tugasan tatabahasa
DESCRIPTION
Tugasan OUMTRANSCRIPT
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
1.0 Pengenalan
Bahasa Melayu boleh dinobatkan sebagai satu bahasa yang tersohor dan terkenal
di Asia Tenggara. Dengan mengangkat martabat bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia, malahan bahasa pengantar pendidikan, telah
menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Melayu ialah mata
pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan bahasa
Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi
dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan
tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
Pendidikan bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas
ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum
bahasa Melayu sekolah menengah dan rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum bahasa Melayu menyediakan murid untuk
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan
tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada
pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang
penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik.
Penumpuan bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu
diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca
serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga
memberikanpertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang
berbeza di kalangan murid.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 1
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh mengenai kurikulum
bahasa Melayu sekolah menengah. Sukatan Pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif
dan organisasi kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi penggunaan bahasa,
kemahiran bahasa, sistem bahasa, hasil pembelajaran, dan pengisian kurikulum. Terdapat
lima dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran yang
berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat kurikulum bahasa Melayu pula adalah untuk melengkapkan murid
dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri
dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu, murid sekolah rendah dapat menggunakan bahasa baku
yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi murid sekolah menengah pula, pada
akhir pembelajaran, mereka dapat melahirkan idea dan pendapat dalam dalam bentuk
lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan berdasarkan penggunaan tatabahasa yang
mantap.
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
dan KBSM 2003).
Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh
penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras
bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan
mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat
berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu
tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang
morfologi dan sintaksis.
Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan
tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat)
yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 2
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau
tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan
oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan. Abdullah Hassan
dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikan tatabahasa
sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan
kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan
sebagai tatabahasa. Manakala menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah
Mahmood (1977), nahu atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem
yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang
tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya
betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.
Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan sesuatu bahasa
yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam
struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh
masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama
dengan masyarakat penuturnya. Oleh itu, dalam memenuhi tuntutan tugas kursus ini iaitu
menunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan sintaksis serta
menganalisis penggunaan penanda wacana dalam sesebuah karangan, saya akan
membincangkan serba-sedikit mengenai aspek-aspek tersebut.
1.1 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan
penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ajaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa
unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota
lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah
seperti yang berikut :
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 3
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
i. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi
Kata asli bahasa Melayu
kata pinjaman bahasa Melayu
ii. Bentuk kata
Kata tunggal
Kata terbitan
Kata majmuk
Kata ganda
iii. Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah :
Pengimbuhan
Penggandaan
Pemajmukan
Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem
imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan kepada aspek
penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.
iv. Golongan kata
Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
Kata tugas
1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang
diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:
i. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya
serta pembahagian subjek dan predikat
ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan,
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 4
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
iii. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif,
iv. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang,
v. Binaan dan proses penerbitan ayat :
Ayat dasar;
Ayat tunggal; dan
Ayat terbitan atau ayat majmuk.
vi. Aspek tanda baca
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSR dan KBSM 2003)
1.3 Penanda wacana
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis
ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai
penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana
berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh
penanda wacana seperti berikut:
a. Tambaha : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
selanjutnya, seterusnya, di samping
b. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian,
kemudian daripada itu, akhirnya
c. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
diterangkan
d. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
umpama, bagai, bak kata, sebagai
e. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan,
akhir kata, sebagai penyimpul kata
f. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
bertentangan dengan
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 5
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
g. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
h. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu
i. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
juga dengan
j. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun,
walaubagaimanapun, namun begitu, bertentangan
dengan
k. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya
Terdapat tiga jenis penanda wacana iaitu untuk menunjukkan pertautan dari segi
kronologi, memperjitu organisasi penulisan dan menghubungkan fakta dengan
fakta atau idea dengan idea yang lain. Sementara fungsi penanda wacana pula
ialah untuk menunjukkan maksud tambahan, untuk menunjukkan maksud
sebaliknya, untuk menunjukkan sebab dan untuk menunjukkan ketika.
2.0 Analisis Kesalahan Karangan Murid
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan
kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid
menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai
bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan
ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah juga
memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan
yang berbeza di kalangan murid.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah turut menekankan kemahiran
bahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 6
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Dalam tugasan
ini, saya akan member tumpuan kepada kemahiran menulis. Berdasarkan Sukatan
Pelajaran bahasa Melayu KBSR, Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang
jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang
meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.
Penulisan Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada komponen penting
dalam UPSR. Terdapat tiga bahagian yang perlu dijawab oleh calon. Bahagian A
memerlukan murid membina 5 ayat berdasarkan gambar yang diberi. Bahagian B pula
memerlukan murid menulis satu karangan daripada tiga soalan yang disediakan.
Sementara bahagian C pula memerlukan murid membuat satu rumusan berdasarkan
petikan yang diberi. Murid perlu mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam
petikan dan menghasilkan rumusan dalam satu petikan tidak melebihi 50 patah perkataan.
Tugasan ini memerlukan saya mengkaji kesalahan tatabahasa daripada aspek
morfologi dan sintaksis serta aspek penanda wacana yang terdapat dalam karangan
murid. Oleh itu, saya menggunakan garis panduan untuk memeriksa ujian penulisan yang
telah ditetapkan dan panduan pemarkahan item bahagian B kertas penulisan untuk
mengenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut. Untuk tujuan ini juga, saya telah
memeriksa 10 buah karangan bahagian B murid-murid tahun 5. Bagi kesalahan penanda
wacana, saya menekankan kesalahan murid daripada aspek fungsi penanda wacana yang
menunujukan maksud. Analisis data kesalahan-kesalahan murid daripada aspek
tatabahasa ini akan dimasukkan ke dalam jadual kekerapan agar ia kelihatan lebih jelas
dan mudah difahami. Seterusnya, cadangan pembetulan untuk setiap kesalahan yang
dilakukan oleh murid juga ditunjukkan dalam bentuk jadual.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 7
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2.1 Garis panduan memeriksa Kertas Penulisan Bahasa Melayu
2.1.1 Panduan dan Cara Memeriksa Kertas
a. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara
holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau
penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.
b. Isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada
guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah.
2.1.2 Langkah-langkah Memeriksa Kertas
a. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat
dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan
(impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan
anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu
akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.
b. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu
sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-
tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual
kriteria pemarkahan atau penskoran.
c. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan
yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang
disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5)
markah maksimum sahaja yang layak diberi.
d. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang
dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada
markah keseluruhan.
e. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk
format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus
tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2)
markah daripada markah keseluruhan.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 8
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
f. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang
jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan
pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi
jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan
markahnya.
g. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-
murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan
gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-
ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau
aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid
mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata
kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan
menyepak dan lain-lain lagi. Jangan membina lebih daripada lima
(5) ayat kerana markah akan ditolak.
h. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-
murid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi
penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan, huraian, dan
contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan
juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak
markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga
mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
i. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-
murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama
ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilainilai murni.
Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni)
mesti mengandungi lima (5) isi untuk layak memperoleh markah
yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan
atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi.
Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 50 patah
perkataan.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 9
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2.2 Panduan pemarkahan item Bahagian B bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan
Peringkat Markah Ukuran Pencapaian (Kriteria)
Cemerlang
24 – 30
(27 – 30)Tinggi
(24 – 26)Rendah
a. Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik untuk dibaca.
b. Pengolahan idea yang sangat baik, menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema.
c. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema atau soalan.
d. Pengunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
Baik
17 – 23
(20 – 23)Tinggi
(17 – 19)Rendah
a. Penggunaan ayat masih gramatis dan bertepatan dengan tema atau soalan.
b. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema atau soalan.
c. Pengolahan idea yang baik, jelas dan menarikd. Terdapat beberapa kesilapan ejaan dan tanda baca
tetapi tidak menjejaskan karangan.
Memuaskan
11 – 16
(14 – 16)Tinggi
(11 – 13)Rendah
a. Menggunakan ayat yang kurang gramatisb. Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan
penyampaian idea yang kurang menarikc. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad.d. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar,
noktah, dan koma) serta terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca dalam karangan.
Pencapaian Tahap
Minimum
1 – 10
(6 – 10)Tinggi(1 – 5)Rendah
a. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami jalan ceritanya.
b. Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak gramatisc. Tidak menguasai kemahiran ejaan dan tanda baca
dalam ayat atau penulisan.d. Karangan yang tidak mengikut format atau
kehendak soalan.e. Karangan terpesong atau tergelincir dari landasan
soalan atau tajuk.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 10
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2.3 Simbol-simbol untuk menyemak kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karangan murid.
Simbol Keterangan
√ Isi
( ) Kesalahan idea/fakta
Kesalahan struktur ayat (sekurang-kurangnya 2 kesalahan perkataan)
Kesalahan penggunaan kata/ kosa kata/ imbuhan
Kesalahan berulang penggunaan kata/ kosa kata/ imbuhan
Kesalahan tanda baca
Kesalahan tanda baca berulang
/ Kesalahan ejaan
// Kesalahan ejaan berulang
2.4 Jadual analisis kesalahan tatabahasa dalam 10 buah karangan murid, kekerapan kesalahan dan cadangan pembetulan untuk setiap kesalahan.
a. Kesalahan Morfologi
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 11
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
i. Kesalahan dalam karangan murid :
No. Karangan
Kesalahan
Struktur Kata Bentuk Kata Pembentukan kata Golongan kata
1. yagmagsatida
lebut perpatahkejadian
tahkekampungsedang
2. mujurlahambulances
yang
3. semua perjalanmenggunakandijalan
denganterjumpakesanasudahpunsudah (2)kerumah
4. Ambulenmenagismegayamnak
pusingtengokrasa
Banyakyang (tidak ditulis)di timpadikampungyang (tidak ditulis-2)oleh (tidak ditulis)
5. peragaisudadeng
menggusikhuru-raya
boleh mahukepada
6. kebangsaansarikei
Kawan kawanyaTaman lalu lintas shell
mengetahuimengiku
nyadipukuyang
7. firdaus mengumun dalamnyacikgu sudinketapi
8. Diapadadahyunuspadaujanserperti
megulangterlihatmenyiamkanakhirnya
dalamtentangdi pukul
9. Masa buli kesekolah
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 12
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
lembam kekerana
10. beg dompetmegituBapaKata (tidak ditulis)
merata dibagimengesalmemberi tahu
Dandi lihat
ii. Kekerapan kesalahan dalam karangan murid :
No. Karangan
Kesalahan
Struktur Kata Bentuk Kata Pembentukan kata Golongan kata
1. 3 1 2 32. 1 0 0 13. 1 0 3 74. 4 0 3 95. 3 2 1 26. 2 2 2 37. 1 0 1 38. 7 0 4 39. 2 0 1 310. 4 1 3 2Jumlah 28 6 20 36
iii. Cadangan pembetulan dalam karangan murid :
No. Karangan
Pembetulan
Struktur Kata Bentuk Kata Pembentukan kata Golongan kata
1. yang mangsa tidak
lebat berpatah kejadian
(tidak perlu ditulis)
kelah ke
kampung sedang
(tidak perlu ditulis)
2. Mujurlah ambulans
yang (tidak perlu ditulis)
3. Seluruh jalan itu
perjalanan melalui dilalui
oleh sampai ke
balai ke sana
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 13
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
sudah (tidak perlu ditulis)
pun (tidak perlu ditulis)
ke rumah4. Ambulans
menangis meganyam hendak
berpatah melihat berasa
Ramai yang menjadi
mangsa di kampung yang oleh
5. perangai sudah dengan
mengusik kelam-
kabut
dibenarkan Mahu (tidak perlu ditulis)
daripada6. Sekolah
Kebangsaan Sarikei
Kawan-kawanya
Taman Lalu Lintas Shell
memberitahu mengikut
mereka dipukul yang (tidak
perlu ditulis)
7. Firdaus mengumumkan dalam (tidak perlu ditulis)
mereka Cikgu
Sudin ke (tidak
perlu ditulis)
tetapi
8. dia Pada sudah Yunus Pada ujian seperti
mengulang melihat menyiapkan Akhirnya
belajar yang
cemerlang dipukul
9. semasa lebam
membuli ke sekolah ke (tidak
perlu ditulis)
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 14
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
dan10. dompet
begitu bapa bak kata
merata-rata diberi menyesal memberitahu
Dan (tidak perlu ditulis)
dilihat
b. Kesalahan Sintaksis
i. Kesalahan dalam karangan murid :
No. Karangan
Kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat
1.
a. Tempat itu telah banjir lumpurb. Pasukan penyelamat sedang mencari magsa yang ditimpa
kejadian itu.c. Kereta perpatah arah kerana jalan raya telah ditutup.
2.
a. kejadian tanah runtuh berlaku.b. dan juga banyak orang mati dalam kejadian tanah runtuh.c. Lima buah kereta ambulances yang digunakan untuk membawa
orang yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. 3. a. Semua jalan raya dibanjiri dengan air hujan.
b. Kami menggunakan jalan selekoh yang tajam.c. Akhirnya kami terjumpa balai polis.d. Lima minit kemudian, pasukan keselamatan sudah tiba.e. Hujan pun berhenti.f. Kami pulang kerumah dan menyaksikan cerita kejadian tanah
runtuh.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 15
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
g. Semasa hari hujan kami tidak dibenarkan berjalan pesan ibu dengan kami.
4.
a. Kami nyaris ditimpa tanah runtuh, mujur kami pusing balik.b. Kami terus pergi jalan lain untuk pulang ke kampung untuk
berhari raya.c. Kami terus menceritakan kepada atuk dan nenek.d. Kejadian itu tidak saya boleh lupa dan keluarga.e. Mak dan nenek megayam ketupat dan kuih-muih.f. Saya dan adik tidak sabar nak rasa kuih dibuat nenek dan biskut
dibuat oleh mak.
5.
a. Saya ada seorang kawan namanya ialah Alif.b. Waktu itu suasana huru-hara.c. Semasa itu Abu pengsan.d. Selepas habis merawat Abu, cikgu pun melawat dia tetapi tidak
boleh kerana Abu sedang berehat.
6.
a. Di sebuah kampung, terdapat dua orang budak nakal. Namanya Abu dan Bakar.
b. Semua murid-murid hadir terkecuali Abu dan Bakar.c. Abu dan Bakar sedang menghisap rokok. Malangnya polis
sedang meronda di sekitar kampung tersebut.d. Cikgu Siti diminta dating ke balai mengetahui di mana sekolah
budak tersebut.
7.a. Suatu hari, Ahmad dan Saiful sering mengacau firdaus.b. Mereka selalu ponteng untuk turun ke sekolah.
8.a. Zaid juga malas dalam pelajarannya.b. Serperti pepatah berkata “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal
Kemudian tiada berguna.
9.
a. Mereka berkata “Selamat pagi cikgu” mereka berkata.b. Cikgu mereka terus menghukum mereka berdua terus kena
hokum rotan 10 kali.c. Cikgu berkata “kalau kamu buat lagi cikgu akan tergesa-gesa
akan membuang kamu sekolah.
10.a. Ramai kalangan guru marah akan sikap ben.b. Lisa megitu mengesal dengan perbuatan abangnya Ben.
ii. Kekerapan kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat dalam
karangan murid :
No. Karangan
Kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat
1. 32. 3
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 16
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
3. 74. 65. 46. 47. 28. 29. 310. 2
Jumlah 36
iii. Cadangan pembetulan bentuk, struktur dan binaan ayat dalam
karangan murid :
No. Karangan
Pembetulan kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat
1.
a. Banjir lumpur berlaku di situ.b. Pasukan penyelamat berusaha mencari magsa yang terlibat
dalam kejadian itu.c. Semua kenderaan diarah untuk berpatah balik oleh polis kerana
jalan raya ditutup.
2.
a. Berlaku kejadian tanah runtuh.b. Ramai mangsa mati dalam kejadian tanah runtuh itu.c. Lima buah ambulans telah digunakan untuk membawa mangsa
yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu. 3. a. Seluruh jalan raya itu dibanjiri air hujan.
b. Kami melalui jalan raya yang berselekoh tajam.c. Akhirnya, kami sampai juga di balai polis.d. Sejurus kemudian, pasukan keselamatan pun tiba.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 17
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
e. Akhirnya, hujan berhenti.f. Apabila sampai di rumah, kami menyaksikan berita kejadian
tanah runtuh itu di telivisyen.g. “Jangan berjalan semasa hari hujan” pesan ibu kepada kami.
4.
a. Kami bernasib baik kerana tidak ditimpa runtuhan tanah itu apabila ayah sempat berpatah arah.
b. Kami terpaksa menggunakan jalan lain untuk pulang berhari raya di kampung.
c. Kami menceritakan peristiwa itu kepada atuk dan nenek apabila sampai di kampung.
d. Saya dan keluarga saya tidak boleh melupakan kejadian itu.e. Mak dan nenek meganyam ketupat dan menyediakan kuih-muih
untuk berhari raya.f. Saya dan adik tidak sabar hendak merasa kuih-muih dan biskut
yang dibuat oleh nenek dan mak.
5.
a. Saya ada seorang kawan bernama Alif.b. Suasana di dalam kelas menjadi kelam-kabut seketika.c. Cikgu membawa Abu ke hospital kerana dia pengsan.d. Cikgu hendak melawat Abu selepas doktor selesai merawatnya.
Namun dia tidak dibenarkan oleh doktor kerana Abu sedang berehat.
6.
a. Di sebuah kampung terdapat dua orang budak nakal bernama Abu dan Bakar.
b. Semua murid hadir kecuali Abu dan Bakar.c. Abu dan Bakar sedang menghisap rokok sewaktu polis meronda
di sekitar kampung tersebut.d. Cikgu Siti diminta datang ke balai polis untuk membuat
pengesahan tentang tempat murid itu bersekolah.
7.a. Suatu hari, Ahmad dan Saiful mengacau Firdaus.b. Mereka selalu ponteng sekolah.
8.a. Zaid juga malas belajar.b. Serperti kata pepatah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada berguna”.
9.
a. “Selamat pagi cikgu” ucap mereka.b. Mereka berdua dihukum rotan 10 kali oleh cikgu.c. Cikgu berkata “kalau kamu buat lagi, cikgu tidak akan teragak-
agak untuk mengenakan tindakan buang sekolah ke atas kamu”.
10.a. Ramai guru berasa marah akan sikap Ben itu.b. Lisa berasa marah kerana melihat perbuatan Ben, abangnya itu.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 18
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
c. Kesalahan Penanda Wacana :
i. Kesalahan maksud penanda wacana dalam karangan murid :
No. Karangan
Kesalahan maksud
Tambahan Sebaliknya Sebab Ketika
1.
a. Tidak lama selepas banjir,
b. Tidak lama selepas kejadian tanah runtuh itu,
2. Tidak menulis penanda wacana3. a. Satu jam
kemudian,b.Akhirnyac. Lima minit
kemudian,d.Beberapa
jam
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 19
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
kemudian,4. Tidak menulis penanda wacana5. a. Inilah6. Tidak menulis penanda wacana
7.a. Tapi
malangnya,8. a. Pada masa9. Tidak menulis penanda wacana
10.a. Seperti, a. Di dalam
kelas,Jumlah 3 1 1 6
ii. Kekerapan kesalahan penggunaan maksud penanda wacana dalam karangan murid :
Maksud penanda wacana Kekerapan kesalahan
Tambahan 3
Sebaliknya 1
Sebab 1
Ketika 6
iii. Cadangan pembetulan kesalahan maksud penanda wacana dalam karangan murid :
No. Karangan
pembetulan maksud penanda wacana
Tambahan Sebaliknya Sebab Ketika
1. a. Selepas itu,b. Sejurus
kemudian,
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 20
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
2. a. Selepas itu, a. Natijahnya,3. a. Kemudian,
b. Setelah beberapa ketika,
c. Tidak lama kemudia,
d. Selanjutnya,4. a. Tanpa
berlengah lagi,
a. Semenjak itu,
5. a. Pengajaran daripada kisah ini,
6. a. Sebaliknya, a. Dengan itu,7. a. Dalam masa
yang sama
8. a. Sementara itu,
9. a. Oleh itu, a. Akhirnya10. a. Justeru itu, a. Sementara
itu,
d. Rumusan analisis kesalahan kesalahan daripada aspek morfologi,
sintaksis dan penanda wacana
Secara keseluruhannya, prestasi murid-murid yang menjawab
soalan karangan yang diberikan adalah memuaskan. Daripada aspek
sintaksis, murid paling banyak melakukan kesalahan untuk golongan
kata. Kesalahan paling sedikit pula adalah bentuk kata. Hal ini
mungkin disebabkan oleh aspek golongan kata mempunyai skop yang
amat luas dan boleh mengelirukan murid jika tidak difahami dengan
teliti. Dalam aspek sintaksis pula, purata kesalahan bagi setiap
karangan ialah 3.6 kali. Purata kesalahan ini menggambarkan murid-
murid agak mahir dalam membina ayat untuk membentuk perenggan-
perenggan dalam sesebuah karangan. Pencapaian ini juga mungkin
disebabkan oleh murid-murid mempunyai pengalaman sedia ada
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 21
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
dalam menulis tajuk-tajuk karangan yang diberikan. Aspek penanda
wacana memberikan pola analisis kesalahan yang tidak menentu.
Terdapat juga murid yang langsung tidak menggunakan sebarabg
penanda wacana dalam karangan mereka. Hal ini mungkin disebabkan,
lebih ramai murid yang memilih untuk menulis karangan berbentuk
cerita.
3.0 Kajian Literatur Kesalahan Penulisan Karangan
Setelah membincangkan analisis jenis-jenis kesalahan tatabahasa oleh murid
semasa menulis karangan, seterusnya saya akan cuba membicarakan pula tentang kajian-
kajian tertentu yang boleh dirujuk dan dijadikan pedoman untuk mengenal pasti
kesalahan-kesalahan dalam penulisan karangan oleh murid-murid di sekolah. Dengan
meneliti kajian-kajian ini atau bahan-bahan rujukan tertentu, adalah diharapkan kita akan
dapat menilai semula strategi dan kaedah-kaedah terbaik untuk meningkatkan mutu
penulisan karangan di kalangan murid-murid sekolah.
Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa, Aida
Suraya Md. Yunus dan Adenan Ayob yang bertajuk “Kesan Antara Penggunaan
Pemprosesan Kata Dengan Pen, Pensel Dan Kertas Terhadap Pencapaian Serta
Kualiti Karangan Murid Tingkatan Empat” mendapati bahawa penggunaan
Pemprosesan Kata dalam penulisan karangan adalah berkesan kepada murid. Manfaatnya
boleh terus menyumbang kepada usaha memupuk keupayaan murid dalam penulisan.
Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran wajar mengkaji keperluan untuk
melengkapkan bilik darjah dengan komputer, termasuk membekalkan kemudahan
internet supaya Pemprosesan Kata yang digunakan dalam penulisan karangan adalah
menyeluruh. Tujuan makmal bahasa dilengkapkan dengan peralatan komputer, perisian
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 22
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
dan internet adalah untuk memberi kemudahan kepada murid supaya dapat menerima
faedah daripada arus pembelajaran berasaskan komputer ini. Kelengkapan prasarana ini
juga begitu penting untuk memastikan murid sentiasa berminat terhadap pelajaran.
Cadangan ini juga adalah berpandukan kadar kejayaan murid yang terlibat dalam
penggunaan Pemprosesan Kata. Jika lebih banyak murid yang menggunakan
Pemprosesan Kata, kadar kejayaan akan lebih meningkat.
Kajian ini amat bermanfaat kepada beberapa pihak, khususnya Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meneliti kajian ini
secara menyeluruh yang membabitkan pencapaian dan kualiti dalam penulisan karangan
untuk menyerapkannya sebagai panduan bagi guru yang khususnya mengajar di sekolah
menengah. Kajian ini turut memberikan input sampingan tentang penggunaan
Pemprosesan Kata secara mantap dalam penulisan. Dengan ini, guru dapat
menghindarkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid, seperti pengetahuan tentang
penulisan karangan mengikut panduan yang betul dan tepat. Kajian ini turut dilakukan
untuk menyokong usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menggiatkan
penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan karangan yang
mempunyai pendekatan bestari dengan berasaskan komputer dan teknologi maklumat.
Setakat ini, alat bantu yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan berasaskan komputer dan teknologi maklumat masih belum meluas. Walaupun
terdapat alat bantu yang seumpama itu, kesannya dari aspek pencapaian dan kualiti tidak
diuji dan disesuaikan dengan teori pembelajaran. Justeru, dapatan yang positif daripada
kajian ini begitu penting untuk meyakinkan murid dalam menggunakan Pemprosesan
Kata bagi penulisan karangan. Kajian ini juga pada umumnya menyumbang kepada
perkembangan pendidikan semasa. Secara realitinya, murid mengutamakan penggunaan
alat bantu pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat.
Sehubungan itu, penggunaan Pemprosesan Kata menjadi salah satu daripada keperluan
mereka dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran pada alaf baharu ini.
Hasil penulisan Bahasa Melayu akan dapat ditingkatkan kualitinya jika terdapat
penggunaan alat bantu yang begitu sesuai dalam memudahkan sesi pengajaran guru.
Penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah berlandaskan
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 23
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
ciri mesra pengguna, praktikal, mudah dan sistematik. Oleh yang demikian, alat. Kualiti
karangan diasaskan pada analisis mengikut kriteria isi, bahasa dan pengolahan, iaitu
tahap cemerlang, kepujian, baik, memuaskan dan pencapaian minimum (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2005). Ciri yang terdapat dalam kriteria isi adalah idea, manakala
bahasa adalah kata, ayat, ejaan, tanda baca, laras, kosa kata, gaya bahasa dan unsur.
Pengolahan pula merangkumi ciri menarik, berkesan, kesesuaian pemerengganan dan
wacana. Penganalisisan kualiti isi, bahasa dan pengolahan yang berpandukan tahap-tahap
tersebut adalah sesuai dalam analisis teks, seperti teks yang berbentuk karangan (Jamali
Ismail, 1997).
Kajian bertajuk “Masalah Penulisan Naratif Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah” oleh Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof dan Raja Mohd. Fauzi Raja
Musa mendapati kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah penulisan boleh diajar
menulis dengan lebih baik sekiranya ada pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan
bahan pengajaran yang bersesuaian. Jenis dan jumlah sokongan yang perlu diberi adalah
bergantung kepada keperluan individu, tahap persekolahan dan jenis penulisan yang
bermasalah (Applebee & Langer 1983). Jumlah bantuan yang diberi akan berkurangan
setelah pelajar lebih mahir menulis. Di negara-negara barat seperti di Amerika Syarikat,
undang-undang pusat dan kerajaan negeri memandatkan bantuan diberi kepada pelajar-
pelajar yang mengalami masalah penulisan. Guru-guru disyaratkan mematuhi undang-
undang berkenaan dan memastikan segala usaha dilaksanakan supaya masalah penulisan
dapat diatasi dan prestasi pencapaian akademik tidak terjejas. Hak asasi pelajar kurang
upaya mesti dipelihara dan guru perlu memastikan peraturan undang-undang
dilaksanakan secara praktis di dalam bilik darjah. Guru bertanggungjawab untuk
menyediakan persekitaran yang membolehkan pelajar berjaya. Untuk memastikan pelajar
boleh berjaya, guru mesti yakin dan percaya bahawa :
i. semua pelajar boleh belajar
ii. kejayaan membawa kepada lebih banyak kejayaan
iii. sekolah mengawal keadaan yang membawa kejayaan
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 24
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
(Garcia 1992).
Kebanyakan pengubahsuaian dan modifikasi pengajaran tidak melibatkan
perbelanjaan masa dan wang yang banyak, tetapi melibatkan perubahan pandangan
kepada situasi yang sama (Gamble 1993). Untuk kebanyakan pelajar yang mengalami
masalah penulisan, penyediaan akomodasi yang sesuai adalah satu cara hak asasi dan
peluang pembelajaran yang boleh diperolehi oleh kumpulan pelajar ini.
Kajian oleh Hashim Othman yang bertajuk “Penilaian Tahap Penguasaan
Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan
Kebolehpercayaan Instrumen” menjelaskan bahawa kemahiran menulis merupakan
sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut UNESCO (1980) merupakan salah
satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap
rakyatnya. Kurangnya kajian tentang literasi fungsian yang membabitkan kemahiran
menulis menyebabkan kurang lengkap data tentang tahap literasi di Malaysia, khususnya
dalam bahasa Melayu. Sebuah kajian khusus tentang literasi kemahiran menulis
diperlukan bagi melengkapkan kajian literasi sebelumnya yang lebih tertumpu pada
kemahiran membaca, serta dapat dibuat bandingan dengan tahap penguasaan kemahiran
menulis yang telah dijalankan di luar Negara (Purve, 1992). Dapatan kajian akan
memberi gambaran yang lebih jelas tentang kecekapan berkomunikasi murid sekolah
rendah di Malaysia, iaitu generasi yang mendukung tanggungjawab untuk merealisasikan
wawasan 2020 ke arah pembinaan negara maju melalui penguasaan ilmu dan teknologi
canggih dengan jati diri tempatan. Kajian ini dapat menilai sejauh mana program
pendidikan bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berjaya melahirkan
murid yang literat, yakni bukan sekadar mengenal huruf dan angka, tetapi dapat
menggunakan pengetahuan dan kemahiran bahasa (khususnya menulis) untuk
menyelesaikan masalah harian dalam konteks formal dan tidak formal. Secara khusus,
dapatan kajian juga turut menyediakan maklumat tentang tahap penguasaan kemahiran
menulis murid sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu pada peringkat pendidikan
asas, iaitu bahasa yang mendukung peranan bahasa pengantar utama pendidikan atau
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 25
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
bahasa ilmu. Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi
yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa
seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan
menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan,
sosial, dan pekerjaan. Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat
komunikasi, sebuah kajian yang menggunakan model komunikatif (Hymes, 1972;
Canale, 1983; Allen dan rakan-rakan, 1983; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990) telah
dijalankan oleh satu pasukan penye1idik dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Kajian yang mendapat peruntukan kewangan
di bawah Fundamental research Grant Scheme (FRGS) dilakukan bagi menilai tahap
penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan.
Pengumpulan data adalah meliputi sampel di Semenanjung Malaysia untuk digunakan
dalam pembinaan jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis murid
sekolah kebangsaan dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Menurut kajian ini lagi, korelasi adalah sangat tinggi antara komponen instrumen
bagi setiap versi. Bagi versi Tahap I, korelasi menulis asas dengan wacana ialah .92,
menulis asas dengan tatabahasa ialah .93, dan wacana dengan tatabahasa ialah .94,
sementara bagi versi Tahap II, korelasi sosiolinguistik dengan wacana ialah .95,
sosiolinguistik dengan tatabahasa ialah .92, dan wacana dengan tatabahasa ialah .95.
Korelasi yang sangat tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua versi
menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen serta mentaksir gagasan yang sama,
iaitu kemahiran menulis pada Tahap I dan Tahap [I peringkat sekolah kebangsaan. Ini
merupakan kesahan serentak dalam satu alat, di samping bukti kesahan gagasan secara
unitary (Messicks, 1993 &. 1ee4).
Selain kajian-kajian yang dinyatakan di atas, saya turut merujuk dokumen
“Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004” dan “Laporan Prestasi Terperinci Calon
UPSR 2009” yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mengenal pasti
dan meneliti kesalahan-kesalahan serta kelemahan-kelemahan pelajar dalam menjawan
soalan penulisan. Dokumen tersebut turut memuatkan komentar dan cadangan pihak
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 26
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memperbaiki mutu jawapan pelajar pada masa
akan datang.
Turut boleh dijadikan rujukan dalam penulisan karangan kajian-kajian berkenaan
pendekatan-pendekatan untuk mengajar karangan. Mengikut Jos. Daniel Parera (1987:17)
pendekatan merupakan satuaksioma iaitu sesuatu yang baku dan tidak lagi dibantah akan
kebenarannya. Menurut Abdullah Hassan (1987:412) pula, pendekatan merupakan satu
kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai
apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan
serta perkaraperkara yang mengawal bahasa itu. Terdapat beberapa kajian mengenai
Pendekatan Proses. Kajian mengenai Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan
ke atas kajian berkenaan sikap guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman
(1988:51) misalnya telah mengkaji sikap pelajar terhadap Pendekatan Proses untuk
mengajar penulisan kreatif dan sajak. Beliau telah melakukan kajian terhadap dua buah
kelas gred dua dan dua buah kelas gred lima dan menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil
kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred
untuk sajak manakala gred lima sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk
penulisan kreatif. Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru-guru
pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian beliau mendapati
bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak
dalam pengajaran penulisan. Schwartz (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan
Proses berperanan penting dalam penulisan karangan di mana pelajar dibantu untuk
melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan
interaksi di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi
model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks. Kajian-kajian ini didapati
telah menyokong Pendekatan Proses. Mengapakah Pendekatan Proses penting dan
apakah faedah-faedahnya ke atas pengajaran penulisan? Berkenaan dengan Pendekatan
Proses, Keh (1990:10) telah menerangkan bagaimana beliau telah mencorakkan dan
mengajar kursus menulis dengan menggunakan pendekatan proses.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 27
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
4.0 Penutup
Penguasaan dalam kemahiran tatabahasa terutamanya daripada aspek morfologi,
sintaksis dan penanda wacana semasa menjalankan sesi pengajaran bahasa akan dapat
membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis dalam bahasa melayu.
Penggunaan bahasa yang tepat dan betul boleh mencerminkan tahap keilmuan seorang
penutur bahasa dalam komunikasi dan juga dapat diterjemahkan dengan menarik dalam
bidang penulisan. Dengan ini, dapatlah saya rumuskan bahawa pemahaman tentang
masalah-masalah penulisan melalui analisisa, pendapat-pendapat pengkaji dan karya-
karya berkaitan akan membolehkan guru memberi perspektif tersendiri dan digunakan
sebagai panduan untuk menghasilkan penulisan murid pada tahap cemerlang.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 28
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Rujukan
Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman (2003), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,
Tanjung Malim: Quantum Books.
Asmah Haji Omar (1993), Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid (2008), HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan, Selangor : Open University Malaysia
(OUM)
Ee Ah Meng (2002), Pedagogi III Edisi ke 2 Semester III, Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti.
Mok Soon Sang (2002), Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan
(edisi ke-8), Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 29
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008),
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Teknologi Pengajaran, Selangor Darul Ehsan : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lampiran
(Soalan Karangan Dan Hasil Karangan Murid)
ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI 720806135859002 30