tugasan projek mte3110

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA. TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PPG MT AMBILAN JUN 2011 NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : MTE3110 ALGEBRA LINEAR SEMESTER : SEMESTER 5 TARIKH MULA : 01 OGOS 2013 TARIKH HANTAR : 09 SEPTEMBER 2013 I. Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear. 2. Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan masaalah berkaitan. 3. Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear. 4. Mengenal pasti set vektor yang diberi sebagai ruang vektor atau subruang vektor.dalam R 2 atau R 3 5. Menentukan sifat vektor menggunakan hasil darab skalar(dot product) 6. Menentukan sama ada set vektor yang diberi membentuk basis dan mencari dimensi dan rank berkaitan basis tersebut. 7. Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dan ruang vektor dalam penggunaan seharian. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5. II. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengumpul, menganalisa dan membina satu rumusan eksklusif berkaitan Sistem Persamaan dan Ketaksamaan Linear. 2. Menyelesaikan soalan soalan berkaitan Ruang Vektor dan Sistem Persamaan dan Ketaksamaan Linear. lll. Tugasan Projek (100%) Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan tentang persamaan dan ketaksamaan linear. Algebra matriks diaplikasikan untuk menyelesaikan suatu sistem persamaan linear. Konsep ruang vektor dalam R 2 dan R 3 juga dibincangkan.

Upload: shafarina-shahidan

Post on 30-Nov-2015

111 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan projek MTE3110

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA.

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG MT AMBILAN JUN 2011

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : MTE3110 ALGEBRA LINEAR

SEMESTER : SEMESTER 5

TARIKH MULA : 01 OGOS 2013

TARIKH HANTAR : 09 SEPTEMBER 2013

I. Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear.

2. Menggunakan konsep persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan masaalah berkaitan.

3. Menggunakan algebra matriks untuk menyelesaikan persamaan linear.

4. Mengenal pasti set vektor yang diberi sebagai ruang vektor atau subruang vektor.dalam R2 atau R3

5. Menentukan sifat vektor menggunakan hasil darab skalar(dot product)

6. Menentukan sama ada set vektor yang diberi membentuk basis dan mencari dimensi dan rank berkaitan basis tersebut.

7. Mengintegrasikan pengetahuan algebra matriks dan ruang vektor dalam penggunaan seharian.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

II. Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengumpul, menganalisa dan membina satu rumusan eksklusif berkaitan Sistem

Persamaan dan Ketaksamaan Linear.

2. Menyelesaikan soalan –soalan berkaitan Ruang Vektor dan Sistem Persamaan dan

Ketaksamaan Linear.

lll. Tugasan Projek (100%)

Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan tentang persamaan dan ketaksamaan linear.

Algebra matriks diaplikasikan untuk menyelesaikan suatu sistem persamaan linear. Konsep ruang

vektor dalam R2 dan R3 juga dibincangkan.

Page 2: tugasan projek MTE3110

Kerja kursus ini mengandungi tiga bahagian:

A. KERJA PROJEK (KUMPULAN BERDUA) (30%):

Satu projek mini yang melibatkan pengumpulan maklumat dan membuat bahan nota

berkaitan tajuk Sistem Persamaan dan Ketaksamaan Linear.

Tarikh mula : 01 Ogos 2013 Tarikh hantar : 09 September 2013

Perincian Tugasan Projek 1 (30%)

Tugasan ini merupakan satu tugasan mini yang memerlukan pelajar secara berdua

mengumpul dan memproses maklumat dari pelbagai sumber (sekurang-kurangnya 3 rujukan).

Seterusnya, pelajar diminta menganalisa dapatan yang diperolehi, membuat kesimpulan

serta membina satu rumusan eksklusif berkaitan Sistem Persamaan dan Ketaksamaan

Linear.

Arahan:

1. Anda dikehendaki mencari, mendapatkan dan mengumpul apa-apa bahan berkaitan tajuk Sistem Persamaan dan Ketaksamaan Linear. Sekurang-kurangnya 3 rujukan adalah diperlukan.

2. Rujukan anda boleh terdiri daripada buku, makalah, majalah, sumber internet atau

apa-apa sumber yang boleh dipercayai. Nyatakan sumber rujukan yang diperolehi itu di ruangan Bibliografi.

3. Bersama rakan anda, bincang dan buat analisa dapatan anda itu. 4. Seterusnya, bina satu rumusan eksklusif berkaitan tajuk tersebut.

Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek:

1. Kerja kursus anda mesti bertaip mengikut kaedah penulisan ilmiah 2. Hasil kerja kursus mesti bertaip menggunakan langkau 1.5, font Arial dan bersaiz 11. 3. Sumber rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA 4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan ke dalam senarai kandungan. 5. Muka surat hadapan laporan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

Nama Pelajar

Angka Giliran

No kad pengenalan

Kumpulan/Unit

Kod dan Nama kursus/Mata pelajaran

Nama pensyarah kursus

Tarikh dihantar

Page 3: tugasan projek MTE3110

5. Anda mesti mematuhi tarikh akhir penghantaran. 6. Markah akan dipotong sekiranya penghantaran lewat, tanpa persetujuan. 7. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

B. KERJA PROJEK 2 ( INDIVIDU) (30%)

Kerja projek ini bersifat latihan kendiri. Semua pelajar perlu menyelesaikan latihan-latihan

yang diberi secara individu.

Tarikh mula : 01 Ogos 2013 Tarikh hantar : 09 September 2013

Perincian Tugasan Projek 2 (Secara Individu)(30%)

1. Pelajar diminta membuat pembacaan kendiri terhadap modul yang dibekalkan.

2. Semua perbincangan akan dilakukan dalam interaksi bersemuka dan di laman

sesawang OLL PPG.

3. Pelajar dikehendaki menyelesaikan latihan-latihan yang diberikan iaitu

a. Latihan 1 - 5 %

b. Latihan 2 - 5 %

c. Latihan 3 - 5 %

d. Latihan 4 - 5 %

e. Latihan 5 - 5 %

f. Latihan 6 - 5 %

(Semua latihan ini ada dilampirkan)

3. Semua kerja latihan itu perlu dilengkapi dengan jalan kerja (pengiraan).

4. Semua kerja latihan itu perlu ditulis tangan.

C. TUGASAN PROJEK 3 (Secara Individu)(40%)

Tugasan ini mengandungi dua set kuiz. Setiap kuiz mencakupi topik-topik yang telah

dipelajari.

Kuiz 1 (20%)

Topik: Ruang Vektor (Vektor dalam ruang R2)

Tarikh laksana : 20 Julai 2013

Kuiz 2 (20%)

Topik: Sistem Persamaan dan Ketaksamaan Linear

Tarikh laksana : 24 Ogos 2013

Soalan dan Skema Pemarkahan Kuiz 1 dan Kuiz 2 ada dilampirkan.

Page 4: tugasan projek MTE3110

C. TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA YANG BERIKUT: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda

hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan

sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam

menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

D. Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................ .......................................................

(ROZAILI BIN MOHD ALI) (ONG CHWEE KONG)

Penyelaras Kursus MTE3110 Pakar Bidang (SME) MTE3110

Jabatan Matematik Jabatan Matematik

IPGK Perempuan Melayu Melaka IPGK Perempuan Melayu Melaka

Disahkan oleh :

.................................................

(ISMAIL BIN HASHIM)

Ketua Jabatan Matematik

Jabatan Matematik

IPGK Perempuan Melayu Melaka.

Page 5: tugasan projek MTE3110