tugasan projek bmm (3)

10
‘Halliday berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan perolehan Bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna,tetapi tidak menjamain pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk Bahasa.Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajarari cara-cara mengggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk Bahasa yang tepat’.(Juriah long et al.1990) Pendahuluan Teori terbentuk hasil himpunan berbagai-bagai idea yang terlebih dahulu diuji dan dinilai kebenarannya melalui kaji selidik ataupun eksperimen yang dijalankan ke atas subjek,sama ada manusia ataupun haiwan.Menghasilkan sesuatu teori memakan masa bertahun-tahun lamanya.Suatu teori mungkin dianggap benar pada suatu zaman tetapi tidak diterima pada zaman yang lain disebabkan oleh dapatan baru.Teori tidak boleh dianggap betul atau salah kerana teori hanyalah sebagai alat kaji selidik.Jika sesuatu teori dapat menghuraikan pemerhatian yang dibuat dan dapat melanjutkan sesuatu kaji selidik , teori itu dianggap baik.Jika teori itu gagal dalam menjalankan fungsi tersebut, besar kemungkinan orang yang menjalankan kaji selidik itu akan berusaha mencari teori baru. Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi sesama manusia supaya dapat mencapai persefahaman. Bahasa juga dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui pertuturan dengan orang lain,percakapan seseorang dapat menonjolkan personalitinya. Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi.Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-sifat bahasa dan bagaimana

Upload: safina-hashim

Post on 17-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BMM SEM 6

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Projek Bmm (3)

‘Halliday berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan perolehan

Bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan

kebolehan mentafsir makna,tetapi tidak menjamain pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam

bentuk Bahasa.Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh

mempelajarari cara-cara mengggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk Bahasa yang

tepat’.(Juriah long et al.1990)

Pendahuluan

Teori terbentuk hasil himpunan berbagai-bagai idea yang terlebih dahulu diuji dan dinilai

kebenarannya melalui kaji selidik ataupun eksperimen yang dijalankan ke atas subjek,sama ada

manusia ataupun haiwan.Menghasilkan sesuatu teori memakan masa bertahun-tahun

lamanya.Suatu teori mungkin dianggap benar pada suatu zaman tetapi tidak diterima pada

zaman yang lain disebabkan oleh dapatan baru.Teori tidak boleh dianggap betul atau salah

kerana teori hanyalah sebagai alat kaji selidik.Jika sesuatu teori dapat menghuraikan

pemerhatian yang dibuat dan dapat melanjutkan sesuatu kaji selidik , teori itu dianggap

baik.Jika teori itu gagal dalam menjalankan fungsi tersebut, besar kemungkinan orang yang

menjalankan kaji selidik itu akan berusaha mencari teori baru.

                  Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi sesama manusia supaya dapat mencapai

persefahaman. Bahasa juga dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui pertuturan dengan

orang lain,percakapan seseorang  dapat menonjolkan personalitinya. Keupayaan berbahasa

adalahlah keupayaan semula jadi.Persoalan tentang  apakah bahasa, bagaimana ia lahir,

apakah sifat-sifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak  menguasai bahasa selalu menjadi

perbincangan ahli-ahli bahasa ,dengan itulah muncul bidang linguistik dan psikolinguistik.

Lingusitik  - ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan

teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi  sains atau

empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa. Psikolinguistik –

kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-ilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji

hubungsn bahasa dengan jiwa manusia. Kaji dari segi jenis-jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa

dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa

penutur. Teori huraian bahasa merupakan pandangan ahli bahasa tentang bahasa. Teori ini

juga mengkaji bagaimana kita dapat menghuraikan bahasa tersebut dan kajian terhadap

bahasa itu. Pemerolehan bahasa adalah salah satu cara manusia untuk dapat menguasai dan

menggunakan suatu bahasa yang dipelajari atau bahasa sasaran yang dapat disesuaikan

Page 2: Tugasan Projek Bmm (3)

dengan perkembangannya. Ditinjau dari segi urutannya, pemerolehan bahasa dapat

dibahagikan kepada pemerolehan bahasa pertama  dan pemerolehan bahasa kedua .Harimurti

(1983:123) mengatakan bahwa pemerolehan bahasa dapat diartikan sebagai proses

pemahaman dan proses hasil berbahasa pada manusia melalui beberapa tahap yakni fasih.

Pemerolehan seperti ini lazim disebut pemerolehan bahasa pertama, ertinya bahasa yang

pertama sekali digunakan oleh setiap manusia sejak dapat bertutur.Pemerolehan bahasa kedua

berlangsung sesudah seseorang menguasai bahasa pertamanya . Fokus pemerolehan bahasa

keduanya adalah melalui belajar bahasa kedua atau bahasa asing (language learning) yang

prosesnya berlangsung secara sedar. 

Pengertian pembelajaran

Pengertian umum – konsep pembelajaran yang terlalu berorientasikan pencapaian

akademik.

Pengertian dalam psikologi – perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang

sebagai ukuran berlakunya pembelajaran dan sebagai cara untuk menghuraikan

pengertian pembelajaran.

Pengertian teori pembelajaran

Teori pembelajaran ialah pendapat atau idea ahli-ahli psikologi pendidikan yang cuba

menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran, bagaimana pembelajaran berlaku

dan faktor apa yang mempengaruhi proses pembelajaran ini.

Kursus Pedagogi Bahasa Melayu, membicarakan tentang bahasa yang diperjelas

menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam Teori Huraian Bahasa yang terbahagi kepada

empat aliran pemikiran iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap

bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang fonem

dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi Generatif

(Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.dan Teori Fungsional (Halliday)

Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.

Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh bahasa

atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai Teori Pemerolehan

Bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Pemerolehan

Page 3: Tugasan Projek Bmm (3)

Bahasa aliran Behaviorisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh

B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan bahasa aliran Mentalis dipelopori

oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme,

teori pemerolehan bahasa aliran interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.

Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat empat

cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan pendekatan, kaedah,

strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara untuk seorang guru mengguna

pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas untuk di aplikasikan dalam

pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan teori-teori aliran bahasa seperti aliran

behaviurisme, aliran kognitif, aliran interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.

Teori Interaksionalisme

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia

merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan

pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu

pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan

kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-

ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan

kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari

struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan

adalah berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur  iaitu makna dan

struktur bahasa.

Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap

tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran

dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk

menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

Page 4: Tugasan Projek Bmm (3)

Teori Interaksionalis (Halliday)

Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang

melibatkan mental dan linguistik. Teori Interaksionalis

Mementingkan aktiviti komunikasi

Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa

Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa

Teori ini berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli pemikiran terkenal yang

terlibat dalam aliran ini ialah Mark Halliday. Oleh hal demikian, teori ini dikenali sebagai teori

Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain teori interaksionalis ini ialah Bloom, Bowemen, dan

Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan

penguasaan bahasa. Oleh hal demikian kerana kebolehan kognitif sahaja yang membolehkan

kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran boleh dilahirkan dalam bentuk

bahasa. 

Teori ini berpendapat kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka

dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan

tepat. Kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana

perkembangan kognitif hanya melengkapkan  kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna

tetapi tidak menjamin penglahiran dalam bentuk bahasa.persekitaran luaran dan faktor bawaan

semula jadi memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak.Kanak-

kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik.Kanak-kanak menguasai bahasa kerana

keperluan  untuk beinteraksi dalam situasi sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan

mereka.Seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan  semata-mata untuk

berinteraksi bahkan untuk menyampaikan  maklumat kepada orang lain .Pada peringkat

ini  mereka mula menyedari bahawa pentingnya pengetahuan tatabahasa supaya apa yang

disampaikan dapat difahami oleh orang lain.

Page 5: Tugasan Projek Bmm (3)

Teori ini memandangkan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat berinteraksi dan ia

merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistic. Teori ini 

menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa

dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-

struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi 

membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan

berkesan . 

Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan

kepada pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap penyampaian makna

lebih diutamakan daripada struktur bahasa namun kedua-dua makna dan struktur harus

berjalan serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan bahasa yang

dipelajarinya itu dengan betul. 

Selain itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan.

Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja

berusaha menguasai dan memperbaiki pengunaan sistem bahasa itu tetapi juga

berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar. 

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia

memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya

berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa

melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat

penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak

untuk mempelajari sistem bahasa.aran merupakan proses mental dan linguistik. Kebolehan

menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa dan makna diutamakan

untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru perlu menyediakan situasi dan bahan

pengajaran yang bermakna dan berkesan. Struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika

pelajar menjalankan aktiviti  dengan berkesan dan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari .

Menurut teori ini, bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya tetapi perkara yang

lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan untuk

berkomunikasi. Dalam perkataan lain, kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada perubahan

– 

Page 6: Tugasan Projek Bmm (3)

perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi. 

             Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.  Perkembangan bahasa

melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.   Melalui interaksi terhasillah ayat penyata

& ayat perintah.

      Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain.   Melibatkan apa sahaja yang

bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.   Manusia dapat

bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat

memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.

      Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan

pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.  Dalam proses

pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang

memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama,

bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.

      Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat

pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.

PANDANGAN DALAM Pengajaran dan pembelajaran

      Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik.

Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam

pengajaran dan pembelajaran. Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa

yang betul dari segi tatabahasa dan makna.Guru perlu banyak memberi latihan kepada

murid.   Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu

berjalan serentak. Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan

betul

PRINSIP Pengajaran dan pembelajaran INTERAKSIONALIS

      Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi

      Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik

      Pengajaran dan pembelajaran perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

Page 7: Tugasan Projek Bmm (3)

KELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS

Merupakan interaksi sosial harian.

 Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan

atau matlamat.

 Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan

sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.

  Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang

sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS

Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. alau bagaimanapun, teori

interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan

pemikiran tentang dunia sosial.Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan

hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang

pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan

masyarakat.

Kesimpulan, bahasa dikatakan sebagai satu fungsi kerana bahasa merupakan alat komunikasi

yang menghubungkan individu antara satu sama lain. Ia boleh menyampaikan maklumat yang

dapat memberi faedah kepada penuturnya. Dalam pembelajaran, bahasa dikatakan dapat

memberi pengetahuan tentang penggunaan tatabahasa yang betul sama ada dalam pertuturan

mahupun dalam penulisan. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa yang

betul agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian. 

Page 8: Tugasan Projek Bmm (3)

RUJUKAN

      Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti. 

Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti

Sdn. Bhd

      Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8). Selangor:Longman

Malaysia Sdn. Bhd 

http://www.scribd.com/doc/53839283/20/Teori-Pemerolehan-Bahasa-Interaksionalis

      http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1

      http://kulanzsalleh.blogspot.com/2009/12/teori-pemerolehan-bahasa.html

      http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/pengenalan-bahasa.html

      http://inspirasi-smallprincess.blogspot.com/2009/04/teori-interaksionisme.html