tugasan perisian notasi muzik

11

Click here to load reader

Upload: desmond-dy

Post on 14-Nov-2015

298 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Perisian Notasi muzik

TRANSCRIPT

  • 1

    KRZ 3073

    TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN

    MUZIK

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    UPSI01( A132PJJ )

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    DESMOND ANAK IKAL D20112053898 0135703005

    NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MOHD AZAM BIN SULONG

    TARIKH SERAH : 10 JUN 2014

    PERISIAN NOTASI MUZIK SANGAT PENTING DALAM MENYEDIAKAN BAHAN PENGAJARAN

    DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK.

    JELASKAN LIMA KEPENTINGAN PERISIAN NOTASI MUZIK. BERIKAN CONTOH LIMA CONTOH

    PERISIAN NOTASI MUZIK

  • 2

    ISI KANDUNGAN

    Perkara Muka Surat

    1.0 Pengenalan 2 - 3

    2.0 Lima Kepentingan Perisian Muzik 4 - 5

    3.0 Perisian perisian Notasi Muzik dan Kepentingannya 6

    3.1 Encore 7

    3.2 Sibelius 8

    3.3 Finale 8

    3.4 MuseScore 9

    3.5 Forte 9

    4.0 Rumusan 10

    Rujukan

  • 3

    1.0 Pengenalan

    Perisian Notasi Muzik merupakan satu bentuk sistem dalaman komputer yang membolehkan

    pengaplikasian rangkaian penghasilan muzik. Perisian yang berkaitan dengan muzik ini

    sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah wujud sejak empat puluh tahun yang lalu.

    Kewujudan perisian ini bagaimanapun seterusnya telah dilihat oleh ahli pengamal muzik

    khususnya sebagai satu tapak yang memberi kesan besar terhadap bidang pendidikan

    terutamanya yang melibatkan muzik dan bidang kesenian kreatif. Malahan, perisian muzik yang

    telah disediakan ini juga sebenarnya dapat dijadikan sebagai satu pentas bagi individu yang

    mahu bejinak-jinak dalam penghasilan muzik baik bagi individu yang amatur mahupun

    profesional. Tambahan pula, perisian ini merupakan sesuatu yang baharu dan boleh membawa

    perubahan yang besar kepada kaedah penghasilan muzik sebelum kewujudan pelbagai jenis

    perisian.

    Jika mengimbau kembali sejarah perkembangan perisian muzik, ia sebenarnya telah

    dibangunkan sejak tahun 1960-an lagi. Adapun, sekitar tahu 1978, satu program muzik yang

    dihasilkan berasaskan teknologi MIDI giat diaplikasikan. MIDI ialah satu bentuk komunikasi

    menggunakan komputer dan program ini masih lagi digunakan sehingga kini walaupun banyak

    program lain telah dibangunkan. Kelebihan teknologi MIDI ialah program ini telah disediakan

    pautan utama dalam perkakasan untuk perisian muzik. Ia juga membolehkan individu membuat

    suatu kawalan sentuhan daripada alat muzik seperti gitar atau kibod dan dimainkan terus ke

    dalam perisian dalam komputer serta boleh dikawal selia secara teratur. Sekitar tahun 1990-an

    pula, dunia perisian muzik mengalami peningkatan yang mendadak apabila terhasilnya perisian

    muzik yang lebih mudah untuk digunakan dan mesra pengguna. Kesan daripada pembangunan

    perisian seumpama ini, kerja penghasilan muzik lebih teratur dan boleh dihasilkan dengan

    bergantung kepada komputer sahaja. Ini sudah pastinya menjimatkan masa dan kos kerana

    tenaga-tenaga profesional untuk membuat rakaman sesuatu muzik dapat dilakukan secara

    bersendirian.

    Membicarakan perihal ini dalam konteks dunia seni muzik, kita tidak menafikan bahawa

    program dan perisian ini merupakan satu bidang yang penting. Perkara ini dapat dilihat khasnya

    dalam penghasilan notasi muzik. Notasi muzik merupakan satu bentuk hasil kerja yang

  • 4

    membolehkan ciptaan seseorang dapat diperluaskan dan dijadikan sebagi rujukan dan panduan

    bagi pengamal muzik yang lain. Melalui penghasilan notasi muzik juga , pengapresiasian

    terhadap hasil karya seseorang dapat dilakukan. Melalui notasi muzik juga, keaslian penghasilan

    akan dapat dikekalkan walaupun dimainkan oleh lapisan generasi akan datang. Hal ini demikian,

    melalui notasi, pencipta akan menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakli ekspresi, mud

    mahupun genre sesuatu karya. Sebagai contoh, notasi karya klasik sudah pastinya mempunyai

    perbezaan dengan hasil karya romantik. Melalui notasi muzik, generasi selepasnya yang

    memahami fungsi simbol muzik dengan baik akan dapat memainkan hasil karya dengan tepat

    mengikut zaman karya tersebut dihasilkan.

    2.0 Lima Kepentingan Perisian Notasi Muzik

    Sebelum tugasan ini diteruskan dengan membincangkan contoh-contoh perisian yang terdapat

    pada masa kini, terlebih dahulu kita seharusnya melihat apakah kepentingan perisian notasi

    muzik khasnya kepada golongan pendidik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Secara

    ringkasnya, perisian notasi muzik penting dalam tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk ;

    2.1 Menyediakan lembaran kerja

    Dengan adanya perisian notasi muzik, lembaran kerja untuk pelajar dapat disediakan dengan

    cepat dan jelas. Ini membolehkan pelajar mendapat bahan pembelajaran yang berkualiti serta

    menepati ciri-ciri sebenar yang terdapat dalam notasi muzik. Dengan adanya perisian notasi

    muzik, guru tidak perlu lagi untuk menghabiskan masa dengan menulis dan melukis simbol-

    simbol muzik untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Guru hanya perlu membuat skor

    menggunakan perisian seterusnya membuat cetakan bagi bahan yang diperlukan.

    2.2 Membuat gubahan muzik untuk tujuan PdP

    Dengan adanya perisian notasi muzik juga, guru boleh membuat gubahan muzik untuk tujuan

    PdP. Ini kerana, tidak semua skor muzik mahupun gubahan muzik sedia ada sesuai digunakan

  • 5

    untuk aktiviti PdP kerana murid terdiri daripada pelbagai latar belakang. Guru haruslah bijak

    memilih gubahan muzik yang sesuai dengan latar belakang murid. Kaedah yang paling sesuai

    ialah dengan membuat gubahan sendiri. Melalui perisian notasi muzik, guru yang berkemahiran

    akan dapat menggunakan hasil gubahan sendiri untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.

    2.3 Memperluaskan hasil karya

    Bagi guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang gubahan muzik, di sinilah peluang bagi

    mereka untuk memperluaskan hasil karya. Melalui perisian notasi muzik, hasil karya boleh

    dihasilkan secara teliti dan teratur. Pengeditan yang boleh dilakukan berkali-kali di dalam

    perisian sudah pastinya akan menjadikan hasil karya berkualiti. Hasil karya yang berkualiti pula

    boleh diperluaskan dengan cara memuat naik dengan menggunakan kaedah tertentu misalnya

    YouYube. Dari sudut pendidikan pula, guru boleh membuat laman kreatif dengan cara membuat

    laman pembelajaran interaktif seterusnya berkongsi dengan murid untuk menjadikan sesi PdP

    lebih menyeronokkan.

    2.4 Penyimpanan fail

    Dengan adanya perisian notasi muzik juga, guru boleh membuat penyimpanan hasil karya

    dengan mudah. Ini membolehkan guru untuk menyimpan repertoir muzik dalam bentuk CD

    mahupun USB kerana perisian notasi sememangnya dapat disimpan dalam bentuk digital.

    Dengan cara ini, guru lebih mudah untuk mencari hasil karya yang hendak dijadikan sebagai

    bahan bantu mengajar bagi sesi-sesi pembelajaran.

    2.5 Memantapkan pengetahuan terhadap konsep muzik

    Melalui perisian notasi muzik juga, pengetahuan terhadap konsap-konsep muzik seperti

    tempo, dinamik, nilai not, ekspresi dan sebagainya dapat dihayati dengan lebih baik. Ini

    kerana, penggubahan muzik menggunakan perisian notasi muzik boleh disusun atur secara

    automatik dan kesilapan terhadap sesuatu aspek boleh dikesan secara serta merta apabila

    dimainkan.

  • 6

    3.0 Perisian perisian Notasi Muzik serta Fungsinya

    Dewasa ini, penulisan notasi muzik dapat dibangunkan atau dihasilkan melalui banyak kaedah

    dan pilihan melalui perisian perisian yang diperkenalkan. Pada tahun 1967, Earle Hultberg

    telah membangunkan satu program yang dikenali sebagai Clef Music Fundementals. Kejayaan

    perisian tersebut sekali gus memberikan ruang kepada kemunculan perisian yang lain seperti

    Guido dan Elements Of Music. Kegemilangan bagi kemunculan perisian tidak terhenti di situ

    sahaja. Hal ini terbukti apabila munculnya perisian yang berbentuk digital seperti Apple Music

    Theory dan Harmonic Dictator sekitar tahun 70-an. Bukan itu sahaja, perkembangan perkakasan

    yang menggunakan protokol MIDI sehinggalah MIDI 2, sampling dan kad bunyi 16 bit hingga

    32 bit telah membuat catatan baru dalam penghasilan perisian muzik termasuk perisian notasi

    muzik. Berdasarkan kepada sejarah perkembangan dan pembangunan perisian notasi muzik,

    beberapa perisian notasi muzik yang akan dibincangkan dalam tugasan ini ialah Encore,

    Sibelius , Finale ,MuseScrore dan Forte.

    3.1 Encore

    Encore ialah merupakan satu perisian notasi muzik yang berkeupayaan tinggi.

    Perisian ini dapat membantu para pemuzik yang terdiri daripada pelbagai kategori dari aspek

    penguasaan terhadap tahap kemahiran untuk menghasilkan idea kreatif mereka. Melalui Encore,

    pera penggiat seni muzik akan dapat memindahkan ilham mereka bukan sahaja sekadar untuk

    didengari malah boleh dijadikan sebagai bahan cetakan untuk tujuan kormesial mahupun tujuan

    pendidikan. Versi terkini iaitu Encore 5, merupakan satu perisian notasi hampir menyerupai ciri-

    ciri perisian lain seperti Finale atau Sibelius, namun Encore 5 merupakan perisian yang lebih

    mesra pengguna . Jika hendak membuat penilaian dari hasil kualiti cetakan skor yang dihasilkan

    pula, Encore tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan perisian notasi muzik yang

    lain. Tidak hairanlah jika Encore lebih banyak penggemarnya kerana melalui Encore juga,

    penggiat seni dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka terutamanya yang berkaitan dengan

  • 7

    konsep muzik seperti tempo dan nilai not. Bagi golongan pendidik pula, Encore mempunyai

    kelebihan tersendiri kerana Encore dapat membantu dalam penyediaan soalan peperiksaan

    mahupun untuk menghasilkan bahan pembelajaran semasa proses PdP di dalam kelas.

    3.2 Sibelius

    Selain Encore, satu lagi perisian yang popular ialah Sibelius. Sibelius ialah sebuah

    perisian yang pintar serta merupakan perisian yang mudah dan paling cepat bagi para penggiat

    seni muzik untuk penghasilan notasi muzik serta berkongsi muzik daripada komposer dan

    penulis lagu . Kita mengakui bahawa kita berasa lebih selesa untuk memilih bermain alat muzik

    berbanding bergantung kepada perisian notasi, namun kemudahan yang disediakan dalam

    Sibelius seperti Layout magnet dan banyak lagi alat sudah pastinya akan dapat menjimatkan

    masa. Bukan itu sahaja, kemudahan ini juga boleh membantu dalam menghasilkan karya yang

    lebih profesional dan pantas. Ini boleh berlaku kerana simpanan bunyi premium akan

    memainkan kembali komposisi yang dibuat secara lebih terperinci dan menbuahkan hasil yang

    lebih menakjubkan. Setelah selesai membuat pengadunan muzik, penggiat seni muzik pula boleh

    mengkormesialkan hasil karya mereka dengan cara memuat naik hasil karya melalui rangkaian

    terunggul seperti YouTube. Perkara ini sudah pastinya akan membuka ruang yang luas kepada

    penggiat seni yang mahukan hasil karya mereka mendapat tempat dalam kalangan peminat

    muzik. Malahan, perkara ini turut telah dibuktikan oleh kejayaan penggiat seni tanah air seperti

    Yuna dan Najwa Latif yang kini telah mempunyai ratusan ribu peminat. Sebagaimana kelebihan

    yang terdapat dalam perisian Encore, Sibelius juga merupakan perisisn yang membolehkan

    penggunanya untuk menulis notasi muzik secara serta merta. Ianya boleh dilakukan dengan

    kaedah input notasi iaitu kaedah yang paling sesuai dan selesa untuk memainkan instrumen

    MIDI dan menyalin audio, atau lembaran muzik imbasan. Ciri-ciri revolusioner seperti Layout

    Magnetik secara automatik amat berperanan supaya kita boleh menulis muzik dan mencipta skor

    cetakan yang berkualiti dengan mudah. Tidak hairanlah, Sibelius sememangnya popular dalam

    kalangan komposer, penerbit, dan pelajar.

    3.3 Finale

  • 8

    Walaupun kewujudan perisian-perisian pintar seperti Encore dan Sibelius, satu lagi

    perisian yang sentiasa mendapat tempat dan menjadi pilihan penggiat seni muzik ialah Finale.

    Walaupun mendapat persaingan hebat, Finale tetap dijadikan salah satu pilihan kerana perisian

    ini berkeupayaan untuk membuat pelbagai aspek muzik pada halaman bercetak. Sementara

    perisian yang lain sering silih berganti, Finale 2014 adalah pilihan yang berpandangan ke

    hadapan dengan inovasi baharu. Dengan menggunaka perisian Finale, penggiat seni muzik dapat

    membuat suntingan muzik seperti penggubahan , penyusunan, pencetakan dan pengaturan muzik

    dalam masa yang singkat dan menepati kehendak penciptanya. Kelebihan yang ada dalam

    perisian Finale juga dapat membantu pencipta muzik untuk membuat pengeditan dan

    pengharmonian secara automatik menggunakan kemudahan dalam perisian mengikut kesesuaian

    dan keinginan seseorang penggiat seni muzik. Bukan itu sahaja, melalui perisian Finale, pilihan

    adalah bergantung kepada penciptanya. Not not dalam gubahan sendiri dapat dimainkan dalam

    papan kekunci MIDI, tetikus, papan kekunci atau komputer. Lantas, pencipta sesuatu karya

    tersebut pula dapat membuat imbasan terhadap lembaran muzik atau mengimport pelbagai jenis

    fail seperti MIDI dan MusicXML.

    Dari aspek pendidikan di sekolah pula, Finale dilihat mampu untuk menyediakan

    beratus-ratus lembaran kerja pendidikan muzik mengikut pilihan dan kehendak tertentu. Ianya

    adalah lebih cepat dalam menghasilkan latihan untuk kelas terutamanya dalam pengajaran teori

    komposisi, dan latihan pendengaran.

    3.4 MuseScore

    MuseScore pula ialah scorewriter yang dicipta khas untuk Windows, OS X, dan Linux.

    Perisian ini telah dicipta oleh Werner Schweer. Ciri utama bagi perisian ini ialah mampu

    menandingi Sibelius dan Finale kerana perisian ini turut mampu menerima perlabai format fail

    seperti MIDI serta ianya turut melibatkan pelbagai kaedah untuk memasukkan fail.

    MuseScore merupakan satu perisian yang lebih bersifat kepada penciptaan dan gubahan,

    suntingan dan cetakan skor-skor muzik. Ia juga menyokong kebanyakan jenis notasi termasuk

    key atau nada dalam pimpinan jazz contohnya, dan menghasilkan cetakan atau eksport yang

    berkualiti tinggi. Selain itu, MuseScore juga dapat mengimport jenis muzik dari XML, MIDI,

  • 9

    dan pelbagai format lain selagi fail tersebut mempunyai format MuseScore. Bukan itu sahaja,

    perisian ini juga turut menyokong ( support ) pengekstrakan bahagian (part ), input MIDI,

    pelbagai staves, notasi perkusi, lirik dan pelbagai frasa. Untuk memperluaskan lagi penggunaan

    fungsi MuseScore, pengguna boleh membuat aplikasi sistem plugin. Ciri-ciri ini menjadikan

    perisian ini turut menjadi pilihan dalam kalangan komposer. Walaupun banyak lagi perisian lain

    yang lebih mesra pengguna, namun perisian ini tetap ada penggemarnya kerana ada ketikanya

    perisian ini memiliki kelebihan berbanding perisian yang lain misalnya dari aspek

    pengekstrakan.

    3.5 Forte

    Selain Encore, Finale, Sibelius dan MuseScore, satu lagi perisian yang akan

    diketengahkan ialah Forte. Perisian Forte dihasilkan lebih berbentuk mesra pengguna, pelbagai

    fungsi, di samping menyeronokkan berbanding perisian yang telah dibincangkan tadi. Perisian

    Forte dinilai sebagai satu bentuk perisian yang sesuai kepada semua peringkat umur dan tahap

    kepakaran. Melalui Forte, pengguna tidak risau akan masa yang diperlukan untuk menguasai

    perisian ini mahupun kerisauan akan kewujudan tutorial. Dengan perisian Forte, pengguna boleh

    membuat eksplorasi sendiri. Setelah menguasai fungsi menu tertentu, pengguna pastinya lebih

    mudah dan lebih cepat untuk menghasilkan sesuatu penggubahan mahupun penulisan notasi

    muzik.

    Berbanding perisian yang lain, Forte menyajikan 3 alat dalam fungsi utamanya jelas

    berstruktur untuk memastikan kecekapan dalam penggunaan Forte. Kemahiran untuk

    memasukkan notasi sememangnya sesuatu yang sukar.Namun yang demikian, melalui perisian

    Forte, satu rangkaian yang dikenali sebagai Muzik master membolehkan pengguna untuk

    memasukkan notasi tanpa perlu memasukkan rehat terlebih dahulu. Kerja-kerja merekod

    mahupun mengimport audio pula boleh dilakukan dan dimainkan secara terus ( direct ) bersama

    komposisi yang telah dibuat. Ciri-ciri inilah menjadikan perisian ini menyeronokkan dan

    menarik kerana ianya membolehkan kita untuk mendapatkan skor yang kreatif.

    Bagi penggemar pencipta untuk membuat lapisan suara pula, kerja-kerja untuk menulis

    notasi yang rumit dalam pelbagai bahagian ( different parts ), dapat dilakukan dengan mudah

  • 10

    dan perisian Forte boleh dijadikan sebagai pilihan yang ideal. Bagi golongan pendidik pula,

    aktiviti penyusunan skor dapat dilakukan lebih mudah serta hasil kerja juga dapat terus dicetak.

    Selain membuat cetakan, hasil kerja juga boleh disimpan dalam bentuk format MP3 serta mudah

    untuk dikongsikan seperti melalui pemindahan penyimpanan USB.

    4.0 Rumusan

    Perisian notasi muzik dan pembangunan teknologi dalam bidang muzik merupakan satu

    bidang yang seharusnya diterima dan dihayati oleh penggiat seni muzik khasnya bagi golongan

    pendidik. Ini kerana, kecanggihan teknologi serta perisian - perisian yang rasional telah

    membawa kepada cara-cara baru pendidikan yang berhubungan dengan muzik. Pendidik

    seharusnya tidak bersikap dingin terhadap pembangunan perisian perisian seperti mana yang

    telah dibincangkan, sebaliknya harus berani mencuba apa sahaja jenis perisian.

    Golongan pendidik harus menyedari bahawa komputer menjadi penentu kepada masa

    depan muzik dan perisian yang dibangunkan untuk tujuan ini merupakan batu loncatan untuk

    terus menjulang muzik ke tahap yang lebih tinggi.

  • 11

    Rujukan

    Mohd Azam Haji Sulong,Ghazali Abdul Ghani,Mahayu Abdul Rahim dan Mohd Nizam Haji

    Hasrifan (2011). HBMS2203 Pengajaran Muzik III. Selangor Darul Ehsan: Open University

    Malaysia.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah

    Rendah (Semakan). Kuala Lumpur:PPK

    Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asas dakam muzik. Kuala Lumpur:Penerbit

    Universiti Malaya.

    Glosari Seni Muzik. (1996). Kuala Lumpur: Dewab Bahasa Dan Pustaka

    Ling, C. (1998). Pembelajaran muzik. Kuala Lumpur: Longman Malaysia

    Johami Abdullah.(1993).Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur: DBP .

    Sumber internet

    http://musescore.org/

    http://www.fortenotation.com/en/product-tour/