tugasan hbml2103.docx

Upload: nor-anita-ismail

Post on 08-Jul-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    1/10

    Tugasan HBML2103 : Pengajaran Tatabahasa Secara

    Tidak Langsung1. PENGENALAN

    Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang tatabahasa merupakan

    aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh guru-guru. Aspek tatabahasa

    merangkumi beberapa perkara yang mengajar murid-murid mahir dalam pembinaan ayat,

     penggunaan sesuatu perkataan yang sesuai dalam sesuatu ayat serta mengenali pelbagai jenis

    ayat dan kata. Itu hanya beberapa perkara yang saya nyatakan kerana dalam Bahasa Melayu

    sahaja ada pelbagai lagi aspek yang perlu diajar kepada murid dan murid perlu menguasainya

    atau sekurang-kurangnya perlu mengetahui tentang aspek-aspek tersebut. Pengajaran aspek

    tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh

    Kementerian Pendidikan melalui uraian !ukatan Pelajaran. "uru-guru yang mengajar mata

     pelajaran Bahasa Melayu akan mengajar tatabahasa secara langsung dan ada juga secara tidak

    langsung. #amun, $alau apa juga cara pengajarannya samaada secara langsung atau tidak

    langsung, aspek tatabahasa perlu ada dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa

    Melayu. Ada pro dan kontranya pengajaran secara langsung atau tidak langsung itu kerana apa

     juga pengajaran mata pelajaran itu akan menghadapi masalah. Dari segi pronya, murid akan

    dapat menjana minda mereka secara automatik jika guru mengajar secara langsung. Murid akan

    mengetahui dan menyedari baha$a guru sedang mengajar tatabahasa contohnya membina ayat

     penyata atau ayat tanya. Manakala dari segi kontra pula, murid akan menjadi malas untuk

     ber%ikir sendiri kerana guru perlu menerangkan satu persatu. Berlainan pula jika pengajaran

    tatabahasa itu diajar secara tidak langsung. !udah tentulah kebaikannya, guru dan murid akan

    dapat mengaitkan pembelajaran tersebut dengan situasi sebenar seperti contohnya, pembinaan

    ayat secara lisan tanpa ditulis dan ini akan membantu murid-murid dalam meningkatkan

    Kemahiran Ber%ikir secara Kritis dan Kreati% &KBKK' mereka. Ironinya, terpulanglah kepada

    guru-guru itu melaksanakan pengajaran aspek tatabahasa ini secara langsung atau tidak langsung

    asalkan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa perlu digunapakai dalam menentukan

    keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Menurut Kamus De$an &()*+(/', prinsip mendukung makna asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian

    atau tindakan sesuatu teori. Maka dengan itu, sesuatu teori itu adalah penentu apakah prinsip

    yang harus dipegang dalam pengajaran. Dengan berpegang serta mengaplikasikan prinsip-prinsip

     pengajaran tatabahasa, maka sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih berkesan

    dan e%ektik dalam menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objekti% pembelajaran yang ingin

    disasarkan oleh guru. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa adalah pelbagai dan terpulang

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    2/10

    kepada guru itu dalam mengaplikasikannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

    Apapun teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru, yang pasti prinsip-prinsip pengajaran

     perlu diutamakan agar penyampaian aspek tatabahasa dalam pengajaran dapat mencapai objekti%.

    Penting agar semua guru dapat menggunakan prinsip-prinsip yang ada dalam pengajaran

    tatabahasa bagi membantu murid lebih memahami apa itu tatabahasa kerana pembelajarantatabahasa bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi murid perlu mengetahui banyak perkara

    melalui tatabahasa seperti penggunaan tanda bacaan yang betul dan tepat pada ayat selain dapat

    membantu murid membe0akan jenis-jenis ayat. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini juga

     boleh diperoleh seterusnya digunapakai berdasarkan teori-teori pembelajaran seperti Beha1ioris.

    Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini penting sebagai garis panduan dalam pengajaran

    tatabahasa agar guru dapat mencapai objekti% dengan cemerlang. !elain berdasarkan teori-teori

     pembelajaran, prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa juga adalah daripada prinsip-prinsip umum

     pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

    2. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DI

    PERINGKAT SEKOLAH

    Pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu di peringkat sekolah mementingkan penguasaan murid

    terhadap beberapa perkara asas seperti pembinaan ayat yang betul dari segi konteks dan situasi.

    !elain itu, murid juga perlu didedahkan kepada beberapa jenis ayat, penggunaan tanda bacaan,

     penanda $acana, simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya lagi serta murid dapatmenguasainya dengan baik. Pengajaran tatabahasa ini memerlukan beberapa prinsip yang perlu

    dijadikan sebagai garis panduan agar guru dapat mengajar dan mencapai objekti%nya sementara

    murid dapat menguasai tatabahasa. Berikut adalah beberapa prinsip umum dalam pengajaran

    tatabahasa Bahasa Melayu.

    Prinsip pertama pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ialah, guru perlu membuat perancangan

    yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam aspek

    tatabahasa yang ingin disampaikan kepada murid. "uru perlu menyediakan satu 2ancangan

    Pengajaran yang berkesan dan sesuai dalam pengajaran tatabahasa. Melalui 2ancangan

    Pengajaran ini guru dapat merancang beberapa akti1iti yang dirasakan sesuai dengan aras murid-

    murid di dalam kelas yang berbe0a-be0a selain meman%aatkan masa yang diberikan adalah

    mencukupi untuk setiap akti1iti yang dirancang oleh guru itu. 3ontohnya Kui0 Membina Ayat

    atau perbincangan kum pulan membina ayat. 4a0imnya, dalam penyediaan 2ancangan

    Pengajaran ini, guru perlu mem%okuskan beberapa perkara agar dapat mencapai target atau

    objekti% pengajarannya sekurang-kurangnya tiga daripada lima atau dua daripada tiga objekti%

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    3/10

    yang ingin dicapai. "uru juga perlu sedar baha$a perancangan yang rapi itu akan dapat

    menjamin keberkesanan penyampaian seorang guru dengan lebih bermakna dan berkesan. !esi

     pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik dengan perkembangan idea oleh

    guru sebelum memulakan pengajaran.

    Prinsip yang kedua ialah, guru perlu memulakan proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasadaripada yang mudah kepada yang lebih susah atau lebih kompleks. "uru perlu mengelakkan diri

    daripada mengajar atau mendedahkan murid kepada sesuatu yang kompleks terlebih dahulu

    apatah lagi jika ianya berkaitan dengan tatabahasa. Pengajaran secara berperingkat daripada

    senang kepada susah merupakan satu langkah yang bijak kerana murid perlu memahami terlebih

    dahulu konsep tatabahasa yang diajar kemudian barulah mereka dapat mengaplikasi dan

    memahaminya. !elain itu, prinsip ini turut bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya

    kekeliruan dan kesukaran kepada murid dalam memahami isi pelajaran tatabahasa yang

    disampaikan oleh sesorang guru itu. 5ambahan lagi, di dalam bilik darjah itu pula murid-

    muridnya adalah terdiri daripada pelbagai tahap atau aras kecerdasan mereka, iaitu ada murid

    yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan mudah dan cepat manakala ada pula murid

    yang lambat &slo$ learner' dalam memahami atau menguasai tatabahasa. 6leh sebab itu, adalah

     penting agar guru menyampaikan isi pelajaran tatabahasa itu bermula dengan perkara-perkara

    asas dan yang mudah di%ahami oleh murid.

    Prinsip ketiga pula ialah, persediaan oleh guru terhadap murid-murid dengan latih tubi dalam

     jumlah yang memadai atau banyak. Melalui latih tubi ini, murid bukan sahaja dapat memahami

    dan menguasai aspek tatabahasa dengan baik, malahan murid-murid dapat membantu diri mereka

    dalam memperkayakan lagi kosa kata. Kosa kata pula merupakan salah satu daripada aspek

    tatabahasa. 4atih tubi ini boleh diberikan oleh guru samaada pada penghujung sesi pengajaran

    dan pembelajaran di dalam kelas ataupun sebagai kerja tambahan kepada murid ketika berada di

    rumah. 4atihan latih tubi yang disediakan oleh guru kepada murid-murid boleh dibuat sama ada

    dalam bentuk tulisan ataupun lisan yang mampu mengekalkan ingatan murid-murid terhadap

    aspek tatabahasa yang mereka pelajari dengan lebih kukuh lagi. Bagi pihak guru pula, latihan

    latih tubi ini pula ber%ungsi sebagai alat yang akan mengesan kesilapan-kesilapan yang dilakukan

    oleh murid-murid. Maka, dengan adanya alat ini, bolehlah guru-guru membuat atau melakukan

    tindakan yang se$ajarnya dalam membantu murid-murid tersebut, yang sudah dikenalpasti

    mempunyai kelemahan untuk dibantu agar dapat menguasai aspek tatabahasa dengan lebih baik

    lagi.

    Prinsip yang keempat dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ini ialah, pengajaran secara

    konkrit dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar &BBM' dan bahan rangsangan lain yang

    sesuai serta menarik dan berkesan. Penggunaan BBM dan bahan rangsangan lain yang sesuai ini

     bertujuan untuk menarik minat murid-murid agar lebih %okus terhadap isi pelajaran mengenai

    tatabahasa yang disampaikan oleh guru. !elain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran pula tidak

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    4/10

    akan membosankan dengan adanya BBM yang menarik utnuk digunapakai sepanjang sesi

     berlangsung. !ecara tidak langsung, murid akan lebih tertarik serta menambah atau

    meningkatkan ke%ahaman mereka terhadap isi pelajaran mengenai tatabahasa. Bagi guru pula,

    %aedah penggunaan BBM ini bukan sahaja mampu menarik minat murid untuk belajar tatabahasa

    tetapi juga bahan-bahan tersebut dapat membantu guru-guru dalam proses penyampaian isi pelajaran kepada murid. Ia membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

     bilik darjah serta dapat membantu guru mencapai objekti% pengajaran pada hari tersebut.

    Prinsip seterusnya ialah, guru perlu mahir tentang selok-belok aspek tatabahasa yang ingin

    diajarkan. 6leh itu, adalah penting bagi seorang guru Bahasa Melayu yang ingin mengajar

    tatabahasa itu supaya mengenalpasti struktur isi pelajaran dengan lebih jelas sebelum memulakan

    sesi pengajaran dan pembelajaran. Apa yang pentingnya mengenai prinsip ini ialah, sebagai

    seorang guru, adalah amat penting agar guru dapat mengelakkan diri daripada menyampaikan

    atau memberikan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan

    oleh guru itu adalah bersesuaian serta menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan

    dalam pemahaman murid dalam sesi pembelajaran tatabahasa. !ekiranya maklumat yang

    disampaikan itu bercanggah atau tidak menepati dan tidak bersesuaian dengan kehendak !ukatan

    Pelajaran Bahasa Melayu, adalah menjadi kesalahan kepada guru yang mengajar itu kerana

    setiap isi pelajaran adalah berasakan kepada garispanduan yang diberikan oleh Kementerian

    Pendidikan itu sendiri. Murid bukan sahaja keliru atau mendapat maklumat yang salah, malah

    guru tidak akan dapat mencapai objekti% pengajaran yang disasarkannya.

    Prinsip keenam pula ialah berkaitan dengan rumus atau hukum bahasa yang terdapat di dalam

    aspek tatabahasa. !eperti mata pelajaran !ains atau Matematik yang mempunyai rumus atau

    hukum-hukum tertentu, tatabahasa Bahasa Melayu juga tidak terlepas daripada rumus atau

    hukum bahasa. 7ika !ains dan Matematik menggalakkan agar rumus atau hukumnya perlu

    diha%al agar senang mengingatinya, berbe0a dengan rumus dan hukum bahasa yang tidak

    menggalakkan agar murid-murid untuk mengha%al rumus dan hukum tersebut. !udah memadai

    sekiranya murid-murid hanya perlu memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan

     betul kerana sudah menjadi prinsip dalam pengajaran tatabahasa yang turut menekankan aspek

    tatabahasa itu perlu diajar secara sistematik atau terancang. !elain itu, pengajaran aspek

    tatabahasa ini juga diajar dan digunakan mengikut kesesuaian atau dalam konteks situasi sebenar 

    harian murid-murid. !ekiranya apa yang diajarkan itu diaplikasikan oleh murid dalam situasi

    sebenar, maka lebih mudah dan senanglah murid-murid memahami seterusnya dapat menguasai

    aspek tatabahasa dengan baik.

    Prinsip seterusnya pula ialah proses menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa itu mengikut

    konteks berdasarkan petikan yang digunakan. 4a0imnya, sesi pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu tidak akan lari daripada penggunaan petikan sebagai BBM. Dengan penggunaan

     petikan ini maka guru perlu mementingkan makna serta aspek tatabahasa yang terdapat di dalam

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    5/10

     petikan yang digunakan. "uru perlu mempastikan penggunaan aspek tatabahasa mengikut

    konteks berdasarkan petikan yang digunakan itu. "uru perlu tahu baha$a pemahaman dan

     penguasaan adalah sangat penting terhadap aspek tatabahasa kerana ia terdiri daripada

    kepelbagaian hukum-hukum bahasa serta beberapa peraturan atau undang-undangnya yang akan

    dapat membantu murid-murid menguasai aspek tatabahasa itu dengan lebih baik lagi.

    3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU BERKAITAN

    PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG

    Tarikh  8*. /. 8(9

    Hari  7umaat

    Mata pelaara!  Bahasa Melayu

    Ma"a  *.( : ).( pagi &/ minit'

    Kela"  5ahun

    Bila!#a! pelaar  8) orang

    Ta$k   Pesan #enek 

    O%ekti& Pe'%elaara!(

    • Pada akhir proses pembelajaran, murid akan dapat

    1. Melaksanakan sesuatu arahan dengan tindakan yang $ajar 

    2. Membina ayat perintah dengan betul

    3. Menja$ab dengan betul empat daripada lima soalan ke%ahaman.

    Pe!#etah$a! Se)ia A)a M$ri) (

    Murid sudah pernah diarah melakukan sesuatu tugasan atau akti1iti

    *+k$" Uta'a (

    (.9 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara

    Aras 9

    i. Meneliti arahan dan pesanan untuk membuat tindakan $ajar 

    *+k$" Sa'pi!#a! (

    *.( Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk 

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    6/10

    Aras (

    i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat

    Si"te' Baha"a (

    5atabahasa Ayat Perintah

    Pe!#i"i"a! K$rik$l$'(

    Ilmu Pendidikan Moral

     #ilai Berani, 2ajin, Patuh, Kerjasama

    Ke'ahira! Ber!ilai Ta'%ah(

    Kemahiran Ber%ikir Menjana idea, menganalisis

    Kemahiran Belajar 3ara Belajar Membaca, perbincangan

    Kecerdasan Pelbagai Interpersonal, Intrapersonal

    Kontekstual Menghubungkait pengalaman dengan pembelajaran

    Baha! Ba!t$ Me!#aar ,BBM(

    4embaran kerja, kad manila, kad situasi, pen marker, kad ayat

    La!#kah .

    Ma"a

    I"i

    Pelaara!

    Akti/iti

    P 0 P

    !et induksi

    & minit'

    (.Permainan

    - Menyampaikan maklumat

    8. !ampul 2ahsia

    (. "uru meminta ketua kumpulan

    tampil ke depan untuk mencabut

     pesanan yang terdapat di dalam

    sampul rahsia.

    8. Ketua kumpulan diberi masa

    mengingati maklumat dan

    menyampaikan pesanan kepada setiap

    ahli kumpulan.9. Ahli kumpulan terakhir akan

    menyatakan maklumat yang diterima.

    +. "uru mengaitkan set induksi

    dengan isi pelajaran pada hari ini.

    4angkah ( (.Permainan (. "uru meminta ketua kumpulan

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    7/10

    &( minit' -

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    8/10

    Penutup

    & minit'

    (.2umusan (. "uru merumuskan pelajaran pada

    hari tersebut

    4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SEMASA PROSES

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA

    Proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa merupakan satu proses yang berterusan

    dilakukan oleh guru sekiranya guru ingin mempastikan murid-murid memahami dan dapat

    mengaplikasikan tatabahasa dengan betul. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

     bilik darjah berlangsung, tugasan guru lebih mencabar kerana dia perlu berkebolehan dalam

    mengaplikasikan teknik-teknik dan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa agar murid dapat

    memahami tatabahasa dengan lebih baik. #amun, tidak dina%ikan baha$a, setiap sesi pengajaran

    dan pembelajaran itu pasti akan timbul beberapa masalah yang dihadapi oleh guru ataupun

    murid. Berikut saya nyatakan, beberapa masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses

     pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini.

    Masalah yang pertama ialah, kesalahan penggunaan imbuhan. Dalam pengajaran aspek

    tatabahasa, elemen seperti imbuhan itu adalah sangat penting untuk dikuasai oleh murid-murid

    agar mereka tidak terpengaruh dengan bahasa pasar atau bahasa campuran yang tidak sesuai

    digunakan ketika berada di dalam acara atau majlis %ormal. Dengan menguasai atau memahami

    aspek imbuhan, murid akan dapat menambahkan lagi pemahaman orang lain berkaitan ayat yangdituturkan atau yang disampaikan oleh mereka. Kadangkala, masalah berkaitan imbuhan ini

     bukanlah berpunca daripada pengajaran oleh guru itu tetapi lebih kepada murid yang kurang atau

    tidak memahami konsep penggunaan imbuhan di dalam ayat. Kita sedia maklum baha$a, dalam

    imbuhan itu $ujudnya kata dasar. 5ujuan penambahan imbuhan terhadap kata dasar itu pula

    lebih kepada membe0akan maksud ayat yang menggunakan kata dasar itu.

    3ontohnya,penggunaan kata pakai. 7ika kita meletakkan imbuhan di hadapan kata tersebut,

    iaitu i'%$ha! a1ala!

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    9/10

    ini hanya berlaku dikalangan murid-murid yang lembab atau slow learner dan juga murid di

    kelas Pemulihan. Bagi kes seperti ini, guru perlu bijak menanganinya dengan memberikan

    seberapa banyak latihan latih tubi berkaitan dengan imbuhan agar murid tersebut dapat

    memahami konsep imbuhan dengan lebih baik lagi. !elain memberikan latihan latih tubi yang

     berterusan, guru juga perlu menggunakan kaedah secara lisan untuk melatih murid agar dapatmenguasai atau sekurang-kurangnya tahu menggunakan imbuhan dengan baik.

    Masalah yang kedua pula ialah, kesalahan penggunaan kata hubung. Murid-murid akan berasa

    sukar untuk mengikis kebiasaan mereka menggunakan kata hubung dalam pertuturan atau

     perbualan dalam situasi %ormal dengan penggunaan ayat yang betul. Dalam kata hubung, konsep

    yang perlu diketahui dan di%ahami oleh murid ialah, %ungsi kata hubung itu iaitu sebagai

     penghubung atau penyambung kepada dua atau lebih lebih sama ada perkataan, %rasa, klausa atau

    ayat untuk menjadi satu ayat sahaja. #amun, kebanyakan murid lebih suka menggunakan kata

    hubung contohnya yang. Ada murid lebih suka dan selesa menggunakan

     perkataan yang diletakkan pada permulaan ayat semasa bertutur ataupun ketika menja$ab soalan

    ke%ahaman. 6leh itu, untuk mengurangkan kebiasaan ini seterusnya menghilangkannya sekaligus

    daripada keterbiasaan, guru perlu bijak memainkan peranan sebagai pembimbing murid-murid

    untuk menggunakan kata hubung dengan betul, sesuai dengan %ungsinya sebagai penghubung

    kepada dua ayat untuk dijadikan kepada satu ayat sahaja. "uru perlu memperbanyakkan latih

    tubi berkaitan dengan kata hubung agar murid dapat menguasai seterusnya mengaplikasikan

     penggunaan kata hubung yang betul sama ada ketika bertutur mahupun menja$ab soalan

    ke%ahaman.

    Masalah yang ketiga ialah, masalah yang berkaitan dengan kesalahan penggunaan aspek %rasa

    nama, %rasa kerja dan %rasa sendi nama. Apabila murid mempelajari aspek tatabahasa yang

     berkaitan dengan kata nama seperti tempat atau arah selain kata kerja atau adjekti%, murid akan

    mengalami kesukaran untuk menyesuaikan ayat dengan situasi atau sukar membina ayat yang

     betul dan tepat jika terdapat elemen-elemen tersebut. 3ontohnya, jika di dalam ayat itu ada

    menunjukkan arah atau tempat, maka murid perlu menjarakkan kata imbuhannya. 3ontohnya di

     sini, di sana, di dalam, ke Komplek ukan, di Kedai erbaneka. Begitu juga dengan dengan ayat-

    ayat yang melibatkan penggunaan kata sendi. Murid juga mengalami masalah untuk membina

    ayat dengan baik. "uru perlu menerangkan kepada murid satu persatu mengenai maksud dan

    %ungsi %rasa-%rasa tersebut kerana dengan penerangan yang diberikan sebelum meminta murid

    membina ayat, maka murid akan lebih mengetahui dan memahami konsep %rasa-%rasa tersebut.

    !elain latih tubi yang berterusan sama ada ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan

     pembelajaran, guru juga perlu meminta murid untuk membina ayat secara lisan sebagai latihan

    kepada mereka untuk mengaplikasikan %rasa-%rasa tersebut serta tahu membe0akannya mengikut

    %ungsinya.

  • 8/19/2019 Tugasan HBML2103.docx

    10/10

    Manakala masalah yang keempat pula ialah, masalah penggunaan sendi nama. Penggunaan kata

    sendi nama seperti di, ke, kepada, daripada, pada, bagi, tentang  juga adakalanya mengelirukan

    murid. Masalah keliru dan tidak tahu menggunakan kata sendi mana yang harus digunakan

    sering membelenggu murid dalam menghasilkan ayat yang betul. 6leh itu, penerangan daripada

    guru mengenai %ungsi dan konsep penggunaannya adalah sangat penting agar muridmengetahuinya serta dapat membantu murid menguasai atau memahami penggunaan sendi nama

    di dalam ayat yang mereka bina. "uru perlu memperbanyakkan latihan latih tubi tatabahasa

     berkaitan sendi nama agar murid dapat membe0akan %ungsi dan konsep antara pada,

    kepada dan daripada dan sebagainya lagi. 4atihan lisan juga penting agar murid dapat

    membiasakan diri menggunakan kata sendi nama yang sesuai untuk digunakan dalam perbualan.

    Malah, murid juga perlu digalakkan membina ayat setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat

    dalam sehari sebagai latih tubi untuk mereka menguasai dan memahamai aspek tatabahasa

    tersebut.

    5. PENUTUP

    !ecara amnya, proses pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu proses yang

     berterusan, sama ada ia disampaikan atau diajarkan baik secara langsung mahupun secara tidak

    langsung dan perlu mengikut prinsip-prinsip pengajarannya agar apa yang disampaikan oleh

    guru itu dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan lagi. Murid bukan sahaja dapat

    memahami malah dapat mengaplikasikan aspek tatabahasa ini dengan baik sama ada dalam

     pertuturan secara lisan mahupun secara bertulis. Perancangan lebih a$al oleh guru adalah

     penting agar guru dapat memikirkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang

     berkesan serta menarik melalui 2ancangan Pengajaran arian. >alaupun setiap proses

     pengajaran itu akan berhadapan dengan masalah terutamanya berkaitan dengan murid, namun

    sebagai seorang pendidik, guru perlu lebih kreati% dan terbuka dalam mengajar murid aspek

    tatabahasa ini agar dapat mencapai objekti%. "uru juga perlu memikirkan langkah-langkah untuk

    mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan memikirkan cara yang sesuai agar murid

    sekurang-kurangnya dapat memahami konsep sesuatu elemen tatabahasa itu.