tugasan hbms4403 siap
DESCRIPTION
HBMS4403TRANSCRIPT
Pengenalan
Kelas muzik di Malaysia sepatutnya tidak hanya mengajar muzik klasikal sahaja,
tetapi pelbagai campuran irama yang belum didedahkan kepada mereka. Seseorang
pelajar wajib diperkenalkan kepada muzik budaya lain untuk meluaskankan skop
pandangan mereka. Tetapi itu tidak bererti bahawa pendidik muzik perlu mengajar
budaya asal lagu-lagu yang di ajar. Pendidik muzik perlu cuba menerangkan sedikit
sebanyak karya dan latarbelakangnya.Walaubagaimanapun penerangan tersebut tidaklah
perlu jauh ke dalam perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan budaya muzik yang
diajar.
Ensembel rekoder merupakan aktiviti permainan alat muzik secara berkumpulan.
Aktiviti yang melibatkan kumpulan memerlukan banyak perancangan dan komitmen. Ini
adalah untuk memastikan hasilnya mencapai objektif aktiviti yang telah dirancang.
Banyak pihak yang terlibat iaitu pemimpin ensembel, ahli-ahli ensembel serta pihak yang
terlibat dengan pentadbiran untuk menjayakan aktiviti yang melibatkan ensembel.
Pemimpin perlu kewibawaan dalam memimpin kumpulan ensembel. Murid perlu
dedikasi dan berusaha gigih berlatih serta menerima arahan pemimpin. Selain itu, murid
dapat belajar cara berkomunikasi, respon terhadap kawan, mendengar setiap alat muzik
yang dimainkan dalam ensembel rekoder serta memerhati persekitaran dengan penuh
kepekaan.
Latihan yang berkesan merupakan perkara yang sangat penting dalam
menentukan kejayaan sesebuah program muzik atau kumpulan muzik. Namun demikian
ramai di kalangan guru tidak memahami prosedur dalam latihan. Prosedur latihan akan
lebih jelas jika guru dapat menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur
dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara reliti dapat membantu guru dalam
menyediakan rancangan mengajar dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang
baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan
dan peralatan dalam menyampaikan pengajaran.
Pihak pentadbiran perlu menyediakan kemudahan untuk latihan atau
persembahan. Kerjasama semua pihak yang terlibat akan menjamin kejayaan sesebuah
kumpulan ensembel dalam menjalankan sesi latihan atau bila membuat persembahan.
Bermain secara kumpulan memerlukan semua pemuzik mengawal alat instrument agar
memberi kesan daripada aspek keseimbangan, kesepaduan, kawalan ton, serang dan
lepas, dinamik, warna nada dan warna ton.
Masalah-Masalah Am Ensembel
Dalam sebuah kumpulan ensembel rekoder, terdapat ramai pelajar dan setiap
pelajar mempunyai tahap kemahiran dan pengetahuan yang berbeza-beza. Berdasarkan
fakta ini, sudah pasti guru perlu menghadapi pelbagai cabaran dan permasalahan semasa
menjalani latihan secara ensembel rekoder.
Antara masalah yang kerap dihadapi oleh guru-guru muzik semasa latihan secara
ensembel rekoder adalah seperti berikut:
1. Irama Yang Tidak Tepat
Irama yang tidak tepat berlaku disebabkan oleh murid kurang pendedahan pada irama
yang dimainkan murid masih belum mahir dengan penjarian yang perlu dimainkan
dan murid tidak mengikut tempo konduktor.
2. Murid Tidak Mengikut Tempo Konduktor
Salah satu sebab mengapa corak irama tidak dapat dimainkan dengan tepat adalah
disebabkan oleh perbezaan tempo di kalangan para pemuzik dan konduktor. Oleh itu
guru perlu melatih murid untuk member tumpuan kepada satu tempo sahaja iaitu
tempo guru atau konduktor.
3. Murid Kurang Pendedahan Pada Irama Yang Dimainkan
Masalah ini dapat diatasi jika latihan corak irama dimasukkan sebagai sebahagian
dari prosedur latihan. Dengan cara ini, pelbagai corak latihan dapat diperkenalkan
dari semasa ke semasa. Selain itu, corak irama untuk lagu yang ingin dimainkan itu
seharusnya diperkenalkan semasa melakukan latihan corak irama sebelum lagu
diperkenalkan. Secara tidak langsung murid akan mendapat pendedahan awal
terhadap corak irama tersebut dan hanya perlu memberi tumpuan terhadap elemen
lain seperti penjarian dan sebagainya.
4. Pic Yang Tidak Tepat
Masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran murid.
Murid didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang
dihasilkan dari alat muzik mereka. Ia berlaku apabila murid menghadapi masalah
seperti penjarian yang lemah, peralatan rosak atau kurang berkualiti, kelemahan
membaca notasi muzik serta tekanan emosi atau mental yang disebabkan oleh faktor
persekitaran.
5. Murid Belum Mahir Dengan Penjarian
Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memahirkan
penjarian bagi setiap penjarian yang bermasalah. Ia perlu dilakukan dengan
memperkenalkan penjarian tersebut secara satu demi satu dalam satu tempo yang
perlahan. Mainkan setiap satu not menggunakan semibrif dan tingkatkan kepada jenis
not yang mencabar sehingga murid dapat memainkan mengikut corak irama sebenar.
Proses ini memerlukan latih tubi sehingga kemahiran penjarian terbentuk. Kemahiran
ini hanya boleh dicapai apabila otot-otot berkaitan telah matang.
6. Intonasi Dan Kualiti Yang Kurang Baik
Masalah ini boleh berlaku apabila alat muzik tidak ditala dengan begitu baik sekali.
Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin
berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan
menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya
ton yang dihasilkan oleh alat muzik itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya.
Perkara seperti ini berlaku disebabkan oleh dua perkara utama iaitu pemain tidak
meniup rekoder dengan teknik yang betul dan pemain muzik menggunakan alat
muzik yang rosak atau tidak berkualiti. Guru perlu memberi pendedahan terhadap
bunyi ton yang baik.
7. Pengfrasaan dan Ekspresi
Permasalahan utama yang menyumbangkan kepada kegagalan untuk menterjemahkan
ekspresi adalah disebabkan oleh kurangnya latihan yang mengarahkan kepada
kematangan melakukan ekspressi yang dikehendaki. Latihan untuk perkembangan
ekspressi perlu dilakukan pada setiap harkali latihan bermula. Ia boleh diaplikasikan
semasa melakukan pemanasan sebelum diaplikasikan pada lagu sebenar. Ekspresi
hanya boleh dipertingkatkan apabila murid telah dapat menguasai semua teknik
bermain alat muzik dan telah dapat mengatasi segala permasalahan asas. Ini
membolehkan murid bermain dengan lebih yakin serta dapat pula menghayati
permainan muzik mereka. Ekspresi sesebuah lagu dipengaruhi oleh banyak faktor
antaranya ialah kemahiran pemuzik, peralatan muzik, konduktor, tanda-tanda
ekspressi pada skor lagu dan sebagainya.Pengfrasaan ditandakan dengan satu garisan
yang menunujukkan pengfrasaan tersebut. Bahagian perlu dimainkan dengan licin
tanpa putus. Untuk mengelakkan daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan
satu pernafasan bagi satu frasa. Permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak
dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru perlu
meletakkan tanda frasa tersebut. Keadaan ini timbul disebabkan oleh kecuaian guru
dan murid mengesan frasa lagu. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat
pernafasan di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan untuk mengambil
nafas sebelum memulakan permainan mereka. Tanda pernafasan ini pada
kebiasaannya terdapat pada penghujung setiap frasa. Ianya dapat membantu
memastikan pemuzik tidak mengambil nafas pada tempat yang salah atau di tengah
bahagian frasa. Pengfrasaan bagi setiap seksyen adalah berbeza.
Mengenal Pasti Masalah Ensembel Sendiri
Antara faedah yang diperolehi adalah sensitif terhadap rakan yang lain semasa
latihan atau persembahan, berusaha menguasai proses belajar muzik dan memeberikan
respon terhadap setiap aspek yang berkaitan, terlibat bersama rakan dalam kumpulan
ensembel, bertukar-tukar pendapat anatara mereka, kolaborasi serta bertolak ansur
terhadap segala maklumat semasa latihan. Ini akhirnya akan mencapai matlamat
pembelajaran yang telah ditetapkan. Kebanyakan guru telah mula menunjukkan minat
terhadap pembelajaran secara kumpulan. Murid telah menunujukkan minat dan merasa
seronok bila terlibat dengan persembahan bersama-sama rakan-rakan. Mereka dapat
membina banyak kemahiran yang diperlukan dalam muzik.
1. Kesedaran Kepada Gabungan Ton Antara Alat-Alat Lain
Imbangan dalam muzik bolehlah dikaitkan dengan ensembel atau seksyenal. Ini
bermakna masalah yang berlaku adalah dari imbangan bunyi dalam persembahan
tersebut. Untuk memastikan aspek imbangan diambil berat dalam sesuatu
persembahan, kita hendaklah memastikan setiap gubahan untuk bahagian tertentu
dalam sesuatu seksyen itu hendaklah dimainkan dengan kadar imbangan yang
dikehendaki berdasarkan skor atau kehendak penggubah. Kesedaran terhadap
gabungan ton antara alat-alat lain bukan hanya dipengaruhi oleh ton bagi setiap
seksyen instrument tetapi juga dipengaruhi oleh aspek seperti imbangan bunyi,
adunan dan instrumensi. Konduktor hendaklah mendengar hasil gubahan yang
dimainkan secara kumpulan atau menyeluruh.
1. Mengikut Arahan Pemimpin
Pemimpin sesuatu ensembel muzik inginkan ahli-ahli yang terlibat, dapat mencapai
matlamat yang dikehendaki bagi sesuatu persembahan. Oleh itu, ahli-ahli kumpulan
perlu mengikut arahan pemimpin. Pemimpin ensembel itu seorang guru atau murid
dipilih oleh guru. Perkara yang selalu ditekankan oleh seorang pemimpin adalah:
2.1 Berusaha Menguasai Kemahiran Latihan
Pemimpin akan memberikan peluang kepada ahlinya berbincang dan memberikan
pendapat tentang persembahan. Ini membolehkan murid bersikap lebih kritikal dan
merasakan bahawa hasil perbincangan tersebut adalah milik mereka. Selain itu, ia
akan meningkatkan motivasi mereka terhadap setiap aspek penglibatan dalam
kumpulan persembahan. Hasil perbincangan yang berkesan oleh guru akan
mewujudkan keadaan di mana murid memahami tentang aspek lisan, kognitif,
muzikal, persembahan dan kemahiran teknikal. Ahli-ahli juga diberi peluang untuk
menjelaskan kesungguhan penglibatan mereka dalam kumpulan. Ini akan pasti
mempengaruhi prsetasi permainan yang ditunjukkan serta menjadikan murid lebih
berdikari.
2.2 Disiplin
Boleh dikaitkan dengan sikap murid dalam menyumbangkan kepada
kelicinan sesuatu sesi latihan atau persembahan iaitu bagaimana interaksinya terhadap
rakan-rakan. Ketepatan masa ketika menghadiri latihan. Selain itu, disiplin juga boleh
dikaitkan dengan kesungguhan murid mencapai kejayaan sebagai anggota atau
pemuzik dalam menghasilkan persembahan yang bermutu. Dia perlu berusaha untuk
bermain secara yang tepat dari aspek seperti pic, irama, dinamik dan ton.
3. Kesedaran Kepada Penghasilan Ton Dalan Bahagian Pemain
Dalam sesuatu persembahan sama ada dalam bentuk ensembel mahupun secara
individu, sesuatu instrument akan jelas memainkan fungsi bagi menonjolkan kualiti
ton yang mana dapat menggambarkan perasaan atau mud bagi sesuatu gubahan. Ada
kalanya disebabkan kurangnya kepakaran, kemahiran dan latihan yang mencukupi,
maka fungsi instrumen itu tidak dapat menghasilkan karakter ton yang sepatutnya.
Untuk menghasilkan sesuatu gubahan, seseorang komposer perlu mengambil kira
tahap kepantasan sesuatu instrument dalam menghasilkan ton. Ton adalah
merujuk kepada kualiti karakter sesuatu instrument. Contohnya clarinet ton bunyinya
adalah gelap dan kaya untuk not pada registernya yang rendah, cerah, terang serta
nyaring dan lantang untuk registernya yang tinggi mengikut Roger Kimien:2002.
Selain itu, ciri lain yang dapat menjelaskan konsep ton adalah peranan, reed,
mouthpiece, embouchure dan kawalan pernafasan dalan menghasilkan ton. Jika ini
berlaku dengan baik, maka karakter kualiti ton itu jelaslah dapat ditonjolkan. Sesuatu
instrumen itu menghasilkan kualiti yang dikehendaki dalam memainkan instrumen
tersebut.
Masalah Individu dan Kumpulan
1. Individu Diberi Latihan Tambahan Untuk Membaiki Kelemahan
Bantu murid mengatasi masalah mereka dengan sebaik mungkin walaupun ia
merupakan masalah peribadi. Ada kalanya masalah yang dihadapi oleh murid
menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaran dan ini termasuklah tumpuan semasa latihan muzik. Individu yang dikesan
memberikan masalah kepada ensembel perlu diberi perhatian selepas sesi latihan.
Murid ini perlu didekati agar guru dapat memahami masalah sebenar yang
dihadapinya. Permasalah yang dihadapi juga boleh diserahkan pada guru yang lebih
arif tentang masalah yang dihadapi oleh murid tersebut misalnya, guru kaunseling dan
guru disiplin. Jika ia berkaitan dengan masalah muzikal sahaja, guru perlu mencari
punca kepada timbulnya masalah tersebut serta memberikan tumpuan dengan
memberikan teguran yang membina serta tunjuk cara dengan lebih berfokus dan jelas.
2. Individu Diberi Perhatian Selepas Sesi Latihan
Kenal pasti permasalahan yang dihadapi serta berikan mereka
bimbingan serta bahan-bahan yang diperlukan. Berikan galakan serta motivasi agar
mereka akan berusaha dan bersedia pada latihan yang akan datang. Luangkan sedikit
masa untuk memberikan tunjuk ajar secara individu. Aktiviti ini dilakukan sebagai
kesinambungan pada hasil pemerhatian semasa latihan dijalankan. Guru perlu dapat
mengesan murid yang memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar yang lebih. Selain itu,
tingkatkan rasa tanggungjawab murid terhadap ensembel. Murid yang dikesan
memiliki kemahiran serta mempunyai komitmen yang tinggi boleh diminta
memainkan peranan untuk membantu murid yang lemah.
3. Murid Memainkan Bahagian Yang Salah Secara Satu Demi Satu
Murid perlu diberi peluang untuk menceritakan permasalahan mereka kerana mereka
lebih tahu permasalahan yang mereka alami sendiri. Cara akan membantu membawa
terus kepada permasalahan yang dihadapi dan akan memudahkan guru untuk
bertindak menyelesaikan permasalahan yang timbul.Pemerhatian kepada individu
perlu dilakukan secara menyeluruh dari segala aspek yang merangkumi aspek-aspek
seperti postur, embaucher, teknik pernafasan serta aspek-aspek muzikal seperti
artikulasi, dinamik dan sebagainya.
Cadangan Mengatasi Masalah
1. Menunjuk Cara
Kaedah ini digunakan untuk menjelaskan teknik permainan yang biasanya berkaitan
dengan artikulasi seperti bermain secara legato, slur, stakati dan sebagainya. Ia juga
digunakan untuk memberi kefahaman secara langsung berkaitan dengan ekspresi
seperti bermain secara kuat, lembut, ansur kuat, ansur lembut dan sebagainya. Tunjuk
cara bertujuan untuk memberi penjelasan yang lebih baik secara amali. Oleh itu,
pastikan tunjuka cara itu dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid.
2. Memberi Analogi Atau Bayangan
Kematangan pendengaran ini hanya boleh diperolehi melalui pengalaman atau latihan
yang berterusan. Percubaan boleh dibuat dengan memberikan fokus kepada salah satu
elemen muzik sahaja seperti corak irama. Keupayaan mengecam masalah yang timbul
merupakan salah satu faktor penting bagi menangani masalah yang dihadapi. Ia boleh
dilakukan dengan melatih diri memfokus pendengaran kepada elemen muzik seperti
harmoni, tuning, pic, tempo, ton, keseimbangan bunyi, melodi, not, artikulasi, frasa
dan sebagainya.
3. Mengecam Permasalahan
Guru perlu menyampaikannya dengan penuh perasaan dengan disertai ekspresi wajah,
nada suara dan gerakan yang sesuai sehingga dapat membawa pelajar kepada apa
yang digambarkan dengan sejelas-jelasnya. Penerangan secara bayangan ini amat
diperlukan agar murid dapat menggambarkan serta menghayati apa yang cuba
disampaikan.
Penilaian Ensembel
Penilaian adalah penting dalam ensembel. Daripada lima jenis penilaian, yang
paling bernilai adalah penilaian tulen. Seseorang pendidik muzik menilai para pelajar atas
keupayaan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam kehidupan
seharian. Ujian ayang dijalankan dari masa ke semasa bukan merupakan penanda aras
terbaik terhadap kemampuan pelajar-pelajar mengaplikasi pengetahuan.
Walaubagaimanapun, penilaian secara formal merupakan cara berkesan untuk
menentukan samada sesuatu topik atau subjek perlu diulangkaji jika sebahagian besar
pelajar menghadapi kesukaran menjawab soalan-soalan ujian tersebut. Oleh kerana pihak
pendidik muzik sewajarnya menonjolkan keupayaan para pelajar mereka menerusi
konsert dan festival muzik agar bakat dan kemahiran mereka dapat dipertontonkan
kepada umum, kaum keluarga, sahabat handai dan peminat-peminat setia mereka.
Muzik perlu menjadi sebahagian daripada kehidupan individu. Tidak ada had
terhadap apa yang sedang dipelajari ataupun bakal dipelajari oleh seseorang individu.
Pendidikan muzik di sekolah berupaya membawa peluang ini kepada para pelajar. Hanya
pendidik muzik yang komited sahaja yang berkemampuan merealisasikan impian luhur
dan murni ini. Keberkesasan pengajaran dan pembelajaran muzik bergantung kepada
sejauh mana peranan yang dimainkan oleh seseorang pendidik muzik. Kalau ini berjaya
dilakukan, para pelajar dapat mengoptimumkan pembelajaran dan mereka akan merasai
kelebihan dan kepentingan muzik di dalam kehidupan seharian dan masa depan
pendidikan muzik akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
1. Pengfrasaan dan ekspresi
Pengfarasaan biasanya dimainkan secara bersambung. Guru perlu menekankan perlu
menekankan perkara berikut agar hasil persembahan akan lebih licin. Jika tanda frasa
tidak diberi atau tidak jelas maka guru haruslah dapat menentukan frasa ini bersama-
sama dengan murid. Gunakan warna tertentu tertentu atau tanda tertentu untuk
menandakan frasa dan pastikan semua murid menandakannya. Guru perlu membuat
teguran jika terdapat kumpulan atau individu yang tidak mengaplikasikannya dengan
betul. Ia bertujuan menghalang murid daripada melakukan kesilapan yang berulang
sehingga menjadi kebiasaan yang sukar dibendung.
2. Perubahan dinamik
Kemahiran pemuzik mempengaruhi kesan dinamik. Pemain yang mahir dapat
memberikan kesan dinamik yang luas berbanding mereka yang kurang mahir. Ini
adalah disebabkan oleh kematangan mereka dalam bermain alat muzik tersebut.
Pemain yang mahir dapat melontarkan bunyi yang kuat tanpa mengorbankan kualiti
ton. Sebaliknya mereka yang kurang mahir tidak mampu yang melakukannya. Ini
menyebabkan kesan dinamik yang dipersembahkan amat terhad. Kematangan ini
terhasil melalui pengalaman dan latihan berterusan yang telah membentuk konsep
serta teknik yang kukuh dalam diri pemain.
3. Keseimbangan dan penggabungan
Penggabungan biasanya dilakukan selepas tamat latihan secara seksyen. Kerja guru
menjadi lebih mudah jika latihan secara seksyen dilaksanakan dengan baik. Tugas
utama guru ketika ini ialah untuk menyeragamkan kumpulan tersebut dari pelbagai
aspek muzikal. Antara aspek yang perlu diperhatikan ialah penalaan bunyi dan
penggabungan dan keseimbangan secara menyeluruh.
4. Irama dan pic yang tepat
Analisa nilai bagi corak irama tersebut agar murid faham dari segi teorinya.
Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan
menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai.
Proses ini perlu diulang sehingga murid dapat menguasainya secara praktikal.
5. Intonasi dan kualiti ton suara
Intonasi terdiri daripada beberapa faktor seperti berikut:
5.1 Teknik pernafasan yang betul
5.2 Emboucher yang betul
5.3 Penalaan alat muzik yang tepat
5.4 Peralatan muzik yang baik
5.5 Notasi atau pic yang dihasilkan
6. Sebutan
Sebutan jelas dapat dihasilkan hanya apabila murid telah menguasai teknik
pernafasan yang betul. Ini membolehkan murid melontarkan suara dengan lebih kuat
dan jelas. Semasa membuat latihan pernafasan pelbagaikan sebutan menggunakan
suku kata yang berbeza. Tekanan serta saluran udara perlu dikawal apabila
menyanyikan not tinggi agar bunyinya tidak seperti terjerit.
7. Mula dan akhir
Ketepatan mengeluarkan bunyi pada masa yang tepat dan ketepatan masa untuk
menghilangkan bunyi atau berhenti. Ia mudah dilakukan secara solo tetapi pada
hakikatnya agak sukar dilakukan oleh sebuah ensembel yang besar. Masalah ini akan
terus berlaku jika murid menggunakan tempo sendiri semasa bermain muzik. Oleh
itu, guru perlu melatih murid menggunakan metronome atau melatih mereka untuk
bermain dengan berpandukan pada satu tempo sahaja. Jangan benarkan murid
menghentak kaki semasa bermain muzik sebaliknya mereka perlu melihat konduktor
sebagai panduan utama.
Penutup
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran juga berupaya memperoleh
kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Pelajar-pelajar yang memerlukan
tumpuan istimewa berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara. Menerusi muzik
mereka dapat berinteraksi secara perasaan dengan orang lain. Pelajar-pelajar istimewa
juga berupaya membantu orang lain memahami mereka melalui muzik yang dimainkan
secara berpasukan. Mereka yang terlibat pula mestilah memperlihatkan sifat keterbukaan
dan memahami bagaimana memanfaatkan muzik sebagai medium perhubungan.
Tidak semua orang berkemampuan menarik minat pelbagai lapisan masyarakat
terhadap muzik dan berupaya mengajarnya di tahap yang boleh diterima ramai. Oleh
kerana itu pendidik muzik wajarlah komited terhadap tugas, berupaya melibatkan
komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa bersikap aktif terhadap
program yang dianjurkan kerana ia membantu membawa situasi-situasi positif yang
berlainan ke dalam program. Sesebuah program muzik akan menemui kegagalan tanpa
kerjasama para pelajar dan ibubapa. Oleh itu para pendidik muzik wajar bersiap sedia
membina sahsiah diri agar dapat memperoleh kerjasama erat di kalangan ibubapa dan
para pelajar supaya program yang dibina menemui kejayaan yang cemerlang.
Selain daripada mempelajari muzik budaya lain, setiap pelajar seharusnya
diberikan peluang mengalami muzik secara terbuka. Di sekolah, para pelajar diwajibkan
mempelajari matematik dan sains kerana kedua-dua subjek tersebut amat penting dalam
kehidupan seharian. Jikalau perkara yang sama tidak dilakukan terhadap muzik, itu
bermakna pelajar-pelajar ini telah dinafikan sesuatu perkara asas yang merupakan rutin
kehidupan. Segelintir masyarakat mungkin beranggapan bahawa muzik adalah hanya
pengetahuan am yang mudah didapati dalam kehidupan seharian dan pelajar-pelajar tidak
perlu menerokanya di dalam situasi kelas.
Seorang pendidik muzik mestilah berfikiran terbuka dan memahami bahawa
terdapat kepelbagaian genre dan peringkat muzik yang diminati oleh para pelajar dan
juga sikap-sikap tertentu di kalangan mereka yang bakal memberi impak kepada
pembelajaran. Oleh kerana itu semasa menilai para pelajar tersebut, pendidik muzik harus
akur terhadap tahap penerimaan pembelajaran mereka kerana kepada sebahagian besar
pelajar-pelajar berkenaan muzik hanyalah sebagai salah satu cara melepaskan ketegangan
dan bersantai.
Words: 2,963
Rujukan
Glover, J. & Ward, S. (1998). Teaching music in the primary school (2nd ed.). New
York:Gassell.
Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall,
Inc.
Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th ed.). New York: McGraw-Hill
Companies, Inc
Taylor, Eric (1989). The AB Guide to Music Theory. London: The Assaciated Board of
the Royal Schools of Music.
Winslow, R. W., (2001). Music skill for classroom teachers. New York: McGraw-Hill
Higher Education
Lisk, S. E. (1996). Intangibles of Musical Perfomance: The Creative Director. Florida.
Meredith Music Publication
Wise, P. C. (1996). So You’re The New Band Director: Now What? Oskaloosa, Iowa,
USA: C.L Barnhouse Company
http://id.wikipedia.org/wiki/Instrumen_musik_perkusi
http://syaharimanhamid.blogspot.com/2009/09/matlamat-bermain-alat-perkusi_28.html
http://tabuhemas.com/APM3Unit7.pdf