh warga pendidikan memerlukan persediaan yang rapi. Ini merangkumi perancangan jangka panjang, perancangan jangka pendek, perancangan aktiviti dan program serta pengurusan dan pentadbiran teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem yang berupaya melaksanakan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan , pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan sepanjang hayat. Dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa sebarang kekangan tempat dan masa. Ianya juga akan meningkatkan penggunaan sumber pendidikan dan berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid.Interaksi dan perhubungan masa kini banyak bersandar kepada teknologi maklumat sama ada melibatkan bidang diplomasi mahupun perdagangan. Teknologi maklumat juga sudah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat moden dalam apa juga aktiviti dan kegiatan, lebih dirasakan penting iaitu modenisasi dan teknologi yang semuanya berkait rapat dengan tahap ekonomi dan pendidikan. Teknologi maklumat dan komunikasi sahaja pada misalnya sudah cukup memberikan cabaran kepada pembangunan pendidikan. Rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik adalah dorongan utama buat guru yang menghayati penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan. Menyediakan bahan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya banyak melibatkan peruntukan persendirian guru kerana ia memerlukan guru mengorban masa, tenaga dan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Cabaran ini ditambah pula dengan kekurangan perisian yang sesuai di pasaran di samping kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Namun guru perlu menyedari betapa pentingnya menggunakan kaedah terkini agar murid tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi masa kini. Inilah motivasi untuk golongan guru tersebut menjalankan amanat di dalam bidang pendidikan. Usaha bersungguh-sungguh menggunapakai tenologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memanafaatkan tugasan dan murid malah ia juga berjaya menjadi contoh kepada rakan seperjuangan dan murid lain. Teknik ini dan keberkesanannya telah menjadi ikutan guru-guru lain dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan satu budaya teknologi maklumat dan komuniksi di sekolah. Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, murid, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.Bagi menyahut cabaran ini, Kementerian Muridan Malaysia telah membuka langkah pertama dengan mengilhamkan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini hasil aplikasi perdana koridor raya multimedia.Pada tahun 1999, kerajaan telah mewujudkan sekolah bestari melalui projek rintis "pilot school" sebanyak 87 buah sekolah yang melibatkan 35 buah sekolah di luar bandar dan 52 sekolah yang di bandar yang terdiri dari sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara.

Sekolah Bestari yang diwujudkan adalah untuk mencapai matlamat negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui pembekalan teknologi maklumat ke sekolah, keupayaan guru mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dan pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang dilengkapi dengan prasarana bestari iaitu Makmal Bestari, Makmal Media dan Bilik Server. Selain itu, prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan murid berinteraksi secara aktif dengan maklumat.

5.0 Ciri-ciri guru dalam menyahut cabaran.Setiap guru telah diamanahkan untuk mendidik murid di sekolahnya walaupun menghadapi sebarang cabaran dan rintangan yang dihadapi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Di peringkat sekolah, guru boleh mewujudkan satu budaya pementoran iaitu perhubungan seseorang individu menerima nasihat, bimbingan khusus atau kaunseling daripada penasihat yang lebih berpengalaman. Ia mampu memberi makna dalam perbualan, dalam masa sama guru sebagai mentor boleh berkongsi pengalaman semasa di sekolah dahulu. Sokongan dalaman adalah perlu dalam setiap murid dalam menghadapi abad ke-21 ini, pelbagai cabaran yang datang terutama perubahan arus pendidikan di Malaysia dengan perlaksaaan dasar-dasar bagi meningkatkan keupayaan murid dengan berfikir secara kritis dan kreatif.Selain itu, peranan guru menjadi pemantau disiplin murid di dalam kelas bagi mewujudkan suasana yang aman dan damai tanpa unsur-unsur pergaduhan, buli membuli dan sebagainya. Peranan guru lebih diibaratkan sebagai ibu bapa di sekolah, selain daripada mengajar, guru juga dijadikan bahan untuk menumpang kasih sayang serta meluahkan perasaan yang terpendam.Guru juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk murid-murid yang tidak memahami pembelajaran terutama dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Melayu. Daripada penglibatan murid yang selalu menjadikan gurunya rujukan, guru secara tidak langsung boleh menilai keupayaan dan kemenjadian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah bermula dari tahun satu hingga tiga boleh dinilai atas penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar pendidikan yang baru diperkenalkan seperti pembelajaran abad ke-21, hendaklah disahut oleh guru kerana pembelajaran ini menekan murid kepada konsep belajar mengkaji dan mencari jawapan. Secara tidak langsung murid akan menjana akal dan mindanya dan berusaha dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penggunaan alat bantu mengajar dapat memudahkan seseorang guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara yang paling menarik minat murid ialah penggunaan komputer dan internet. Penggunaan alat bantu mengajar ini memudahkan guru melangkaui jangkaan dan perancangan yang telah dibuat dengan bantuan alam maya yang sedia ada dan mudah dicari.Penggunaan internet tiada had sempadan dan batasan, maka guru hendaklah memantau pergerakan dan penggunaannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya perkara yang negatif dapat dielakkan. Memang tidak dinafikan terdapat banyak bidang ilmu yang bermanfaat terdapat di internet tetapi tidak lupa juga pada perkara yang boleh membawa kesan negatif kepada murid. Contohnya murid melihat video dalam sesawang youtube.com pelbagai paparan dikeluarkan. Maka dapatlah dirumuskan bahawa setiap isu dan cabaran yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya dan bergantung kepada kebijaksaan guru untuk mentadbir dan mendidik anak murid ke arah yang betul.

6.0 RumusanRumusannyanya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan murid itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

7.0 RefleksiGuru dan cabaran semasa memang tidak asing lagi bagi para pendidik dalam menjaya misi dan visi kerajaan dengan berdasarkan dasar-dasar yang telah diperkenalkan bagi meningkatkan mutu dan keberhasilan di dalam bidang pendidikan.Terdapat beberapa kelemahan di dalam menghasilkan kerja kursus ini terutama pilihan bidang yang hendak diterokai. Terdapat pelbagai bidang yang menjadikan pendidikan ini sesuatu topik yang sangat berguna berkaitan isu dan cabarannya serta cara untuk memastikan penyelesaian adalah sangat tepat dengan pendidikan abad ke-21. Isu dan cabaran pendidikan merupakan tajuk yang sukar untuk ditamatkan kerana saban hari terdapat pelbagai isu yang dipaparkan di media cetak dan elektronik. Kelemahan saya dalam menghasilkan kerja kursus ini disebabkan pemilihan isu dan cabaran, isu yang paling meluas ialah penggunaan teknologi maklumat dan isu yang paling mendapat perhatian ramai terutama ibu bapa dan murid berkaitan dengan isu disiplin di sekolah. Isu ini perlu di teliti dan dihayati supaya tidak menyinggung mana-mana pihak yang boleh mendatang aib kepada profesion perguruan.Kekuatan yang saya perolehi dalam tugasan ini ialah pengalaman mengajar lebih daripada sepuluh tahun, dapat berjumpa dengan pelbagai isu dan cabaran sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dasar-dasar yang telah diperkenalkan dilaksanakan dengan pengalaman yang ada bagi memastikan pendidikan abad ke-21 berjalan dengan jayanya.Pendidikan di dalam dunia globalisasi ini dapat dikembangkan tidak mengira umur dan pangkat supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dan tidak dilenyapkan di dunia ini.

8.0 RujukanPelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran PIPP 2006

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001,PutrajayaIliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim, Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan, Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 2 September 2001

Al-Munsyi (1995), "TQM Dalam Pendidikan." Dewan Masyarakat. Disember; 23-25.

Kamarrudin Jusoh (1997). "Keluhan Bekas Guru Disiplin." MASSA. 5 April.Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan." Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia." Kuala Lumpur : Kumpulan

Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan UNITAR.

Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational Technology into Teaching.New Jersey:Prentice Hall.

Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 Education Technology Services. Giga Information Group, Inc.

Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, 14-16 Nov 1996 di Institut Aminuddin Baki: Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan Institusi Pendidikan.

Utusan Pengguna, November 1997, M/S 23

Hussein Hj. Ahmad (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Pendidikan pembangunan manusia. Bangi: As Syabab Media.

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Syed Ismail, Tuesday, 24 May 2011, http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/guru-dan-cabaran-semasa-bab-1-isu-dan.html

NAFISOH MD DESA ,Monday, October 4, 20108:04 PM, http://pendidikan-ict.blogspot.com/

Muhammad Azri Amin Mustapai, 07 Mei 2010, http://mdazriamin5119.blogspot.com/2010/05/halangan-integrasi-tmk.html