tugasan pjk-kontemporari
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 Tugasan PJK-kontemporari
1/6
QGU 3013
KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PJ DAN PK
TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING(TGFU)
DAIVANAYAGI A/P C.DORAISAMY
D20112053764
KUMPULAN UPSI 17
SEMESTER 4
SESI 2013/2014
PENSYARAH
EN.KAMARUDDIN BIN DAUD
TARIKH SERAH : 23 NOVEMBER 2013
-
7/27/2019 Tugasan PJK-kontemporari
2/6
Daivanayagi Doraisamy Upsi 17
2
Isi Kandungan
Bil Tajuk Muka Surat
-
7/27/2019 Tugasan PJK-kontemporari
3/6
Daivanayagi Doraisamy Upsi 17
3
Pengenalan
Model TGFU telah diperkenalkan oleh James Torpe,iaitu seorang atlet Amerika
Syarikat.Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dan pendidikan Jasmani
untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik kemahiran permainan tidak
menyumbang kepada kejayaan,menambah pengetahuan mahupun meningkatkan
kemahiran.Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada.
Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih
bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah member ruangan kepada
kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan
seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.Mereka berpendapat bahawa dalam
sesuatu permainan, kanakkanak haruslah diberi kesedaran tentang mengapa dan Bila
sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu
permainan tertentu.
Dengan itu,kanak-kanak akan member respons yang lebih baik dan peka jika
mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.Terdapat banyak
kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah.Antaranya ialah ia dapat memberipeluang kepada kanak-kanak meneroka permainan yang lebih ubahsuai berdasarkan umur
dan tahap pengetahuan mereka,kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran
yang sedia ada,ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan
kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berpringkat.Namun
begitu,model ini tidak terlepas daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri.Antara
kelemahannya ialah kanak-kanak mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan
ini mungkin akan mengubah sifat asal dan peralatan yang digunakan juga mungkin tidak
bersesuaian untuk permainan tersebut.Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa
model yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitikberatkan dan
memfokuskan kemahiran asas(theorical base) dan peringkat jangka masa
singkat(temporal sequence) dalam pengajaran sesuatu permainan sebelum permainan
tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap.
1http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model
http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Modelhttp://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model -
7/27/2019 Tugasan PJK-kontemporari
4/6
Daivanayagi Doraisamy Upsi 17
4
2.0.Definisi TGFU
Dalam melahirkan ahli sukan dan pemain berkualiti,pendedahan terhadap disiplin
sukan perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi seperti pada peringkat pra sekolah
atau sekolah rendah.Namun,tetrdapat pelbagai kekangan dalam memperkenalkan sesuatu
lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang yang piawai
seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain.Infrastruktur yang sedia ada juga
merupakan kekangan utama misalnya,gelanggang dan alatan.Undang-undang permainan
yang sukar difahami dan dikuasai turut menjadi masalah.dalam situasi ini,pendekatan
TGFU amat sesuai diaplikasikan.
Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan
sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal,social serta
intelek mereka dan infrastruktur yang bersesuaian.Dalam sesuatu permainan TGFU
prosedur berpasukan dan gelanggang permainan turut diubahsuai mengikut
kesuaian.Seterusnya,penekanan diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek
peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk
menarik minat pemain.Pelajar juga diberi peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai
posisi yang berlainan.Dalam erti kata lain,permainan TGFU mempunyai undang-undang
permainan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami
serta ditafsir.
Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk
mengatasi pihak lawan.Bimbingan yang berterusan daripada juruhlatih atau guru akan
memantapkan pemahaman pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip
pergerakan,ruang dan masa,situasi lanjut dan cara mengesan kelemahan pihak lawan.Sesi
perbincangan amat digalakkan sebagai proses untuk membolehkan pelajar mendalami idea
dan memahami penyelesaian masalah taktikal.Selain itu,secara tidak langsung para pemain
akan berhadapan dengan situasi yang bakal membimbing mereka kea rah kemahiran
membuat keputusan seperti,menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu
dilakukan,mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang
sesuai mengikut situasi dan keadaan.
-
7/27/2019 Tugasan PJK-kontemporari
5/6
Daivanayagi Doraisamy Upsi 17
5
Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas,malah
pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah
dan yang telah dikuasai.Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk
menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan.Prestasi kemahiran dan
penguasaan strategi dinilai mengikut criteria berasaskan kebolehan individu.Kriteria ini
member focus kepada keupayaan pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik
tertentu.Permainan TGFU ini sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah
bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke
peringkat yang lebih tinggi.
Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah
menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU
dilaksanakan.Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi
terhadap kemahiran itu sendiri.Dalam konteks ini,konsep TGFU dalam perspektif
Pendidikan Jasmani di Malaysia hamper menyamai perlaksanaan sukan
mini.Ringkasnya,pendekatan ini membolehkan serta memudahkan proses pemahaman
pelajar serta member motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah
melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan.
3.0.Kepentingan TGFU
Pendekatan TGFU menyarankan bahawa taktik permainan untuk dapat diertikan
sebagai pengenalan pertama,pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan itu
diperlukan dalam konteks permainan,pelaksanaan taktikal dalam keterampilan
dilahirkan.Pendekatan TGFU harus dapat diterapkan pada pengajaran jasmani para
pelajar,meningkatkan motivasi untuk kematangan,dan seterusnya meningkatkan kesihatan
psikologi dan fizikal.Ia juga menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana
melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain.
Selain itu TGFU menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan
dengan member ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran
fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal,mengekalkan minat untuk belajar dan
menimbulkan keseronokan bermain kea rah membina daya usaha atau kesungguhan
belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan.
-
7/27/2019 Tugasan PJK-kontemporari
6/6
Daivanayagi Doraisamy Upsi 17
6
Ia juga menyediakan persekitaran pembelajaran holistic dan konstruktif melalui
beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain.Meningkatkan
aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan
penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan
pendekatan sebagai tulang belakang.Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka
patut tahu untuk Berjaya dalam permainan,tetapi yang lebih penting bila dan mengapa
untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan pelbagai.
TGFU focus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu
pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya
dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu.Selain itu TGFU menyediakan pelajar
dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada
diri sendiri dan orang lain,kemahiran social,bersikap positif dan nilai.Membenarkan
pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan
pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif3.
4.0. Komponen TGFU
Komponen yang terdapat dalam TGFU ialah :
4.1. Berbentuk Permainan(Game Form)
Game Form-sesuai untuk semua peringkat umur.Ia mengandungi kategori
permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang sama.Ia membantu pelajar
untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian masalah.Ia juga member tunjuk
ajar yang betul.Situasi permainannya yang sesuai telah ditetapkan,pola permainan mini
yang dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi
permainan orang dewasa.