tugasan individu
DESCRIPTION
Dasar pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. Jelaskan lima (5) aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah mencapat matlamat di atasTRANSCRIPT
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
NO SOALAN: 74
TAJUK SOALAN:
Dasar pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di negara
ini. Jelaskan lima (5) aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah mencapat
matlamat di atas.
JAWAPAN:
1.0 PENDAHULUAN
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan sebagai kesinambungan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu pada 17 Jun 1991.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal
berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu
lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan
Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi
keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Oleh itu, bagi mencapai
matlamat DPN, Rancangan Malaysia Keenam ( Tahun 1991- Tahun 1995) dan
Rancangan Malaysia Ketujuh (Tahun 1996 – Tahun 2000) dirangka untuk tempoh
perlaksanaan DPN ini.
1
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) meletakkan beberapa strategi untuk
mencapai misi dan visi yang ditetapkan. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) ialah untuk membasmikan kemiskinan di kalangan penduduk pelbagai kaum
dan mewujudkan negara Malaysia yang maju,aman dan makmur mengikut acuan
sendiri sebagaimana yang digariskan dalam Wawasan 2020.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) mengambil kira beberapa faktor yang
perlu dipertimbangkan. Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan
mengambil kira keperluan bagi mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan.
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan
perpaduan negara. Strategi–strategi asas DEB masih dikekalkan tetapi DPN
merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
a) Pertama, dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan
termiskin, penekanan akan diberikan kepada pendidikan dan latihan sebelum
bantuan diberi.
b) Kedua, kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih berdaya saing perlu
diambil kiradalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi
cabaran baru.
c) Ketiga, penyertaan semua kaum hendaklah diambil kira dalam mencapai taraf
negara maju menjelang 2020. Ini bermakna DPN akan digubal dalam
melaksanakan strategi Serampang Dua Mata.
2
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
Dalam aspek pembasmian kemiskinan, strategi yang dijalankan oleh DPN
adalah memberi penekanan kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan
menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping
mengurangkan kemiskinan relatif. DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah
dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa
pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan
mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Dimensi baru DPN dalam aspek pembasmian kemiskinan adalah memberi
penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan
menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di
samping mengurangkan kemiskinan relatif. Kerajaan berusaha untuk memastikan
matlamat DPN tercapai sepertimana kejayaan DEB dengan bergiat menjalankan
pelbagai aktiviti bagi membasmi kadar kemiskinan di Malaysia terutamanya.
3
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
2.0 AKTIVITI–AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK
MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN.
Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan untuk menjalankan aktiviti bagi
membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat di negara ini. Peruntukan bagi aktiviti-
aktiviti yang dijalankan dalam tempoh Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
terkandung di dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) dan Rancangan
Malaysia Ketujuh (RMK-7).
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan
kadar kemiskinan di negara ini sepanjang tempoh DPN adalah seperti:
i. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,antara
kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
ii. Memodenkan kehidupan di luar Bandar
iii. Mewujudkan kumpulan perusahan dan perdagangan bumiputra .
iv. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
mengganggur.
v. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
vi. Memindahkan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan atau lebih produktif.
vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum
Malaysia.
viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan,
kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi
4
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
2.1 Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
mengganggur.
Kadar pertumbuhan pekerjaan yang lebih perlahan menyebabkan kadar
pengangguran meningkat daripada 5.8 peratus dalam tahun 1984 kepada kadar
paling tinggi iaitu 8.3 peratus dalam tahun 1986. Bilangan pekerja yang diberhentikan
semasa kemelesetan ekonomi adalah tinggi. Walaubagaimanapun, definasi
penganggur turut mengambil kira mereka yang tidak mencari pekerjaan secara aktif.
Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk
semua golongan rakyat yang menganggur. Kira-kira 1.2 juta pekerjaan baru telah
diwujudkan sepanjang tempoh RMK-6 dan RMK-7 iaitu pertambahan sebanyak
kira¬kira 26 peratus dari yang dicapai dalam tempoh Rancangan sebelumnya.
Peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah kebanyakkannya dalam sektor
pembuatan dan pembinaan bagi menampung keperluan ekonomi negara.
Sektor pembuatan yang mencatatkan pertumbuhan output yang tinggi telah
menyumbangkan kira-kira satu per empat daripada jumlah gunatenaga dan
mewujudkan hampir 60 peratus peluang pekerjaan baru. Sektor perkhidmatan pula
menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah gunatenaga dan merupakan 47
peratus daripada jumlah pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh 1991 hingga
1995. Penyumbang utama kepada gunatenaga sektor ini adalah sektor-sektor kecil
perkhidmatan lain; perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran; dan kewangan
yang mewujudkan 443,500 pekerjaan.
Gunatenaga dalam sektor pembinaan telah berkembang pada kadar purata
9.2 peratus setahun dan merupakan 19 peratus daripada jumlah pekerjaan yang
diwujudkan. Pekerjaan dalam kategori perkhidmatan berkembang pada kadar 4.8
5
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
peratus setahun iaitu 16.6 peratus atau 203,900 pekerjaan yang diwujudkan dalam
tempoh 1991 hingga 1995. Kira-kira 40 peratus pekerjaan yang ditawarkan dalam
industri pelancongan adalah seperti sektor kecil penginapan, agensi pelancongan,
penerbangan dan organisasi bukan pengembaraan. Perkembangan industri
perhotelan yang pesat telah meningkatkan permintaan ke atas pekerja yang
berkaitan dengan industri pelancongan. Bilangan pekerjaan yang paling banyak
diwujudkan ialah dalam kategori pengeluaran berjumlah 702,800 pekerjaan baru
atau 57.2 peratus daripada jumlah pewujudan bersih pekerjaan dalam tempoh
tersebut. Permintaan untuk pekerja pengeluaran yang mahir dan tidak mahir telah
berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun terutamanya dalam sektor pembuatan.
Kebanyakan golongan yang menganggur adalah di kalangan belia yang
mempunyai pendidikan yang rendah. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan pusat
latihan belia serta penyediaan latihan sambil kerja untuk belia yang menganggur.
Projek-projek belia niaga dan belia peladang akan diteruskan bagi meningkatkan
peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan para belia. Di antara bidang-
bidang yang akan diberi penekanan termasuklah pertanian moden, perkilangan dan
perdagangan yang bertujuan untuk mewujudkan semangat keusahawanan di
kalangan belia.
6
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
2.2 Menambah daya pengeluaran dan pendapatan dalam kalangan rakyat di
negara ini.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), program pengurangan
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat sedia ada akan diperluas dan
diperkukuhkan untuk menambah keberkesanannya bagi mencapai matlamat dan
sasaran pengagihan, termasuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan kumpulan
sasar serta memperbaiki corak agihan pendapatan. Khususnya, program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan program-program membantu kumpulan
miskin yang lain akan memberi tekanan yang lebih kepada projek-projek yang dapat
menambah pendapatan dan memberi tumpuan kepada kawasan, kumpulan dan
negeri yang mempunyai kadar kemiskinan atau golongan termiskin yang tinggi.
Program pembasmian kemiskinan akan mengutamakan projek yang dapat
menambah pendapatan. Projek yang boleh menambah pendapatan adalah seperti
tanaman kontan, pemeliharaan ternakan, akuakultur, perniagaan secara kecil-kecilan
serta industri kampung. Untuk melaksanakan projek di bawah PPRT, peruntukan
sebanyak RM522 juta akan disediakan di bawah RMT dengan jumlah yang terbesar
diperuntukkan bagi projek penambahan pendapatan. Kerajaan memainkan peranan
penting dalam usaha ini dengan mengutamakan projek-projek yang dapat
menambah pendapatan, menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih
baik serta melaksanakan program yang dapat menerap nilai positif di kalangan
golongan miskin. Usaha mengurangkan kemiskinan di kalangan golongan termiskin
dalam tempoh Rancangan diterajui oleh PPRT yang diperkembang dan dilaksanakan
secara lebih tersusun bagi meningkatkan keberkesanannya. PPRT yang
diperkenalkan pada tahun 1989 khusus untuk menangani masalah isirumah termiskin
7
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
telah dirangka bagi memenuhi pelbagai keperluan kumpulan-kumpulan kecil yang
berbeza di kalangan golongan termiskin. Ianya meliputi projek untuk meningkatkan
pendapatan dan menerap nilai-nilai positif seperti berdikari dan bekerja keras,
disamping menyediakan bantuan kebajikan secara langsung. Kira-kira 16,740
isirumah termiskin menerima manfaat daripada projek-projek meningkatkan
pendapatan, sebanyak 39,060 turut serta dalam program perubahan sikap dan
37,200 menerima bantuan kebajikan secara langsung dengan sebilangan isirumah
menerima lebih daripada satu jenis bantuan.
Kerajaan telah melancarkan skim pinjaman Amanah Saham Bumiputera
(ASB)-PPRT pada tahun 1992 yang membolehkan setiap isirumah termiskin
menyertai Skim ASB melalui penerimaan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000.
Ini bertujuan meningkatkan pendapatan golongan isirumah termiskin. Sehingga akhir
tahun 1995, sejumlah RM75.7 juta dalam bentuk dividen dan bonus telah dibayar
kepada isirumah termiskin yang terlibat dalam Skim ini. Bagi memaksimumkan
manfaat skim ASB-PPRT, jadual pembayaran balik akan dikaji semula dengan
tujuan memberi kelonggaran tempoh memulakan pembayaran balik pinjaman ASB.
Ini akan membolehkan golongan termiskin memperolehi jumlah dividen dan bonus
sepenuhnya dalam tempoh tersebut yang seterusnya dapat menyumbang kepada
peningkatan pendapatan isirumah.
Di samping PPRT, pelaksanaan berbagai program oleh NGO, khususnya
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) peringkat
negeri dengan sokongan daripada syarikat swasta, turut membantu usaha Kerajaan
mengurangkan jumlah golongan termiskin. Dalam tempoh Rancangan, AIM telah
mengeluarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM77.1 juta kepada kira-kira 36,200
8
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
isirumah miskin dan termiskin bagi membolehkan mereka menceburi bidang
ternakan ayam, itik, lembu dan kambing serta perniagaan secara kecil-kecilan seperti
menjual barangan runcit dan menyelenggara serta membaiki kenderaan.
Kebanyakan perniagaan mereka telah memperolehi kejayaan sebagaimana yang
dapat dilihat dalam peningkatan pendapatan isirumah peserta dan kadar
pembayaran balik pinjaman hampir 100 peratus. Program-program YBK memberi
tumpuan kepada latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan, bantuan pendidikan
dan perumahan yang lebih selesa. Sektor swasta memberi sokongan kepada
program-program NGO melalui bantuan kewangan dan latihan kemahiran.
Tambahan lagi, dalam tempoh Rancangan, sejumlah RM589.5 juta
dibelanjakan bagi 10 program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
Program tersebut memberi tumpuan kepada projek ekonomi dan sosial yang
melibatkan golongan miskin tegar. Di samping itu, badan bukan kerajaan (NGO)
terutamanya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan pelbagai Yayasan Basmi
Kemiskinan di peringkat negeri telah menyediakan bantuan kewangan dan bukan
kewangan untuk membantu isi rumah miskin tegar meningkatkan pendapatan
mereka melalui aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Di samping itu, NGO lain dan
sektor swasta akan digalakkan untuk memulakan program dan projek yang
menyediakan peluang kepada kumpulan sasar untuk meningkatkan pendapatan
mereka.
Pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada
petani-petani kecil membantu dalam meningkatkan pendapatan mereka. Pemberian
subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan
tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran
9
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
mereka. Latihan semula merupakan langkah kerajaan untuk menempatkan para
lepasan SPM dan graduan untuk ditempatkan di sektor yang lebih produktif.
Penubuhan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sabah Skill Training Centre(SSTC)
dan lain-lain badan latihan membolehkan orang yang bekerja di sektor yang rendah
daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan atau lebih produktif.
2.3 Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara
kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
Ketidaksamaan pendapatan di kalangan kumpulan etnik dan antara kawasan
bandar dengan luar bandar masih besar dan telah meningkat sejak kebelakangan ini.
Salah satu strategi atau aktiviti dalam Dasar Pembangunan Nasional ialah
mengurangkan jurang pendapatan antara semua lapisan rakyat. Usaha-usaha yang
lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan
pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan
Sarawak dengan negeri-negeri lain.
Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga
akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan
menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan
kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan
penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan
bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan
10
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada
golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.
PPRT dan program pembasmian kemiskinan yang lain akan ditujukan kepada
pembasmian kemiskinan di kawasan dan di kalangan kumpulan yang mempunyai
kadar kemiskinan yang tinggi. Keutamaan akan diberi kepada negeri-negeri dan
daerah-daerah termiskin, masyarakat Orang Asli serta golongan miskin di bandar.
Usaha pembasmian kemiskinan yang ditujukan ke daerah-daerah termiskin dan
masyarakat Orang Asli akan dipergiat melalui kaedah bersepadu, meliputi berbagai
sektor dengan pendekatan berasaskan kampung yang melibatkan semua kategori
projek PPRT.
Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha ini, peruntukan bagi membaikpulih
dan membina semula rumah bagi golongan termiskin khususnya di luar bandar akan
ditambah daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi sebuah rumah. Bagi golongan
miskin di bandar, keutamaan akan diberi kepada projek penambahan pendapatan
serta penyediaan kemudahan asas yang mencukupi termasuk perumahan kos
rendah.
Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang
daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis
Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung
Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di
Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah
tergolong sebagai keluarga termiskin (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia). Di
Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan dan Terengganu mencatat kadar
kemiskinan yang paling tinggi. Ketidaksamaan antara negeri dan antara wilayah
11
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
berterusan dan kekal lebar. Strategi-strategi pembangunan wilayah akan
dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang ketara dalam
pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri supaya dengan itu dapat diperbaiki
agihan pendapatan.
Salah satu daripada matlamat penting pembangunan wilayah adalah untuk
meningkatkan integrasi ekonomi negeri-negeri Sabah dan Sarawak bagi memupuk
perpaduan negara, di samping menggalakkan pembangunan ekonomi yang saling
melengkapi di antara negeri-negeri tersebut dengan negeri-negeri di Semenanjung..
Oleh kerana ketidakseimbangan pembangunan wilayah dan jurang pendapatan
antara kaum adalah saling berkait, usaha¬usaha memperbaiki ketidakseimbangan
pembangunan wilayah akan memudahkan pencapaian kesamaan pendapatan
antara kaum di negara ini. Dengan itu, walaupun keseimbangan dalam
pembangunan wilayah mungkin tidak dapat dicapai atau tidak optimum kerana
terdapatnya perbezaan potensi pembangunan antara wilayah, Kerajaan akan terus
membangunkan negeri¬negeri yang kurang maju untuk meningkatkan pendapatan
dan taraf hidup penduduk mereka. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita
negeri-negeri ini, terutamanya Kedah, Perlis dan Kelantan adalah di bawah paras
purata negara. Walaupun usaha-usaha yang lebih gigih untuk mengurangkan
ketidakseimbangan akan melibatkan kos yang tinggi, Kerajaan akan terus berusaha
ke arah mempercepatkan lagi proses mengurangkan ketidakseimbangan wilayah
yang masih ketara di negara ini.
Selaras dengan ini, program-program untuk mempelbagaikan asas ekonomi
negeri-negeri yang berkenaan akan terus di perluaskan. Memandangkan
pertumbuhan yang pesat adalah lebih mudah dicapai melalui perkembangan sektor-
12
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
sektor pembuatan dan perkhidmatan, tumpuan yang lebih akan diberi untuk
meningkatkan aktiviti-aktiviti yang mempunyai nilai ditambah serta memperkukuhkan
rantaian dan aktiviti hiliran di sektor pertanian dan perindustrian di negeri-negeri
tersebut. Peningkatan dalam aktiviti pertanian akan diperolehi melalui penyatuan
tanah bagi membolehkan pengurusan yang lebih cekap dan penanaman tanaman
kontan yang bernilai tinggi. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (P&P)
berhubung dengan tanaman komersial akan dipertingkatkan. Penyebaran industri
secara terpilih akan juga digalakkan dengan mendorong sektor swasta untuk
menempatkan semula kilang-kilang tambahan di negeri-negeri yang kurang maju.
Oleh kerana semakin sukar untuk mendapatkan tenaga buruh, adalah perlu bagi
industri¬industri ditempatkan lebih hampir kepada punca-punca tenaga kerja di
kawasan-kawasan luar bandar.
Dalam melaksanakan konsep pengkhususan industri mengikut kawasan,
Kerajaan akan menggalakkan proses taburan industri dengan menyediakan
kawasan-kawasan perindustrian yang dilengkapkan dengan kemudahan fisikal dan
kemudahan¬kemudahan lain dengan secukupnya seperti pendidikan, kesihatan dan
perumahan di kawasan tertentu di negeri-negeri kurang maju untuk menjadikan
kawasan luar bandar lebih menarik kepada pelabur-pelabur swasta. Pelaburan
dalam bidang kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sosial akan dirancang bagi
memajukan kawasan-kawasan tersebut untuk menjadikan pusat pertumbuhan baru
yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan wilayah.
Pendapatan isirumah semua kumpulan etnik meningkat dalam tempoh
Rancangan. Ini disebabkan pewujudan banyak peluang pekerjaan yang
membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan etnik mendapat
13
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
pekerjaan. Pendapatan purata isirumah Bumiputera meningkat pada kadar 9.3
peratus setahun daripada RM940 sebulan pada tahun 1990 kepada RM1,600 pada
tahun 1995, manakala pendapatan bulanan purata isirumah kumpulan etnik Cina
pula meningkat daripada RM1,631 kepada RM2,895 dalam tempoh yang sama.
Pertumbuhan pendapatan isirumah Bumiputera yang lebih perlahan berbanding
dengan 10 peratus pertumbuhan yang dicatatkan oleh isirumah kumpulan etnik Cina
telah menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan antara isirumah Bumiputera dan
kumpulan etnik Cina meningkat sebagaimana ditunjukkan oleh kenaikan nisbah
ketidaksamaan pendapatan antara Bumiputera dan kumpulan etnik Cina daripada
1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.81 pada tahun 1995. Berkaitan dengan
ketidakseimbangan pendapatan antara Bumiputera dan kumpulan etnik India,
disebabkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 10.1 peratus setahun
yang dicatatkan oleh kumpulan etnik India, nisbah ketidaksamaan pendapatan telah
meningkat daripada 1:1.29 kepada 1:1.35 dalam tempoh yang sama.
Bagi merapatkan jurang kadar pendapatan antara kaum ini, kerajaan telah
menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam
sektor yang berpendapatan lebih tinggi. Antara program yang diperkenalkan adalah
Mewujudkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera yang berdaya saing
dan berdaya tahan dalam sektor ekonomi yang strategik. Bagi tujuan ini, program
tersebut telah menetapkan syarat yang ketat bagi menyertai program pembangunan
(Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera) MPPB dan memberi
penekanan kepada kualiti usahawan Bumiputera yang akan dipupuk dan tidak hanya
menambah bilangan mereka semata-mata. Bagi meningkatkan lagi
keberkesanannya, setiap program telah dipakej dengan menggabungkan pelbagai
jenis kemudahan seperti latihan formal, pengalaman praktikal, saluran pemasaran,
14
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
penyediaan ruang niaga, nasihat teknikal dan bantuan kewangan. Pada masa yang
sama, Kerajaan dan sektor swasta terus menyediakan bantuan tidak berpakej
kepada masyarakat peniaga Bumiputera. Usaha untuk mewujudkan MPPB juga telah
diperkukuhkan melalui pelaksanaan resolusi-resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera
Ketiga yang telah diadakan pada tahun 1992. Ini termasuk penubuhan Skim
Usahasama Bumiputera oleh sebuah konsortium bank perdagangan untuk
membiayai penubuhan usahasama tulen antara usahawan Bumiputera dengan
bukan Bumiputera.
2.4 Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Koperasi mempunyai jasa yang cukup besar dalam membantu meningkatkan
ekonomi masyarakat Malaysia sekali gus perlahan-lahan dapat mengurangkan
kemiskinan masyarakat di luar bandar. Pengenalan koperasi dalam sektor pertanian
sedikit sebanyak telah membangunkan sektor ini dan wilayah serta meningkatkan
taraf hidup golongan pekebun kecil, nelayan, dan penanam padi di kawasan luar
bandar. Koperasi berganding bahu dengan Kerajaan dalam memodenkan kehidupan
di luar bandar. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), kerajaan
memperuntukkan RM16.5 juta untuk memberi kemudahan kredit jangka pendek bagi
keperluan bermusim petani dan untuk pembelian secara berkumpulan bekalan baja
kimia; kredit jangka sederhana untuk menebus harta tergadai, pembelian tanah baru;
penjenteraan operasi perikanan memperluaskan kemudahan-kemudahan kawasan
baru untuk pemprosesan dan pemasaran ikan; meluaskan rancangan pemprosesan
dan pemasaran padi dan mendirikan kilang-kilang padi yang besar dan moden di
kawasan sesuai; dan memperbaiki dan memperluaskan rancangan-rancangan untuk
15
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
memproses getah, kelapa kering, kopi dan nenas. Ini merupakan satu contoh projek
dari banyak projek dalam setiap tempoh rancangan pembangunan yang dijalankan
oleh kerajaan menggunakan koperasi sebagai satu jentera untuk membangunkan
kawasan luar bandar melalui sektor pertanian.
Pembangunan luar bandar akan dipergiat melalui pemodenan dan
pengkomersilan aktiviti pertanian serta pelbagaian ekonomi luar bandar bagi
mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan antara kawasan luar bandar dengan
bandar dan antara negeri yang kurang membangun dengan yang lebih membangun.
Pemodenan dan pewujudan aktiviti ekonomi baru di kawasan luar bandar
terutamanya melalui program ‘Satu Daerah Satu Industri’ dan pembangunan estet
perindustrian luar bandar akan menyediakan lebih banyak peluang kepada isi rumah
luar bandar mendapat pekerjaan dalam sektor berproduktiviti tinggi.
Di kawasan luar bandar, golongan miskin mendapat manfaat daripada
pelaksanaan berbagai projek Kerajaan seperti Projek Pembangunan Pertanian
Bersepadu (IADP), penyediaan infrastruktur pertanian, skim tanam semula,
penyatuan dan pemulihan tanah serta khidmat sokongan. Program-program ini,
antara lain, telah memperluaskan lagi penggunaan jentera dan amalan agronomik
yang menghasilkan peningkatan dalam produktiviti pekerja pertanian kira-kira 6.1
peratus setahun dalam tempoh Rancangan. Produktiviti yang tinggi dan harga yang
lebih baik bagi kebanyakan komoditi pertanian dalam tempoh Rancangan telah
meningkatkan pendapatan isirumah luar bandar. Di samping itu, peningkatan
pendapatan daripada aktiviti luar ladang dan bukan ladang berpunca daripada
pertambahan peluang pekerjaan telah membantu mengurangkan tahap kemiskinan.
16
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
2.5 Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan,
kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan
juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-
aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan. Peranan sektor awam
dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program seperti
pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan,
perumahan, bekalan air dan elektrik. Pelaburan sektor awam dalam infrastruktur,
pendidikan dan kesihatan akan ditambah untuk menyokong proses pembangunan
perindustrian dan memperbaiki kualiti kemudahan awam seperti kemudahan-
kemudahan pengangkutan, perhubungan dan latihan terutama di kawasan-kawasan
industri yang cepat berkembang di samping memenuhi permintaan yang meningkat
bagi kemudahan awam yang lebih berkualiti.
Pihak kerajaan telah menubuhkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan
Wilayah (KKLW). Penubuhan KKLW ini adalah dipertanggungjawabkan dalam
menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar
bandar. Penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur lebih tertumpu mengikut
daerah-daerah yang masih ketinggalan seperti di Daerah Hulu Perak, Perak tengah,
Kerian, Hilir Perak dan Pengkalan Hulu. Perkara paling penting dalam Pembangunan
Masyarakat Luar Bandar adalah tertumpu kepada Pembinaan Jalan Luar Bandar,
Program Jalan Kampung dan program-program bercorak ekonomi komersial.
Tumpuan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi taraf hidup dan kualiti penduduk
serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Usaha-usaha akan terus dipergiatkan untuk meningkat, memperbaiki, melengkap
17
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
dan menaiktaraf semua prasarana awam, meliputi jalan raya, sistem bekalan air,
elektrik dan jaringan telekomunikasi. Pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan
negeri terus diberi perhatian, baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat
Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, bekalan air bersih di kawasan luar bandar turut diperbaiki dan
diselenggara untuk menjamin keselesaan penduduk. Program ini merupakan
program sambungan bagi menyediakan kemudahan air di kawasan luar bandar
terhadap penduduk yang masih belum menikmati kemudahan ini di samping
menggantikan sistem paip yang sudah uzur. Bekalan air secara alternatif juga turut
disediakan bagi kawasan-kawasan yang sukar dan berjauhan daripada paip utama.
Hasilnya, 92 peratus daripada isirumah miskin di bandar dan 65 peratus di luar
bandar mendapat bekalan air minum yang selamat.
Manakala bagi projek pembangunan Bekalan Elektrik Luar Bandar turut
menjadi salah satu usaha untuk memajukan luar bandar. Program ini tetap
diteruskan demi kesejahteraan rakyat di kawasan pendalaman termasuk masyarakat
orang asli. Program ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan tetapi
ianya menggunakan peruntukan daripada Tabung Amanah (Penjana Bebas
Semenanjung Malaysia). Dalam arus pemodenan kini juga kita perlu menitikberatkan
kesejahteraan rakyat, apa ertinya pembangunan sekiranya kebajikan rakyat
dipertikaikan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan program kesejahteraan rakyat
iaitu salah satunya ialah program PPRT yang mempunyai sub-projek yang pelbagai.
Walaubagaimanapun, diharapkan program ini dapat mengurangkan kadar
kemiskinan dengan lebih berkesan melalui kaedah perancangan yang lebih teratur
dan terkini. Hasil daripada pelaksanaan program-program ini, kira-kira 88 peratus
18
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
daripada isirumah miskin di bandar dan 72 peratus di luar bandar telah menerima
bekalan elektrik pada akhir tempoh Rancangan.
Dari segi penyediaan kemudahan kesihatan, kira¬kira 88 peratus daripada
golongan miskin di bandar dan 77 peratus di kawasan luar bandar berada dalam
lingkungan sembilan kilometer dari klinik Kerajaan atau swasta. Kawasan luar
bandar juga mendapat khidmat pasukan pergigian dan perubatan bergerak, pasukan
kesihatan kampung dan perkhidmatan doktor melalui udara ke kawasan pedalaman
dan terpencil.
Beberapa kemajuan juga telah dicapai dalam penyediaan kemudahan
pendidikan bagi isirumah miskin. Sehingga tahun 1995, kira-kira 94 peratus daripada
isirumah miskin di luar bandar dan hampir keseluruhan golongan miskin di bandar
berada dalam lingkungan sembilan kilometer dari sekolah rendah, sementara kira-
kira 60 peratus di kawasan luar bandar dan 96 peratus di kawasan bandar berada
dalam lingkungan sembilan kilometer dari sekolah menengah. Di samping itu,
beberapa bantuan lain yang berkaitan dengan pendidikan, seperti biasiswa dan
pemberian buku teks, makanan dan tempat tinggal serta pakaian sekolah juga
dibekalkan kepada pelajar miskin secara percuma.
19
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
3.0 RUMUSAN
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam
tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula
dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Seperti DEB, DPN akan
meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja
di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara
wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan
sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.
Program pembasmian kemiskinan secara tersusun dan komprehensif bermula
dalam fasa Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1971-1990) dan seterusnya diteruskan
dengan lebih berfokus dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN, 1991-2000) dan
Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Secara konvensional, pendekatan dan strategi
pembasmian kemiskinan dalam fasa DEB, DPN dan DWN terangkum dalam
pembangunan pertanian, industri, infrastruktur dan pembangunan sosial. Dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9, 2006 - 2010) kerajaan mensasarkan
pembasmian kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada
2.8 peratus pada akhir tahun 2010. Dalam tempoh dua tahun dilaksanakan (2006-
2007) kadar kemiskinan keseluruhan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2007.
Usaha-usaha pelbagai projek ekonomi perlu dirancang (secara langsung atau
tidak langsung) untuk mengeluarkan golongan rakyat miskin daripada terus
dibelenggu kemiskinan. Usaha sebegini mesti dilakukan segera agar rakyat benar-
benar menikmati kemanisan kemerdekaan yang dikecapi selama 50 tahun ini.
20
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSMKumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)
RUJUKAN
Md. Zhahir Kechot dan Mansor Jusoh, 2000. Ekonomi Malaysia-Menghadapi dan Menangani Cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri, 1991. Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.
Jabatan Perdana Menteri, 1996. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.
Jabatan Perdana Menteri, 2000. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.
Dasar Pembangunan Nasional. Diperoleh September 21, 2012 daripada http://www.pmo.gov.my/webnotes
Diperoleh September 21, 2012 daripada http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/sejarah.html
Diperoleh September 23, 2012 daripada http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/terasperkhidmatan.html
Pembangunan Luar bandar. Diperoleh September 23, 2012 daripada http://pembangunan162.blogspot.com/2008/09/pembangunan-luar-bandar mjt2053.html
Mencapai Pertumbuhan dengan Pengagihan. Diperoleh September 24, 2012 daripada http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/385/BAB-16-MENCAPAI-PERTUMBUHAN-DENGAN-PENGAGIHAN
21