tugasan rbt 3193ee.doc
TRANSCRIPT
1
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
1.0 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
1.1 Pengenalan
Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang
mengandungi Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di
dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan
yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti
perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset,
Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh
digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan, nisbah-
nisbah kecekapan, dan nisbah-nisbah kecairan.
Analisis penyata kewangan digunakan sebagai kawalan kewangan iaitu
dengan menggunakan penyata-penyata kewangan untuk memantau prestasi
sesebuah syarikat. Instrumen bagi kawalan kewangan adalah mengggunakan
nisbah kewangan untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah syarikat.
Maklumat daripada penyata kewangan diperlukan oleh:
i. Kreditor;
ii. Kerajaan (menentukan cukai perniagaan dan perancangan pembangunan
ekonomi);
iii. Pemegang saham (saham keutamaan dan saham biasa); dan
iv. Pihak pengurusan (organisasi).
2
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
1.2 Penyata Kewangan
Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan
dengan cara berstruktur dan di dalam bentuk yang mudah difahami dikenali
sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas iaitu :
i. Kunci Kira-Kira;
ii. Penyata Pendapatan;
iii. Penyata Aliran Tunai; dan
iv. Penyata Ekuiti Pemilik.
1.2.1 Kunci Kira-kira
Kunci kira-kira juga dikenali sebagai Lembaran Imbangan. Kunci kira-kira
memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma. Data
yang ditunjukkan merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang
ditanggung oleh sesebuah organisasi. Perkara-perkara asas dalam kunci kira-
kira ialah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Ia menyenaraikan semua milik syarikat,
obligasi dan pelaburan pemilik. Ia disediakan sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun. Komponen kunci kira-kira adalah seperti berikut:
i. Aset (apa yang dimiliki oleh syarikat):
Aset Semasa
Aset Tetap
Lain-lain aset
ii. Liabiliti (apa yang dihutang oleh syarikat):
Liabiliti Semasa
Liabiliti Jangka Panjang
3
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
iii. Ekuiti Pemilik / Dana Pemegang Saham (nilai syarikat kepada
pemiliknya):
Saham
Perolehan Tertahan
1.2.2 Penyata Pendapatan
Penyata yang menunjukkan hasil operasi sesebuah firma iaitu jumlah
perolehan atau keuntungan dari operasi firma dan perbelanjaan yang dilibatkan
bagi sesuatu tempoh tertentu. Penyata pendapatan menunjukkan kecekapan
seseorang pengurus menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. Item
dalam penyata pendapatan bergantung kepada jenis perniagaan sama ada
menjual barang niaga, perkhidmatan atau pembuatan (perkilangan). Penyata
pendapatan bagi perniagaan yang menjual barang niaga mengandungi
komponen kos barang dijual (KBDJ).
1.2.3 Penyata Aliran Tunai
Penyata aliran tunai merupakan satu penyata tentang aliran sumber dan
penggunaan tunai yang menunjukkan perubahan kedudukan tunai bagi suatu
tempoh perakaunan. Penyata ini membantu pihak pengurusan membuat
perancangan ke atas aktiviti harian, pelaburan jangka panjang dan mencari
peluang perniagaan. Ia juga digunakan oleh pihak luar untuk mengukur
keupayaan firma atau syarikat membayar dividen, menyelesaikan hutang dan
membayar faedah.
4
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
1.2.4 Penyata Ekuiti Pemilik
Penyata ini merupakan baki setelah aset ditolak dengan liabiliti. Ia
menunjukkan tuntutan pemilik terhadap aset yang ada. Ekuiti pemilik syarikat
terdiri daripada:
i. Modal berbayar
ii. Premium saham
iii. Pendapatan Tertahan
iv. Rizab
1.3 Analisis Penyata Kewangan
Prestasi sesebuah perniagaan dapat dikenalpasti melalui analisis
penyata kewangan perniagaan bagi setiap tahun. Analisis ini dilaksanakan bagi
mengenal pasti prestasi kewangan perniagaan pada masa lepas dan pada masa
ini. Selain itu, analisis ini juga dilaksanakan bagi menjalankan atau
membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan dapat mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan sesebuah syarikat itu berdasarkan matlamat yang telah
ditetapkan.
Terdapat beberapa jenis nisbah kewangan yang boleh digunakan bagi
menilai prestasi kewangan perniagaan untuk tahun semasa. Antaranya ialah
nisbah kecairan, nisbah kecekapan, nisbah aktiviti (pengurusan aset) dan nisbah
keberuntungan. Setiap nilai nisbah ini memberikan gambaran umum kepada
pihak-pihak yang berkepentingan tentang prestasi perniagaan dari aspek-aspek
yang tertentu.
5
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Bagi tugasan ini, penyata kewangan yang akan digunakan untuk menilai
prestasi kewangan diambil daripada laporan kewangan Kumpulan Nestle
(Malaysia) Berhad. Tahun perakaunan yang dijadikan rujukan ialah penyata
kewangan tahun 2012 dan tahun 2013. Tujuan pengiraan nisbah kewangan bagi
kedua-dua tahun ini dilaksanakan adalah untuk dijadikan asas perbandingan
sekaligus membolehkan analisis arah aliran dilakukan. Menurut Shamsudin
Ismail (1998), tujuan analisis arah aliran adalah untuk menentukan sama ada
prestasi dan kedudukan kewangan syarikat mengalami arah aliran yang
meningkat atau menurun atau tidak mengalami apa-apa arah aliran yang
tertentu. Selain daripada itu, analisis ini adalah untuk menentukan sama ada
arah aliran masa lepas ini akan berterusan untuk masa depan.
1.3.1 Nisbah Kecairan
Nisbah kecairan digunakan untuk mengukur kemampuan jangka pendek
sesebuah syarikat membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah
cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. Nisbah-
nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat.
Berikut adalah keterangan bagi nisbah semasa dan nisbah cepat.
i. Nisbah Semasa
Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang
jangka pendek;
Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti
semasa;
Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma
membayar balik hutang jangka pendek; dan
Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah
semasa firma melebihi 1.
6
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk
menjelaskan tuntutan semasa.
Contoh :
Rujuk Lampiran
Nisbah Semasa (2012) = 840,703 = 0.90
929,392
Nisbah Semasa (2013) = 929,987 = 0.867
1,071,862
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai nisbah semasa bagi Kumpulan
Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 dan
2013.
Nisbah
Semasa
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
0.90 0.86 0.03 Menurun
Berdasarkan jadual perbandingan di atas, dapat disimpulkan bahawa
terdapat penurunan dari segi kemampuan perniagaan untuk menjelaskan
hutang-hutang jangka masa pendek yang ditanggung oleh perniagaan. Nilai
yang terlalu rendah juga menunjukkan prestasi perniagaan yang tidak baik
kerana perniagaan akan berdepan dengan ancaman bankrap akibat
ketidakmampuan membayar hutang semasa apabila dituntut oleh pemiutang.
Aset semasa
Nisbah semasa =
Liabiliti semasa
7
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Nilai nisbah semasa yang terbaik adalah 2.0. Berdasarkan pengiraan di
atas, dapat disimpulkan bahawa perniagaan dapat meningkatkan prestasi nisbah
hutangnya yang agak lemah pada tahun 2012 kepada nilai yang lebih baik pada
tahun 2013. Walau bagaimanapun, Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad perlu
memikirkan kaedah untuk meningkatkan nilai nisbah semasanya yang masih
berada di paras yang agak rendah.
ii. Nisbah Cepat
Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk
menampung liabiliti semasa;
Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui
pengecualian nilai inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori
merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang
siap dan pembelian secara kredit. Oleh itu, ianya mengambil masa untuk
mendapatkan tunai; dan
Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.
Contoh :
Rujuk Lampiran
Nisbah Cepat (2012) = 840,703 = 0.462
929,392
Nisbah Cepat (2013) = 929,987 - 408,614 = 0.486
Aset semasa - Iventori
Nisbah Cepat =
Liabiliti semasa
8
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
1,071,862
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai nisbah cepat bagi Kumpulan
Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 dan 2013.
Nisbah Cepat2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
0.46 0.48 0.02 Meningkat
Berdasarkan jadual di atas, berlaku peningkatan bagi nisbah cepat yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad. Ini disebabkan oleh
kebanyakan nilai aset semasa perniagaan terikat kepada inventori yang dimiliki.
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad perlu mengenalpasti teknik pemasaran yang
mampu menjana lebih pendapatan bagi membolehkan lebih banyak inventori
ditukarkan menjadi tunai atau bank.
1.3.2. Nisbah Keberuntungan
Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-
aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah
keberuntungan iaitu:
i. Nisbah margin untung kasar;
ii. Nisbah margin untung bersih;
iii. Nisbah pulangan atas aset; dan
iv. Nisbah pulangan atas ekuiti.
Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperolehi bererti
semakin berupaya syarikat membuat keuntungan.
9
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
i. Nisbah Margin Untung Kasar
Margin untung kasar menunjukkan keberkesanan dasar penetapan
harga dan kecekapan bahagian pengeluaran melaksanakan operasi perniagaan.
Nisbah ini merupakan peratus keuntungan yang diperoleh oleh firma melalui
jualan selepas ditolak kos barang dijual. Semakin tinggi nilai margin yang
diperoleh menunjukkan semakin baik tahap prestasi perniagaan. Formula yang
digunakan bagi menghitung margin untung kasar ialah:
Contoh :
Rujuk Lampiran
Nisbah Margin Untung Kasar (2012) = 1,553,184 = 0.34
4,556,423
Nisbah Margin Untung Kasar (2013) = 1,698,017 = 0.35
4,787,925
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai margin untung kasar bagi
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
dan 2013.
Margin
Untung Kasar
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
0.34 0.35 0.01 Meningkat
Pendapatan Kasar
Nisbah Margin Untung Kasar =
Jualan
10
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan di dalam margin untung kasar
yang diperoleh pada tahun 2012 berbanding tahun 2013 iaitu sebanyak 0.01 atau 1%.
Oleh kerana jumlah jualan semakin berkurang pada tahun 2013, peningkatan ini
mungkin disebabkan oleh pengurangan kos pengeluaran, sekaligus menunjukkan
peningkatan tahap kecekapan pengurusan pengeluaran Kumpulan Nestle (Malaysia)
Berhad.
ii. Nisbah Margin Untung Bersih
Ia dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Ia mengukur peratus
untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. Ia menunjukkan lebihan dari
setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini
mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal
perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas
keuntungan syarikat. Secara ringkasnya, terdapat beberapa faktor yang
menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu:
Harga;
Kos; dan
Jualan.
Pendapatan Bersih
Nisbah Margin Untung Bersih =
Jualan
11
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Contoh :
Rujuk Lampiran
Nisbah Margin Untung Bersih (2012) = 505,352 = 0.11
4,556,423
Nisbah Margin Untung Bersih (2013) = 561,701 = 0.11
4,787,925
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai margin untung bersih bagi
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
dan 2013.
Margin
Untung Bersih
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
0.11 0.11 - Kekal
Berdasarkan jadual di atas, tiada perubahan nilai margin untung bersih yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun 2012 dan 2013. Nilai
margin untung bersih yang diperoleh kekal pada 0.11 atau 11% bagi kedua-dua tahun
tersebut.
12
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
ii. Nisbah Pulangan Atas Aset (ROA)
Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar
keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu, ia
menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah,
semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.
Contoh :
Rujuk Lampiran
Nisbah Pulangan Atas Aset (2012) = 505,352 = 0.26
1,905,169
Nisbah Pulangan Atas Aset (2013) = 561,701 = 0.26
2,088,734
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pulangan atas aset
bagi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2012 dan 2013.
Pulangan
Atas Aset
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
0.26 0.26 - Kekal
Pendapatan Bersih
Nisbah Pulangan Atas Aset =
Jumlah Aset
13
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Berdasarkan jadual di atas, tiada perubahan nilai pulangan atas aset
yang diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun 2012 dan
2013. Nilai margin untung bersih yang diperoleh kekal pada 0.26 atau 26% bagi
kedua-dua tahun tersebut.
iii. Nisbah Pulangan Ekuiti
Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana
keuntungan pemegang saham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin
nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya
menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka. Antara
komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah:
Keuntungan tertahan;
Saham keutamaan; dan
Saham biasa.
Contoh :
Rujuk Lampiran
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti (2012) = 505,352 = 0.67
751,206
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti (2013) = 561,701 = 0.68
816,444
Pendapatan Bersih
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti =
Jumlah Ekuiti
14
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pulangan atas ekuiti
bagi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2012 dan 2013.
Pulangan
Atas Ekuiti
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
0.67 0.68 0.01 Meningkat
Berdasarkan jadual di atas, berlaku sedikit peningkatan terhadap nilai
pulangan atas ekuiti yang diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad
bagi tahun 2013 berbanding tahun 2012. Nilai pulangan atas ekuiti yang
diperoleh meningkat sebanyak 0.01 atau 1%.
1.3.3 Nisbah Aktiviti (Pengurusan Aset)
Analisis ke atas nisbah pengurusan aset atau nisbah aktiviti dilaksanakan
bagi mengenalpasti keberkesanan firma menggunakan aset-aset yang ada di
dalam perniagaan untuk menghasilkan jualan atau menambahkan pendapatan
perniagaan. Semakin tinggi nilai nisbah yang diperoleh, semakin bagus prestasi
firma di dalam pengurusan aset-aset perniagaan yang ada. Bagi mengenal pasti
kecekapan pengurusan Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad dalam
menggunakan aset-aset perniagaan yang dimiliki, sebanyak tiga jenis pengiraan
nisbah akan digunakan iaitu pusing ganti iventori, pusing ganti aset tetap, pusing
ganti jumlah aset.
15
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
i. Pusing Ganti Iventori (stok)
Analisis pusing ganti inventori memberikan gambaran umum kepada
pihak-pihak berkepentingan tentang kecekapan pengurusan inventori firma.
Analisis kewangan ini melibatkan pembelian dan penggunaan inventori yang
dimiliki oleh perniagaan. Semakin tinggi nilai pusing ganti yang diperoleh
menunjukkan semakin baik prestasi yang ditunjukkan oleh perniagaan. Ini
disebabkan oleh semakin tinggi nilai pusing ganti bermaksud semakin banyak
barang-barang yang habis dijual oleh perniagaan. Formula yang digunakan bagi
menghitung pusing ganti inventori ialah:
Contoh :
Rujuk Lampiran
Pusing Ganti Iventori (2012) = 3,003,239 = 7.3
411,170
Pusing Ganti Iventori (2013) = 3,089,908 = 7.5
411,170
Kos Barang Dijual
Pusing Ganti Iventori =
Inventori
16
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pusing ganti inventori
bagi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2012 dan 2013.
Pusing Ganti
Inventori
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
7.3 7.5 0.2 Meningkat
Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan di dalam nilai pusing
ganti inventori pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 iaitu sebanyak 0.2 kali.
Ini menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan inventori yang dimiliki oleh
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad untuk menjana pendapatan kepada
perniagaan menjadi bertambah baik.
ii. Pusing Ganti Aset Tetap
Pusing ganti aset tetap menunjukkan kemampuan dan kecekapan firma
menggunakan aset-aset tetap yang dimiliki untuk menghasilkan jualan bagi
perniagaan. Semakin tinggi nilai pusing ganti yang diperoleh adalah lebih baik
untuk menunjukkan peningkatan prestasi firma. Formula yang digunakan bagi
menghitung pusing ganti aset tetap ialah:
Jualan
Pusing Ganti Aset Tetap =
Aset Tetap
17
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Contoh :
Rujuk Lampiran
Pusing Ganti Aset Tetap (2012) = 4,556,423 = 4.2
1,064,466
Pusing Ganti Aset Tetap (2013) = 4,787,925 = 4.1
1,158.747
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pusing ganti aset tetap
bagi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2012 dan 2013.
Pusing Ganti
Aset Tetap
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
4.2 4.1 0.1 Menurun
Berdasarkan jadual di atas, terdapat penurunan di dalam nilai pusing
ganti aset tetap pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 iaitu sebanyak 0.1 kali.
Ini menunjukkan berlaku penurunan terhadap tahap keberkesanan penggunaan
aset tetap oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad untuk menjana pendapatan
kepada perniagaan.
iii. Pusing Ganti Jumlah Aset
18
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Pusing ganti jumlah aset menghitung keberkesanan penggunaan aset-
aset yang dimiliki untuk mendatangkan hasil kepada perniagaan. Analisis ini
menilai kemampuan firma menguruskan kesemua aset yang ada untuk menjana
pendapatan kepada perniagaan. Semakin tinggi nilai pusing ganti yang diperoleh
adalah lebih baik untuk menunjukkan peningkatan prestasi firma. Formula yang
digunakan bagi menghitung pusing ganti aset tetap ialah:
Contoh :
Rujuk Lampiran
Pusing Ganti Jumlah Aset (2012) = 4,556,423 = 2.39
1,905,169
Pusing Ganti Jumlah Aset (2013) = 4,787,925 = 2.29
2,088,734
Jualan
Pusing Ganti Jumlah Aset =
Jumlah Aset
19
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pusing ganti jumlah
aset bagi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2012 dan 2013.
Pusing Ganti
Jumlah Aset
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
2.39 2.29 0.1 Menurun
Berdasarkan jadual di atas, terdapat sedikit penurunan di dalam nilai pusing
ganti jumlah aset pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 iaitu sebanyak 0.1
kali. Ini menunjukkan berlaku penurunan terhadap tahap keberkesanan
penggunaan aset-aset yang dimiliki oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad
untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.
1.3.4 Nisbah Kecekapan
i. Kadar Pusing Ganti Stok
Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam
satu tempoh tertentu biasanya 12 bulan bagi satu tempoh perakaunan. Nisbah
pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat membeli inventori
baharu dan ini bermakna jualan adalah baik. Ini juga menunjukkan kecukupan
inventori dan kecekapan pengurusannya. Jika jumlah inventori yang disimpan
adalah kecil, pengurusan dianggap baik.
Kos Jualan
Kadar Pusing Ganti Iventori =
Stok Purata
20
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Contoh :
Rujuk Lampiran
Kadar Pusing Ganti Iventori (2012) = 3,003,239
(411,170 + 408,614 / 2)
= 3,003,239 = 7.3
409,892
Kadar Pusing Ganti Iventori (2013) = 3,089,908
(411,170 + 408,614 / 2)
= 3,003,239 = 7.5
409,892
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai kadar pusing ganti
iventori bagi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember 2012 dan 2013.
Kadar
Pusing Ganti
Iventori
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
7.3 7.5 0.2 Meningkat
Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan di dalam nilai kadar
pusing ganti iventori pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 iaitu sebanyak 0.2
kali. Ini menunjukkan berlaku peningkatan terhadap tahap keberkesanan
penggunaan stok-stok yang dimiliki oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad
untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.
21
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
ii. Tempoh Kutipan Hutang
Nisbah ini mengukur tempoh masa mengutip hutang daripada
penghutang.
Contoh :
Rujuk Lampiran
Tempoh Kutipan Hutang (2012) = 394,144 X 365 = 4158.71
34593
Tempoh Kutipan Hutang (2013) = 502,207 X 365 = 12062.75
15196
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan tempoh kutipan hutang bagi
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
2012 dan 2013.
Tempoh
Kutipan
Hutang
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
4158.71 12062.75 7904.04 Meningkat
Penghutang
Tempoh Kutipan Hutang = x 365
Jualan Kredit
22
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan yang mendadak di
dalam tempoh kutipan hutang pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 iaitu
sebanyak 7904.04 kali. Ini menunjukkan berlaku peningkatan yang drastik
terhadap tahap keberkesanan pengutipan hutang yang dimiliki oleh Kumpulan
Nestle (Malaysia) Berhad untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.
iii. Tempoh Pembayaran Hutang
Contoh :
Rujuk Lampiran
Tempoh Pembayaran Hutang (2012) = 872,045 x 365 = 75372.109
4223
Tempoh Pembayaran Hutang (2013) = 1,022,999 x 365 = 49423.511
7555
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan tempoh pembayaran
hutang bagi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember 2012 dan 2013.
Tempoh
Pembayaran
Hutang
2012 2013 Perbezaan Meningkat/Menurun
75372.109 49423.511 25948.598 Menurun
Pemiutang
Tempoh Pembayaran Hutang = X 365
Belian Kredit
23
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Berdasarkan jadual di atas, terdapat penurunan yang mendadak di
dalam tempoh pembayaran hutang pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 iaitu
sebanyak 25948.598 kali. Ini menunjukkan berlaku penurunan yang drastik
terhadap tahap keberkesanan pembayaran hutang yang dimiliki oleh Kumpulan
Nestle (Malaysia) Berhad untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.
2.0 KESIMPULAN
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, prestasi kewangan Kumpulan
Nestle (Malaysia) Berhad mengalami sedikit kemerosotan pada tahun 2013
berbanding tahun 2012. Pihak pengurusan pentadbiran dan pemasaran perlu
mengenalpasti teknik pemasaran yang mampu menjana lebih pendapatan serta
memikirkan strategi bagi meningkatkan keuntungan bagi tahun berikutnya.
24
ANALISIS PENYATA KEWANGAN
RUJUKAN
Loh Lan dan Wong Pooi Leng. (2005). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5.
Shah Alam. Federal Marshall Cavendish Education.
Tan Siew Lian. (2007). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 & 5. Petaling Jaya.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Unit Perdagangan Bidang Pendidikan Teknik, Vokasional Dan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2010). Buku Sumber Pengajaran & Pembelajaran Prinsip Perakaunan.
Mokhtar Pet. (2013). Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1. Shah Alam.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
R.J. Bull.(1998). Perakaunan dalam Perniagaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet. (2012). Teks STPM Pengajian
Perniagaan Penggal 1. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.
Diperolehi
:http://salinasmjkkh.wikispaces.com/file/view/Modul+Prinsip+Perakaunan+2010%
5B1%5D.pdf.
Diperolehi :http://jamal7478.blogspot.com/2008/10/penyata-kewangan-maksud-
aset-liabiliti.html.
Diperolehi
:http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/about%20us/nestle_corp
orategovernance_financialreport_2013-bm.pdf
25
ANALISIS PENYATA KEWANGAN