tugasan pantun
DESCRIPTION
PANTUNTRANSCRIPT
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
1
1.0 PENDAHULUAN
Pantun merupakan seni sastera tulen kepunyaan orang Melayu.Inilah warisan tradisi
Melayu yang secara tidak langsung mempamerkan budaya bangsanya.Pantun juga
melambangkan jati diri orang Melayu.Pantun adalah pengucapan lisan oleh
masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi.
Wan Abdul Kadir Wan Yusuf(1996) menyatakan bahawa pantun lahir dan
berkembang di dalam masyarakat Melayu yang buta huruf dan sebagai warisan
tradisi lisan, penciptaan pantun dilakukan dengan rapi sehingga dapat menghasilkan
susunan kata-kata yang indah dan menarik.Ianya diminati oleh semua lapisan
masyarakat.Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir keseluruhan aspek
kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun.Pantun diperdengarkan di
majlis-majlis rasmi rakyat biasa mahupun di sitana atau sekadar usikan dan gurauan
kawan-kawan serta tetangga.
Terdapat pantun-pantun yang memperlihatkan aspek pendidikan kepada
seorang kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa sendiri.Pantun sesuai diucapkan
oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
2
Menerusi pantun secara tidak langsung terpancar kehalusan budi, falsafah,
dan pandangan hidup masyarakatnya. Menurut Khadijah Hashim (2005), bait-bait
pantun bukan sekadar himpunan kata-kata indah, tetapi paparan emosi dan akal budi
insan. Pantun dilafazkan secara berbalas-balas atau soaljawab yang mengandungi
nilai estetika yang tinggi dan pemikiran yang mendalam tentang sesuatu
perkara.Isinya padat dengan nasihat, peribahasa, motivasi, gurauan, luahan hati dan
seumpamanya.Dalam gelak tawa pantun diucapkan, rupa-rupanya ada sindiran tajam
menusuk hati atau gurau senda yang mencetuskan gelak tawa.
Durian segantang dibuat lempuk,
Buah duku masak segugus,
Liatnya hutang rebus tak empuk,
Tahannya malu goreng tak hangus!
( Khadijah Hashim, 2005)
Pantun juga digunakan oleh peniaga dan pengiklan sebagai satu cara untuk
melariskan jualan, contohnya,
Kek lapis dan kuih bahulu,
Menjadi juadah di hari raya,
Kalau puan-puan ingin tahu,
Semua perkakasan ada di IKEA.
( Utusan Malaysia, 2006)
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
3
1.1 Objektif
Objektif penulisan tugasan ini ialah,
i. Mendefinisikan pantun berdasarkan bahan bacaan dan tokoh-tokoh
bahasa.
ii. Menyediakan sebuah rancangan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6
dengan aktiviti berbalas pantun sebagai focus utama.
iii. Menghuraikan kekuatan dan kelemahan aktiviti berbalas pantun di
dalam sebuah Pengajaran dan Pembelajaran.
1.2 Sejarah Pantun
Pantun adalah genre kesusasteraaan tradisional Melayu yang berkembang di
seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau (Anwar Ridhwan,
2004). Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang
kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi.Pantun
bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan
lebih jelas.Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat
Nusantara dan Malaysia.
Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek.
Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri
Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan. Ini berlaku kerana pengaruh imigran
dari Indonesia dan Malaysia.Pantun di Indonesia dan Malaysia telah ditulis sekitar
empat abad yang lalu. Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti
tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu.
Za‟badalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, “Perkataan
pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama.”Ada
pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau aiti
panuntun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera kisan
dalam pengucapan pepatah dan petitik yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari ini pantun sering digunakan dalam ucapan peminangan dan
perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majli-majlis
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
4
rasmi.Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun
tidak berkait.
2.0 DEFINISI PANTUN DAN CIRI-CIRINYA
Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam
bahasa-bahasa Nusantara.Dalam bahasa Jawa, misalnya dikenal sebagai parikan dan
dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan.Lazimnya pantun terdiri atas empat
larik iaitu empat baris bila dituliskan, bersajak akhir dengan pola a-b-a-b.pantun
tidak boleh ditulis dalam pola a-a-a-a, atau a-b-b-a mahupun a-a-b-b. Pantun pada
mulanya merupakan sastera lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.
Menurut Kamus Dewan (1986), pantun ialah sejenis puisi lamaa yang terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan
maksud. Menurut Kamus Sastera Melayu Terkini (200) pula, srtiap rangkap terdiri
atas sampiran dan maksud.Rima akhirnya a-b-a-b.Ada pantun 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14
dan 18 (kerat) baris serangkap serta pantun berkait.Namun, pantun empat keratlah
yang paling popular.
Menurut Dr R Brandsetter, seorang ahli dalam perbandingan bahasa berkata
bahawa pantun berasal dari kata akar nun yang terdapat dalam pelbagai bahasa
Nusantara. Dalam bahasa Pampanga, tuntun bermaksud teratur; dalam bahasa
tagalog tonton bererti bercakap mengikut aturan tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno,
tonotn bererti benang dan atuntun yang bererti teratur dan matuntun yang bererti
memimpin; dalam bahasa Toba pantun bermaksud kesopanan dan kehormatan.
Dalam Bahasa Melayu, pantun bermaksud quatrain, itu sajak berbaris empat, dengan
rima a-b-a-b. Sedangkan dalam bahasa Sunda, pantun bermaksud cerita panjang
yang bersajak dan diiringi muzik.
Menurut Harun Mat Piah (1997), Sejarah dan perkembangan pantun Melayu
amat jelas membuktikan pantun adalah milik bangsa dan tamadun Melayu.
“Pemahaman terhadap pantun Melayu sewajarnya mengambil kira beberapa aspek
sastera dan budaya Melayu sendiri.”
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
5
Semua bentuk pantun terdiri atas dua bahagian: sampiran danisi. Sampiran
adalah dua baris pertama, kerapkali berkaitan dengan alam yang kebanyakannya
mencirikan budaya masyarakat setempat dan biasanya tidak punya hubungan maksud
dengan bahagaian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan
rima/sajak.Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun
tersebut.
2.1 Ciri-Ciri Pantun
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Mengandungi empat kerat atau empat baris.
ii. Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada
tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan
pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
iii. Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata.
Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan
hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah
suku kata yang sama banyak.
iv. ada hubungan antara pembayang (dua baris di atas) dan maksud (dua
baris di bawah). Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama
setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk
memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada
baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada
baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
6
v. Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada
tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama
dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang
mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah
seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima
a,a,a,a .
Pantun di bawah mengandungi empat patah perkataan dan
sembilan suku kata setiap baris.Berikut ialah contoh pantun yang baik
:
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
vi. Ayat-ayatnya disusun dengan bahasa yang halus, penuh kiasan dan
sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
vii. Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap
rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang
hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Biasanya maksud
isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.
viii. sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang
dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang
menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan
menggunakannya.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
7
3.0 JENIS-JENIS PANTUN DAN FUNGSINYA
Pantun Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu jenis pantun dan
bentuk pantun.
Pantun adalah salah satu jenis puisi lama, memiliki kekhasan iaitu terdiri dari
4 larik/baris, dimana 2 baris pertama disebut sebagai pembayang maksud, sedangkan
2baris terakhir disebut sebagai maksud. Adapun pantun mempunyai sajak akhir
dengan pola a-b-a-b atau a-a-a-a.
PANTUN MELAYU
JENIS PANTUN
Pantun Adat
Pantun Agama
Pantun Budi
Pantun Jenaka
Pantun Kepahlawanan
Pantun Kias
Pantun Nasihat
Pantun Percintaan
Pantun Peribahasa
Pantun Teka-teki
BENTUK PANTUN
2 kerat
4 kerat
6 kerat
8 kerat
10 kerat
Pantun berkait
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
8
3.1 Jenis-Jenis Pantun
Pantun sendiri dikelompokkan menjadi bermacam-macam jenis. Berikut ini
adalah beberapa jenis pantun yang disertai dengan contohnya:
i. Pantun Adat
Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pusaka
ii. Pantun Agama
Daun terap di atas dulang,
Anak udang mati dituba;
Dalam kitab ada terlarang,
Yang haram jangan dicoba.
iii. Pantun Budi
Biarlah orang bertanam buluh,
Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh,
Mari kita menanam budi.
iv. Pantun Jenaka
Naik kebukit membeli lada,
Lada sebiji dibelah tujuh;
Apanya sakit berbini janda,
Anak tiri boleh disuruh.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
9
v. Pantun Kepahlawanan
Esa elang kedua belalang,
Takkan kayu berbatang jerami;
Esa hilang dua terbilang,
Takkan Melayu hilang dibumi.
vi. Pantun Kias
Ayam sabung jangan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya;
Asam digunung ikan dilaut,
Dalam belanga bertemu juga.
vii. Pantun Nasihat
Parang ditetak kebatang sena,
Belah buluh taruhlah temu;
Barang dikerja takkan sempurna,
Bila tak penuh menaruh ilmu.
viii. Pantun Percintaan
Anak kera di atas bukit,
Dipanah oleh Indera Sakti;
Dipandang muka senyum sedikit,
Karena sama menaruh hati.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
10
ix. Pantun Peribahasa
Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
x. Pantun Perpisahan
Batang selasih mainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
xi. Pantun teka-teki
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya;
Kalau tuan bijak laksana,
Biji diluar apa buahnya.
3.2 Bentuk Pantun
Bentuk-bentuk pantun pula ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam
kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat . Pantun yang lebih daripada empat
kerat disebut juga talibun.Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi
yang dinamakan pantun berkait .Contoh-contoh bentuk pantun adalah seperti
berikut.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
11
i. Pantun Dua Kerat
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
ii. Pantun Empat Kerat
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
iii. Pantun Enam Kerat
Anak memerang memakan sagu,
Di perdunya mula diterang,
Waktu hari kabur kelala;
Anak orang jangan diganggu,
Kalau suka masuk meminang,
Supaya namamu tidak tercela.
iv. Pantun Lapan Kerat
Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
12
v. Pantun Sepuluh Kerat
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya;
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya.
vi. Pantun Berkait
a. Bertemakan budi
Pulau Pandang jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Gunung Daik bercabang tiga,
Tampak jauh dari seberang,
Budi yang baik dikenang juga,
Khidmat bakti disanjung orang.
Tampak jauh dari seberang,
Tegak berdiri bagai raksasa,
Khidmat bakti disanjung orang,
Orang berbudi kita berbahasa.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
13
b. Bertemakan keagamaan
Di atas pokok burung bersarang,
Burung terbang di ruang angkasa,
Dalam kita ada terlarang,
Jangan sekali membuat dosa.
Burung terbang di ruang angkasa,
Jatuh ke laut lalu tenggelam,
Jangan sekali membuat dosa,
Wahai umat beragama Islam.
Jatuh ke laut lalu tenggelam,
Sayap patah badan terbelah,
Wahai umat beragama Islam,
Tetapkan iman kepada Allah.
3.3 Fungsi Pantun
Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat, dari dahulu hingga
sekarang.Dalam kalangan generasi muda sekarang, kemampuan berpantun adalah
sangat istimewa dan hebat.Pantun menunjukkan kecekapan seseorang dalam berfikir
dan bermain-main dengan kata.Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh
masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.
3.3.1 Untuk mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai
nasihat.Sebagai golongan yang „makan garam‟ terlebih dahulu pastinya
mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
14
perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu
perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada
golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai
alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun
Melayu lama ini;
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat
dahulu untuk tujuan mendidik.Pantun agama yang dicipta selalunya
memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar
tidak tersasar ke jalan yang salah.Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.
3.3.2 Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang
dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang
teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa.
Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah,
berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang,
cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada
pantun Melayu lama di bawah ini;
Ribu-ribu pokok mengkudu,
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
15
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.
Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan
pantunkepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan
kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.
3.3.3 Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang
budi dan jasa.Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta
untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang
yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga
sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat
Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada
segalanya.
3.3.4 Untuk adat istiadat
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
16
Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam
kehidupan sehari-hari.Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting
dalam upacara yang melibatkan adat istiadat.Dalam majlis merisik, bertunang
sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah
atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk
menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai
pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama
di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga
sekarang ini;
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.
3.3.5 Untuk sindiran dan tempelak
Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa
tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau
dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat
Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa
dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal
ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya
mencetuskan pergaduhan antara mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu
lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
3.3.6 Untuk menguji minda
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
17
Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran.Pantun-
pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak.Pantun
yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki.Antara contoh
pantunMelayu lama yang masih diingati ialah;
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?
3.3.7 Untuk hiburan
Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada
zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-
pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama
di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.
Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu
Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
18
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN KOMSAS
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
Matapelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh : 2 Oktober 2013
Masa : 8.30 – 9.30 pagi (60 minit)
Tahun : 6 Pintar
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Warisan Alam
Tajuk : Pertandingan Berbalas Pantun
Ilmu : Sains dan Kajian Tempatan
Nilai Murni : i . cintakan alam sekitar
ii . bersyukur
iii. bertanggungjawab
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat;
i. Murid dapat melafazkan pantun ciptaan sendiri dengan
penuh yakin.
ii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
19
pantun soalan yang sesuai dengan tema yang ditetapkan.
iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya satu rangkap
pantun jawapan mengikut tema yang ditetapkan.
Fokus Utama :
5.3 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
i. Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Fokus Sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1
i. Menulis pelbagai jenis ayat
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan emosi
KMD : membuat ramalan
BCB : konstruktivisme
Tatabahasa : ayat tunggal, ayat majmuk, ayat penyata
BBM : Teks, Video,Lembaran Kerja
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
20
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.
Langkah-langkah Pengajaran
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
Guru mempertontonkan video
aktiviti seharian yang
menggunakan pantun
1.Perbualan harian
http://www.youtube.com/watch?v=cVudu0QT4sY
2.Lagu kanak-kanak
http://www.youtube.com/watch?v=TzMcqj-cSgA
3.Majlis pernikahan
http://www.youtube.com/watch?v=TSXUzPGmACo
Tayangan video
menggunakan computer dan
LCD. ( rujuk lampiran CD)
Langkah 1
(10 minit)
Pantun Empat Kerat
Ciri-ciri asas
- Mempunyai empat
baris/ kerat
- Jumlah perkataan dalam
Guru menerangkan tentang ciri-ciri pantun yang baik.
Murid memberi contoh pantun-pantun yang baik
berdasarkan ciri yang dinyatakan oleh guru.
Kaedah:
Soaljawab
Nilai:
Bekerjasama
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
21
sebaris antara 4 – 5
patah perkataan
- Jumlah suku kata
sebaris antara 8 – 12
suku kata
- Ada hubungan antara
pembayang dan maksud
- Bunyi rima akhir seuntai
pantun adalah sama (a-
b-a-b)
- Bahasa yang halus,
penuh kiasan dan
sindiran serta banyak
menggunakan unsur
alam
- Maksud isinya sarat
dengan pengajaran,
moral dan falsafah
hidup
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
22
- Sarat dengan ciri-ciri
tradisional
-penggunaan rangkap
-ada pembayang dan
maksud
Langkah 2
Ayat Penyata
- intonasi
Murid mencipta pantun empat kerat yang merupakan
ayat penyata.
KB:
Menjana idea
Langkah 3
(30 minit)
Acara Berbalas Pantun
Tema:
1. Pantun Budi
2. Pantun Nasihat (Alam
Sekitar)
3. Pantun Teka-Teki
Dua kumpulan yang terdiri daripada tiga orang
pemantun dari setiap kumpulan.
-pemantun pertama dari setiap kumpulan akan berjual-
beli pantun tentang budi.
-pemantun kedua akan berjual-beli pantun tentang
alam sekitar.
Pantun Nasihat,
Pantun Budi dan Pantun Teka-
teki yang bertemakan alam
sekitar. (rujuk lampiran 1)
Nilai:
Cintakan alam sekitar
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
23
-pemantun ketiga kan berjual-beli pantun teka-teki.
-para pemantun melafazkan pantun dengan intonasi
yang betul.
Langkah 4
(10 minit)
Penilaian
- mengadili pertandingan
Beberapa orang murid yang dipilih untuk mengadili
pertandingan memberikan keputusan berdasarkan
criteria yang telah ditetapkan.
BBM:
Borang markah
Nilai:
bersyukur
Penutup
(5 minit)
Kesimpulan isi pelajaran
- beri lembaran kerja
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-
murid mengikut kumpulan masing-masing.
Kumpulan A
-mencipta jawapan bagi pantun soalan di dalam Acara
Berbalas Pantun tadi.( rujuk lampiran 2)
Kumpulan B
BBM:
Lembaran kerja
Nilai:
Tanggungjawab
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
24
-melengkapkan pantun sama ada pembayang atau
maksud yang sesuai. ( rujuk lampiran 3)
Kumpulan C
-melengkapkan pantun dengan menulis satu baris sama
ada pembayang atau maksud.( rujuk lampiran 4)
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
25
5.0 ANALISA KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PANTUN
5.1 Kekuatan
Aktiviti berbalas pantun merupakan satu gabungan pelbagai aspek pengajaran
Bahasa Melayu. Maksudnya ialah, di dalam aktiviti berbalas pantun, murid akan
membina ayat dengan betul. Murid juga akan menggunakan penjodoh bilangan yang
tepat. Selain itu, murid juga akan berusaha untuk memikirkan seberapa banyak
perbendaharaan kata dan memilih yang terbaik untuk dijadikan bait-bait pantun yang
menarik. Pantun juga boleh dijadikan alat bantu mengajar bagi pelbagai tajuk yang
bertujuan untuk menguji kefahaman murid.
Setelah murid-murid mempelajari pantun dan memahaminya, maka aktiviti
berbalas pantun ini merupakan satu bentuk pengukuhan kepada pelajaran yang
dipelajari sebelumnya.
Peserta-peserta yang mengambil bahagian di dalam aktiviti berbalas pantun
ini perlu berani menyuarakan pantun ciptaan mereka kepada orang lain.
Kemampuan ini dapat memberikan keyakinan diri dan sikap percaya dengan
kebolehan diri sendiri dapat dipupuk.
Aktiviti berbalas pantun juga mampu mewujudkan hubungan interpersonal,
mahupun memperbaikinya di antara ahli kumpulan ataupun pihak lawan.
Aktiviti ini juga merupakan pembelajaran yang bersifat generative iaitu
Konstruktivisme, di mana mereka menggunakan pengalaman sedia ada dan
mewujudkan pengalaman baru melalui berbalas pantun tersebut.
Selain itu, murid-murid juga akan menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan
pantun dan mempersembahkan pantun mereka.
Semasa aktiviti berbalas pantun, pihak yang membeli pantun harus menerima
seadanya pantun yang dijual tanpa mempersoalkannya.Begitu juga sebaliknya
apabila pihak yang menjual pantun sepatutnya menerima jawapan pantun pihak
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
26
lawan. Dengan ini, murid dilatih untuk menghormati, menerima dan menghargai
pendapat orang lain.
5.2 Kelemahan
Walaubagaimanapun, aktiviti berbalas pantun yang dijalankan dalam sebuah
Pengajaran dan Pembelajaran masih mempunyai banyak kelemahannya.
Kelemahan paling ketara ialah dari segi pengurusan masa.Sesi Pengajaran
dan Pembelajaran selama 60 minit sememangnya tidak sesuai untuk menjalankan
aktiviti berbalas pantun secara spontan. Murid atau peserta akan menghabiskan
banyak masa untuk mencipta pantun yang perlu dijawab oleh mereka. Masa yang
diperuntukkan juga tidak dapat melengkapi pusingan yang sepatutnya dihabiskan
dalam satu sesi berbalas pantun.
Kedua, aktiviti ini tidak dapat melibatkan semua murid di dalam sebuah
kelas. Kebiasaannya hanya murid yang pandai sahaja yang akan terlibat, apalagi jika
aktiviti ini merupakan satu pertandingan.
Ketiga, aktiviti berbalas pantun juga kurang sesuai bagi murid kumpulan
sederhana dan lemah. Kadangkala, walaupun hanya sebagai penonton, mereka tetap
tidak mendapat sebarang input kerana gagal memahami maksud pantun-pantun yang
dilafazkan.
Keempat, berbalas pantun memerlukan peserta yang aktif dan berani
menonjolkan diri terutama di khalayak ramai.Oleh itu ianya tidak sesuai bagi murid
yang pasif dan pemalu.
Seterusnya, bagi pihak guru pula ianya memerlukan perancangan yang teliti
dari segi persiapan tempat, ketepatan masa dan kawalan murid supaya semuanya
berjalan lancar.Tempat yang sesuai perlu disediakan untuk mewujudkan suasana
aktivit berbalas pantun itu sendiri.Aktiviti juga tidak sesuai dijalankan di peringkat
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
27
kelas tetapi lebih sesuai di peringkat sekolah kerana dapat melibatkan ramai guru
untuk pengelolaannya.
6.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, aktiviti berbalas pantun yang dijalankan dalam waktu
Pengajaran dan Pembelajaran memerlukan banyak penambahbaikan untuk
memastikan ianya mencapai objektif yang dirancang. Kelemahan murid dalam
menjana ayat yang baik, tepat dan cepat juga merupakan faktor penting yang
menyebabkan objektif tidak dapat dicapai sepenuhnya. Murid-murid perlukan
bimbingan yang lebih banyak dan berterusan agar dapat memberikan persembahan
yang lebih baik. Kekurangan pengalaman dan pengetahuan am perlu diberi perhatian
melalui latih tubi dan bacaan luas bagi mempertingkatkan perbendaharaan kata
murid-murid.
7.0 PENUTUP
Pantun satu-satunya khazanah bahasa dan budaya Melayu yang indah yang tidak
dimiliki oleh bangsa selain bangsa dalam rumpun Melayu. Nilai tradisi Melayu ini
hendaknya janganlah diabaikan. Jagailah khazanah ini dengan cermat dan perasaan
sayang dan cinta. Pantun adalah alat komunikasi yang sangat istimewa kerana
bahasanya yang tepat dan mempunyai mesej untuk mendidik masyarakat.Setiap
rangkap pantun sudah diukur terlebih dahulu dan kemudian baru
digunakan.Keistimewaan bahasa dalam pantun menunjukkan kebijaksaan orang
Melayu dalam mendidik masyarakat supaya beradat dan beradab.
Pantun yang istimewa dari segi bahasanya yng indah dan kritis dijadikan
sumber rujukan, ilmu dan amanat.Pantun juga adalah alat komunikasi Melayu yang
tidak bercanggah dengan ajaran Islam.Sastera dan budaya sememangnya mempunyai
kedudukan yang tersendiri menurut pandangan Islam seperti yang diakui oleh Allah
dalam kitab suci al-Quran mahupun hadis Nabi Muhammad.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
28
Pantun yang baik telah membuatkan orang Melayu jadi unik dan
istimewa.Banyk nilai baik dalam pantun yang boleh kita amalkan kerana boleh
mewujudkan perpaduan orang Melayu, Islam dan rakyat di Negara kita. Walaupun
kita sudah memasuki abad yang ke-21, namun pantun yang istimewa, menarik dan
kritis masih
boleh diterima oleh semua golongan masyarakat dan mendapat tempat di dalam apa-
apa majlis-majlis sekalipun.
NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI(680621085206001) HBML3103
29
RUJUKAN
___________________. (1991) .Permatang budi. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis,
www.books.perintis. com.my.
Anwar Ridhwan. (2004). Hati mesra. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (1997). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
http://fazilabdulaziz.files.wordpress.com/2012/11/08-isi-pelajaran-kesusasteraan-
melayu-dalam-bm.doc.
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?aid=38788
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionI
D=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID&Page=1
http://www.docstoc.com/docs/136024474/Bahasa-Dalam-Pantun-dan-
Keistimewaannya
Kamus Dewan. (1986). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khadijah Hashim. (2005). Mestika warisan kumpulan pantun baru. Shah Alam :
„K‟ Publishing Sdn. Bhd.
Kurik kundi merah saga kumpulan pantuk lisan melayu.(2002). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ungku Aziz. (2011). Pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Kadir Wan Yusuf.(1996). Pantun manifestasi minda masyarakat.
Akademi Pengajian Melayu : Universiti Malaya.
Utusan Malaysia 13 Oktober 2006
http://zurinahhassan.blogspot.com/2008/12/bercakap-tentang-pantun.html
Utusan Malaysia , 22 Februari 2007. http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1175