tugasan tonggak 12 ot
TRANSCRIPT
Isi Kandungan
i. Pendahuluan
ii. Tonggak 12
Elemen Tonggak 12
(i) Menghargai Masa
(ii) Ketekunan Membawa Kejayaan
(iii) Keseronokan Bekerja
(iv) Kemuliaan Kesederhanaan
(v) Ketinggian Peribadi
(vi) Kekuatan Sifat Baik Hati
(vii) Pengaruh Teladan
(viii) Kewajipan Menjalankan Tugas
(ix) Kebijaksanaan Berhemat
(x) Keutamaan Kesabaran
(xi) Peningkatan Bakat
(xii) Nikmat Mencipta
iii. 10 Amalan Positif “Ketekunan Membawa Kejayaan”
iv. Analisis dan Tafsiran
v. Kesimpulan
vi. Bibliografi
1
Pendahuluan
___________________________________________________________________
MENURUT Kamus Dewan istilah “pekerjaan” membawa maksud antaranya sesuatu
yang dikerjakan; sesuatu yang dilakukan (harus dilakukan) sebagai tanggungjawab,
kewajipan, tugas; sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yang dilakukan berterusan (dari
sehari ke sehari) untuk keperluan hidup, usaha atau kegiatan untuk mendapat
wang, pencarian; pergerakan atau perjalanan sesuatu; dan majlis (istiadat)
perkahwinan dan lain-lain.
Pengertian pekerjaan yang paling relevan dalam hari ini boleh dirujuk kepada
aktiviti seharian yang dilakukan secara berterusan untuk memperoleh ganjaran atau
pendapatan yang dinilai dalam bentuk wang. Walaupun begitu dalam pekerjaan
terdapat satu tanggung-jawab yang tiada ganjaran dalam bentuk wang yang mesti
juga dilakukan oleh seseorang individu yang berkerja untuk memenuhi
tanggungjawab yang disebut sebagai nilai-nilai positif dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.
Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan juga semestinya dilakukan dengan
penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
dengan maksudnya "Sesungguhnya Allah suka jika seseorang itu bekerja, maka ia
bekerja dengan tekun." (Riwayat al-Baihaqi). Dalam sektor perkhidmatan awam,
nilai-nilai murni dalam Tonggak 12 yang diperkenalkan oleh kerajaan cukup lengkap
untuk menjadi panduan dan pedoman ke arah menjadi pekerja yang berintegriti.
2
Tonggak 12
Tonggak Dua Belas adalah dua belas peringatan yang diberi sebagai garis panduan
untuk diamalkan bagi membentuk keperibadian penjawat perkhidmatan awam agar
mempunyai peribadi yang mulia. Tonggak Dua Belas mengandungi banyak nilai-nilai
yang seharusnya dihayati demi mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang
unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Ia merupakan salah
satu daripada usaha-usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam.
Elemen Tonggak 12
(i) Menghargai Masa
(ii) Ketekunan Membawa Kejayaan
(iii) Keseronokan Bekerja
(iv) Kemuliaan Kesederhanaan
(v) Ketinggian Peribadi
(vi) Kekuatan Sifat Baik Hati
(vii) Pengaruh Teladan
(viii) Kewajipan Menjalankan Tugas
(ix) Kebijaksanaan Berhemat
(x) Keutamaan Kesabaran
(xi) Peningkatan Bakat
(xii) Nikmat Mencipta
3
ANALISIS DAN TAFSIRAN
1. MENGHARGAI MASA
Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup.
Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa
yang berIalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap.
Banyak petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. al-Quran
(al-Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya juga
terdapat kata-kata hikmah yang menyentuh keperihalan mahalnya masa, contohnya
'time and tide wail for no man ". Peribahasa kita sendiri mengatakan “masa itu
emas"!. Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan
masa. Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supaya
tidak perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti juga akan menjamin
kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan.
AMALAN POSITIF
o Menepati masa
o Menyegerakan tugas
o Mempunyai perancangan waktu
o Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
o Menunpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif
o Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
o Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan
4
2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekun
tidak menerima kekalahan. Kata orang tua-tua ‘genggam bara api biar jadi arang’.
Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka
yang sabar (al-Baqarah 2:153). Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan
berdisiplin. Orang yang berdisiplin, bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala
mereka yang tidak berdisiplin pula tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka
sepatutnya bekerja. Ketabahan diperlukan apabila berhadapan dengan masalah,
besar atau kecil. Setiap halangan adalah cabaran dan bukannya pematah
semangat. Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap
hangat-hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohi semangat
"kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan dan berkesinambungan),seperti yang
diamalkan dalam budaya kerja Jepun.
AMALAN POSITIF
o Gigih dakam melaksanakan tugas yang mencabar
o Rajin dan sentiasa berusaha
o Tekun dalam menjalankan tugas
o Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
o Berdisiplin dalam setiap pekerjaan
o Berpandangan jauh
o Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah
o Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
o Sanggup berkorban
o Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
5
o Tidak patah semangat
o Bercita-cita tinggi
3. KESERONOKAN BEKERJA
Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi tugas yang membeban dan
membosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dan
semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja
bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44). Bagi seorang ketua pula, minat dan
pengharapan yang ditunjukkan kepada usaha-usaha pekerjanya akan menjadi
punca motivasi.
Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu
merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil
pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang
mendatangkan keseronokan. Pertama, bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah
kerana ibadah itu membawa ganjaraan. Kedua, kerja iitu hendaklah dijadikan
cabaran yang memerlukan bukan saja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti
anda. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk
masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana
sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara. Ketiga, jika kerja itu kita
anggap domain kita atau pengkhususan kita maka dengan sendirinya kiita menjadi
pakar yang diiktiraf.
AMALAN POSITIF
o Menganggap kerja sebagai ibadat
6
o Mempunyai inisiatif sendiri
o Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
o Mempunyai komitmen terhadap kerja
o Sedia memberi kerjasama
4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan,
memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah diperingatkan
bahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamin
tidak berlakunya pemborosan. Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan,
antara lainnya, suka menunjuk-nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada
golongan munafik yang suka berpura-pura.
Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan, sama ada keterlaluan
dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya.
Kesederhanaan menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa dan harmoni.
Sesuatu yang keterlaluan, umpamanya hiasan yang berlebihan tidak menyenangkan
mata memandang. Begitu juga orang yang suka menggunakan perkataan-
perkataan yang bombastik tidak begitu disenangi. Dalam tugas sehari-hari, sikap
sederhana dalam percakapan, mengeluarkan arahan, bergaul, berpakaian yang
sopan dan lain-lain adalah sangat penting bagi meningkatkan kecekapan sesuatu
organisasi. Perbuatan seperti melambatkan kerja, ponteng kerja dan melanggar
disiplin tidak boleh dibiarkan kerana ini bukan dianggap sederhana lagi.
AMALAN POSITIF
o Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
7
o Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
o Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
o Bersifat pemaaf dalam pergaulan
o Boleh menerima teguran
o Berlaku adil dalam semua tindakan
o Menepati janji
o Sedia menerima cadangan dan nasihat
o Jujur dan ikhlas
o Merendah diri
o Bijaksana dalam membuat pertimbangan
o Bermaruah dan berhemah tinggi
o Berjimat cermat
o Cermat dalam kata-kata
o Tidak memperagakan kemewahan
o Mesra dalam pergaualan
o Senang didampingi oleh semua pihak
5. KETINGGIAN PERIBADI
Peribadi seseorang ialah “the total personality” – wataknya, sikapnya, perilakunya
dan gaya dia membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di rumahnya
sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakt umum. Pengalaman hidup
biasanya membina watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membentuk satu
peribadi yang baik.
8
Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke
tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun
turut mewarnakan peribadi. Selain itu, gaya yang segak, kemas dan bersih
menambahkan lagi hiasan luaran peribadi. Dari sifat dalaman pula seseorang itu
perlu tenang bercakap belas kasihan tetapi tegas beramah mesra, kuat disiplin diri
dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain. Ketinggian peribadinya akan dilihat
sebagai contoh seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. “Buruk laku itu
menambah buruknya amalan, sebagaimana cuka merosakkan madu,” ujar Imam
Abu Hamid Muhammad al-Ghazali.
AMALAN POSITIF
o Teguh beriman da bertakwa dalam setiap tindakan
o Menyempurnakan tugas dengan amanah
o Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
o Berilmu dan berpengetahuan luas
o Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
o Sedia berkorban
o Berlumba-lumba membuat kebajikan
o Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
o Bersifat penyayang
o Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
o Bertimbang rasa tetapi tegas
o Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan
o Taat setia dan patuh kepada arahan
o Bersyukur dan menghargai kebaikan
9
o Bersih daripada sifat dengki
o Berani dan berpendirian teguh
o Bertanggungjawab dan sedia berbakti
o Jimat cermat dalam segala aspek
o Tertib dan baik budi bicara
o Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
o Cekal menghadapi cabaran
o Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
Tersangat banyak sifat terpuji pada diri oang yang menghayati nilai ini. Sebagai
ketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orang
bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin
AI-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan dikagumi oleh
musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubu orang
Kristian, kerana seorang pejuangnya sedang melangsungkan upacara
perkahwinannya pada ketika itu.
Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati. Kita tidak merasa
gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengan dia. Segala sifat yang
disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati seperti sopan santun, pemaaf,
pemurah, bertimbang rasa, beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka
menolong. Mengapa kita sukakan sifat-sifat sedemikian dan tidak disebaliknya.
10
Tentulah sifat-sifat baik itu sifat semulajadi manusia iaitu sifat fitrah. Oleh kerana
manusia telah menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan maka sifat-sifat yang
semulajadi dan perangai manusia menjadi bercampur-aduk dengan sifat-sifat baik
dan buruk.
Pengawalan hawa nafsu amat penting dalam proses pembersihan diri daripada sifat-
sifat buruk dan pengawalan ini hendaklah dilakukanini melalui pemikiran yang waras
dan wajar. Rasulullah (s.a.w) bersabda , bermaksud: “Tidak dihitung kaya orang
yang banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa.”
AMALAN POSITIF
o Bersopan santun setiap masa
o Pemaaf dan berhemah tinggi
o Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
o Ikhlas dan bertimbang rasa
o Pemurah dalam usaha kebaikan
o Mudah mesra dan bekerjasama
o merendah diri
o Berbudi mulia
o Boleh menerima teguran
o Berlaku adil dalam semua tindakan
o Sedia menerima undangan
11
7. PENGARUH TELADAN
Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat dipimpin oleh seseorang pemimpin
atau sekumpulan pemimpin, maka segala geraklaku pemimpin menjadi ikutan
masyarakat itu.
Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tamadun yang membangun disebabkan
pemimpin-pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana. Sebaliknya keruntuhan
tamadun disebabkan kelemahan, kebodohan dan kelalaian pemimpin-pemimpin.
Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik
dan banyak, begitu juga yang negatif boleh membawa padah yang buruk. Rasulillah
(s.a.w) bersabda yang bermaksud “Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling
berfaedah kepada orang lain.”
Di sini nyatalah bahawa orang yang paling baik itu akan mempengaruhi orang lain
sama ada dari segi kepimpinan, tunjuk-ajar, akhlak, tutur kata atau tingkah lakunya
yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Seterusnya baginda bersabda
maksudnya “Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka mendapat pahala dan
pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat, dan siapa yang
memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yana
meniru perbuatannya hingga hari kiamat.”
AMALAN POSITIF
o Sentiasa berkelakuan baik
o Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
o Bermoral dan berakhlak tinggi
12
o Tertib dan beradab sepanjang masa
o Rajin dan kuat kerja
o Amanah dan bertanggungjawab
o Jujur dan ikhlas dalam setiap masa
o Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
o Berpandangan jauh
o Berdisiplin dalam semua tindakan
o Sanggup berkorban setiap ketika
o Bekerjasama untuk kebaikan
o Sederhana dalam tindakan dan tutur kata
o Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
o Berbudi mulia serta merendah diri
o Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
o Bersih hati dan fikiran
8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya
menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat
ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab,bukan sekadar
memenuhi syarat saja. Dalarm Islam, mengelak daripada menjalankan tugas
bermakna lari daripada tanggungjawab. Hukumnya. berdosa. Ada orang yang
"mencuri " waktu pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar
barangan solek dan pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan yang
menggunakan waklu "curi" ini adalah haram.
13
Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke profesionalisme adalah menjadi
kayu ukur yang dikehendaki. Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi
seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap seseorang itu akan terkumpul
menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakt yang akan menentukan
untung-rugi produktiviti mereka.
Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna.
Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria tadi maka hasilnya akan
menjadi cela, rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya
mendatangkan kerugian dari segi wang,tenaga manusia, masa dan peralatan. Oleh
yang demikian, sesuatu tugas itu, memerlukan pengurusan yang baik supaya tugas
dapat dikendalikan secara berkesan agar mencapai matlamat. Peribahasa China
telah menegaskan: “Thinking well is wise, planning well is wiser, doing well is the
wisest and best of all.”
AMALAN POSITIF
o Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
o Tekun dan sabar menjalankan tugas
o Selalu mempunyai inisiatif sendiri
o Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
o Mementingkan kualiti
o Cergas dan pantas bekerja
o Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
o Accountable
o Sentiasa belajar dari kesalahan
14
o Bersikap profesional dan cekap
9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah
dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika tentang
mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faktor yang sentiasa terdapat
pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak
pernah melebihi pendapatan.
Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi.
Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada
sebelah halaman boleh diguna semula; lampu bilik air ditutup selepas digunakan;
kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Seseorang yang tidak mahu
berhemat, terpaksalah hidup melarat.
Berhemat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja
berhemat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-
kata dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat sebenarnya menghargai
perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Ini kerana tabiat tidak berhemat
lambat laun akan mendatangkan kerugian semata-mata.
Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang
itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakannya. Ia juga
seharusnya tahu menggunakan bahan dengan cermat, teliti dan tahu menjaga
bahan-bahan atau peralatan agar tahan lama. Sekiranya bahan dan alat dapat
15
digunakan dalam jangka waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang
lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.
AMALAN POSITIF
o Berhati-hati bila berbelanja
o Tidak membazir harta kerajaan
o Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
o Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik
o Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
o Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
o Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat
10. KEUTAMAAN KESABARAN
Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat
menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam,
kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenangan
atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W.,
penentangan daripada pembesar-pembesar Quraisy tidak mematahkan semangat
perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang.
Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Baird dan
lain-lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran. Pemimpin yang sabar akan
mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan dinamik. Dia tidak takut mencuba
dan tidak jemu mencari alternatif-altematif. Dalam hubungan interpersonal pula,
kesabaran adalah satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain.
16
Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikannya oleh
para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran
dengan senang, memikirkannya dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak
berputus asa.
Semangat ketabahan yang ada pada seorang yang sabar itu menunjukkan
kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan
kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai.
Ia sebenarnya mempunyai wawasan yang jelas dan hanya mengatur langkah-
langkah yang sesuai untuk mencapai wawasannya itu. Kelakuan gopoh-gapah, tidak
membawa apa-apa keuntungan, malah akan mengusutkan keadaan hingga segala
keadaan menjadi kucar-kacir dan rumit. Rasulullah (s.a.w) bersabda bermaksud:
“Sabar itu salah satu daripada cabang iman seperti kepala sebahagian daripada
tubuh badan.” Begitu penting dan utamanya kesabaran itu jelas digambarkan
sebagai kepala sesuatu badan.
AMALAN POSITIF
o Tenang menghadapi masalah rumit
o Mempunyai perhitungan jauh
o Tahan menerima cabaran
o Tidak putus asa
o Pemaaf dan berhemah tinggi
o Cermat dalam tutur kata
11. PENINGKATAN BAKAT
17
Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhiple
inleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat
menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga ke
hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya. Bakat jika tidak dipupuk dan di
pertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jika dipertingkatkan, individu itu sendiri
dan organisasinya juga akan turut menerima. faedahnya.
Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut mendapat
keuntungan daripada peningkatan bakat individu-individu; kejayaan sektor swasta
akan mempengaruhi juga sektor awam. Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang
bawahannya yang berbakat serta menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan.
Idea-idea baru janganlah disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah
digalakkan untuk dikembangkan. Dalam ucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir
sempena perasmian Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan
tentang perlunya "menajamkan bakat yang sedia ada pada seseorang".
Semua manusia mempunyai bakat, Cuma lebih atau sedikitnya berbeza di antara
satu sama lain. Walau bagaimanapun, bakat dalam apa bidang sekalipun perlu
ditingkatkan. Mengapa bakat perlu ditingkatkan? Bakat ialah sifat yang mendorong
ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Hal yang
demikian penting bagi kita kerana persekitaran yang ada sentiasa berubah.
Perubahan membawa kepada peningkatan hidup yang lebih selesa. Oleh itu
sebarang bakat baik dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian dan yang
lainnya memang memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Pemupukan bakat
bukanlah secara paksaan tetapi dengan gaya yang tersendiri mengikut masa dan
18
keadaan. Rabindranath Tagore pernah menegaskan: “Not hammer strokes, but
dance of the water sings the pebbles into perfection.”
AMALAN POSITIF
o Memberi dorongan terhadap kreativiti
o Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
o Memberi galakan kepada pemikiran baru
o Berani mencuba idea-idea baru
o Mengenal bakat-bakat yang ada
o Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif
o Menggalakkan percambahan fikiran
o Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea
kreatif
12. NIKMAT MENCIPTA
Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea-idea lateral
seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono, 1990
dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan-jabatan kerajaan banyak
tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisi pegawai
atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan. Dalam perbankan,
biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikan urusan, misaInya
pinjaman.
Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan pegawainya untuk mendapatkan
tanda tangan peminjam yang sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang.
19
Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila-gila", akhirnya diterima
dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam taman". Idea menerbitkan kereta
nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan
sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat.
Keputusan ialah tujuan dan puncak segala usaha manusia. Keputusan yang amat
ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-
lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada
masyarakat dan negara.
Penciptaan aliran-alairan seni membawa kepuasan sama ada dari segi keharmonian
bentuk, warna dan bunyi yang memuaskan pancaindera. Kepuasan mencipta
peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni
rasa pencapaian, rasa penakulan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang
ramai. Apatah lagi jikalau bahan ciptaan itu dihasilakan secara baik dan indah,
bukan sahaja elok dipakai bahkan indah dipandang. Inilah manusia yang
sebenarnya seorang seniman. Sir Wilfred Grenfell ada mengatakan: “Real joy
comes not from ease or riches or from the praise of men, but from doing something
worthwhile.”
AMALAN POSITIF
o Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dialaksanakan dan
dimanfaatkan
o Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
o Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
o Over-zealous dengan pekerjaan
o Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
20
o Senang “bermain” dengan idea dan berani mencuba
10 Amalan Positif “Ketekunan Membawa Kejayaan”
___________________________________________________________________
(1) Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
Seorang penjawat awam yang baik seharusnya mempunyai kesungguhan dan gigih
dalam melaksanakan sebarang tugas yang diamanahkan.
(2) Rajin dan sentiasa berusaha
Pekerja yang rajin dan sentiasa berusaha merupakan pekerja yang amat bernilai
dalam sesuatu sektor.
(3) Tekun dalam menjalankan tugas
Dalam menjalankan tugas penuh efisien, seorang penjawat awam itu perlulah
menanamkan sikap tekun agar membuahkan hasil kerja yang baik.
(4) Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi seseorang pekerja tambahan lagi dalam
menghadapi cabaran alam pekerjaan.
(5) Berdisiplin dalam setiap pekerjaan
21
Sektor pekerjaan samada dalam bidang swasta mahupun sektor awam, memerlukan
tenaga kerja yang mempunyai disiplin yang tinggi. Disiplin yang baik selalunya
memudahkan tugasan kerana dengan berdisiplin, pekerja menjaga integritinya
sebagai penjawat awam.
(6) Berpandangan jauh
Berpandangan jauh merupakan nilai amalan yang sangat perlu bagi seseorang
penjawat awam. Ini kerana seseorang yang berpandangan jauh akan sentiasa
menjadi pekerja yang inovatif dan kreatif dalam menghadapi cabaran bertugas.
(7) Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah
Dalam melaksanakan tugas, seseorang penjawat awam perlu bersemangat dalam
melaksanakan tugas yang diarahkan. Ini bagi mengelakkan stress dan kemurungan
apabila menghadapi cabaran bertugas.
(8) Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
Seorang pekerja yang berdedikasi akan menguntungkan organisasinya seterusnya
matlamat organisasi tersebut akan lebih mudah tercapai.
(9) Sanggup berkorban
Amalan posistif bagi nilai sanggup berkorban merupakan nilai yang paling sukar
untuk didapati pada mana-mana individu sekalipun. Seorang penjawat awam yang
mempunyai nilai ini merupakan seorang pekerja yang tinggi nilai dedikasinya.
(10)Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas.
22
Kesulitan yang dihadapi oleh penjawat awam ketika menjalankan tugas haruslah
dihadapi dengan cekal.
Kesimpulan
___________________________________________________________________
Dalam konteks “Ketekunan Membawa Kejayaan”, nilai-nilai positif amat diperlukan
bagi seseorang untuk terus berada dalam sektor perkhidmatan awam. Sebagai
seorang penjawat awam yang baik, individu tersebut seharusnya gigih
melaksanakan tugas yang mencabar. Tugasan yang diamanahkan seharusnya
dilakukan dengan memberi tumpuan yang tidak berbelah lagi agar membuahkan
hasil yang baik. Setiap cabaran harus dihadapi dengan sabar walaupun tugas yang
diamanahkan mungkin kelihatan sukar.
Selain daripada itu, seseorang itu juga perlu menyediakan dirinya dengan ilmu-ilmu
semasa agar tidak ketinggalan dan sentiasa berpandangan jauh. Dalam mencapai
matlamat organisasi, kita seharusnya ikhlas menunaikan tanggung-jawab serta
sentiasa bersemangat untuk memberi yang terbaik.
Justeru, menyediakan diri dengan nilai-nilai positif seperti bercita-cita tinggi selain
sanggup mengetepikan kepentingan diri serta cekal dalam menjalankan tugasan
amat diperlukan bagi sektor perkhidmatan awam agar imej sektor sentiasa
terpelihara. Akhir sekali, sebagai khalifah di dunia ini, kita seharusnya tidak mudah
patah semangat walaupun menghadapi cabaran tugas mahupun ujian dari yang
23
Maha Esa. Dengan nilai-nilai ini, seseorang individu itu bukan sahaja menjalankan
tugasnya dengan baik, malah akan merasa gembira dengan hasil yang bakal
diperolehi setelah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan ketekunan
yang tinggi.
Bibliografi
Sumber Buku:
(1) Institut Tadbiran Awam Malaysia, (1992), Tonggak Dua Bekas : Penerapan
Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan, Kuala Lumpur : INTAN
Sumber Internet:
www.ustazmelaka.net/download/nota/ Tonggak %2012.doc
24